Friday 24 April 2015

Film Review - Avengers : Age Of Ultron

> What's Up Guys...


Avengers : Age Of Ultron...huh, akhirnya...agak berbaloi juga penantian selama 3 tahun untuk melihat kembali  Iron Man, Captain America, Thor, Hulk, Hawkeye dan Black Widow beraksi dalam sekuel terbaru daripada movie Marvel's The Avengers (2012)...filem kesebelas dalam siri Marvel Cinematic Universe...haa, rasanya memang ramai pengikut setia movie superhero Marvel's yang menantikan movie ni mula ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia kan ?

Haa, tu yang pada hari pertama tayangan movie Avengers : Age Of Ultron ni mula ditayangkan di pawagam lagi aku sudah terjah ke pawagam...lagipun tiket wayang memang aku sudah booking awal lagi...sampaikan sanggup minta cuti half day semalam semata-mata nak layan movie ni selepas waktu lunch...HAHA...tak syok la nak bersesak-sesak dengan mereka yang nak tengok lepas office hour kan...bila tengok movie pada hari pertama tayangan ni memang lain sikit rasanya...tak percaya pergi tanya kaki wayang tegar la ? hehe...ok, kali ni apa kata jom kita layan review Avengers : Age Of Ultron...

Film Review - Avengers : Age Of Ultron
Avengers : Age Of Ultron

Synopsis : In Sokovia, the Avengers team - Tony Stark / Iron Man, Thor, Steve Rogers / Captain AmericaBruce Banner / Hulk, Natasha Romanoff / Black Widow and Clint Barton / Hawkeye raid a Hydra outpost led by Baron Wolfgang von Strucker, who had been experimenting on humans using the scepter previously wielded by Loki. They encounter two of Strucker's experiments, twins Pietro, who has superhuman speed and Wanda Maximoff, who can manipulate minds and throw energy blasts and apprehend Strucker, while Stark secretly retrieves Loki's scepter and Strucker's research on Artificial Intelligence.

Quicksilver and Scarlet Witch -  Avengers : Age Of Ultron
Quicksilver and Scarlet Witch

During a victory celebration at Avengers Tower, Stark and Banner utilize an A.I. found within Loki's scepter and activate Stark's secret program, Ultron, envisioned as part of Stark's robotic "Iron Legion" to safeguard the planet. Ultron, believing he must eradicate humanity to save Earth, eliminates Stark's A.I. J.A.R.V.I.S. and attacks the Avengers. 
Ultron -  Avengers : Age Of Ultron
Ultron

Following the battle, the team confronts Stark for his secrecy, while Ultron, having stolen the scepter, goes to Sokovia to build a new body in Strucker's lab. He recruits the Maximoff twins, who harbor a grudge against Stark for weapons responsible for their parents' deaths. Deducing that Ultron wants to utilize vibranium, the team travels to the South African shipyard base of arms dealer Ulysses Klaue. After retrieving the vibranium, Ultron and the Maximoff twins battle the Avengers. After destroying Ultron's body, Stark uses his large "Veronica" armor to confront a rampaging Hulk, who has been hypnotized by Wanda's visions. Although Stark defeats the Hulk, world backlash sends the team into hiding.

TO BE CONTINUE...

Haa, sebelum terus skip ke review movie ni...apa kata jom kita layan dulu trailer movie Avengers : Age Of Ultron ni dulu ! hehe



#MyReview Avengers : Age Of Ultron

  • Filem Avengers : Age Of Ultron merupakan filem kesebelas dalam siri Marvel Cinematic Universe yang telah diarahkan oleh Joss Whedon dan filem ni merupakan filem sekuel Marvel's The Avengers (2012) dan masih mengekalkan watak yang sama dan dalam sekuel kali ni ada beberapa tambahan watak baru seperti Pietro Maximoff / Quicksilver (Aaron Taylor-Johnson) dan Wanda Maximoff / Scarlet Witch (Elizabeth Olsen)
  • Pada awal cerita lagi sudah boleh katakan WOW masa Avengers menyerang kubu Strucker ! Huh, memang nampak CGI habis...Tony Stark macam biasa...perangai tak berubah daripada dulu ! HAHA
  • Siapakah sebenarnya Quicksilver dan Scarlet Witch ni dan kenapa agaknya mereka berdua amat bencikan Tony Stark ?
Captain America and Thor - Avengers : Age Of Ultron
Captain America and Thor

