Wednesday 27 February 2013

Wordless Wednesday #66 | Need Some Rest

> Whats Up Guys...

"Need some rest..."


NOTA SKYTECH :

Seminggu aktiviti berblog tergendala...dan terpaksa akur aq kena rehat jugak kejap...lebih daripada seminggu da batuk dan selsema...selalunya 2-3 hari da ok da tapi kali ni melarat sampai lebih seminggu pulak...ubat ! aiyooo...huhu...

**Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday #66 | Need Some Rest

Wednesday 20 February 2013

Film Review : Flight

> Whats Up Guys...

Haa...rasanya macam da lama sangat tak buat review movie...nak buat review seminggu sekali tapi tak sempat...hee...dan kali ni review movie FLIGHT pulak yang bakal ditayangkan di pawagam di Malaysia mulai minggu ni...dapat tengok awal sebab dapat tengok premier screening...haa, sebelum terlupa nak buat review baik aq ready awal untuk review movie ni...we gonna roll it !

FLIGHT
> Sinopsis "Flight"

Airline captain William "Whip" Whitaker (Denzel Washington) awakens in his Orlando hotel room with flight attendant Katerina Márquez after a night of alcohol and very little sleep. After using cocaine to wake up, he boards SouthJet flight 227 to Atlanta. 
After Whip threads the plane through turbulence at takeoff, co-pilot Ken Evans flies the airplane while Whip discreetly mixes vodka in his orange juice and takes a nap. Whip is jolted awake just before their final descent and the aircraft goes into a steepdive as a result of an apparent catastrophic failure of control systems of the aircraft. With no other choice, Whip rolls the plane upside down to bring it out of the dive and maneuvers the plane right-side up just before crash-landing in a field. He loses consciousness upon impact.
Whip awakens in an Atlanta hospital with minor injuries. He is greeted by his old friend Charlie Anderson, who now represents the airline's pilots union. He tells Whip his heroism saved 96 of 102 people on board. A National Transportation Safety Board (NTSB) official informs him Katerina was among those killed, and that Evans has been put into a coma.

"No one could land that plane like I did.."



#MyReview "Flight" :

  • Sebuah filem arahan Robert Zemeckis yang mengisahkan tentang kemalangan membabitkan kapal terbang akibat kerosakan di bahagian ekor kapal terbang lakonan Denzel Washington (Captain William "Whip" Whitaker), Kelly Reilly (Nicole Maggen), Bruce Greenwood (Charlie Anderson), John Goodman (Harling Mays), Tamara Tunie (Margaret Thomason), Nadine Velazquez (Katerina "Trina" Marquez), Brian Geragthy (Co-pilot Ken Evans)
  • Pernah naik kapal terbang masa cuaca buruk ? Bila tengok pada permulaan movie ni pun da terasa macam kita betul-betul ada dalam flight tu...
  • Watak kapten yang memang cool je...kapal terbang nak terhempas dari aras 30,000 kaki pun boleh buat relaks lagi...bila kapal terbang semakin menjunam, tetiba datang idea gila dia..."we gonna roll it !" Kapal terbang terbalik di udara...style kot...tapi bayangkan la kalau kita ada dalam situasi macam tu...serius tak style beb...

  • Nak tahu macam mana kapal terbang yang terbalik tu mendarat ? Kena layan la movie ni nanti di pawagam...hee...
  • Part bila kapten Whip bertemu Nicole dan seorang pesakit kanser kat tangga hospital tu best...HAHA...
  • Apakah punca sebenar kapal terbang tu tetiba hilang kawalan? Adakah kerana kecuaian kapten ataupun kerosakan teknikal...adakah Kapten Whip akan terus dipersalahkan kerana telah menyebabkan 6 orang terbunuh walaupun dapat mendaratkan kapal terbang tersebut ?

  • Selepas melalui berbagai siasatan untuk mengetahui punca sebenar kemalangan tersebut...adakah Kapten Whip akan bercakap secara berterus terang tentang keadaan sebenarnya semasa mengendalikan kapal terbang tersebut...dan bagaimana agaknya pengakhiran movie ni ?

