Wednesday 7 October 2015

Kiosk Layan Diri Tiket Wayang Kini Di TGV 1 Utama

> What's Up Guys...

Kiosk Layan Diri Tiket Wayang Kini Di TGV 1 Utama ! Salah sebab utama aku lebih gemar membeli tiket wayang secara online atau menggunakan apps di telefon pintar adalah untuk menjimatkan masa sebab tidak perlu beratur panjang untuk membeli tiket...tetapi dengan cara pembelian tiket wayang daripada kiosk layan diri ni lagi dapat menjimatkan masa dan sekaligus menjimatkan pelan data bagi mereka yang gemar membeli tiket dengan menggunakan apps...serius, proses pembelian tiket tak sampai 2 minit pun ! Bila sudah selesai membeli tiket...bolehlah senyum pada mereka yang masih tengah beratur untuk beli tiket...hehe

Cara Membeli Tiket Wayang di Kiosk Layan Diri

Ok, pertama sekali...bagi ahli TGV Cinemas Movie Club...sila leretkan kad anda dulu untuk tidak terlepas MovieMoney bila membeli tiket wayang nanti...haa, masih belum menjadi ahli lagi ?

Haa, bagi mereka yang selalu terjah ke pawagam tu terutama di TGV Cinemas...memang tersangatlah rugi kalau tidak menjadi ahli TGV Cinemas Movie Club kerana TGV Cinemas Movie Club Khas Untuk Kaki Wayang...tapi kalau bukan ahli pun masih boleh menggunakan kiosk layan diri tiket wayang ni...tiada masalah...hehe

Kiosk Layan Diri Tiket Wayang TGV 1 Utama
Kiosk Layan Diri Tiket Wayang TGV 1 Utama

Seterusnya, pilihlah movie yang mahu ditonton pada hari itu dan waktu tayangannya...kemudian, pilih tempat duduk...bila sudah menetapkan pilihan anda...teruskan dengan pembayaran...dan anda tidak perlu untuk mengisi sebarang bentuk maklumat peribadi atau apa saja...boleh pilih sama ada mahu menggunakan kad kredit ataupun kad debit...masukkan kad dan sila tunggu pengesahan...

Kiosk Layan Diri Tiket Wayang

Haa, lepas tu bolehlah ambil tiket yang telah siap dicetak...memang cepat dan mudah kan ? Memang tak sampai 2 minit pun ! Tak perlulah susahkan diri nak beratur panjang untuk beli tiket...semuanya di hujung jari sekarang ni...betul tak ? hehe

Kiosk Layan Diri Tiker Wayang Kini Di TGV 1 Utama

Haa, masa pertama kali aku menggunakan kiosk di TGV 1 Utama hari tu...waktu puncak...masa tu hari minggu pula tu...walaupun ada 4 kiosk yang telah disediakan di sana...tapi aku hairan kenapa tak ramai sangat yang menggunakannya...agak pelik juga di situ ? Huhu...

Sebab masih ramai yang sanggup beratur panjang di kaunter untuk membeli tiket...hmm, mungkin ramai yang masih belum tahu agaknya boleh beli tiket kat situ...yela, masih baru la katakan...rasanya awal bulan Oktober 2015 baru beroperasi kiosk tu di TGV 1 Utama...sebab aku pun baru perasan...hehe


NOTA SKYTECH :

Buat masa sekarang ni, hanya 3 pawagam TGV saja yang menyediakan perkhidmatan ni iaitu di TGV Cinemas Sunway PyramidTGV Cinemas Dpulze Cyberjaya dan yang terbaru sekali di TGV Cinemas 1 Utama...harap lepas ni, perkhidmatan kiosk layan diri ni akan diperluaskan lagi la di TGV Cinemas yang lain...

**Terima kasih kerana membaca entri Kiosk Layan Diri Tiket Wayang Kini Di TGV 1 Utama

Friday 2 October 2015

Film Review - The Martian

> What's Up Guys...

