Thursday 29 November 2012

18 Jam Bergelap Dan Berpanas

> Whats Up Guys...

WOW ! Rasanya macam da lama sangat tak update...sejak dari semalam lagi nak update sebenarnya tapi apakan daya...baru mood online tu nak sampai...da la masa tu tengah hujan...memang masa terbaik la untuk berblogging...hee...tapi tak sempat lagi nak taip entri...tetiba "BLACKOUT"...ingatkan trip macam biasa la kan bila guruh...aq pun cuba la on balik...tapi hampa...

"Apahal pulak tak boleh ON ni...nak kata blackout...
rumah jiran kiri kanan semua takde pulak terputus bekalan elektrik...
takkan rumah aku je kot yang kena..."

Haa...mesti ada something wrong ni...bila check je meter kat luar rumah...pufff...da agak da...ada kabel yang terbakar pulak...da la time tu hujan...pukul 8.10 pm rasanya...kalau nak betulkannya pun bukannya aq tahu sangat pun...



Kebetulan malam tu banyak pulak aduan...call TNB pun...adehhh...dari pukul 8 pm sampai 2 pagi pun masih tak datang...puas da aq tunggu...memang bergelap la malam tu sampai pagi...habis down mood blogging aq...kebetulan kat rumah aq masa tu memang takde orang pulak...memang terbaik la...HAHA...

Haa, bila da pagi tu...call lagi TNB lagi...still bagi bermacam alasan...nak kena tunggu lagi la...makin tension bila tunggu lama ni...jalan terakhir, try call someone...dia kata boleh betulkan...aq da lega da...tak sampai 20 minit pun dia betulkan...da OK...perghh...kalau aq tahu dari awal lagi, da lama call dia...dan terpaksa EL semalam sebab nak settlekan masalah ni...kalau tak...memang bergelap lagi la jawabnya...


NOTA SKYTECH :

18 jam bergelap dan berpanas dari pukul 8 pm sampai 2 pm...rekod paling lama blackout dalam hidup aq rasanya...sebelum ni setakat 2-3 jam blackout boleh la tahan kan...huhu

**Terima kasih kerana membaca entri 18 Jam Bergelap Dan Berpanas

Wednesday 14 November 2012

Blog Dijangkiti Malware

> Whats Up Guys...

Blog dijangkiti Malware ! Kecoh hari ni bila banyak blog yang ada malware ni...fuhh...tapi nasib baik la blog aq tak dijangkiti malware ni...kalau sesiapa yang guna Google Chrome memang akan terus detect laman web yang ada malware ni...dan ianya berpunca dari bloglist...so, berhati-hatilah...hee...


Kalau blog terkena malware...cara paling mudah tak payah pening kepala...buang dulu untuk sementara URL blog yang menjadi punca tu...habis cerita ! Aku boleh pulak terkejut lepas tu terus tekan 'X' tadi bila masuk blog yang ada malware tu...HAHA...


NOTA SKYTECH :

Blogger yang sedang blogwalking tu...apa salahnya informed kat tuan blog tersebut kalau blognya ada malware...jom hapuskan malware ni sebelum berjangkit dan jadi lagi serius...peace ! hehe...


**Terima kasih kerana membaca entri Blog Dijangkiti Malware

Wednesday 7 November 2012

BE November | Buffered Earnings Ke 17

> Whats Up Guys...

Yess !! Akhirnya Buffered Earnings ke 17 daripada Nuffnang untuk tahun ni muncul jugak walaupun tak berapa aktif sangat berblog sejak kebelakangan ni...dan merupakan BE pertama untuk bulan November ni...arigato ! terima kasih Nuffnang dan Colgate Palmolive SlimSoft...


Bulan lepas time tak aktif pun boleh dapat 4 BE sekaligus...rekod baru tu...bila time aktif berblog dulu pun tak pernah dapat BE banyak macam tu dalam sebulan...hehe...bila BE da melekat tu kena bagi trafik naik kaw2 la...nak tips berblogging lagi korang boleh terjah SINI...terbaik punya tips...huhu...

Nak tips lain untuk dapatkan BE ? Aq da berapa kali try...kena pandai la...memang boleh dapat tapi tak selalu la...HAHA...serius...dalam entri sebelum ni aq da guna TEKNIK ni...memang menjadi woo !! Dapat la satu BE daripada takde langsung kan...hee...


#Selamat mencuba...heee...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri BE November | Buffered Earnings Ke 17

Saturday 20 October 2012

FINAL PIALA MALAYSIA 20 OKTOBER 2012 KELANTAN VS ATM

> Whats Up Guys...

Wow ! Malam ni akan berlangsungnya perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 diantara Kelantan VS ATM yang bertempat di Stadium Shah Alam bermula jam 8.45 malam...


Haa, perlawanan malam ni mesti akan jadi suatu pertempuran yang sengit antara pasukan Kelantan VS ATM...dan yang pastinya Stadium Shah Alam akan menjadi saksi perlawanan kali ni...adakah Kelantan ataupun ATM yang akan menjulang Piala Malaysia 2012...sama-sama la kita nantikan...hee...kalau nak tengok LIVE STREAMING boleh terus klik ke SINI...


NOTA SKYTECH :

Rasanya Piala Malaysia kali ni macam akan jadi milik Kelantan...tapi tak tahu la kan kalau ATM akan buat kejutan...

Update : Tahniah pasukan Kelantan ! Juara Piala Malaysia 2012...Kelantan 3 - 2 ATM...

**Terima kasih kerana membaca entri FINAL PIALA MALAYSIA 20 OKTOBER 2012 KELANTAN VS ATM

Wednesday 17 October 2012

Wordless Wednesday #60 | Roti Helikopter

> Whats Up Guys...



