Wednesday 24 April 2013

PARAMORE : Album Studio Keempat Paramore

> Whats Up Guys...

Haa, bila sebut saja nama band Paramore...mesti ramai yang cukup mengenali vokalisnya, Hayley Williams yang cukup bertenaga dan lincah ketika membuat persembahan secara live di atas pentas...masih ingat lagi dengan lagu hit mereka seperti Misery Business, Pressure, CrushCrushCrush, Ignorance, Careful, Brick By Boring Brick dan banyak lagi lagu hit band Paramore ni yang sudah tampil dengan tiga studio album  iaitu All We Know Is Falling (2005), Riot ! (2007) dan Brand New Eyes (2009)...

Akhirnya, setelah hampir empat tahun menunggu...terhasil juga album studio keempat Paramore yang berjudul PARAMORE yang telah dilancarkan di seluruh dunia pada 9 April 2013 yang lepas dan album  ni merupakan album studio pertama tanpa ahli asal iaitu Josh Farro (lead guitar) dan Zac Farro (drums) kerana mereka berdua telah membuat keputusan untuk keluar dari band ni sekitar hujung tahun 2010...

4th Studio Album | PARAMORE 

#ReviewAlbum | PARAMORE

Haa, karya terbaru Paramore kali ni memang agak berlainan sikit la dengan album Paramore sebelum ni...dan album PARAMORE ni memuatkan 17 buah lagu baru iaitu Fast In My Car, Now, Grow Up, Daydreaming, Interlude : Moving On, Ain't It Fun, Part II, Last Hope, Still Into You, Anklebiters, Interlude : Holiday, Proof, Hate To See Your Heart Break, (One Of Those) Crazy Girls, Interlude : I'm Not Angry Anymore, Be Alone dan Future...dan terdapat 2 bonus tracks iaitu Native Tongue dan Escape Route tetapi hanya untuk album yang dilancarkan di Jepun saja...


Single pertama album terbaru PARAMORE ni iaitu "Now" telah mendapat respon yang agak baik daripada beberapa orang pengkritik muzik dan ada antara mereka yang bagi rating 5/5 untuk lagu "Now" ni...huhh, first time aq dengar lagu Now ni masa awal Januari 2013...dan bila lagu "Now" merupakan lagu pembukaan semasa Paramore Live In Kuala Lumpur 2013 pada 17 Februari 2013 yang lepas...dan Malaysia antara negara terawal yang dapat dengar secara live single pertama dari album PARAMORE ni dalam siri jelajahnya untuk mempromosikan album terbaru mereka...lagi la aq terus rasa tak sabar untuk dapatkan full album bila ianya dilancarkan...huhu... 


Haa, ramai yang kata bila Josh dan Zac Farro ambil keputusan untuk keluar dari band Paramore beberapa tahun lepas..."Habislah Paramore lepas ni..." tapi terbukti mereka tu silap...Paramore masih boleh hasilkan muzik yang fresh dan best...kalau tak...takkan la boleh keluar album keempat ni...dan album ni telah pun tersenarai carta Billboard 200...


Bila dengar track 1 pun da rasa teruja sebab macam ada elemen electronic sikit...sebab album kali ni boleh dikatakan banyak elemen baru yang diketengahkan dalam setiap lagu...seperti elemen electronic rock, pop rock, new wave dan power pop...lagu Now, Still Into You, Ain't It Fun dan Part II memang layan la dalam album ni ! Lagu Part II tu macam ada link pulak dengan lagu Let The Flames Begin dari album Riot ! (2007) sebab liriknya macam ada persamaan...macam sequel...ke aq seorang je yang perasan ni...HAHA...

Memang tak dinafikan setiap album baru Paramore memang ada pembaharuan sejak album pertama tetapi Paramore tetap tidak berubah...tapi ada juga peminat Paramore yang macam tak boleh terima dengan perubahan dalam album baru ni...takkan bila da hasilkan karya dan album baru tapi masih dengan style muzik yang sama kan...mesti la ada perubahan mengikut arus perkembangan dunia muzik...da macam apa aku buat review ni...da lama tak menaip...terpanjang pulak...puas rasanya...HAHA...


"Pastikan ORI baru beli...katakan tidak pada DOWNLOAD PERCUMA"

Album Rating : 8/10


NOTA SKYTECH :

Bagi aku la kan...kalau beli album yang original ni...kepuasannya memang lain macam sikit daripada kita download free kat internet...serius...semua peminat Paramore memang kena ada satu copy album "PARAMORE" ni...yeaahh !


P.S -  Lama giler aq tak buat review album ni...HAHA...
Wahhh...entri ke-888 untuk blog ni sejak April 2011...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri PARAMORE : Album Studio Keempat Paramore

Friday 19 April 2013

Pengalaman Seram Kerja Lebih Masa

> Whats Up Guys...