Rating : 8/10 (Movie ni boleh tahan jugak la...fobia pulak nak naik flight...huhu)

Thanks Nuffnang and United International Pictures for the Premier Screening : FLIGHT

P.S - Banyak pulak movie best bakal menyusul lepas ni di pawagam seperti G.I Joe : Retaliation, Fast & Furious 6, Iron Man 3...pergghhh...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Film Review : Flight

Tuesday 19 February 2013

Pengalaman Membeli Di ZALORA Malaysia

> Whats Up Guys...

Pernah shopping online di laman web Zalora Malaysia ? Tak pernah ? Rileks, jangan risau sebab aq pun baru first time shopping online di Zalora Malaysia ni...hee...beberapa minggu lepas aq dapat baucer bernilai RM50 daripada Zalora Malaysia...beberapa hari lepas tu baru guna baucer tu...bila buka saja laman web Zalora tu...pheww...berpinar mata nak pilih yang mana satu...biasalah tu, pengalaman pertama membeli di Zalora Malaysia...

Serius...memang bermacam pilihan ada kat situ...baju, kasut, t-shirt...tak kira guys ataupun girls...semua boleh shopping online...haa, Zalora ni macam tahu saja yang aq memang tengah mencari baju kemeja...dapat la tambah koleksi kemeja...terus la klik kat bahagian Men's Clothing tu...tak sampai beberapa minit, terus klik baju yang berkenan...kalau ada coupon jangan lupa untuk masukkan semasa membuat payment...


Selain menggunakan coupon, terdapat beberapa lagi cara payment yang lain iaitu dengan menggunakan VISA, Mastercard, PayPal, Maybank2u.com dan CIMB Clicks...selepas isi maklumat yang diperlukan hanya perlu tunggu beberapa minit sebelum Zalora hantar email pengesahan pesanan...


Keesokan harinya, Zalora hantar email barang sudah dalam perjalanan...wow, cepat tu...belum sampai 2 hari pun lagi dari tarikh barang diorder, barang yang dipesan selamat sampai dirumah...terbaik la Zalora dan GDex...


Rasanya lepas ni boleh la kalau nak shopping online di Zalora Malaysia lagi...servis penghantaran pun cepat saja...dan tak perlu nak tunggu lama untuk dapat barang yang dipesan secara online...kalau nak maklumat lebih lanjut pasal Zalora boleh LIKE Fanpage Zalora Malaysia di Facebook...


NOTA SKYTECH :

Apa lagi....jom shopping...hee...terima kasih Zalora Malaysia ! (,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Pengalaman Membeli Di ZALORA Malaysia

Friday 15 February 2013

Game Berhantu Masa Kini

> Whats Up Guys...

Wahhh...da dekat seminggu cuti ni...naik lemau da cuti lama sangat ni...tak dapat nak bayangkan bila start kerja balik minggu depan...bila da lama sangat cuti, blog pun da malas nak buka...HAHA...layan game je la...tapi bila layan game berhantu masa kini ni...makin malas nak layan blog...berhantu sangat ke game Temple Run 2 ni ?

"Game Berhantu" - Temple Run 2

Game ni boleh dikatakan agak berhantu jugak la...sekali da start main memang susah nak berhenti...walaupun game ni agak mencabar emosi dan minda...HAHA...mereka yang menggunakan iOS dan Android mesti da tahu penangan game ni macam mana...download pun free...hee...

Sekarang ni bila tengok iPhone, Samsung...memang ramai yang layan game ni...untuk Windows phone belum ada lagi kot...aq dulu pun bukannya layan sangat game ni...tapi bila tengok adik aq main game ni...macam best je...terus addicted sampai sekarang...hampehhh betul...

NOTA SKYTECH :

Haa, amacam Boni Kacak ? Berhantu giler game Temple Run 2 ni kan...huhu...perrggghh, sampai aq pun da terjebak...huhh...


P.S - Temple Run 2 lagi layan dari Temple Run...
Adakah akan ada Temple Run 3 ? HAHA...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Game Berhantu Masa Kini

Monday 11 February 2013

Cek Pertama Dari Nuffnang

> Whats Up Guys...