NOTA SKYTECH :

Lokasi : Taman Universiti, Skudai...


**Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday #60 | Roti Helikopter

Wednesday 10 October 2012

Wordless Wednesday #59 | Biar Betul SAMSUNG Ni ?

> Whats Up Guys...



NOTA SKYTECH :

Serius LOL...lepas seminggu je aq beli terus turun harga...biar betul SAMSUNG ni ? Menyesal pulak tak tunggu...ingatkan lambat lagi nak turun harganya...Samsung buat aq jadi WORDLESS ! HAHA


**Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday #59 | Biar Betul SAMSUNG Ni ?

Wednesday 3 October 2012

Nuffnang Tersalah Akaun Ke ?

> Whats Up Guys...

Haa, akhirnya bulan September da pun berakhir...yeahh...!! Macam baru lepas terjaga daripada mimpi ngeri je...harap bulan Oktober ni tak terlalu busy sangat la macam bulan lepas...makin terabai pula blog ni nanti...HAHA...

Selalunya setiap kali aq online mesti akan check Nuffnang dulu...mana tahu ada BE baru ke kan...BE yang tengah running kat blog sekarang ni mungkin akan jadi metered da nanti...sebab 3 hari da tak online...BE mesti susah nak naik da...tapi sangkaan aku meleset, BE masih belum metered lagi...dan bila check earnings...erk...



"Eh, Nuffnang tersalah akaun ke ?" 2-3 kali aq log in dan log out...sebab nak pastikan sama ada aq bermimpi atau Nuffnang bergurau dengan aq ni...nak kata aq ada dapat sponsored post...takde la pula kan...entah datang dari mana datangnya earnings dekat RM90++ tu...tapi bila check balik CPUV dan CPC...macam ada pertambahan earnings...earnings CPUV je aq dapat kesan bermula dari mana ia bertambah...tapi earnings CPC tak dapat dikesan bermula dari mana yang bertambahnya...



Sebelum ni earnings CPUV kat blog aq hanya start 21 April 2011...tetiba ada earnings CPUV dari May 2009 sehingga 2 Nov 2009...erk, sebenarnya blog aq ni dari May 2009 da ada dan memang tak aktif langsung...bermula April 2011 la baru start aktif berblog...rezeki bulan ni rasanya...ataupun mungkin ada yang tak kena ni dengan Nuffnang punya sistem...haa, kita tunggu la esok ke lusa...


NOTA SKYTECH :

Haa...bak kata blogger KiD, kita mesti enjoy apa yang kita tulis kat blog dan readers akan enjoy jugak dan income akan datang kalau kena caranya...dan jangan sesekali buat fraud click sebab nak income naik cepat...time nak cashout nanti kalau pihak Nuffnang dapat kesan fraud click...habis la...tak memasal je...kena relaks...cool, slow and steady...sikit-sikit income masuk...hee...eh, ada yang da tertekan cashout ke...huhu~


P.S - Terima kasih sebab bangunkan aku bila September berakhir...HAHA...(,^^)


**Terima kasih kerana membaca entri Nuffnang Tersalah Akaun Ke ?

Saturday 29 September 2012

Bangunkan Aku Bila September Berakhir

> Whats Up Guys...

Huhh, hari ni baru la terasa dapat bernafas sikit...sebab hari baru dapat cuti dan jauh dari dunia autocad...HAHA...sejak dari minggu lepas lagi aq tak merasa cuti sangat...hari pun da tak dapat nak bezakan da...sabtu ahad pun aq redah je..nak online pun serius otak blur nak menulis entri...hee...


"Wake Me Up When September Ends...♫"

Haa, memang sesuai layan lagu Greenday bila hujung September ni...macam kena je dengan situasi aq..."Bangunkan aku bila September berakhir"...HAHA...minggu ni aq nekad nak cuti je walaupun kerja bersepah lagi...bukannya letih badan...tapi mata letih mengadap PC dari pagi sampai petang membawa ke malam...tapi kalau berblogging mungkin tak jadi macam ni kot...HAHA...


NOTA SKYTECH :

Minggu ni kena buat marathon tengok wayang...cerita apa yang best kat wayang sekarang ni ye ?

**Terima kasih kerana membaca entri Bangunkan Aku Bila September Berakhir

Monday 24 September 2012

Film Review : Dredd

> Whats Up Guys...

Haa...lama da rasanya tak buat entri review movie baru kat blog...sebab...hampir dua bulan da aku tak jejakkan kaki kat panggung wayang untuk layan movie dan kali terakhir rasanya masa movie The Amazing Spider Man...alrite, sebelum ni aku da janji kan nak mulakan balik review movie ni...ok, kali ni nak buat review movie Dredd...

Dredd

Sinopsis : The future America is an irradiated waste land known as the Cursed Earth. On the east coast of North America lies Mega-City One, a vast, violent metropolis containing 800 million residents where 17,000 crimes are reported daily and "Slo-Mo", an addictive new drug that slows the user's perception of time to 1% of normal, has been introduced. The only force of order is the Judges, who act as judge, jury, and executioner. 

Judge Dredd is tasked by the Chief Judge with evaluating rookie Judge Cassandra Anderson, a psychic who has failed the tests to become a full Judge. Elsewhere, in the 200-story slum tower block Peach Trees, drug lord Madeline Madrigal, known as Ma-Ma, infuses three men with Slo-Mo and throws their skinned bodies from the top of the tower. Dredd and Anderson respond and learn of a drug den, which they assault. They arrest Kay, one of Ma-Ma's henchmen, after Anderson psychically detects his involvement in the murders. To prevent Kay being removed from the building and interrogated about her operation, Ma-Ma's forces seize the tower's security control room and seal the building using its blast shields under the pretense of a security test, preventing the Judges from leaving or summoning help......TO BE CONTINUED...hee...