Haa, masih ingat lagi tak entri beberapa bulan lepas, tak silap aq la bulan Februari rasanya...aq pernah kongsikan pengalaman seram aq terdengar Suara Tangisan Jam 4 Pagi...dan kali ni lain pula cerita dan kisahnya, Pengalaman Seram Kerja Lebih Masa...kira baru jugak la berlaku...haa, nak dijadikan cerita la...satu hari tu aq terpaksa buat OT...sebab nak siapkan kerja...malas nak bawa balik rumah kerja sebenarnya...hee...tapi bukan aq seorang saje la...ada la dalam 5 hingga 6 orang yang lain yang masih tinggal...

Bila da siapkan semua kerja tu...sebelum balik ke rumah tu singgah kejap masuk bilik air...masa tu lebih kurang pukul 8.50 pm kalau tak salah aq...masa aq kat dalam bilik air tu...tetiba aq terdengar sesuatu yang agak pelik la sebab aq tahu memang takde orang kat area situ masa aq masuk ke bilik air...terdengar orang berlari di luar bilik air...gulppp...bila aq check takde orang pulak...ahhh....sudah....aq salah dengar ke tadi ??! erkk...


Lepas tu aq pun tanya la member aq yang masih tinggal tu...ada ke sesiapa yang berlari kat depan bilik air tu tadi...semua kata takde...aq diam saje lepas tu terus kemas laptop...terus balik...HAHA...gilerr la...siapa pulak la yang berlari masa aq kat dalam bilik air tu ? Masih menjadi tanda tanya sampai sekarang... 

Beberapa hari sebelum tu pun aq ada alami kejadian pelik jugak...masa aq sampai kat office ada satu hari tu, ada drawing yang da siap diplot atas meja aq sedangkan aq belum plot pun lagi drawing tu...dan kebetulan aq sampai awal pagi tu...haa, siapa pulak yang plot drawing aq tu haaa padahal semua drawing tu kat dalam PC aq dan hanya aq yang tahu mana folder untuk drawing yang aq da save dan buat...? 


NOTA SKYTECH :

Haa, memang agak seram jugak la bila OT sampai malam ni kalau da terkena macam ni...HAHA...sebab tu la sekarang ni aq jarang nak OT sampai malam...setakat lepas Maghrib la paling lama pun aq stay office...huhu...

**Terima kasih kerana membaca entri Pengalaman Seram Kerja Lebih Masa

Wednesday 17 April 2013

Biar Betul Nuffnang Ni

> Whats Up Guys...

Fuhh, seminggu tak update rasanya macam sebulan lamanya...HAHA...CPUV Nuffnang yang tengah running kat blog ni mesti da jadi metered tu sebab seminggu tak update blog...beberapa hari lepas Nuffnang memang ada problem nak log in ke ? Patut la...aq ingatkan aq seorang saje yang tak boleh nak log in...terus spoiled mood nak update blog...boleh terima ke alasan tu ? HAHA...sepanjang minggu lepas tak sangka pulak  keyword hot "Zarul Umbrella" sentiasa masuk...dapatlah backup trafik untuk seminggu...hee...

Haa, bila Nuffnang da okay dan boleh log in macam biasa...teruslah pergi check earnings kan...mana la tahu dapat CPUV baru lagi ke kan...huhu...tapii...perghhh...bila check, dua BE da metered...HAHA...baguslah kan...siapa suruh tak update blog...ahakkss...tapi...tapi...


Entah bila masa CPUV keenam tahun 2013 ni masuk pun aq tak tahu...walaupun tarikhnya 18 Mac 2013...tapi CPUV Sunsilk Sleek tu baru melekat kat blog beberapa hari lepas rasanya...biar betul Nuffnang ni ?...huhu...lepas tu diikuti pulak CPUV ketujuh yang baru singgah semalam...hee...terima kasih Sunsilk Sleek dan Project Breeze Pop pop...terima kasih Nuffnang...hee


NOTA SKYTECH : 

Bila aq tengah dalam mood rajin update blog...bukan main susah CPUV nak melekat...tapi bila aq  macam KURANG RAJIN sikit nak update blog tu...masa tu la CPUV nak melekat...cuba korang try tak update blog untuk beberapa hari...dapat tak CPUV ? Aq da selalu kena macam ni...selamat mencuba...HAHA...


P.S - Mencari mood blogging kembali setelah sekian lama berehat...
Ahaaa, lama la sangat kan...ahaakkkss...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Biar Betul Nuffnang Ni

Tuesday 9 April 2013

WeChat Party 2013

> Whats Up Guys...

Haa, pernah dengar pasal WeChat sebelum ni tak ? WeChat ni merupakan satu aplikasi terbaru bagi pengguna iPhone, Android, Windows Phone, Blackberry dan Nokia (Symbian) yang boleh dimuat turun secara PERCUMA untuk kita berhubung dengan sesiapa saja tak kira tempat dan masa...dan yang paling penting sekali mesti la kena ada line internet, pelan data ataupun Wi-Fi...


Beberapa hari yang lepas iaitu pada 2 April 2013 yang lepas aq telah dijemput bersama beberapa rakan blogger yang lain untuk menghadiri WeChat Party 2013 di Neverland, Kuala Lumpur...Jom layan betapa meriahnya event WeChat ni...hee...


