Showing posts with label Food Trail. Show all posts
Showing posts with label Food Trail. Show all posts

Tuesday, 26 May 2015

Keunikan Menu Fusion U-Cafe Wangsa Walk

> What's Up Guys...

Haa, bila sebut saja nama U-Cafe Wangsa Walk...sebenarnya, ianya bukanlah kali pertama aku mendengar nama cafe tersebut...cuma sebelum ini masih belum berkesempatan lagi nak singgah walaupun selalu juga pergi ke Wangsa Walk Mall ni...lokasinya memang sangat strategik sebab ianya berdekatan dengan pusat membeli-belah dan bila tengok secara luarannya...hmm, memang nampak santai tempat ni...memang sesuai untuk melepak bersama keluarga dan rakan-rakan di hujung minggu...

U-Cafe Wangsa Walk
U-Cafe Wangsa Walk

Promosi Nasi Kukus Rempah Chicken RM3 di U-Cafe Wangsa Walk

Bermula 25 Mei 2015, menu Nasi Kukus Rempah Chicken...atau nama lainnya Nasi Kukus Ayam Berempah mula diperkenalkan di U-Cafe Wangsa Walk dengan hanya berharga RM3 pada jam 12.00 PM hingga 2.00 PM...mana nak dapat harga semurah itu di area KL sekarang ni kan ? 

Nasi Kukus Rempah Chicken RM3
Nasi Kukus Rempah Chicken RM3

Keunikan Menu Fusion U-Cafe Wangsa Walk

Haa, bila tengok menu yang ada di U-Cafe Wangsa Walk ni...memang akan jadi rambang mata nak pilih menu apa...huh, dan kali ini baru berkesempatan untuk merasai sendiri keunikan menu fusion U-Cafe Wangsa Walk ni bersama rakan blogger yang lain yang menjadi pilihan ramai dan top seller...check it out !

Combo Platter U-Cafe Wangsa Walk
Combo Platter

Combo Platter - Salah satu menu appetizer yang memang wajib kena order kalau singgah ke sini...gabungan Vietnamese mini spring roll, potato wedges, french fries, popcorn chicken dan fish fillet...cicah ketiga-tiga pencicah sekaligus...terbaik ! 

Seafood Platter U-Cafe Wangsa Walk
Seafood Platter

Seafood Platter - Menu appetizer berasaskan makanan laut ni pun patut dicuba...menggabungkan tempura shrimp, deep fried calamari, salmon dan mashed potatoes...penggemar seafood mesti akan suka menu ni...hehe

Italian Carbonara With Egg Yolk U-Cafe Wangsa Walk
Italian Carbonara With Egg Yolk

Italian Beef Carbonara With Egg Yolk - Antara menu kesukaan aku untuk kali ini...kuning telur di tengah spaghetti yang 'mahal' tu...memang puas hati bila dapat makan...satu portion kalau diikutkan memang tak cukup bagi aku ni...peminat spaghetti la kata kan...HAHA !

Spaghetti Aglio-Olio With Sea Scallop U-Cafe Wangsa Walk
Spaghetti Aglio-Olio With Sea Scallop

Spaghetti Aglio-Olio With Sea Scallop - Walaupun baru pertama kali aku merasa scallop ni...sedap juga rupanya scallop ni...fuhhh, terus jatuh cinta...memang kena cuba spaghetti aglio-olio ni...

Deconstructed Caesar Salad U-Cafe Wangsa Walk
Deconstructed Caesar Salad

Deconstructed Caesar Salad - Haa, menu ni memang sangat sesuai bagi mereka yang tengah berdiet...tapi kebanyakan menu di U-Cafe Wangsa Walk ni memang mengecurkan air liur...boleh ke tahan makan salad saja ? hehe

Signature Combo Mixed Grilled U-Cafe Wangsa Walk
Signature Combo Mixed Grilled

Signature Combo Mixed Grilled - Gabungan chicken chop, lamb chop, beef bacon dan mashed potatoes...memang mengenyangkan kalau order menu ni sebab ianya cukup lengkap...makan panas-panas...fuhh, memang sedap !