"Siapa halang jalan aku...aku langgar...HAHA"

Sebelum tu jom layan trailer movie Dredd ni dulu...ataupun nak terus baca review...hee...

"Judgment Is Coming..."


Kenapa perlu tonton movie Dredd ni :

  • Filem bergenre sci-fi dan aksi
  • Siapa yang masih ingat lagi movie Judge Dredd (1995) yang dilakonkan oleh Sylvester Stallone...haa, movie Dredd (2012) kali ni disuntik dengan nafas baru oleh pengarah Pete Travis...(ala, macam movie The Amazing Spider Man jugak la...bukan sambungan dari sekuel sebelumnya...tapi movie ni macam diolah semula...uniform baru, pelakon baru...)
  • Filem Dredd kali ni dibarisi oleh pelakon seperti Karl Urban (Judge Dredd), Olivia Thirbly (Judge Cassandra Anderson), Lena Headey (Ma-Ma) and Wood Harris (Kay).
  • Plot dan jalan cerita agak menarik dari mula sehingga akhir movie ni...(Tak pasti la sama ada movie Dredd kali ni ada persamaan dengan movie Judge Dredd dulu sebab aku tak tengok sampai habis Dredd versi lama dulu...hee...)
  • Kostum Dredd kali ni boleh dikatakan ok la...tapi kalau nampak berkilat dan tak nampak macam lusuh lagi smart kot
  • Bayangkan la bangunan 200 tingkat...geng Ma-Ma campak orang dari tingkat 200...bila sampai ke bawah...apa agaknya yang jadi ?
  • Dredd dan Anderson terperangkap dalam Peach Trees Block dan geng Ma-Ma memburu mereka sebab mereka menahan salah seorang ahli geng mereka...disebabkan takut rahsia mereka bocor...mereka menutup satu blok tersebut...adakah mereka dapat keluar dari situ ?
Judge lain tiba di Peach Tree Block...bantuan atau lawan ?

  • Judge Anderson adalah seorang psikik...menarik ? Tak payah soal siasat...terus direct baca minda orang lain...fuyooo...sampai ada geng Ma-Ma yang kena tahan dengan Judge Dredd dan Judge Anderson masa dalam Peach Tree Block tu terkencing dalam seluar...HAHA
  • Effect slow motion yang memang smart la
  • Adegan tembak menembak yang agak cool di tingkat 76...3 mesingun serang Dredd...adakah geng Ma-Ma berjaya hapuskan Judge Dredd dan Judge Anderson ? Dan adakah Anderson akan berjaya dalam tugasan yang diberikan ? Nak tahu kena la layan movie ni...hee...

Rating : 8/10 (Bagi yang suka layan movie action macam ni memang best layan movie ni...tapi bagi yang lemah semangat tak sesuai tengok movie ni...effect jatuh dari bangunan...kena tembak nampak real...kalau tengok 3D mahu menjerit dalam panggung wayang)

**Terima kasih kerana membaca entri Film Review : Dredd

Wednesday 19 September 2012

Wordless Wednesday #58 | Bila Sudah Tiada Baru Nak Cari

> Whats Up Guys...


NOTA SKYTECH :

Haa, bila sudah tiada baru nak cari...nampaknya kena tunggu beberapa bulan lagi la baru boleh merasa GCB ni...tak sempat nak try double GCB pulak kali ni..."It's Gone"...HAHA...

**Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday #58 | Bila Sudah Tiada Baru Nak Cari

Monday 17 September 2012

Bertemu Kyle Patrick Di Rock Corner

> Whats Up Guys...

Haa, siapa yang akan pergi konsert The Wanted Live In Kuala Lumpur 2012 hari ni kat Surf Beach Sunway Lagoon ? "Eh, sejak bila pulak aku berminat pasal The Wanted ni ?" HAHA...petang semalam tak sangka pulak boleh bertemu Kyle Patrick Di Rock Corner The Curve, vokalis band The Click Five yang akan membuat opening act untuk konsert The Wanted nanti...first time aku jumpa Kyle Patrick masa tahun 2007 dekat Tower Record, KLCC...dan tempat tu pun da tak wujud sekarang...huhu...


"Oh...ada sesi meet & greet dengan Kyle Patrick...patut la ramai yang beratur kat luar Rock Corner The Curve ni"

Me : 
Hye Kyle...nice to meet you...

KP  : 
Hye...nice to meet you to...and your name ? Ohh...EZAD...
(Perghhhh...Kyle Patrick kenal aku la...HAHA...percaya tak ? Haa, sila abaikan fakta yang sebelum ni...sebenarnya sebelum meet & greet tu kena tulis nama...HAHA)

Me :
Actually, this was the second time I met you Kyle...the first time I met you 5 years ago at Tower Record KLCC together with The Click Five band members...

@6 Nov 2007...da 5 tahun masih simpan lagi ni...LIMITED EDITION...

KP  : 
Really ? Hope we can meet again someday bro...and don't forget to keep listen all my songs...thank you bro...

Me : 
Thanks again...nice to meet you...


"Go For Gold" - Single pertama album solo EP Kyle Patrick...layann beb lagu ni...tetiba rasa macam bersemangat semacam bila dengar lagu ni...lain benar perwatakannya bila berjumpa...dalam muzik video ni Kyle Patrick macam hyperactive sangat da....heee...

