Tuesday 30 July 2013

Kad Raya Dan Duit Raya Terawal 2013

> Whats Up Guys...

Haa, ada yang da start countdown nak cuti raya ke bagi mereka yang bekerja ? Relaks la...masih awal lagi...walaupun hanya berbaki seminggu lebih saja lagi nak raya tapi bagi aq macam masih awal lagi...mood raya pun belum ada lagi apatah lagi nak shopping raya...tapi baru-baru ni dapat Kad Raya Dan Duit Raya Terawal 2013...terima kasih Shida Radzuan untuk kad raya tu...hee...

Kad Raya Dan Duit Raya 2013

Duit raya ? Siapa kata bila da bekerja ni tak dapat duit raya lagi ? Haa, bila bos da bagi duit raya awal ni...terima saja la dengan muka tak bersalah...padahal dalam hati ni da "Yess !! Yess !!" Hmm...patutlah tangan kanan ni memang gatal semacam saja sebelum ni...nak dapat duit raya rupanya...hee

Haa, boleh la buat tambah bajet untuk shopping...satu apa pun tak prepare lagi untuk raya...tapi aq ni jenis yang tak kisah sangat...mana yang ada...belasah saja...tak baik membazir...bukan berkira sangat tapi kawal perbelanjaan secara berhemah...eceecehh...HAHA...


NOTA SKYTECH :

Siapa yang nak bagi duit raya kat aq nanti inform kat aq ye...ada ke ? :P

**Terima kasih kerana membaca entri Kad Raya Dan Duit Raya Terawal 2013

Wednesday 24 July 2013

#RondaBazaar : Nasi Beriani Hanya RM3

> Whats Up Guys...

Haa, sekejap saja rasanya da hampir separuh Ramadhan kita berpuasa kan...memang tak terasa langsung masa berlalu begitu cepat sekali...haa, sehingga ke hari ni...siapa yang masih bertahan lagi iaitu belum sekali pun menjejakkan kaki ke Bazaar Ramadhan...mesti ada kan...hee...tahun ni puasa hari yang kesebelas baru la aq #RondaBazaar...yess !! Rekod baru...HAHA...

Haa, masih ingat lagi tak dengan entri Nasi Beriani Beratur hari tu ? Da itu entri terakhir yang sempat aq update kan...hee...akhirnya, setelah bertahun aq cuma perhatikan saja kenapa ramai yang beratur bila ke Bazaar Ramadhan kat situ, baru sekarang berpeluang untuk mencuba sendiri apa yang istimewanya Nasi Beriani "Beratur" tu...

Nasi Beriani Beratur

Nasi Beriani Hanya RM3...??

Eh, jangan salah faham...maksud aq nasi beriani kosong saja hanya berharga RM3...serius memang banyak portion nasi beriani tu...sebungkus tu boleh kongsi dua orang makan...dan kalau makan seorang, mungkin boleh untuk berbuka dan bersahur...hee...kat tempat lain susah nak dapat macam ni...selain lauk ayam goreng...ada juga lauk lain seperti ayam rendang dan ayam masak merah...lauk kari kambing pun ada...tapi aq tak berapa gemar sangat kambing ni...tu yang pilih ayam...hee...

Harganya pun bagi aq tak berapa mahal sangat...harga standard la...Nasi Beriani Ayam cuma RM7 dan Nasi Beriani Kambing berharga RM8...kalau ikutkan portion nasi tu, kalau kat tempat lain mungkin kira double da tu...patutlah ramai yang sanggup beratur untuk beli nasi beriani ni setiap hari...terbaik !


NOTA SKYTECH :

Bazaar Ramadhan mana lagi yang best sekitar Lembah Klang ni ? Nak cari juadah yang unik...hee...


**Terima kasih kerana membaca entri #RondaBazaar : Nasi Beriani Hanya RM3

Saturday 13 July 2013

Citarasa Ramadan : Pizza Sari Lautan Kini Di Pizza Hut Malaysia


Teringin berbuka dengan menu yang berbeza dari biasa setelah seharian berpuasa ? Jom kita berbuka dengan hidangan piza terbaru dari Pizza Hut Malaysia, salah satu menu istimewa Citarasa Ramadan yang dihasilkan khas sempena bulan Ramadhan...Pizza Sari Lautan Kini Di Pizza Hut Malaysia...