Sticky Grilled Premium Lamb Rack U-Cafe Wangsa Walk
Sticky Grilled Premium Lamb Rack

Sticky Grilled Premium Lamb Rack - Peminat tegar kambing memang kena cuba la menu lamb rack ni...nampak simple tapi sedap !

Flying Fish Rice With Soy Sauce U-Cafe Wangsa Walk
Flying Fish Rice With Soy Sauce

Flying Fish Rice With Soy Sauce - Kalau kurang menggemari western food...boleh la cuba menu ni pula...nasi dan kicap...dimakan dengan ikan 'terbang' garing...memang puas makan ikan sebesar ni bila waktu lunch !

Combo Egg Yolk Butter Chicken & Season Vegetable In Yam Basket Rice U-Cafe Wangsa Wa
Combo Egg Yolk Butter Chicken & Season Vegetable In Yam Basket Rice

Combo Egg Yolk Butter Chicken & Season Vegetable In Yam Basket Rice - Salah satu lagi menu kegemaran aku iaitu egg yolk butter chicken...serius memang sedap ! Pertama kali merasa yam basket rice...bagi aku la kan, agak muak juga kalau nak habiskan seorang yam basket rice tu...kalau kongsi OK...hehe

Bangkok Jazz Crab Meat Fried Rice In Lotus Leaf U-Cafe Wangsa Walk
Bangkok Jazz Crab Meat Fried Rice In Lotus Leaf

Bangkok Jazz Crab Meat Fried Rice In Lotus Leaf - Bila buka saja lotus leaf tu...memang harum semerbak baunya naik...memang unik...lain dari yang lain nasi goreng ni !

Thai Style Pan Grilled Chicken Chop Rice With Green Curry U-Cafe Wangsa Walk
Thai Style Pan Grilled Chicken Chop Rice With Green Curry

Thai Style Pan Grilled Chicken Chop Rice With Green Curry - Green curry ni memang nampak mengancam...cuma kurang pedas...kalau pedas sikit lagi...mesti kick ! hehe

Assam Laksa With Sardine Fish U-Cafe Wangsa Walk
Assam Laksa With Sardine Fish

Assam Laksa With Sardine Fish - Memang pekat betul kuahnya tu...dan ianya merupakan kali pertama rasanya aku makan assam laksa ikan sardin...boleh tahan juga rasanya...huhu

Penang Curry Laksa U-Cafe Wangsa Walk
Penang Curry Laksa

Penang Curry Laksa - Haa, memang nampak sedap kan ? Peminat curry laksa boleh cuba menu ni nanti di U-Cafe Wangsa Walk jika berkunjung ke sana...

Blogger Gathering di U-Cafe Wangsa Walk
Blogger Gathering di U-Cafe Wangsa Walk

Burrrppp...Alhamdulillah...rasanya hampir 20 menu yang telahpun dicuba di U-Cafe Wangsa Walk ni dengan rakan blogger yang lain...memang amat berpuas hatilah dengan makanan yang ada kat sini...servis pun OK ! Pasti akan datang lagi lain kali...haa, sebelum aku terlupa...pihak U-Cafe juga menyediakan khidmat untuk mengendalikan sebarang majlis mengikut tema yang tertentu...dan jika berminat, bolehlah terus menghubungi person in charge U-Cafe di talian +6019-3133668 (Rachel) untuk reservations & inquiry ataupun boleh terus ke alamat yang tertera di bawah untuk maklumat lebih lanjut :
U-Cafe Wangsa Walk
GL-06 Wangsa Walk, Wangsa Avenue,
No. 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur, Malaysia.