NOTA SKYTECH :
Sebenarnya pergi area The Curve tu nak tengok wayang je...tapi...takde movie yang best pulak sekarang ni yang nak tengok...nak layan Resident Evil : Retribution 3D...aku tak follow up sangat pulak movie Resident Evil ni dari awal...
P.S - Hari ni cuti lagi ! YESS...HAHA (,^^)
**Terima kasih kerana membaca entri Bertemu Kyle Patrick Di Rock Corner

Sunday 16 September 2012

Episod Kemuncak Oh My English Musim Pertama


> Whats Up Guys...

Haa, ada tak peminat setia rancangan Oh My English ? Serius...sejak dari episod pertama lagi memang aku da terlayan Oh My English ni...hari ni merupakan Episod Kemuncak Oh My English Musim Pertama pada 16 September 2012 jam 10 pagi di Astro TVIQ (Saluran 610)...haa, episod kali ni special sikit sebab akan disiarkan selama sejam...YESS ! HAHA~



"Adakah Mr.Middleton akan terus berada di Malaysia atau akan pulang ke UK?"

Kalau terlepas siaran pagi ni...jangan risau...akan ada siaran ulangan pada jam 2pm, 6pm dan 9 pm...kalau ada Astro B.Yond lagi mudah...rakam je...lepas tu boleh tengok sampai muntah...hee...


NOTA SKYTECH :

Haa, kalau nak tahu dengan lebih lanjut apa yang terjadi...jom la layan OME...selamat berhujung minggu...hee...

P.S - Selamat Hari Malaysia ! (,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Episod Kemuncak Oh My English Musim Pertama

Friday 14 September 2012

Hadiah Misteri Dari...

> Whats Up Guys...

"Haa, ada satu sampul surat misteri kat atas meja tu...buka la cepat...mana tahu ada bom ke dalam tu..."

HAHA...tak mungkin la ada bom kan ? Poslaju ? Haa, sebenarnya memang agak jarang ada surat yang tertera nama aku ni...selalu yang ada pun surat minta hutang masa study dulu ada la...hee...berkemungkinan peminat yang bagi kot...HAHA...


Hadiah misteri dari siapa la agaknya ni ? Haa, bila tengok nama pengirimnya baru la aku teringat sesuatu...hadiah misteri ni dari www.duniashida.com sebab komen aku kat entri dalam blognya beberapa hari yang lepas merupakan komentar yang ke-10,000 dalam blognya...hee...

Terima kasih Shida !


NOTA SKYTECH :

Baru je bercadang nak beli pendrive...dapat pulak hadiah misteri pendrive...hee...terima kasih Shida...da selamat sampai kat rumah pun "Hadiah Misteri" tu...hee...


P.S - Da lama tak buat review movie...sebab dekat 2 bulan jugak la aku 
tak sempat nak terjah pawagam ni...HAHA...nanti la akan 
mulakan semula aktiviti review movie ni...hee...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Hadiah Misteri Dari...

Thursday 13 September 2012

Pelancaran iPhone 5

> Whats Up Guys...

Haa, rasanya semua peminat iPhone seluruh dunia pasti sudah lama menantikan tarikh pelancaran iPhone 5 ni kan...semua mesti tertanya macam mana la rupa iPhone 5 tu agaknya...walaupun aku bukan la peminat tegar produk Apple ni tapi nak jugak la tahu bagaimana rupa iPhone 5 tu kan...dan akhirnya semuanya sudah terjawab...rupabentuk iPhone 5 kini telah didedahkan...

Sumber : Oh! Media FB

Sebelum iPhone 5 ni dilancarkan dulu...dikatakan rupabentuk iPhone 5 ni da leaked kat internet tapi masa tu semuanya masih menjadi tanda tanya..."Betul ke iPhone 5 macam tu rupanya?" 

Sumber : Mashable.com

Haa, dengar kata iPhone 5 ni harganya lebih kurang saja dengan iPhone 4S...tapi tak tahu la kan...tunggu je la harga iPhone 5 diumumkan nanti untuk pasaran Malaysia...tapi kalau betul la, siapa yang baru beli iPhone 4S tu memang rugi la...tunggu sikit masa je lagi da boleh beli iPhone 5...nak tahu spesifikasi untuk iPhone 5 ni dengan lebih lanjut sila la KLIK SINI...hee...

Sumber : Woot Media FB

#Apa pendapat korang tentang iPhone 5 ni ?


NOTA SKYTECH :

Entah bila la dapat beli iPhone 5 ni...iPhone 4 dan iPhone 4S pun belum sempat nak beli lagi...haa, lepas tu iPhone 5 pulak da nak keluar...HAHA...tapi buat masa sekarang ni target utama aku hanya nak Samsung Galaxy SIII je...iPhone target nombor dua...ataupun maybe yang ketiga...HAHA...


P.S - Hari ni ada jamuan raya kat ofis...sekaligus dengan majlis doa selamat
 sebab salah seorang staf kat ofis akan pergi berangkat ke Makkah
 minggu depan untuk menunaikan ibadah haji...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Pelancaran iPhone 5

Friday 7 September 2012

Souvenirs Dari Korea

> Whats Up Guys...

Haa, dari dulu lagi aku memang teringin nak melancong ke luar negara...dan teringin pulak nak pergi Korea ni...HAHA...pengaruh RUNNING MAN terlampau kuat sangat ni...yela, setiap episod siri Running Man tu kan banyak tempat yang menarik yang dipaparkan...macam best je kalau dapat melancong ke sana...maybe next year kot...next time ke...MAYBE je...! ahhh, tak dapat pergi pun tak pe la...yang penting dapat jugak souvenirs dari Korea...hee..