Pizza Sari Lautan

Promosi menu Pizza Sari Lautan ni bermula 20 Jun 2013 dan akan berakhir dalam bulan Ogos nanti...jangan lepaskan peluang untuk mencubanya nanti sebelum promosinya tamat...haa, apa yang istimewanya tentang Pizza Sari Lautan ? Sedap ke ? Rasanya macam mana ? Mesti ramai yang tertanya-tanya kan...hee

Pizza Sari Lautan
#CitarasaRamadan : Pizza Sari Lautan

Pizza Sari Lautan menggabungkan sos eksotik asam pedas dan didatangkan dengan udang segar, tuna, crabsticks dan keju...tidak lupa juga signature Pizza Hut, ianya dihidangkan dengan Pan Kerak..."A pizza feast with a local twist"...dan ianya pasti akan membangkitkan selera anda di waktu berbuka...Pizza Sari Lautan boleh didapati dengan harga RM25.00 (Regular) dan RM34.00 (Large) untuk hidangan a'la carte...

Ataupun anda boleh memilih hidangan Citarasa Ramadan Combo (dine-in only)...


Haa, memang nampak sangat menyelerakan...kan ? Ini merupakan kali pertama dapat merasa pizza asam pedas...memang lain dari yang lain...takkan pernah jumpa kat tempat lain...haa, untuk hidangan Citarasa Ramadan Combo terdapat dua pilihan yang boleh dipilih...

Citarasa 1 : 
1 Pizza Sari Lautan (Regular), 2 soup-of-the-day, 1 "Istimewa Platter", 4 Garlic Breadstix dan 2 gelas Mirinda Strawberry hanya pada harga RM 39.80 (jimat RM19.00)


Citarasa 2 : 
1 Pizza Sari Lautan (Large), 4 soup-of-the-day, 1 "Istimewa Platter", 4 Garlic Breadstix dan 1 pitcher Mirinda Strawberry hanya pada harga RM 59.80 (jimat RM16.20)

Istimewa Platter

Selain itu, menu terbaru Citarasa Ramadan iaitu "Istimewa Platter" yang didatangkan dengan Honey BBQ wings dan drumettes, chicken meatballs dan Criss Cut Fries seharusnya dicuba hanya pada harga RM20.80 (a'la carte)...memang feeling kalau layan satu set seorang...

Citarasa Ramadan Blogger Event
Picture Credit : Pizza Hut Malaysia

Haa, apa yang ditunggu lagi...jomlah berbuka di Pizza Hut yang berhampiran...ataupun pesan saja secara online di PHD ataupun call saja Pizza Hut...dijamin sampai depan rumah...


P.S - Sesekali berbuka dengan Pizza Hut...best juga kan...hee

**Terima kasih kerana membaca entri Citarasa Ramadan : Pizza Sari Lautan Kini Di Pizza Hut Malaysia

Wednesday 3 July 2013

Rezeki Menjadi Pengomen Tegar

> Whats Up Guys...

Wahh, sekejap saja rasanya bulan Jun da berlalu...da masuk bulan Julai...terasa macam da lama pula tak blogwalking dan tinggalkan komen kat blog blogger lain...hee...kena mulakan balik untuk jadi pengomen tegar macam dulu ni...

Walaupun sekarang ni macam kekurangan masa untuk update entri dan tinggalkan komen kat entri...mungkin pengurusan masa aq tak berapa efisien kot...haa, lepas tu bila tekan new post saja mesti aq blur tak tahu nak taip apa...hee...tapi tak sangka pulak kan bulan ni....

Pengomen Tegar Blog DN

...dapat jemputan makan malam pada hari Jumaat ni daripada Deqnoor dan bersama beberapa orang blogger lain hasil kerajinan kami menjadi pengomen tegar blog DN sejak bulan Januari sehinggu Jun...hee...Alhamdulillah, Rezeki Menjadi Pengomen Tegar...rezeki awal bulan Julai...terima kasih DN...hee


NOTA SKYTECH :

Baru seminggu tak update entri tapi rasanya macam da lama sangat tak berupdate...da naik tepu otak ni da nak menaip ayat ni...HAHA...

**Terima kasih kerana membaca entri Rezeki Menjadi Pengomen Tegar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com