Saturday 29 September 2012

Bangunkan Aku Bila September Berakhir

> Whats Up Guys...

Huhh, hari ni baru la terasa dapat bernafas sikit...sebab hari baru dapat cuti dan jauh dari dunia autocad...HAHA...sejak dari minggu lepas lagi aq tak merasa cuti sangat...hari pun da tak dapat nak bezakan da...sabtu ahad pun aq redah je..nak online pun serius otak blur nak menulis entri...hee...


"Wake Me Up When September Ends...♫"

Haa, memang sesuai layan lagu Greenday bila hujung September ni...macam kena je dengan situasi aq..."Bangunkan aku bila September berakhir"...HAHA...minggu ni aq nekad nak cuti je walaupun kerja bersepah lagi...bukannya letih badan...tapi mata letih mengadap PC dari pagi sampai petang membawa ke malam...tapi kalau berblogging mungkin tak jadi macam ni kot...HAHA...


NOTA SKYTECH :

Minggu ni kena buat marathon tengok wayang...cerita apa yang best kat wayang sekarang ni ye ?

**Terima kasih kerana membaca entri Bangunkan Aku Bila September Berakhir

Monday 24 September 2012

Film Review : Dredd

> Whats Up Guys...

Haa...lama da rasanya tak buat entri review movie baru kat blog...sebab...hampir dua bulan da aku tak jejakkan kaki kat panggung wayang untuk layan movie dan kali terakhir rasanya masa movie The Amazing Spider Man...alrite, sebelum ni aku da janji kan nak mulakan balik review movie ni...ok, kali ni nak buat review movie Dredd...

Dredd

Sinopsis : The future America is an irradiated waste land known as the Cursed Earth. On the east coast of North America lies Mega-City One, a vast, violent metropolis containing 800 million residents where 17,000 crimes are reported daily and "Slo-Mo", an addictive new drug that slows the user's perception of time to 1% of normal, has been introduced. The only force of order is the Judges, who act as judge, jury, and executioner. 

Judge Dredd is tasked by the Chief Judge with evaluating rookie Judge Cassandra Anderson, a psychic who has failed the tests to become a full Judge. Elsewhere, in the 200-story slum tower block Peach Trees, drug lord Madeline Madrigal, known as Ma-Ma, infuses three men with Slo-Mo and throws their skinned bodies from the top of the tower. Dredd and Anderson respond and learn of a drug den, which they assault. They arrest Kay, one of Ma-Ma's henchmen, after Anderson psychically detects his involvement in the murders. To prevent Kay being removed from the building and interrogated about her operation, Ma-Ma's forces seize the tower's security control room and seal the building using its blast shields under the pretense of a security test, preventing the Judges from leaving or summoning help......TO BE CONTINUED...hee...

"Siapa halang jalan aku...aku langgar...HAHA"

Sebelum tu jom layan trailer movie Dredd ni dulu...ataupun nak terus baca review...hee...

"Judgment Is Coming..."


Kenapa perlu tonton movie Dredd ni :

  • Filem bergenre sci-fi dan aksi
  • Siapa yang masih ingat lagi movie Judge Dredd (1995) yang dilakonkan oleh Sylvester Stallone...haa, movie Dredd (2012) kali ni disuntik dengan nafas baru oleh pengarah Pete Travis...(ala, macam movie The Amazing Spider Man jugak la...bukan sambungan dari sekuel sebelumnya...tapi movie ni macam diolah semula...uniform baru, pelakon baru...)
  • Filem Dredd kali ni dibarisi oleh pelakon seperti Karl Urban (Judge Dredd), Olivia Thirbly (Judge Cassandra Anderson), Lena Headey (Ma-Ma) and Wood Harris (Kay).
  • Plot dan jalan cerita agak menarik dari mula sehingga akhir movie ni...(Tak pasti la sama ada movie Dredd kali ni ada persamaan dengan movie Judge Dredd dulu sebab aku tak tengok sampai habis Dredd versi lama dulu...hee...)
  • Kostum Dredd kali ni boleh dikatakan ok la...tapi kalau nampak berkilat dan tak nampak macam lusuh lagi smart kot
  • Bayangkan la bangunan 200 tingkat...geng Ma-Ma campak orang dari tingkat 200...bila sampai ke bawah...apa agaknya yang jadi ?
  • Dredd dan Anderson terperangkap dalam Peach Trees Block dan geng Ma-Ma memburu mereka sebab mereka menahan salah seorang ahli geng mereka...disebabkan takut rahsia mereka bocor...mereka menutup satu blok tersebut...adakah mereka dapat keluar dari situ ?
Judge lain tiba di Peach Tree Block...bantuan atau lawan ?