Haa...antara semua souvenirs yang aku dapat dari Korea tu...yang ni aku rasa paling gempak...keychain berkuasa solar...keychain ni hanya akan menyala bila siang je...malam dia off...HAHA...agak rare ni...kat sini aku belum pernah jumpa lagi keychain macam ni...entah berapa ribu Won agaknya keychain ni...harganya dirahsiakan...cehhh....

"Its MAGIC...HAHA"

NOTA SKYTECH :

Haa, dalam entri sebelum ni kenapa ada yang tak percaya aku masih lagi dapat duit raya? Tak banyak tapi boleh la...hee...agaknya tahun depan masih dapat lagi ke tak ye?

P.S - Alhamdulillah...awal bulan September ni banyak dapat 
berita yang cukup menggembirakan aku...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Souvenirs Dari Korea

Tuesday 4 September 2012

Biarkan Aku Pergi

> Whats Up Guys...

"Biarkan aku pergi...tak lama...cuma kejap saja...keadaan mungkin akan bertambah buruk lagi jikalau aku tak dirawat dengan segera dan mungkin boleh membawa...dan kita mungkin tak akan berjumpa lagi nanti...lepaskan la aku pergi..."

"Masuk ICU...."

Masuk ICU? Eh, bukan aku la...haa, mesti ada yang nak terus kata aku jiwang la tu kan...betul tak? HAHA... Disebabkan peristiwa ni la hampir seminggu aku termenung dan terus termenung...why...why...why...? "Kenapa la time awal bulan pulak dia "sakit"...baru minggu pertama bulan September ni...haa, lepas raya pulak tu...terpaksa la korbankan sikit duit raya yang aku dapat tahun ni...

Haa, sampai tokey kedai motor tu siap perli aku lagi masa aku keluarkan sampul duit raya..."Aiyooo kawan...habis la lu punya duit raya...lepas raya lu punya motor buat hal" Kalau ikutkan hati nak je aku lempang selaju 180 km/j kat muka tokey kedai motor tu...sabar je la...HAHA...



NOTA SKYTECH :

Nasib baik la sebelum raya hari tu aku tak shopping sakan sangat...ada la backup sikit...hee...kalau tak, mana nak cari duit bayar "bil perubatan" yang agak...adehhh...aku pun da malas nak tengok da resit ni...nak buang je sejauh mungkin dan hilang dari pandangan mata aku ni...HAHA...

P.S - Holla September ! (,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Biarkan Aku Pergi

Wednesday 29 August 2012

Wordless Wednesday #57 | Welcome To Korea

> Whats Up Guys...



NOTA SKYTECH :

Kalau lepas praktikal dulu aku terus sambung kerja kat HTM ni...mesti sekarang ni aku da kat KLIA da ni...dapat la jejakkan kaki kat Korea..."Welcome To KOREA"...entah kenapa la aku blah awal sangat masa awal tahun hari tu...ishh...melepas la jawabnya...HAHA...

**Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday #57 | Welcome To Korea

Saturday 25 August 2012

Kad Raya Dari Blogger

> Whats Up Guys...

"Seminggu berhari raya...kunjung mengunjung rumah terbuka...ooii..."

Haa...beraya sakan nampak tuan blog ni sampai seminggu blog ni tak dibuka...cuti raya la katakan...blog pun ikut bercuti raya juga la nampaknya...sebab bila raya ni selalunya mood berblogging merundum jatuh dan memang tak boleh nak lawan mood beraya la kan...betul tak ? HAHA...kejap je rasanya kan da masuk seminggu kita di bulan Syawal ni...dan yang bertambah meriahnya lagi raya tahun ni bila dapat kad raya dari blogger...


Haa...ada kad raya yang da lama sampai sebelum raya lagi...tapi yang baru sampai dalam minggu ni pun ada jugak...mungkin tak sempat sampai ke rumah aku kot sebelum raya hari tu...abang posmen da cuti awal la sebelum raya hari tu...tu yang sampai lambat sikit tu...hee...posto...posto...kad raya sudah sampai...hee...TERIMA KASIH ! 

#KadRayaDariBlogger Boni

#KadRayaDariBlogger Syaz

#KadRayaDariBlogger Lea Isnawi

#KadRayaDariBlogger Jue & Hanie

"TERIMA KASIH sekali lagi untuk kad raya tu ye..."


NOTA SKYTECH :

Dunia blogger masih dilanda mood raya lagi rasanya ni...kat bloglist aku pun ramai jugak blogger yang tak update lagi...mungkin minggu depan mood blogging akan kembali normal la kot...hee...ataupun ada yang nak mood raya sampai sebulan ? huhu...


P.S - Pssstt..banyak collection duit raya tahun ni ? Aku masih dapat lagi ke ?
Alhamdulillah...masih dapat lagi...rezeki jangan ditolak...hee...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Kad Raya Dari Blogger

Sunday 19 August 2012

Salam Aidilfitri 1433H

> Salam Aidilfitri 1433H...

Di kesempatan ini, terlebih dahulu aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan yang mengenali aku tak kira la sama ada di Facebook, Twitter ataupun Blog...mohon maaf sekiranya ada entri kat dalam blog ni yang telah membuat korang tersinggung ke...terlukakan hati korang ke...mohon maaf...sememangnya kita sebagai seorang manusia memang tak akan terlepas daripada buat kesilapan...


Bagi mereka yang akan pulang ke kampung tu...berhati-hati dalam perjalanan...jangan nak cepat sampai je tapi keselamatan penumpang lain diabaikan...sebelum aku habiskan entri ni...ada pantun raya khas untuk korang...hee...


Meriam buluh buatan sendiri,
Bila meletup semuanya lari,
Jangan sampai terputus jari,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.