  • Mengapakah agaknya Tony Stark berkeras mahu Dr. Bruce Banner mengaktifkan Artificial Intelligence (A.I) yang dijumpainya tidak lama dulu di kubu Strucker yang dikenali sebagai Ultron ? Apakah tujuan Stark sebenarnya ?
  • Setelah berjaya diaktifkan, Ultron berpaling tadah dan telah menyingkarkan J.A.R.V.I.S dan telah menentang Avengers...haa, kenapa pula ? 
  • Kenapa Ultron memerlukan Vibranium ? Dan mengapakah Quicksilver dan Scarlet Witch menyebelahi Ultron ? 
Avengers : Age Of Ultron
Avengers

  • Hulk bergaduh dengan Hulkbuster di tengah bandar...apahal pula tu ? Masa bergaduh tu memang lawak...hampehh punya Hulkbuster...HAHA...dan selepas kejadian itu, kenapa Avengers menyembunyikan diri buat seketika ?
  • Eh, tiba-tiba Nick Fury muncul semula la...SUPRISE ! Ekspresi muka Tony Stark memang tak boleh blah la masa tu...HAHA
  • Mengapa Captain America, Black Widow dan Hawkeye pergi ke Korea Selatan ? Mereka mencari apa kat sana ?
Thor and Tony Stark - Avengers : Age Of Ultron
Thor and Tony Stark

  • Dapatkah Avengers bersatu untuk mengalahkan Ultron ? Dan kenapa agaknya tiba-tiba Quicksilver dan Scarlet Witch berpihak pada Avengers padahal sebelum ni mereka berdua berpihak pada Ultron ?

Kenapa perlu menonton Avengers : Age Of Ultron ni ?

  • Plot dan jalan cerita yang tidak membosankan sangat walaupun durasi filem ni lebih kurang 141 minit...cuma pada mulanya memang agak slow sikit sebab banyak sangat bercakap...kalau layan movie ni malam...confirm menguap je...HAHA...tapi bila bab aksi memang best...tapi kalau superhero ramai sangat...dapat tunjuk sikit la aksi setiap seorang berlawan kan...tapi keseluruhannya memang puas hati la walaupun ada bahagian yang kureng sikit...tapi yang paling penting, ada part humour...terhibur juga hati ni...hehe
Vision - Avengers : Age Of Ultron
Vision

  • Siapakah Vision ni sebenarnya yang telah muncul di babak akhir dalam movie ni ? Adakah dia sekutu ataupun musuh Avengers ?
  • Haa, mesti nak tahu kan macam mana Ultron ditewaskan ? Haa, kalau nak tahu...kena la tengok sendiri kat pawagam nanti...hehe
  • Betul ke Iron Man dan Hawkeye nak bersara daripada menjadi ahli Avengers ?  Haa, biar betul ni ? Sila jangan bergurau ye Tony Stark ! HAHA
  • Akan ada beberapa orang ahli baru yang akan direkrut untuk menjadi sebahagian daripada ahli Avengers...siapakah agaknya ? jeng...jeng...jeng...hehe
  • Sila tunggu sehingga habis kredit dan jangan keluar awal...ala, macam tak biasa pula tengok movie Marvel's ni...haiih, muncul lagi dia tu ? Ke aku bagitahu je siapa...haa, siapa yang layan movie Guardian Of The Galaxy sebelum ni mesti tahu siapa yang aku maksudkan ni...HAHA
Credit Picture : Google.com

Rating : 8 out of 10




NOTA SKYTECH :