♫ Wake me up when September ends...

Huh, bila lama sangat tak update blog ni...terasa macam kekok nak menulis entri...memang terasa macam cepat sangat pula bulan September berlalu...dan dalam tak sedar sekarang ni sudah pun masuk bulan Oktober...haa, seperti yang sedia maklum...memang sejak daripada dulu lagi aku ni memang seorang kaki wayang yang tegar...haa, kalau tak percaya bolehlah klik di halaman Film Review...hehe...memang pantang ada movie baru mula ditayangkan di pawagam...kalau boleh memang nak tengok awal daripada orang lain...HAHA...kebetulan minggu ni macam ada movie yang best...tu yang tertengok The Martian sehari lebih awal daripada tarikh tayangan sebenar tu...mujurlah ada pawagam yang sudah mula menayangkan movie ni...siapa yang suka tonton filem sains fiksyen....kita geng ! hehe

Film Review - The Martian
The Martian

Plot : human mission to Mars goes awry, and astronaut Mark Watney (Damon) is presumed dead and left behind on the planet by his crew. Watney manages to survive. He then fights for his survival in the harsh environment of Mars, to signal others on Earth that he is still alive. Upon discovering Watney's signal, NASA, scientists all around Earth, and his crew members collaborate to find a way to rescue him.

TO BE CONTINUE...


#MyReview - The Martian

  • Filem The Martian adalah sebuah filem yang bergenre sci-fi arahan Ridley Scott yang telah diadaptasi daripada sebuah novel karya Andy Weir iaitu The Martian (2011) dan filem ini diterajui oleh Matt Damon (Mark Watney), Jessica Chastain (Commander Melissa Lewis), Kristen Wigg (Annie Montrose), Jeff Daniels (Teddy Sanders), Michael Peña (Rick Martinez), Kate Mara (Beth Johanssen), Sean Bean (Mitch Henderson), Sebastian Stan (Chris Beck), Aksel Hennie (Alex Vogel), Chiwetel Ejiofor (Vincent Kapoor), Donald Glover (Rich Purnell), Benedict Wong (Bruce Ng) dan Mackenzie Davis (Mindy Park)
The Martian - ARES III
ARES III

  • Setelah hampir SOL 18 (Solar day) di planet Marikh, mengapakah agaknya Commander Melissa terpaksa membatalkan misi mereka di Marikh dan telah membuat keputusan untuk kembali ke Bumi ? 
  • Ketika mahu berlepas daripada planet Marikh, tiba-tiba satu kejadian yang tidak dijangka telah menimpa salah seorang daripada 6 orang angkasawan yang ada dalam misi ARES III iaitu Mark Watney !! Adakah mereka semua akan pulang semula ke Bumi tanpa Mark Watney atau berusaha untuk mencarinya ?
The Martian - SOL 21
  • Mark Watney tersedar daripada "lenanya" pada SOL 19 di satu tempat yang tidak jauh daripada hab mereka dan menyedari dirinya tercedera kerana terkena sesuatu semasa kejadian buruk tersebut...apakah yang Mark buat agaknya selepas menyedari yang kini dia hanya seorang diri di Marikh pada ketika itu ?
The Martian
  • Untuk meneruskan hidup seorang diri di Marikh yang mungkin akan mengambil masa selama bertahun-tahun sebelum misi ARES IV dilancarkan pihak NASA dalam masa beberapa tahun lagi...oleh itu, sumber bekalan makanan dan minumannya mestilah kena mencukupi sehingga beberapa akan datang kerana buat masa itu hanya ARES IV saja harapannya untuk kembali semula ke Bumi...apakah yang terlintas dalam fikiran Mark agaknya setelah menjumpai sesuatu di dalam dapur di hab ?