"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...MAAF ZAHIR & BATIN"
-Ezad Skytech-


**Terima kasih kerana membaca entri Salam Aidilfitri 1433H

Saturday 18 August 2012

BE Raya Lagi

> Whats Up Guys...

Yeahh ! Akhirnya kekecewaan beberapa hari lepas dapat dipulihkan kembali sebab baru dapat Buffered Earning untuk raya lagi dan merupakan BE ke 7 untuk tahun 2012 ni...rasa tergerak hati untuk check ada tak BE baru sebab BE VW Hari Raya 2012 da metered beberapa hari yang lepas...tak sangka gurauan kat entri Nuffnang Berwajah Baru Tapi... berhasrat ak BE baru akhirnya menjadi nyata...hee...

CPUV Raya Lagi

BE VW Hari Raya 2012 tu pun da lebih dua minggu running kat blog aku ni...mungkin da memang sampai masanya jadi metered la BE tu...its ok...ada pengganti baru...BE dari John Master Raya...terima kasih Nuffnang...kalau murah hati lagi jangan lupa bagi BE lagi ye Nuffnang...heee...

Tips nak dapat BE ?

Publish entri biar kena pada masanya...selalunya iklan baru muncul lepas jam 12.00 malam...buat la entri awal dan buat la autopublish...walaupun aku jarang update sekarang ni...tapi BE still dapat lagi setiap bulan...hee...lagi satu...rajinkan diri hantar tiket kat Nuffnang...apa yang korang nak tahu pasal BE ke...tanya je...diorang akan balas...cepat atau lambat je...sebab aku baru je buat macam tu dan lepas tu terus dapat BE...siap dapat ucapan Selamat Hari Raya lagi dari team Nuffnang...hee...




NOTA SKYTECH :

Alhamdulillah, walaupun hanya ada satu BE je yang tengah running kat blog sekarang ni...mana tahu lepas ni ada BE yang menyusul ke...sebab aku pernah mimpi dapat BE bersepah dan tak pasti ada berapa BE...serius, aku mimpi tu time bulan puasa...adakah ianya betul atau hanya mainan tidur je ? HAHA...


P.S - Mode CUTI activate...HAHA (,^^)
**Terima kasih kerana membaca entri BE Raya Lagi

Friday 17 August 2012

Sehari Lagi

> Whats Up Guys...

Haa...rasanya mesti ramai yang da mula bercuti raya kan sejak semalam lagi...dan mungkin sejak hari Rabu lagi ada yang da mula cuti kan...tapi rasanya hari ni masih ramai lagi yang bekerja kan dan yang aku pasti kat office aku tu tinggal beberapa kerat je...HAHA...its ok la...tinggal sehari lagi ! Malas nak apply cuti awal...kalau cuti hari Jumaat rasa macam rugi pulak sebab masa bekerja singkat bagi pekerja lelaki...hee...


Bila ramai warga KL yang da balik kampung ni...jalan pun jadi LUAR BIASA lengangnya masa nak pergi kerja kan...yess !! hee...memang satu kepuasan yang tak dapat nak digambarkan bila tak perlu nak tempoh traffic jammed setiap hari ni...kalau la hari biasa pun macam ni kan best...haa, tapi jangan gunakan peluang tu untuk berlumba pulak...maklum la...jalan kan CLEAR...HAHA...

Hari ni last day kerja ! "Elehh, orang da start cuti pun...da sampai kampung pun..." 

Eh, ada pulak suara ghaib yang menjawab ye...HAHA...apa pun kena settlekan mana yang penting dulu kan...nanti masa cuti raya boleh la relaks dan nak lupakan kejap pasal kerja...dan hanya fikir nak raya je...boleh tak ?  Sebab aku cuti saing sekali dengan budak sekolah...cuba tengok kalendar cuti sekolah sampai bila...hee...


NOTA SKYTECH :

Haa, akan bercuti sampai 27 Ogos...sampai raya ke-9...saja minta cuti sampai hari Isnin tu sebab aku tahu time hari Isnin la hari Monday Blues...da tu cuti lama pulak kan...lagi la bertambah Monday Blues...genius tak aku...HAHA...lepas tu kerja 3 hari...31 Ogos cuti lagi...awesome...CUTI...CUTI...CUTI...yeahh...hee...


P.S - Haa...bagi da mula pulang ke kampung halaman tu...drive safely ok...
utamakan keselamatan...pesanan khidmat masyarakat dari Ezad Skytech (,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Sehari Lagi

Monday 13 August 2012

Dapat Duit Raya Awal ?

> Whats Up Guys...

Haa...tetiba dapat duit raya awal tahun ni dari blogger ? Sebab...sebab...menang Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com yang aku join beberapa hari lepas dan hadiahnya adalah duit raya...hee...WOW! Memang terbaik la...boleh la buat tambah bajet sikit nak pergi shopping nanti kat...ehh, biarlah rahsia...SALE kat sana sini ada tu...oppss...HAHA...hee...memang sesuatu yang tak pernah aku jangka langsung pun boleh dapat duit raya seawal ni untuk tahun ni...hee...


Haa...pada mulanya memang tak letak harapan yang tinggi sangat masa join contest tu hari tu...join contest pun just for fun...untuk memeriahkan lagi contest tu dan untuk support rakan blogger...lagi ramai yang join lagi meriah kan...pelbagai cerita boleh dikongsi...kalau menang ok...tak menang pun ok...hee...

Tapi tak sangka pulak entri contest tu merupakan carian SEO Google tertinggi dengan keyword Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com...hee...dapat tambah koleksi duit raya tahun ni...Alhamdulillah...dan tahniah kepada semua pemenang ye...terima kasih kepada shakiddo.com dan hazmanfadzil.com selaku penganjur contest ni...


