Thursday 10 September 2015

Film Review - Maze Runner : The Scorch Trials

> What's Up Guys...

Huh, memang agak lama juga blog ni tak update sebarang entri terbaru sejak beberapa minggu yang lepas kan ? Hmm, nak buka blog pun tak sempat...haa, inikan pula nak update blog, lagi la kan...HAHA...kejap je sudah masuk bulan September...hmm, baru aku teringat...sekuel movie The Maze Runner yang telah ditayangkan pada tahun lepas sudah pun mula ditayangkan sehari awal daripada tarikh tayangan sebenar di pawagam yang terpilih kan di seluruh Malaysia kan ? Bila sudah terlayan movie yang bersiri ni...mesti akan jadi tak sabar nak menonton sekuelnya Maze Runner : The Scorch Trials kan ? Best ke sekuelnya kali ni ??

Film Review - Maze Runner : The Scorch Trials
Maze Runner : The Scorch Trials

Plot : In this next chapter of the Maze Runner saga, Thomas and his fellow Gladers face their greatest challenge yet, searching for clues about the mysterious and powerful organization known as W.C.K.D. Their journey takes them to the Scorch, a desolate landscape filled with unimaginable obstacles. Teaming up with resistance fighters, the Gladers take on WCKD's vastly superior forces and uncover its shocking plans for them all.

TO BE CONTINUE...


#MyReview - Maze Runner : The Scorch Trials

  • Filem Maze Runner : The Scorch Trials adalah filem bergenre sci-fi thriller arahan Wes Ball yang diadaptasi daripada sebuah buku hasil karya James Dashner iaitu The Scorch Trials (2010) dan filem ni merupakan sekuel daripada filem The Maze Runner (2014) dan dalam sekuel kali ni tetap dilakonkan oleh pelakon yang sama iaitu Dylan O'Brien (Thomas), Thomas Brodie-Sangster (Newt), Kaya Scodelario (Teresa Agnes), Ki Hong Lee (Minho), Alexander Flores (Winston), Dexter Darden (Frypan), Randall D. Cunningham (Clint), Patricia Clarkson (Dr. Ava Paige) dan beberapa watak baru seperti Rosa Salazar (Brenda), Jacob Lofland (Aris Jones), Giancarlo Esposito (Jorge) dan Aiden Gillen (Janson)
  • Masih ingat lagi ending The Maze Runner dulu ? Hanya beberapa orang sahaja yang dapat melepaskan diri daripada "pagar sesat gergasi"...kalau tak ingat...cer layan dulu movie tu...nanti blur pula tiba-tiba starting macam tu...hehe
  • Setelah tiba di Scorch bersama beberapa orang lagi rakannya yang terselamat, kenapa Thomas rasa macam ada sesuatu yang tidak kena dengan tempat itu ? Dan kenapa Janson bertanyakan soalan yang mencurigakan pada Thomas ?
The Scorch

  • Kenapa agaknya Aris mengajak Thomas untuk pergi ke suatu tempat rahsia tanpa pengetahuan rakan-rakan Thomas yang lain ? Dan apa yang dijumpai Thomas dan Aris di dalam bilik rahsia tersebut amat mengejutkan...kenapa agaknya ?
    The Scorch Trials
    The Scorch Trials

  • Mengapa Thomas mengajak Aris, Minho, Newt, Winston, Frypan dan Teresa untuk melarikan diri daripada Scorch setelah mengetahui identiti sebenar Janson ? Dan kenapa Janson sangat memerlukan Thomas ?
  • Dapatkah mereka semua keluar dengan selamat dari The Scorch ? Dan ke manakah agaknya mereka semua akan tuju untuk berlindung di tempat yang selamat ? Dapatkah mereka semua mencari "Right Arm" yang dikatakan tempat selamat untuk berlindung dan siapa pula cranks yang dikatakan amat berbahaya tu ? Siapa pula Brenda dan Jorge ni ? Musuh atau kawan ?
The Scorch Trials

Kenapa perlu tonton filem Maze Runner : The Scorch Trials ni ?

  • Filem ni kan diadaptasi daripada novel...kalau nak baca mesti macam malas kan dan akan ambil masa nak habiskan satu novel ni...so, layan movie je la...hehe
  • Plot dan jalan cerita pada permulaannya memang agak...hmm, layankan je la...dan bila scene kena kejar dengan cranks pada waktu malam tu agak mendebarkan...tak cukup tanah semua berlari...ada beberapa orang penonton yang terkejut pun ada masa cranks tu muncul tiba-tiba dalam gelap...HAHA
Scorch Trials

  • Sejak daripada awal lagi, ada seorang pengkhianat antara salah seorang rakan-rakan Thomas yang melarikan diri dari Scorch kerana dia telah memberi maklumat mengenai kedudukan mereka semua...hmm, siapalah agaknya ? Thomas pun tak percaya pada mulanya...
  • Kenapa agaknya Thomas mengugut untuk meletupkan bahan letupan yang ada di tangannya ? hehe...dan kenapa Thomas bertekad untuk balas dendam pada Janson dan Ava Paige ?
Credit Picture : Google.com

Rating : 3 out of 5


NOTA SKYTECH :

Secara keseluruhannya, filem Maze Runner : The Scorch Trials ni dikategorikan movie boleh layan jugalah dan agak menarik untuk ditonton sebab kita nak tahu apa yang terjadi selanjutnya dalam siri filem ni kan...OK, sekali lagi ending tergantung...ciss, HAHA...kena tunggu pula sekuelnya nanti Maze Runner : Death Cure (2017) nanti...aku tak nak baca novelnya...nanti tak suprise da...huhu

P.S - Haa, bila sudah kurang busy ni...boleh layan blog balik...hehe

**Terima kasih kerana membaca entri Film Review - Maze Runner : The Scorch Trials
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com