  • Judge Anderson adalah seorang psikik...menarik ? Tak payah soal siasat...terus direct baca minda orang lain...fuyooo...sampai ada geng Ma-Ma yang kena tahan dengan Judge Dredd dan Judge Anderson masa dalam Peach Tree Block tu terkencing dalam seluar...HAHA
  • Effect slow motion yang memang smart la
  • Adegan tembak menembak yang agak cool di tingkat 76...3 mesingun serang Dredd...adakah geng Ma-Ma berjaya hapuskan Judge Dredd dan Judge Anderson ? Dan adakah Anderson akan berjaya dalam tugasan yang diberikan ? Nak tahu kena la layan movie ni...hee...

Rating : 8/10 (Bagi yang suka layan movie action macam ni memang best layan movie ni...tapi bagi yang lemah semangat tak sesuai tengok movie ni...effect jatuh dari bangunan...kena tembak nampak real...kalau tengok 3D mahu menjerit dalam panggung wayang)

**Terima kasih kerana membaca entri Film Review : Dredd

Wednesday 19 September 2012

Wordless Wednesday #58 | Bila Sudah Tiada Baru Nak Cari

> Whats Up Guys...


NOTA SKYTECH :

Haa, bila sudah tiada baru nak cari...nampaknya kena tunggu beberapa bulan lagi la baru boleh merasa GCB ni...tak sempat nak try double GCB pulak kali ni..."It's Gone"...HAHA...

**Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday #58 | Bila Sudah Tiada Baru Nak Cari

Monday 17 September 2012

Bertemu Kyle Patrick Di Rock Corner

> Whats Up Guys...

Haa, siapa yang akan pergi konsert The Wanted Live In Kuala Lumpur 2012 hari ni kat Surf Beach Sunway Lagoon ? "Eh, sejak bila pulak aku berminat pasal The Wanted ni ?" HAHA...petang semalam tak sangka pulak boleh bertemu Kyle Patrick Di Rock Corner The Curve, vokalis band The Click Five yang akan membuat opening act untuk konsert The Wanted nanti...first time aku jumpa Kyle Patrick masa tahun 2007 dekat Tower Record, KLCC...dan tempat tu pun da tak wujud sekarang...huhu...


"Oh...ada sesi meet & greet dengan Kyle Patrick...patut la ramai yang beratur kat luar Rock Corner The Curve ni"

Me : 
Hye Kyle...nice to meet you...

KP  : 
Hye...nice to meet you to...and your name ? Ohh...EZAD...
(Perghhhh...Kyle Patrick kenal aku la...HAHA...percaya tak ? Haa, sila abaikan fakta yang sebelum ni...sebenarnya sebelum meet & greet tu kena tulis nama...HAHA)

Me :
Actually, this was the second time I met you Kyle...the first time I met you 5 years ago at Tower Record KLCC together with The Click Five band members...

@6 Nov 2007...da 5 tahun masih simpan lagi ni...LIMITED EDITION...

KP  : 
Really ? Hope we can meet again someday bro...and don't forget to keep listen all my songs...thank you bro...

Me : 
Thanks again...nice to meet you...


"Go For Gold" - Single pertama album solo EP Kyle Patrick...layann beb lagu ni...tetiba rasa macam bersemangat semacam bila dengar lagu ni...lain benar perwatakannya bila berjumpa...dalam muzik video ni Kyle Patrick macam hyperactive sangat da....heee...