Haa, akhirnya setelah sekian lama menunggu...cek pertama dari Nuffnang hasil cashout earning dari blog ni yang telah lama terkumpul sejak...biarlah rahsia...HAHA...haa, ni kira macam angpow daripada Nuffnang sempena CNY tahun ni...terima kasih Nuffnang...hee...


Walaupun tak la banyak mana pun amaunnya...lepas la untuk nak bayar duit pinjaman pelajaran MARA yang aq pinjam masa study dulu untuk beberapa bulan...hee...dan selebihnya boleh la bayar bil handphone untuk bulan ni...

"Haa, lepas ni entah bila lagi baru dapat cashout 
lagi untuk cek kedua dan seterusnya..."

Huhh, mungkin lambat lagi kot sebab nak kumpul earning tu bukannya mudah...ye, aq da merasa semua tu...ni pun ambil masa yang lama nak terkumpul banyak ni...huhu...


NOTA SKYTECH :

Huh, baru hari kedua cuti CNY...dan cuti aq masih ada berbaki seminggu lagi...lama betul ofis aq bagi cuti ni...hee...hari ni da ada program untuk diisi dengan beberapa orang blogger...tapi esok, lusa, tulat aq nak buat apa ni ? HAHA...

**Terima kasih kerana membaca entri Cek Pertama Dari Nuffnang

Friday 8 February 2013

Suara Tangisan Jam 4 Pagi

> Whats Up Guys...

Haa, siapa yang pernah alami pengalaman menyeramkan yang bila teringatkan balik boleh meremang bulu roma ? Benda ni baru saja berlaku beberapa hari yang lepas...pada malam tu aq agak susah nak lelapkan mata...nak dijadikan cerita pada malam tu memang la teragak sunyi...kalau tak silap aq masa tu jam sudah hampir menunjukkan jam 4 pagi...

Suara orang menangis jam 4 pagi kat lorong tu...

Masa tengah syok online tu tetiba aq dikejutkan dengan bunyi anjing menyalak yang agak luar biasa kuatnya tak jauh daripada rumah aq...masa tu aq tak fikir apa la kan...terus pergi menjengguk kat luar dari pintu dapur rumah aq...ada berbelas ekor ada kat lorong berhampiran rumah aq tu...menyalak dan terus menyalak...dan tetiba aq ada terdengar satu suara yang agak jelas...seperti suara tangisan...dan disusuli bunyi anjing menyalak kat situ...memang agak jelas la bunyi suara tu...aq da rasa semacam saja...off laptop terus masuk tidur...

Keesokan paginya, aq tanya la family aq malam semalam ada dengar bunyi apa-apa tak...dan mereka cakap tiada dengar bunyi apa pun...haa, biar betul ? Serius kuat bunyi anjing menyalak pada malam yang aq dengar tu...tak lama lepas tu, adik aq ada tanya something kat aq...

"Along, malam semalam ada dengar suara 
orang menangis tak masa bunyi anjing menyalak tu?" 

Aq da rasa lain macam da bila adik aq tanya aq macam tu.....dan masih tertanya ? Adakah itu suara KAK LANG...ataupun CIK PONTI...entahlah...HUHUHU...


NOTA SKYTECH :

Gulpp...ahh...sudah...bukan aq seorang saja yang dengar sebenarnya...kebetulan adik aq pun turut dengar suara yang sama malam tu...suara siapakah itu...suara tangisan jam 4 pagi ? Aq pandang adik aq...aq pandang dia...sampai sekarang aq masih bingung bila teringat pasal tu...

**Terima kasih kerana membaca entri Suara Tangisan Jam 4 Pagi

Wednesday 6 February 2013

Wordless Wednesday #65 | The Return Of PARAMORE LIVE IN KUALA LUMPUR 2013

> Whats Up Guys...

The Return Of PARAMORE LIVE IN KUALA LUMPUR 2013



NOTA SKYTECH :

TuneTalk and BlackBerry present The Return Of Paramore Live In Kuala Lumpur 2013...akhirnya Paramore kembali semula ke KL seperti yang dijanjikan di akhir konsert Paramore Live In Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2010 yang lepas !  Album studio keempat berjudul "Paramore" akan dilancarkan pada 9 April 2013 ni...lama da tunggu sejak album Brand New Eyes (2009)...akhirnya...yehaa !