NOTA SKYTECH :

Tahun ni tak pasti lagi sama ada masih dapat lagi duit raya atau tak ? Ataupun aku yang da kena bagi duit raya ni...HAHA...tapi kalau orang da nak bagi tak kan kita nak tolak pulak kan...rezeki jangan ditolak...hee...


P.S - Rasa macam kejap sangat da nak habis bulan puasa da...
macam tak rasa je ianya berlalu...hmm...

**Terima kasih kerana membaca entri Dapat Duit Raya Awal ?

Thursday 9 August 2012

Nuffnang Kini Berwajah Baru Tapi...

> What Up Guys...

Haa...rasanya ramai blogger yang da perasan Nuffnang sudah berwajah baru sejak semalam...sebenarnya aku da tahu awal yang website Nuffnang akan berwajah baru dari sumber yang boleh dipercayai tetapi tak pasti tarikhnya yang sebenar bila Nuffnang akan launch wajah baru website mereka...akhirnya semuanya telah terjawab semalam...hee...


Haa...serius...memang smart wajah baru Nuffnang ni...memang berubah habis la daripada Nuffnang yang lama dulu...blog stats yang sekarang ni kan semuanya colourful...kan Nuffnang lama dulu satu colour je...oppss...terbaik la kan...! HAHA...


Sejak tahun 2007 Nuffnang tak buat perubahan yang drastik macam ni kat website mereka...tapi sebelum ni ada jugak la sedikit perubahan yang mereka buat contohnya macam kat statistik tu...haa, sekarang ni bila tengok statistik kat Nuffnang baru ni macam kat Google Analytics pun ada...heee...


NOTA SKYTECH :

Haa, Nuffnang kini berwajah baru tapi...tapi...kenapa takde BE baru yang melekat ni? Erk...sorry...tertaip pulak...tak jumpa button backspace...HAHA...

P.S - Kalau rajin boleh minta tolong sikit tak ? Tolong LIKE entri 
 hari tu kat SINI...terima kasih...hee (,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Nuffnang Kini Berwajah Baru Tapi...

Wednesday 8 August 2012

Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com

> Whats Up Guys...

Haa...sekarang ni memang rajin join contest tanda support rakan blogger yang anjurkan contest tersebut dan salah satu cara untuk aku aktif balik untuk berblogging ni...selama ni aku memang takde free time ke? HAHA...dan kali ni nak join contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com pulak...

Bila tiba saja bulan Ramadhan mesti ada banyak ceritanya kan...cerita pasal berbuka puasa la, bersahur la...setiap orang tu bermacam ragam ada...yang suka shopping awal pun ada...yang shopping last minute pun ada...yang tak kisah sangat pasal shopping ni ada tak? Hee...cukup la intro yang agak panjang ni...nanti takut tak sempat nak hantar entri pulak...hee...


"Ada kisah yang menarik sepanjang bulan puasa ni...join contest DI SINI"


Hadiah bernilai RM200 untuk dimenangi ! Duit raya tu...siapa yang tak nak kan...di mana pemenang #1 RM50.00, #2 RM30.00 dan #3 RM20.00...haa, selain daripada itu juga terdapat juga hadiah khas untuk gambar LIKE tertinggi, SEO carian Google Tertinggi, referral tertinggi dan yang terakhir "random pick!" Duit raya berjumlah RM200 untuk dimenangi dan contest ni anjuran shakiddo.com dan hazmanfadzil.com...

Kena buat apa untuk join contest ni ?

Buat CERITA DAN GAMBAR mengenai bulan ramadhan dan tahun ini sahaja dan masukkan di dalam blog anda. Konsepnya adalah CERITA PUASA RAMADHAN 2012. Tak kisah lah anda nak cerita sepanjang mana pun asalkan ia ORIGINAL (plagiat akan automatik reject). Buka puasa, sahur, tarawikh, shopping masa puasa atau apa-apa sahaja cerita mengenai CERITA PUASA RAMADHAN 2012. Gambar akan dimasukkan ke dalam FACEBOOK SHAKIDDO.COM


OK...sebenarnya kalau nak diceritakan memang agak tragik rasanya cerita ni dan TERKENA pulak di bulan puasa...lagi la bertambah EPIC rasanya...HAHA...

#1 Oh Tidak...Kena Lagi !

Setiap awal bulan memang aku takkan dapat nak mengelak untuk pergi ke area Jalan Raja Laut, KL sebab nak kena settlekan bayaran pinjaman pelajaran MARA yang aku pinjam masa study dulu...kalau nak pergi KL memang aku lagi selesa bawa motor...tapi masalahnya...kat area KL ni memang kekurangan parking untuk motor...kalau salah parking saja...confirm kena saman...HAHA...bulan lepas da la dapat Hadiah Awal Bulan dan tu first time aku dapat setelah bertahun bawa motor...dan aku sangat berharap tu adalah "hadiah" yang terakhir...tetapi aku silap...itu bukan yang terakhir...



Surat saman sudah pun mari,
Padan muka kau bayarlah sendiri,
Parking di KL semakin ngeri,
Kalau nak rasa cuba la sendiri..


Aihh...dari jauh tengok macam kertas iklan saja...tapi bila aku zoom...ahh...KENA lagi ! Aku cari jugak keliling...takde pulak nampak kelibat "mereka"...entah mana datangnya pun aku tak tahu la...

Dan yang lagi  bertambah tragik...lebih daripada 10 biji motor yang kena dan mungkin lebih...HAHA...nak marah pun tak boleh sebab terjadi time bulan puasa...sabar saja la...aku da FOBIA nak parking motor kat area KL sekarang ni...bila sampai line macam clear saja...tapi...dan bila tiba kat motor...SUPRISE ! Ada hadiah ! HAHA...