"I am the greatest botanist on this planet - Mark Watney"

  • Setelah puas berfikir dan meneliti segala data yang ada di dalam komputernya di hab, Mark Watney telah menjumpai sesuatu yang mungkin akan dapat membantunya untuk berhubung dengan pihak NASA di Bumi ? 
    The Martian - SOL 182
    SOL 182

    • Selepas hampir lebih 4 bulan hidup di Marikh, Mark Watney akhirnya dapat berhubung dengan pihak NASA di Bumi setelah menemui sebuah Pathfinder yang ditinggalkan untuk memberitahu bahawa yang dia masih lagi hidup dan terselamat dalam kejadian yang berlaku ke atasnya pada SOL 18 dulu...berita baiknya, bantuan akan tiba untuk membawanya pulang ke Bumi tetapi ianya akan mengambil masa selama 414 hari untuk tiba di Marikh...dan Mark perlu ke tapak ARES IV untuk berlepas menggunakan MAV yang terletaknya sejauh 3200km daripada kedudukannya sekarang !!
    Mark Watney - Botanist
    • 1 SOL di Marikh bersamaan dengan 24 jam 37 minit dan 22.664 saat waktu di Bumi...maknanya, satu hari di Marikh melebihi 2.7% masa 24 jam di Bumi...jarak untuk kapal angkasa dari Bumi untuk tiba di Marikh adalah bersamaan dengan 414 hari...persoalannya sekarang, dapatkah Mark mencari jalan untuk meneruskan hidupnya di Marikh untuk beberapa tahun lagi setelah hampir semua bekalan makanannya musnah dengan sekelip mata ? Dapatkah Mark Watney bertahan dan pulang semula ke Bumi dengan selamat ? Jeng...jeng...jeng...hehe

    Kenapa perlu tonton filem The Martian ni ?

    The Martian - Rich Purnell

    • Filem sci-fi paling best tahun 2015 setakat ini...haa, siapa setuju ? Bagi yang sudah menontonnya di pawagam la...dan pemilihan Matt Damon untuk memegang watak utama untuk movie ni memang tepat...tak sangka ada antara dialognya yang menggelikan hati...hidup seorang diri di Marikh pun boleh relaks lagi...bertahun-tahun cakap seorang diri depan PC...kalau aku boleh gila da...HAHA...
    • Plot dan jalan ceritanya memang best...dan tidak terlalu berat...mudah untuk difahami...walaupun movie ini berdurasi lebih daripada 140 minit...tetapi tetap boleh enjoy jalan ceritanya...visualnya pun memang memukau habis la...padahal shooting di Wadi Rum di Jordan saja...tapi memang nampak macam real di planet lain...
    Mark Watney

    • Apakah kesudahannya nanti ? Adakah Mark akan berputus asa untuk ke tapak ARES IV yang jauhnya beribu kilometer dari hab ? Dan persoalannya sekarang, siapakah yang akan datang menyelamatkannya nanti di orbit Marikh setelah mengetahui yang Mark masih lagi hidup ? Haa, kalau nak tahu...kena tengok di pawagam la...SUPRISE ! hehe

    Credit Picture : Google.com

    Rating : 4.5 out of 5


    NOTA SKYTECH :

    Secara keseluruhannya, movie The Martian ni memang best bagi yang gemar menonton filem yang bergenre sci-fi ni...setelah menontonnya, ianya umpama satu pengembaraan...huh, mujurlah cita-cita aku masa zaman sekolah dulu tak pernah terfikir pun nak menjadi angkasawan...mati kutu nak buat apa kalau tersadai macam ni tempat yang asing...huh, memang tak rugi aku tengok awal movie ni di pawagam...hehe

    P.S - Huh, lebih kurang 3 bulan lagi...tak lama lagi da ni...aiyaa, buku merah pun tak sempat buat lagi ni...#KeManaDestinasiKita

    **Terima kasih kerana membaca entri Film Review - The Martian
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Pengomen Setia Mac 2018

    Alexa Rank Ezadskytech.com