P.S -  Tak tahu nak dapatkan tiket di mana ? 
Info lebih lanjut di www.ticketpro.com.my...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday #65 | The Return Of PARAMORE LIVE IN KUALA LUMPUR 2013

Tuesday 5 February 2013

Google Pagerank Update 2013

> Whats Up Guys...

Haa, rasanya ramai yang sedia maklum pasal Google Pagerank Update 2013 yang pertama untuk tahun ni...selalunya setahun 3-4 kali Google akan kemaskini pagerank ni...bagi sesetengah blogger, ada yang tidak menghiraukan sangat tentang Google pagerank ni...PR0 ke...PR1 ke...tak hairan langsung...

Google Pagerank 2013
Google Pagerank Update 2013

Huhh, sama la macam aq...sekarang ni tak hairan pun pasal pagerank ni...lagipun aq kan baru saja bertukar ke domain dot com awal Januari 2013...tak mungkin la pagerank boleh naik cepat kan...sebab tu aq tak hairan sangat kan...tunggu Google update pagerank kali kedua la dalam pertengahan tahun 2013 ni...mungkin baru naik dari PR0 ke PR1...mungkin? 

Tapi...tangan aq gatal sangat nak check PR kan...saja la nak check...tak harap sangat pun PR tu berubah...tapi...

Pagerank Checker

What ? Baru sebulan lebih guna domain dot com dari PR0 naik ke PR1...biar betik ? PR yang paling tinggi pernah aq dapat adalah PR2 sebelum guna domain dulu...lepas tu maintain...tak naik tak turun...HAHA...nak naik PR3 memang mimpi la dulu...ke laut...ahakkss...memang banyak lagi yang aq kena belajar pasal SEO, pagerank, bina backlink, meta content ni semua...huhu...nak check pagerank korang...check saja kat PAGERANK CHECKER...

Haa, kat bawah ni adalah Jadual Ramalan Google Pagerank Update Untuk Tahun 2013...ianya mungkin tepat dan mungkin tak...hee

First PR Update : 28 Januari 2013 - 6 Februari 2013
Second PR Update : 27 Jun - 7 Julai 2013
Third PR Update : 29 September - 4 Oktober 2013
Fourth PR Update : 24 Disember - 29 Disember 2013

#P.S - Google selalunya akan Update Pagerank selepas tempoh berselang 3-4 bulan...


NOTA SKYTECH :
Serius...memang tak boleh tinggalkan terlalu lama sangat la blog ni...baru 2 hari tak update...ni pun da terasa lemau habis bila nak menaip entri ni...HAHA...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Google Pagerank Update 2013

Friday 1 February 2013

Rezeki Awal Bulan Februari

> Whats Up Guys...

Haa, pejam celik macam sekejap saja rasanya bulan Januari 2013 da melabuhkan tirainya...tup...tup da masuk bulan Februari...eh, hari ni 1 Februari...Hari Wilayah...bagi sesiapa yang bercuti hari ni...selamat bercuti...bagi yang bekerja...selamat bekerja ye...ish, aq ni baru 3 hari bekerja da cuti balik...hee...

Sebulan "berperang" di blog KiD...

"Tahniah kepada yang menjadi Shakiddo Top Commentator Januari 2013"

Alhamdulillah, rezeki awal bulan Februari...di hari Jumaat...dan di kala waktu aq tengah cuti pulak tu...hee...murah rezeki tuan blog tu...haa, siapa nak bagi kan...tapi Hadiah Awal Bulan macam ni memang aq tak nak la...tak berbaloi...HAHA...

Bulan Februari ni pun KiD masih meneruskan cabaran Top Comentator ni...syaratnya cuma serang blog KiD setiap hari sampai hujung bulan...hee...lagipun sekarang ni tengah nak stabilkan balik mood blogging yang hilang sejak hujung tahun lepas...tu yang bila ada masa saja...online saja...HAHA...


NOTA SKYTECH :

Bulan Februari ni mungkin lagi sengit persaingannya...huhu...

**Terima kasih kerana membaca entri Rezeki Awal Bulan Februari
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com