No. Tel : 03-41319686
Facebook : U-Cafe


NOTA SKYTECH :

Terima kasih bro JMR sebab sudi invite untuk food review kali ni di U-Cafe Wangsa Walk...harap lepas ni dapatlah berkumpul lagi macam ni di masa akan datang ! hehe...
                                                                                          
**Terima kasih kerana membaca entri Keunikan Menu Fusion U-Cafe Wangsa Walk

Friday, 10 April 2015

Kahwin 2 Atau Kahwin 3 ?

> What's Up Guys...

Kahwin 2 Atau Kahwin 3 ? Haa, tajuk entri yang agak mengejutkan tak ? Mesti ada yang fikir lain kan ? Entah bila masa pula aku kahwin ? Nak kahwin 2...kahwin 3 pula...HAHA...ceritanya macam ni...beberapa hari lepas aku ada perasan menu baru di Burger Bakar Abang Burn di FB...antaranya adalah burger kahwin 2 dan burger kahwin 3...sebab sebelum ni memang aku belum pernah cuba lagi makan Burger Bakar Abang Burn ni...tu yang nak cuba tu...apa yang istimewanya menu baru ni agaknya ? Haa, ada sesiapa yang sudah mencuba ke burger kahwin 2 ataupun burger kahwin 3 ni di jajahan Burger Bakar Abang Burn ? 

Kahwin 2 Atau Kahwin 3 ?
Kahwin 2 Ataupun Kahwin 3 ?

Hmm, pada mulanya...aku pun tak tahu nak pilih burger kahwin 2 atau kahwin 3 ? Kahwin 2 nampak macam biasa sangat...kahwin 3 barulah awesome...hee...bolehlah rasa 3 jenis patty yang berbeza nanti...kambing, lembu dan ayam...harga pun boleh tahan la...huhu...haa, tak nak buat burger kahwin 4 ke lepas ni ? kih3

Kahwin 2 Atau Kahwin 3 ?
Burger Kahwin 3 - Kambing + Lembu + Ayam

"5 minit kemudian..."

Fuhhh, macam manalah aku nak makan burger kahwin 3 ni ? Nampak gayanya memang tak lepas kalau nak ngap sekaligus ni...patty kambing, lembu dan ayam semuanya memang tebal habis...sos, mayonis dan cheese sauce meleleh...dan setiap gigitan memang terasa kenikmatannya...huh, memang puas hatilah kalau makan sebiji burger kahwin 3 ni lagi-lagi bila perut tengah lapar...hehe...memang mengenyangkan...burrppp...Alhamdulillah...

Rating Kesedapan : 3.5 out 5
Rating Kekenyangan : 4.5 out 5

Rahsia Bisnes Burger


NOTA SKYTECH :

Haa, lagi satu...kalau nak cuba menu ni...pastikan perut mestilah kosong...kalau tak memang tak larat nak habiskan...serius ni...hee...kalau rasa macam nak cuba sendiri...boleh la terjah jajahan Burger Bakar Abang Burn yang berdekatan atau boleh jenguk FB Burger Bakar Abang Burn untuk update terkini dan menu baru yang terdapat di BBAB...selamat mencuba !

**Terima kasih kerana membaca entri Kahwin 2 Atau Kahwin 3 ?

Sunday, 1 February 2015

Nikmati Kenny's Cherish Meal Dan Berpeluang Memenangi Mazda 2

> What's Up Guys...

Bagi yang masih belum tahu lagi, sejak pertengahan bulan Januari 2015 yang lalu lagi Kenny Rogers Roasters Malaysia telah memperkenalkan beberapa item baru dalam menu promosi terbaru mereka iaitu Kenny's Cherish Meal sempena kedatangan Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi...dan antara menu promosi yang telah diperkenalkan oleh KRR Malaysia pada kali ini dalam menu #KennysCherishMeal adalah seperti Souperior Rice Casserole, Souperior Spaghetti Casserole, Golden Treasure Platter dan Soupreme Treasure Platter...