NOTA SKYTECH :
Sebenarnya pergi area The Curve tu nak tengok wayang je...tapi...takde movie yang best pulak sekarang ni yang nak tengok...nak layan Resident Evil : Retribution 3D...aku tak follow up sangat pulak movie Resident Evil ni dari awal...
P.S - Hari ni cuti lagi ! YESS...HAHA (,^^)
**Terima kasih kerana membaca entri Bertemu Kyle Patrick Di Rock Corner

Sunday 16 September 2012

Episod Kemuncak Oh My English Musim Pertama


> Whats Up Guys...

Haa, ada tak peminat setia rancangan Oh My English ? Serius...sejak dari episod pertama lagi memang aku da terlayan Oh My English ni...hari ni merupakan Episod Kemuncak Oh My English Musim Pertama pada 16 September 2012 jam 10 pagi di Astro TVIQ (Saluran 610)...haa, episod kali ni special sikit sebab akan disiarkan selama sejam...YESS ! HAHA~



"Adakah Mr.Middleton akan terus berada di Malaysia atau akan pulang ke UK?"

Kalau terlepas siaran pagi ni...jangan risau...akan ada siaran ulangan pada jam 2pm, 6pm dan 9 pm...kalau ada Astro B.Yond lagi mudah...rakam je...lepas tu boleh tengok sampai muntah...hee...


NOTA SKYTECH :

Haa, kalau nak tahu dengan lebih lanjut apa yang terjadi...jom la layan OME...selamat berhujung minggu...hee...

P.S - Selamat Hari Malaysia ! (,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Episod Kemuncak Oh My English Musim Pertama

Friday 14 September 2012

Hadiah Misteri Dari...

> Whats Up Guys...

"Haa, ada satu sampul surat misteri kat atas meja tu...buka la cepat...mana tahu ada bom ke dalam tu..."

HAHA...tak mungkin la ada bom kan ? Poslaju ? Haa, sebenarnya memang agak jarang ada surat yang tertera nama aku ni...selalu yang ada pun surat minta hutang masa study dulu ada la...hee...berkemungkinan peminat yang bagi kot...HAHA...


Hadiah misteri dari siapa la agaknya ni ? Haa, bila tengok nama pengirimnya baru la aku teringat sesuatu...hadiah misteri ni dari www.duniashida.com sebab komen aku kat entri dalam blognya beberapa hari yang lepas merupakan komentar yang ke-10,000 dalam blognya...hee...

Terima kasih Shida !


NOTA SKYTECH :

Baru je bercadang nak beli pendrive...dapat pulak hadiah misteri pendrive...hee...terima kasih Shida...da selamat sampai kat rumah pun "Hadiah Misteri" tu...hee...


P.S - Da lama tak buat review movie...sebab dekat 2 bulan jugak la aku 
tak sempat nak terjah pawagam ni...HAHA...nanti la akan 
mulakan semula aktiviti review movie ni...hee...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Hadiah Misteri Dari...

Thursday 13 September 2012

Pelancaran iPhone 5

> Whats Up Guys...

Haa, rasanya semua peminat iPhone seluruh dunia pasti sudah lama menantikan tarikh pelancaran iPhone 5 ni kan...semua mesti tertanya macam mana la rupa iPhone 5 tu agaknya...walaupun aku bukan la peminat tegar produk Apple ni tapi nak jugak la tahu bagaimana rupa iPhone 5 tu kan...dan akhirnya semuanya sudah terjawab...rupabentuk iPhone 5 kini telah didedahkan...

Sumber : Oh! Media FB

Sebelum iPhone 5 ni dilancarkan dulu...dikatakan rupabentuk iPhone 5 ni da leaked kat internet tapi masa tu semuanya masih menjadi tanda tanya..."Betul ke iPhone 5 macam tu rupanya?" 

Sumber : Mashable.com

Haa, dengar kata iPhone 5 ni harganya lebih kurang saja dengan iPhone 4S...tapi tak tahu la kan...tunggu je la harga iPhone 5 diumumkan nanti untuk pasaran Malaysia...tapi kalau betul la, siapa yang baru beli iPhone 4S tu memang rugi la...tunggu sikit masa je lagi da boleh beli iPhone 5...nak tahu spesifikasi untuk iPhone 5 ni dengan lebih lanjut sila la KLIK SINI...hee...