Secara keseluruhannya, movie Avengers : Age Of Ultron ni memang berbaloi tunggu 3 tahun untuk menontonnya di pawagam...cuma part berlawan dengan Ultron dan bala tenteranya tu macam sekejap sangat...aihh...sebelum tengok movie ni pun memang tak letak expectation tinggi sangat...kalau letak expectation tinggi sangat...nanti takut kecewa...layankan je...tapi rasa macam nak repeat lagi sekali pula weekend ni...voucher GSC Dolby ATMOS percuma masih ada satu lagi ni...expired bulan Jun 2015...movie yang ada Dolby ATMOS ni pun bukan semua movie ada...tak guna rugi pula kan...hehe

P.S - Huh, nak tunggu sekuel movie Avengers : Age Of Ultron ni punya la lama lagi...Avengers : Infinity War - Part I (4 Mei 2018) dan Avengers : Infinity War - Part II (3 Mei 2019)

**Terima kasih kerana membaca entri Film Review - Avengers : Age Of Ultron

Thursday 23 April 2015

Penangan Avengers : Age Of Ultron

> What's Up Guys...

Penangan Avengers : Age Of Ultron memang agak luar biasa...haa, sejak trailer movie ni dilancarkan secara rasmi beberapa bulan yang lalu...memang ramai pengikut setia movie Marvel Cinematic Universe yang tak sabar untuk menunggu tarikh 23 April 2015 kan ? Hampir 3 tahun Avengers tak berkumpul bersama kan ? Sebab tu bermula hari ni, mereka semua sudah mula buat "reunion" di seluruh pawagam di Malaysia...rindu nak beraksi katanya...HAHA

Avengers : Age Of Ultron
Avengers : Age Of Ultron

Mesti nak tahu kenapa Hulkbuster dan Hulk bergaduh di tengah bandar tu kan ? HAHA...haa, mesti nak tahu juga Quicksilver dan Scarlet Witch tu datang daripada mana kan ? Siapa pula yang mencipta Ultron tu ? Hmm, memang banyak persoalannya selagi belum tengok Avengers : Age Of Ultron ni di pawagam...segalanya akan terjawab tak lama lagi...

HulkbusterHulk

Kalau nak tengok Avengers : Age Of Ultron di hari pertama tayangan, kalau tak tempah tiket awal...memang silap besar la ! Kebanyakannya showtime lepas office hour pada hari pertama tayangan memang sudah full house...tak percaya tengok la sendiri...check online...Thor suruh !

Thor
Avengers : Age Of Ultron - Thor

NOTA SKYTECH :

Haa, dek kerana penangan Avengers : Age Of Ultron...pameran figura Hulkbuster dan Hulk bersaiz sebenar di Mid Valley Megamall yang bermula dari 8-19 April yang lepas memang menjadi tumpuan orang ramai untuk mengambil gambar...aku pula rasa macam nak bertukar menjadi Hulk bila menunggu nak ambil gambar penuh tanpa ada sesiapa di sekeliling figura Hulkbuster dan Hulk tu...HAHA

P.S - Figura lain >>Avengers : Age Of Ultron<<

**Terima kasih kerana membaca entri Penangan Avengers : Age Of Ultron

Friday 10 April 2015

Kahwin 2 Atau Kahwin 3 ?

> What's Up Guys...

Kahwin 2 Atau Kahwin 3 ? Haa, tajuk entri yang agak mengejutkan tak ? Mesti ada yang fikir lain kan ? Entah bila masa pula aku kahwin ? Nak kahwin 2...kahwin 3 pula...HAHA...ceritanya macam ni...beberapa hari lepas aku ada perasan menu baru di Burger Bakar Abang Burn di FB...antaranya adalah burger kahwin 2 dan burger kahwin 3...sebab sebelum ni memang aku belum pernah cuba lagi makan Burger Bakar Abang Burn ni...tu yang nak cuba tu...apa yang istimewanya menu baru ni agaknya ? Haa, ada sesiapa yang sudah mencuba ke burger kahwin 2 ataupun burger kahwin 3 ni di jajahan Burger Bakar Abang Burn ? 

Kahwin 2 Atau Kahwin 3 ?
Kahwin 2 Ataupun Kahwin 3 ?