Kenny's Cherish Meal
Kenny's Cherish Meal

Kenny's Cherish Meal - Souperior Rice Casserole

Haa, dalam menu promosi Kenny's Cherish Meal untuk kali ini semuanya adalah berasaskan ayam...terdapat 4 variasi menu yang boleh dipilih dan salah satunya adalah Souperior Rice Casserole...iaitu gabungan Spicy Golden Rice yang dihidangkan bersama KRR Signature Black Pepper Chicken Chop yang digril sehingga warna keperangan dan dilengkapi dengan satu set Mushroom Chicken Soup...

Keenakan dan kepedasan sederhana Spicy Golden Rice menambahkan lagi kesedapannya dan ditambah pula dengan kelembutan isi ayam KRR Signature Black Pepper Chicken Chop...satu kombinasi yang menarik...memang menu yang patut dicuba !

Kenny's Cherish Meal - Souperior Rice Casserole
Kenny's Cherish Meal - Souperior Rice Casserole

Kenny's Cherish Meal - Souperior Spaghetti Casserole

Haa, korang tengah diet ? Dan tak makan nasi ? Teringin nak makan spaghetti tapi tetap nak merasa KRR Signature Black Pepper Chicken Chop ? Relaks, tak perlu risau...selain daripada menu Souperior Rice Casserole yang menghidangkan Spicy Golden Rice bersama KRR Signature Black Pepper Chicken Chop dan juga Mushroom Chicken Soup, korang bolehlah juga pilih menu Souperior Spaghetti Casserole...apa yang membezakan kedua-kedua menu tersebut hanyalah pada menu nasi dan spaghetti...no big deal lah ! hehe

Kenny's Cherish Meal - Souperior Spaghetti Casserole
Kenny's Cherish Meal - Souperior Spaghetti Casserole

Kenny's Cherish Meal - Golden Treasure Platter

Golden Treasure Platter...satu lagi menu yang menarik untuk dicuba...dalam dua menu yang sebelum ni, KRR Signature Black Pepper Chicken Chop tidak disertakan dengan sos black pepper kan ? Tapi dalam menu Golden Treasure Platter ni, KRR Signature Black Pepper Chicken Chop dilimpahi dengan sos black pepper...dihidangkan bersama Spicy Golden Ricecoleslaw serta sayuran segar...

Menu yang sangat sihat kan ? Sebab semua hidangan KRR tidak digoreng menggunakan minyak sebaliknya ia "grilled" ataupun "baked"...haa, terbaik tak ? hehe...Spicy Golden Rice pun bukannya digoreng...tapi ianya digaul dengan bahan istimewa...tapi rasanya memang tak jauh beza dengan nasi yang biasanya digoreng...haa, itulah kelebihan menu di Kenny Rogers Roasters...sentiasa cuba untuk menghidangkan menu yang terbaik dan sihat buat semua pelanggannya...hehe

Kenny's Cherish Meal - Golden Treasure Platter
Kenny's Cherish Meal - Golden Treasure Platter

Kenny's Cherish Meal - Soupreme Treasure Platter

Haa, tidak berapa gemar makan sayur tapi tetap mahu merasa KRR Signature Black Pepper Chicken Chop bersama sos black pepper ? Bolehlah pesan menu Soupreme Treasure Platter sebagai menu pilihan korang...menu yang sama seperti Golden Treasure Platter tapi cuma yang berbeza hanyalah pada menu side dish...kerana dalam menu ini, ianya dihidangkan bersama Mushroom Chicken Soup...