Rasanya mungkin aq banyak terlepas moment yang menarik masa event ni berlangsung hari tu disebabkan aq tiba terlewat sedikit kat event tu...tapi yang penting tetap hadir sebab da dijemput...perkara pertama bila da sampai tu cari port blogger yang join event ni melepak...dan masa sampai tu Awi Rafael tengah perform...layan je la...

Selain daripada tu, pelbagai game dan lucky draw telah diadakan...dan yang paling bertuah tu bila ada yang dapat iPad percuma...perghhh ! Ada juga dalam kalangan blogger yang memenagi hadiah lucky draw tu...memang bertuah la...aq ? Memang tak dapat la...hee...tapi memang tersangat meriah la event ni...

Picture credit to : www.yanayassin.com

WeChat ni mungkin masih baru lagi di Malaysia tapi memang mendapat respon yang positif daripada para pengguna aplikasi ni kerana dengan aplikasi WeChat ni kita boleh Voice Chat, Video Call dan Group Chat...selain itu, boleh juga berkongsi gambar dan macam-macam lagi la...dan ianya PERCUMA ok...yess !! PERCUMA...download saja...buat masa ni aq belum lagi tahap pengguna tegar WeChat ni...mungkin satu hari nanti agaknya...Jom WeChat !!

Jangan lupa add duta WeChat Malaysia ni...hee


"THE NEW WAY TO CONNECT..."

Untuk info lebih lanjut, boleh la klik ke : 



P.S - Jom WeChat !! The New Way To Connect...ID WeChat : ezadskytech


**Terima kasih kerana membaca entri WeChat Party 2013

Sunday 7 April 2013

ABPBH2012 : Terima Kasih Zarul UMBRELLA

> Whats Up Guys...

Bila tiba hujung minggu ni aq lebih gemar bersantai dan melepak kat rumah sebab esoknya da mula kerja kan...habiskan sisa cuti yang ada...HAHA...tapi hujung minggu kali ni lain sikit sebab awal pagi lagi aq da terjah Stadium Putra Bukit Jalil lagi sebab...


Haa...nak pergi ambil VIP Pass ABPBH2012 ni dekat sana sebab semalam dapat mesej dari THE SINGING BLOGGER, ingatkan pasal apa...rupanya bro Zarul Umbrella nak invite ke event ni...haa, selama ni hanya layan ABPBH kat TV saje...kali ni dapat tengok LIVE...hee...

Masa pergi pagi tadi masih belum ramai pengunjung lagi...mungkin da petang baru ramai kot...oleh kerana pagi tadi phone aq belum fully charged untuk malam ni...dan faktor ketiadaan powerbank...terpaksa la balik rumah dulu...mujurlah dekat...hee...


NOTA SKYTECH :

Terima kasih bro Zarul Umbrella untuk tiket tu...rasanya ada beberapa orang blogger yang pergi event ni...siapa agaknya...tunggu la mereka update kat blog nanti...hee...


P.S - Selamat berhujung minggu...holaaa...! (,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri ABPBH2012 : Terima Kasih Zarul UMBRELLA

Tuesday 2 April 2013

Smartphone Murah Di Pasar Malam

> Whats Up Guys...

Haa, da masuk bulan April ke ? Kenapa aq macam tak sedar haa...HAHA...serius macam tak rasa saje bulan Mac da berlalu pergi...entri ni sebenarnya spontan timbul masa aq jejakkan kaki ke pasar malam hari tu...tapi baru sekarang teringat nak abadikan entri kat dalam blog ni...haa, sebelum tu...nak tanya satu soalan cepumas ni...bila kali terakhir korang semua pergi pasar malam ? Adakah semalam...kelmarin...sebulan lepas...ataupun da tak ingat berapa lama da tak pergi pasar malam...huhu...

Biasanya kalau pergi ke pasar malam...akan jumpa benda yang biasa saje la macam makanan, minuman...pakaian, aksesori telefon...tapi bila aq pergi ke pasar malam hari tu...terjumpa satu yang agak luar biasa dan rare...

"Bang, phone Samsung murah bang...Samsung Galaxy S3 ada...Galaxy Note 2 ada...iPhone 4 dan iPhone 5 pun ada bang...mana nak dapat harga macam ni kat tempat lain bang..."


Perghhh...advance betul da pasar malam sekarang ni...selamba saje jual secara terbuka...malas la aq nak cakap pasar malam mana kan...yang duduk area Gombak dan Selayang mesti perasan ada pasar malam yang menjual smartphone murah di pasar malam...oppsss...HAHA...


NOTA SKYTECH :

Tapi persoalannya...ada ke orang yang akan beli...memang confirm kena tipu punya la...warranty jangan cakap la...mesti takde punya...hati-hati...jangan sampai terbeli phone kat pasar malam ni...peace (,^^)


**Terima kasih kerana membaca entri Smartphone Murah Di Pasar Malam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com