Hmm, pada mulanya...aku pun tak tahu nak pilih burger kahwin 2 atau kahwin 3 ? Kahwin 2 nampak macam biasa sangat...kahwin 3 barulah awesome...hee...bolehlah rasa 3 jenis patty yang berbeza nanti...kambing, lembu dan ayam...harga pun boleh tahan la...huhu...haa, tak nak buat burger kahwin 4 ke lepas ni ? kih3

Kahwin 2 Atau Kahwin 3 ?
Burger Kahwin 3 - Kambing + Lembu + Ayam

"5 minit kemudian..."

Fuhhh, macam manalah aku nak makan burger kahwin 3 ni ? Nampak gayanya memang tak lepas kalau nak ngap sekaligus ni...patty kambing, lembu dan ayam semuanya memang tebal habis...sos, mayonis dan cheese sauce meleleh...dan setiap gigitan memang terasa kenikmatannya...huh, memang puas hatilah kalau makan sebiji burger kahwin 3 ni lagi-lagi bila perut tengah lapar...hehe...memang mengenyangkan...burrppp...Alhamdulillah...

Rating Kesedapan : 3.5 out 5
Rating Kekenyangan : 4.5 out 5

Rahsia Bisnes Burger


NOTA SKYTECH :

Haa, lagi satu...kalau nak cuba menu ni...pastikan perut mestilah kosong...kalau tak memang tak larat nak habiskan...serius ni...hee...kalau rasa macam nak cuba sendiri...boleh la terjah jajahan Burger Bakar Abang Burn yang berdekatan atau boleh jenguk FB Burger Bakar Abang Burn untuk update terkini dan menu baru yang terdapat di BBAB...selamat mencuba !

**Terima kasih kerana membaca entri Kahwin 2 Atau Kahwin 3 ?

Thursday 2 April 2015

Film Review - Fast & Furious 7

> What's Up Guys...

Fast & Furious 7...Haa, siapa yang layan siri Fast & Furious ni sejak dari filem pertama iaitu The Fast and The Furious (2001) mesti tak sabar nak tengok apa yang akan jadi seterusnya dalam Furious 7 kali ni kan ? Bila dapat tahu ada pawagam yang tayang filem ni awal sehari daripada tarikh tayangan sebenar...apa lagi...dua minggu sebelum tayangan lagi aku sudahpun booking online untuk mendapatkan seat terbaik untuk layan movie ni...haa, masih ingat lagi scene terakhir dalam Fast & Furious 6 ? Mesti nak tahu apa yang terjadi selepas insiden tu kan ? Apa kata jom layan review Fast & Furious 7....vrrrommmm...

Fast & Furious 7
Fast & Furious 7

Synopsis : After defeating Owen Shaw and his crew, Dominic Toretto (Vin Diesel), Brian O'Conner (Paul Walker) and the rest of the crew are able to return to the United States and live normal lives again as they had wanted. However, Owen's older brother, Deckard Shaw (Jason Statham), is after Dom and his crew, seeking revenge for his brother's death and putting the entire crew in danger once more. After learning of Han's death, the crew sets out to find the man who killed one of their own, before he finds them first.

TO BE CONTINUE...

Fast & Furious 7 - Deckard Shaw
Fast & Furious 7 - Deckard Shaw

Apakah yang akan terjadi selanjutnya ? Berjayakah atau tidak Deckard Shaw membalas dendam pada Dominic Toretto dan gengnya yang lain atas apa yang berlaku pada adiknya, Owen Shaw ? Haa, kalau nak tahu dengan lebih terperinci...haa, kena la layan Fast & Furious 7 di pawagam sekarang ! Tapi jom layan trailer ni dulu...hehe

"One last ride..."