Kenny's Cherish Meal - Soupreme Treasure Platter
Kenny's Cherish Meal - Soupreme Treasure Platter

Kenny's Cherish Meal - Tropical Paradise & Chocorange Marble Muffin

Selain daripada 4 variasi menu promosi Kenny's Cherish Meal, restoran Kenny Rogers Roasters Malaysia juga telah memperkenalkan minuman Tropical Paradise dan Chocorange Marble Muffin sempena Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi...jika berkunjung ke restoran KRR ni...memang tak lengkap rasanya kalau tak mencuba home-made muffin KRR...dan sekarang ni ada perisa baru yang diperkenalkan KRR...gabungan perisa oren dan coklat...ianya mungkin ada untuk masa terhad saja...tak nak cuba sendiri ke ? hehe

Kenny's Cherish Meal - Tropical Paradise & Chocorange Marble Muffin
Kenny's Cherish Meal - Tropical Paradise & Chocorange Marble Muffin

Haa, nak tahu rasanya macam mana ? Apa lagi...jomlah terjah restoran KRR sekarang ! Promosi Kenny's Cherish Meal ni pun masih panjang lagi ni...katanya sehingga penghujung bulan Mac 2015...sempat lagi kan ? hehe

Less fat...less salt...less calories...

Kenny's Cherish Meal
Kenny's Cherish Meal

ROASTERS Frenzy - Peluang Memenangi Mazda 2

Sempena meraikan pembukaan restoran Kenny Rogers Roasters Malaysia yang ke-100 di IOI Mall Putrajaya, KRR Malaysia telah melancarkan satu contest ROASTERS Frenzy yang mungkin membolehkan korang semua memiliki sebuah kereta Mazda 2...Mazda 2 OK ! Selain itu, banyak juga hadiah lain yang cukup hebat dan menarik untuk dimenangi...boleh terjah ke SINI untuk maklumat lebih lanjut mengenai contest ROASTERS Frenzy...contest bermula daripada 24 Disember 2014 sehingga 31 Mac 2015...

ROASTERS Frenzy
ROASTERS Frenzy

Download ROASTERS Frenzy   >> Google Play
                                                    >> App Store (Coming Soon)


NOTA SKYTECH : 

Untuk lebih info mengenai promosi terbaru di KRR Malaysia, jom kita terjah Laman Web Kenny Rogers Malaysia dan LIKE FB >> Kenny Rogers Roasters Malaysia

**Terima kasih kerana membaca entri Nikmati Kenny's Cherish Meal Dan Berpeluang Memenangi Mazda 2

Monday, 26 January 2015

Pak Uda Kitchen & Grill Pusat Perdagangan Selaseh

> What's Up Guys...

Haa, siapa kat sini memang sejak daripada dulu lagi adalah peminat tegar Western Food, Pasta dan Salad...contohnya macam Chicken Chop, Lamb Chop, Beef Steak, Fish & Chip dan pelbagai lagi la...bila Pak Uda Kitchen & Grill di Pusat Perdagangan Selaseh ni muncul dalam program Jalan-Jalan Cari Makan di TV3 pada 18 Januari 2015 yang lepas...baru aku perasan restoran di rupanya memang sudah lama dibuka cuma aku saja yang belum sempat singgah lagi...hmm, baru bercadang nak singgah petang 18 Januari hari tu...tapi sayangnya FULL HOUSE...yela, sudah pun masuk program JJCM di TV3...mesti la penuh kan...

Pak Uda Kitchen & Grill Pusat Perdagangan Selaseh
Pak Uda Kitchen & Grill 

Huh, macam mana la selama ini aku boleh tak perasan kewujudan restoran ni...haa, lagipun kawasan ni memang baru lagi dibuka sekitar awal tahun lepas...memang tak perasan la kan restoran ni bila lalu...yela kan, tepi highway DUKE...fokus cuma nak sampai ke rumah cepat saja...memang tak perasan la kan...hehe...tak dapat cuba hari sebelumnya...mencuba nasib hari berikutnya, selepas office hour...YES ! Tak berapa ramai sangat pelanggan...boleh la terjah Pak Uda Kitchen & Grill...sebab memang sudah lama sangat tak makan Western Food ni...memang kena timing la ni...hehe

Nama Menu Unik Pak Uda Kitchen & Grill Menjadi Daya Tarikan

Haa, bila diberi senarai menu oleh pekerja Pak Uda Kitchen & Grill...memang aku tergamam la sekejap...perghhh...nama menu tak nak mengalah...mesti susah nak pilih menu yang mana satu...dan ianya terjadi pada aku...lebih daripada 5 minit jugalah aku layan tengok menu saja...lebih daripada 60 pilihan menu termasuk minuman dan semuanya nampak macam menyelerakan...hmm, susah juga nak pilih yang mana satu sebab baru pertama kali datang kan...hehe...