#2 Shopping Raya....Tahun Depan Pun Boleh

Shopping...shopping...shopping...setakat ni aku masih belum bershopping lagi...relaks la dulu...dan tak decide pun lagi sama ada nak shopping ke tak untuk raya tahun ni...hee...sebenarnya aku malas nak bersesak-sesak...kalau hari minggu lagi la...tambah pula dekat nak raya ni...lagi la bersepah lautan manusia kat tempat yang buat SALE habis-habisan ni..."shopping raya...tahun depan pun boleh...hee..."


NOTA SKYTECH :

Rasanya cukup la kot...nanti tak mahu habis pulak entri ni...suruh buat entri cerita puasa Ramadhan...dari mula sampai habis diceritakannya...tak ke haru nanti...nanti boleh la tolong LIKE gambar tu kan FANPAGE SHAKIDDO.COM ye...bab promote ni memang aku failed la...hee...


P.S -  Da lama nak join contest ni sebenarnya...asal nak menaip je mesti 
mengantuk...tak boleh nak buat apa la kan...HAHA... (,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com

Tuesday 7 August 2012

Jom Catatkan Masa Terbaik

> Whats Up Guys...

Haa...sepanjang Olimpik London 2012 ni...setiap hari doodle Google page berubah mengikut acara sukan di Olimpik London 2012...dan hari ni doodle Google page mewakili acara hurdles...seronok pulak main ni acara hurdles kat Google ni sebab nak cuba catatkan masa terbaik tapi memang agak payah la...HAHA...ke tangan aku yang slow ni?


Masa terbaik yang boleh aku dapat pun cuma 13.8 s...nak cuba catatkan bawah 12 s...HAHA...takpe...game ni sehari ada kat Google...boleh la try banyak kali...haa, apa lagi...korang pun try la...ada yang boleh beat masa aku? Mesti ada la kan...kena warm up dulu jari ni kalau nak main game ni...nanti boleh terseliuh kalau tak warm up...HAHA...



NOTA SKYTECH :

Semalam ramai yang update entri pasal Google update pagerank untuk semua website termasuk la blog...ada yang naik PR2...PR3...dan PR blog aku...masih lagi kekal PR2...HAHA...ok la tu daripada jatuh ke PR1...kalau tukar domain sekarang macam rugi pulak sebab da PR2...nak tukar ke tak nak ? hee...

**Terima kasih kerana membaca entri Jom Catatkan Masa Terbaik

Sunday 5 August 2012

Tiada Rezeki Emas Pertama Malaysia Di Olimpik London 2012

> Whats Up Guys...

Huuhh...perlawanan yang memang agak sengit di antara Dato Lee Chong Wei dan Lin Dan tadi dan ternyata sekali lagi kita kena terima hakikat yang kita hanya dapat pingat perak...tiada rezeki untuk dapat pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik London 2012...walau apa pun...tahniah Dato Lee Chong Wei sebab telah cuba yang terbaik...dan telah buat Lin Dan gelisah sebentar tadi...


"Anda tetap JUARA di hati rakyat Malaysia Dato Lee Chong Wei"


Keputusan Men's Singles (FINAL) :

Dato Lee Chong Wei (Malaysia) VS Lin Dan (China)
TV1 - 8.00 pm waktu Malaysia
5 Ogos 2012

1st set -  Dato Lee Chong Wei : 21-15
2nd set - Lin Dan :  21-10
3rd set - Lin Dan : 21-19

#Gold Medal - Lin Dan (China)
#Siver Medal - Dato Lee Chong Wei (MALAYSIA)


NOTA SKYTECH :

Melepas da nak dapat aiskrim Baskin Robbins percuma...kalau Dato Lee Chong Wei menang tadi...confrim esok cuti umum satu Malaysia...hee....

**Terima kasih kerana membaca entri Tiada Rezeki Emas Pertama Malaysia Di Olimpik London 2012

Emas Pertama Harapan Malaysia Olimpik London 2012

> Whats Up Guys...

Yeah...Gold For Gold Malaysia ! Malaysia Boleh ! Perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki di antara Dato Lee Chong Wei dan musuh ketatnya Lin Dan sememangnya ditunggu oleh semua rakyat Malaysia dan ia  merupakan emas harapan pertama Malaysia Olimpik London 2012...Go For Gold !

Sumber gambar : Facebook

Semua rakyat Malaysia memang meletakkan harapan yang tinggi kepada Dato Lee Chong Wei untuk memenangi pingat emas yang pertama untuk kontinjen Malaysia selepas pasukan beregu negara kita Koo Kien Kiat dan Tan Bon Heong gagal untuk memenangi pingat gangsa yang tewas 21-23, 10-21 di tangan Jae Sung Chung dan Yong Dae Lee dari pasukan Korea Selatan...



Men's Singles (FINAL) 

Dato Lee Chong Wei (Malaysia) VS Lin Dan (China)
TV1 - 8.00 pm waktu Malaysia

UPDATE !

1st set -  Dato Lee Chong Wei menang 21-15
2nd set - Lin Dan menang 21-10
3rd set - Lin Dan menang 21-19

NOTA SKYTECH :

Kalau Malaysia menang malam ni...kita semua dapat aiskrim Baskin Robbins percuma pada 8 Ogos, 8.00 pm - 10.00 pm di semua 61 outlets di seluruh Malaysia...wahhh ! Go Malaysia ! Go Dato Lee Chong Wei...Let Bring Our First Gold Medal Olympics London 2012 !


**Terima kasih kerana membaca entri Emas Pertama Harapan Malaysia Olimpik London 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com