#MyReview "Fast & Furious 7"

  • Fast & Furious 7 kali ini dibawah arahan James Wan dan Furious 7 masih diterajui Vin Diesel (Dominic Torreto), mendiang Paul Walker (Brian O'Conner), Michelle Rodriguez (Letty Ortiz), Jordana Brewster (Mia Toretto), Tyrese Gibson (Roman Pearce), Chris Bridges (Tej Parker) dan Dwayne Johnson (Luke Hobbs)
  • Siapakah sebenarnya Deckard Shaw ni ? Kenapa dia bertekad nak balas dendam pada Dom dan gengnya ?
  • Pada awal cerita lagi Brian O' Conner buat lawak ? Masuk air ke Brian ? HAHA...
Fast & Furious 7 - Brian, Dom & Frank
Fast & Furious 7 - Brian, Dom & Frank

  • Siapakah sebenarnya Frank Petty ni ? Dan kenapa dia bersedia untuk membantu Dom untuk berkerjasama untuk mengesan di manakah kedudukan Deckard Shaw sembunyikan diri ?
  • Watak Roman Pearce dalam Furious 7 kali ni lebih sengal dari yang dulu ! Nak tahu kenapa ? Kena tengok la...cakap nak gah je ! HAHA
  • Scene terjunan kereta dari kapal terbang tu memang awesome ! Tapi Roman pula bikin spoiled la...serius kelakar...HAHA
  • Scene kejar-mengejar kereta memang terbaik la...relaks je drive tepi gaung...ada satu scene bila di mana Dom telah dikepung oleh beberapa kereta geng Jakande dan di belakangnya adalah gaung...korang rasa la kan, apa agaknya tindakan Dom masa tu ?

Fast & Furious 7 - Brian O'Conner

  • Dapatkah Dom, Brian dan yang lain membebaskan Ramsey yang kini berada dalam tawanan Jakande yang berada dalam sebuah bas yang sedang bergerak ke suatu tempat ? Kenapa mereka sangat memerlukan Ramsey untuk misi mereka kali ini ?
  • Kenapa agaknya mereka semua pergi ke Abu Dhabi ? Setelah tiba di sana, mereka mendapat tahu apa yang mereka cari kini berada di dalam sebuah penthouse di Etihad Tower...dapatkah Dom dan gengnya menyelinap masuk dengan selamat untuk ke penthouse tersebut ?
  • Roman Pearce buat hal lagi semasa berada dalam penthouse tu..."Happy birthday to you...you....!!" HAHA
Fast & Furious 7 - Lykan Hypersport
Fast & Furious 7 - Lykan Hypersport

  • Dom dan Brian bertekad untuk bawa lari Lykan Hypersport milik billionair tu dari garaj keretanya di penthouse milik billionair tersebut selepas sistem sekuriti di penthouse tersebut berfungsi ? Apa yang Dom dan Brian cari sebenarnya di dalam supercar tersebut ? Dan yang peliknya, macam mana Deckard Shaw boleh tahu Dom dan yang lain berada di Abu Dhabi...huhu
  • Dom dan Brian lompat dari bangunan ke bangunan dengan supercar Lykan Hypersport tu memang gempak habis...perghhh...kereta berharga 3.4 juta USD dibuat macam tu...HAHA
  • Apakah kesudahannya cerita Fast & Furious 7 ni agaknya ? Dapatkah Hobbs, Dom, Brian dan gengnya menumpaskan Deckard Shaw ?
Furious 7
Furious 7

Rating : 4.5 out of 5

P.S - Haa, semua tahu kan ada beberapa scene yang Paul Walker tak sempat nak habiskan kerana dia terlibat dalam kemalangan kereta pada 30 November 2013 yang lalu yang meragut nyawanya...di mana dua adiknya iaitu Caleb dan Cody sebagai stand in watak Brian O' Conner...haa, boleh korang kesan scene yang mana satu kalau perasan la Caleb dan Cody stand in sebagai Brian ? Aku ada perasan...memang nampak lain...hehe


NOTA SKYTECH :

Memang tak rugi rasanya tunggu movie Fast & Furious 7 ni keluar di pawagam...katanya akan ada Fast & Furious 8 (2017)...tapi sayangnya, Paul Walker sudah tiada...huhu

Fast & Furious 7 - Hobbs
Fast & Furious 7 - Hobbs
**Terima kasih kerana membaca entri Film Review - Fast & Furious 7
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com