Menu BEEF & LAMB Pak Uda Kitchen & Grill
Menu BEEF & LAMB Pak Uda Kitchen & Grill

Menu CHICKEN Pak Uda Kitchen & Grill
Menu CHICKEN Pak Uda Kitchen & Grill

Menu FISH & PASTA Pak Uda Kitchen & Grill
Menu FISH & PASTA Pak Uda Kitchen & Grill

Menu SIZZLING HOT PLATE & SIDE ORDER Pak Uda Kitchen & Grill
Menu SIZZLING HOT PLATE & SIDE ORDER Pak Uda Kitchen & Grill

Pak Uda SPECIAL MENU
Pak Uda SPECIAL MENU

Menu BEVERAGE Pak Uda Kitchen & Grill
Menu BEVERAGE Pak Uda Kitchen & Grill

Haa, setelah lebih daripada 5 minit tengok menu...aku pun order la J.Lo Grill Lamb Chop with Cheese...katanya menu yang paling kerap dipesan oleh pelanggan di Pak Uda Kitchen & Grill...selain itu, nak cuba juga Pak Uda Special Grill Beef & Spaghetti, Pak Uda Special Nachos Snack dan UFC Chicken Boxing...minuman...hmm, oleh sebab sudah lama tak minum apple juice...terus order Apple Lychee...da nama pun nak cuba...kena la order sikit dulu...kalau BEST, baru repeat lagi nanti...hehe

5 minit kemudian....

UFC Chicken Boxing Pak Uda Kitchen & Grill
UFC Chicken Boxing Pak Uda Kitchen & Grill

Pak Uda Special Nachos Snack
Pak Uda Special Nachos Snack

Haa, sementara menunggu menu yang lain sampai...layan la menu pembuka selera dulu...hehe...hmm, boleh tahan jugalah rasanya UFC Chicken Boxing ni...rasanya agak rangup...dimakan panas-panas...cicah coleslaw...tambah sikit sos cili...dan cuaca kat luar pula sejuk dan hujan renyai...fuhh...layan beb ! Pak Uda Special Nachos Snack ni buat aku ketagih pula...nachos nya yang rangup...cheese meleleh dan ditambah pula dengan cili benggala lagi...kuah pencicah lagi...fuhh, memang layan...hehe...dan ditambah pula dengan kesegaran air Apple Lychee...fuhh...da macam review movie pula aku buat...HAHA...

Apple Lychee
Apple Lychee

Haa, belum sempat habiskan UFC Chicken Boxing...akhirnya J.Lo Grill Lamb Chop with Cheese pun sampai...wahh, patutlah ramai pelangga yang order menu ni bila makan di sini...sekali tengok pun sudah tahu sedap ni...lamb chop pun nampak lembut saja dagingnya...mudah dipotong...dan ianya dihidangkan bersama dengan sos black pepper, coleslaw, fries, potato jack dan cheese...jemput makan ! hehe

JLo Grill Lamb Chop with Cheese Pak Uda Kitchen & Grill
JLo Grill Lamb Chop with Cheese Pak Uda Kitchen & Grill

Teringin nak makan spaghetti dengan grill beef, chicken chop ataupun lamb chop ? Haa, tak perlu nak order menu berlainan...semuanya 2 in 1 dalam menu bernombor 701 Pak Uda Special Grill & Spaghetti ada...korang semua boleh la pilih sama ada nak daging, ayam ataupun kambing...ikut citarasa masing-masing la...hehe...jemput makan lagi sekali ! hehe

Pak Uda Special Grill Beef & Spaghetti
Pak Uda Special Grill Beef & Spaghetti

Bagi sesiapa yang mahu mencuba sendiri keenakan menu yang ada di sini, bolehlah terus terjah ke alamat : 

PAK UDA KITCHEN & GRILL
No. 13-G, Jalan PPS 1,
Pusat Perdagangan Selaseh,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.