Sumber : Woot Media FB

#Apa pendapat korang tentang iPhone 5 ni ?


NOTA SKYTECH :

Entah bila la dapat beli iPhone 5 ni...iPhone 4 dan iPhone 4S pun belum sempat nak beli lagi...haa, lepas tu iPhone 5 pulak da nak keluar...HAHA...tapi buat masa sekarang ni target utama aku hanya nak Samsung Galaxy SIII je...iPhone target nombor dua...ataupun maybe yang ketiga...HAHA...


P.S - Hari ni ada jamuan raya kat ofis...sekaligus dengan majlis doa selamat
 sebab salah seorang staf kat ofis akan pergi berangkat ke Makkah
 minggu depan untuk menunaikan ibadah haji...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Pelancaran iPhone 5

Friday 7 September 2012

Souvenirs Dari Korea

> Whats Up Guys...

Haa, dari dulu lagi aku memang teringin nak melancong ke luar negara...dan teringin pulak nak pergi Korea ni...HAHA...pengaruh RUNNING MAN terlampau kuat sangat ni...yela, setiap episod siri Running Man tu kan banyak tempat yang menarik yang dipaparkan...macam best je kalau dapat melancong ke sana...maybe next year kot...next time ke...MAYBE je...! ahhh, tak dapat pergi pun tak pe la...yang penting dapat jugak souvenirs dari Korea...hee..


Haa...antara semua souvenirs yang aku dapat dari Korea tu...yang ni aku rasa paling gempak...keychain berkuasa solar...keychain ni hanya akan menyala bila siang je...malam dia off...HAHA...agak rare ni...kat sini aku belum pernah jumpa lagi keychain macam ni...entah berapa ribu Won agaknya keychain ni...harganya dirahsiakan...cehhh....

"Its MAGIC...HAHA"

NOTA SKYTECH :

Haa, dalam entri sebelum ni kenapa ada yang tak percaya aku masih lagi dapat duit raya? Tak banyak tapi boleh la...hee...agaknya tahun depan masih dapat lagi ke tak ye?

P.S - Alhamdulillah...awal bulan September ni banyak dapat 
berita yang cukup menggembirakan aku...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Souvenirs Dari Korea

Tuesday 4 September 2012

Biarkan Aku Pergi

> Whats Up Guys...

"Biarkan aku pergi...tak lama...cuma kejap saja...keadaan mungkin akan bertambah buruk lagi jikalau aku tak dirawat dengan segera dan mungkin boleh membawa...dan kita mungkin tak akan berjumpa lagi nanti...lepaskan la aku pergi..."

"Masuk ICU...."

Masuk ICU? Eh, bukan aku la...haa, mesti ada yang nak terus kata aku jiwang la tu kan...betul tak? HAHA... Disebabkan peristiwa ni la hampir seminggu aku termenung dan terus termenung...why...why...why...? "Kenapa la time awal bulan pulak dia "sakit"...baru minggu pertama bulan September ni...haa, lepas raya pulak tu...terpaksa la korbankan sikit duit raya yang aku dapat tahun ni...

Haa, sampai tokey kedai motor tu siap perli aku lagi masa aku keluarkan sampul duit raya..."Aiyooo kawan...habis la lu punya duit raya...lepas raya lu punya motor buat hal" Kalau ikutkan hati nak je aku lempang selaju 180 km/j kat muka tokey kedai motor tu...sabar je la...HAHA...



NOTA SKYTECH :

Nasib baik la sebelum raya hari tu aku tak shopping sakan sangat...ada la backup sikit...hee...kalau tak, mana nak cari duit bayar "bil perubatan" yang agak...adehhh...aku pun da malas nak tengok da resit ni...nak buang je sejauh mungkin dan hilang dari pandangan mata aku ni...HAHA...

P.S - Holla September ! (,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Biarkan Aku Pergi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com