Masa Perniagaan : 5.00 pm - 12.00am

Facebook : Pak Uda Kitchen & Grill
Instagram : PakUda_KitchenGrill




NOTA SKYTECH : 

Kalau ada masa, memang aku akan repeat lagi makan di Pak Uda Kitchen & Grill ni...sebab banyak lagi menu yang masih belum sempat untuk dicuba ni...dan lepas ni tak perlulah nak mencari tempat yang jauh lagi kalau teringin nak makan Western Food yang sedap...hehe

Pak Uda Kitchen & Grill Pusat Perdagangan Selaseh
Pak Uda Kitchen & Grill Pusat Perdagangan Selaseh

P.S - Rasa macam nak makan Western Food pula hari ni...hehe

**Terima kasih kerana membaca entri Pak Uda Kitchen & Grill Pusat Perdagangan Selaseh

Monday, 1 December 2014

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat

> What's Up Guys...

Haa, siapa kat sini adalah peminat tegar menu sihat di restoran Kenny Rogers dan selalu berkunjung ke sana ? Bagi yang belum tahu, sebenarnya bermula 24 November 2014 yang lepas...Kenny Rogers Roasters Malaysia sekali lagi telah memperkenalkan beberapa item baru dalam menu promosi terbaru mereka Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat sempena sambutan Tahun Baru 2015 nanti yang bakal tiba tidak lama lagi...antara menu promosi terbaru yang diperkenalkan oleh KRR Malaysia pada kali ini dalam menu #KRRTerrificTeriyaki adalah T-Chic SteakT-Wrapped Chicken, Lite T-Chic Steak, T-Chic Rice dan T-Chic Salad...

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat
Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : T-Chic Steak

Menu promosi terbaru kali ni semuanya berasaskan ayam...terdapat 5 variasi menu yang boleh dipilih dan antaranya adalah T-Chic Steak...isi ayam tanpa tulang yang di grilled dan dihidangkan bersama aromatic rice bersama crisp garden salad dan spiral pasta...dan ditambah pula dengan sos terrific teriyaki yang pekat...memang kombinasi terbaik...serius sedap ! Haa, antara menu yang patut dicuba dalam menu promosi Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat...

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : T-Chic Steak
Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : T-Chic Steak

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : T-Wrapped Chicken

Selain daripada menu T-Chic Steak ni...korang pun boleh cuba juga menu T-Wrapped Chicken ni...bahagian paha ayam yang diperap dengan sos terrific teriyaki dan hirisan cendawan...dan ianya di grilled untuk membangkitkan lagi rasa sos terrific teriyaki tu...dan ianya turut dihidangkan bersama aromatic rice dan mushroom chicken soup...fuhhh !

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : T-Wrapped Chicken
Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : T-Wrapped Chicken

Haa, bila wrapped yang membaluti bahagian paha ayam tu terbuka...fuhhh ! Memang baunya sangat menyelerakan...ayamnya tersangatlah lembut isinya...dan rasa sos terrific teriyaki tu memang terasa bila makan ayam tu...memang kena la dengan tema kali ni kan...menu ni pun memang patut dicuba...sedap !

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : T-Wrapped Chicken
Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : T-Wrapped Chicken

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : Lite T-Chic Steak

Menu seterusnya pula adalah Lite T-Chic Steak...isi ayam tanpa tulang yang di grilled dan dihidangkan bersama aromatic rice bersama crisp garden salad dan ditambah dengan sos terrific teriyaki yang agak pekat...dan memang sedap...eh, macam sama saja dengan menu T-Chic Steak ? Memang nampak sama cuma bezanya ia tidak dihidangkan bersama dengan spiral pasta...bagi yang minat pasta boleh la order T-Chic Steak ni tapi bagi yang tak berapa minat dengan pasta...boleh la order menu ni ya...no hal la !

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : Lite T-Chic Steak

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : T-Chic Rice

Menu berikutnya pula adalah T-Chic Rice...bahagian isi ayam yang di grilled dan ditambahkan pula dengan sos terrific teriyaki serta dihidangkan bersama dengan aromatic rice dan mushroom chicken soup...kalau nak cuba apa salahnya nak order menu ni kan...

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : T-Chic Rice
Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : T-Chic Rice

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : T-Chic Salad

Haa, OK...ni adalah menu yang terakhir dalam menu promosi Kenny Rogers Terrific Teriyaki adalah T-Chic Salad...salad bersama bahagian isi ayam yang di grilled dan ditambahkan pula dengan sos terrific teriyaki diatasnya serta dihidangkan bersama mushroom chicken soup...haa, kalau tengah berdiet dan tak mahu makan nasi...memang sangat sesuai la untuk order menu ni...sihat gitu ! hehe...

Kenny Rogers Terrific Teriyaki : T-Chic Salad

Haa, minuman memang tidak disertakan sekali dalam menu promosi Kenny Rogers Terrific Teriyaki ni...sebab nanti mungkin ada yang tertanya minuman termasuk sekali ke tak dalam promosi terbaru kali ni...haa, bolehlah pilih minuman yang disukai dalam menu nanti kan kalau teringin nak mencuba menu terbaru ni...hee

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat
Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : Take It Home Feast

KRR Take It Home Feast kembali lagi dengan promosi terbaru sempena promosi Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat untuk pesanan bawa pulang yang mengandungi T-Wrapped Chicken (6 pcs), Aromatic Rice (2 bowls), Spicy Asian Pasta Salad (1 bowl), BBQ Baked Beans (1 bowl), Mashed Potato & Gravy (2 bowls), Garden Pasta Salad (1 bowl), Fruit Juice (6 bottles) dan Festive Home-made Muffin (1/2 dozen)...

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : Take It Home Feast
Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : Take It Home Feast

Set menu bawa pulang KRR Take It Home Feast hanya boleh didapati dalam masa terhad saja bermula daripada 1 Disember 2014 hanya pada harga RM155...dan apa yang menarik dalam promosi Take It Home Feast kali ni...terdapat 2 variasi Festive Home-made Muffin akan diperkenalkan iaitu Cranberries Snow Muffin dan Triple Choc Almond Muffin...dan ianya mungkin hanya untuk masa terhad saja kot...

**harga berbeza di Genting Highlands dan Gateway @KLIA2

KRR Terrific Teriyaki Treat
KRR Terrific Teriyaki Treat

Haa, tunggu apa lagi kan...takkan nak tengok saja kan...jom la terjah ke Restoran Kenny Rogers yang berhampiran untuk mencuba menu baru yang ditawarkan dalam promosi Kenny Roger Terrific Teriyaki Treat ni...

Less fat...Less salt...Less calories...


NOTA SKYTECH : 

Untuk lebih info mengenai promosi terbaru di KRR Malaysia, jom kita terjah Laman Web Kenny Rogers Malaysia dan LIKE FB >> Kenny Rogers Roasters Malaysia

P.S - Haa, saat entri ni ditulis...FB dan laman web Kenny Rogers Roasters Malaysia pun masih belum dedahkan lagi nama festive home-made muffin ni lagi tau...katanya akan didedahkan tak lama lagi...nama festive home-made muffin terbaru ni ESKLUSIF untuk pembaca blog ni...hehe 

**Terima kasih kerana membaca entri Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Alexa Rank Ezadskytech.com