Showing posts with label Kenny Rogers Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Kenny Rogers Malaysia. Show all posts

Sunday, 1 February 2015

Nikmati Kenny's Cherish Meal Dan Berpeluang Memenangi Mazda 2

> What's Up Guys...

Bagi yang masih belum tahu lagi, sejak pertengahan bulan Januari 2015 yang lalu lagi Kenny Rogers Roasters Malaysia telah memperkenalkan beberapa item baru dalam menu promosi terbaru mereka iaitu Kenny's Cherish Meal sempena kedatangan Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi...dan antara menu promosi yang telah diperkenalkan oleh KRR Malaysia pada kali ini dalam menu #KennysCherishMeal adalah seperti Souperior Rice Casserole, Souperior Spaghetti Casserole, Golden Treasure Platter dan Soupreme Treasure Platter...

Kenny's Cherish Meal
Kenny's Cherish Meal

Kenny's Cherish Meal - Souperior Rice Casserole

Haa, dalam menu promosi Kenny's Cherish Meal untuk kali ini semuanya adalah berasaskan ayam...terdapat 4 variasi menu yang boleh dipilih dan salah satunya adalah Souperior Rice Casserole...iaitu gabungan Spicy Golden Rice yang dihidangkan bersama KRR Signature Black Pepper Chicken Chop yang digril sehingga warna keperangan dan dilengkapi dengan satu set Mushroom Chicken Soup...

Keenakan dan kepedasan sederhana Spicy Golden Rice menambahkan lagi kesedapannya dan ditambah pula dengan kelembutan isi ayam KRR Signature Black Pepper Chicken Chop...satu kombinasi yang menarik...memang menu yang patut dicuba !

Kenny's Cherish Meal - Souperior Rice Casserole
Kenny's Cherish Meal - Souperior Rice Casserole

Kenny's Cherish Meal - Souperior Spaghetti Casserole

Haa, korang tengah diet ? Dan tak makan nasi ? Teringin nak makan spaghetti tapi tetap nak merasa KRR Signature Black Pepper Chicken Chop ? Relaks, tak perlu risau...selain daripada menu Souperior Rice Casserole yang menghidangkan Spicy Golden Rice bersama KRR Signature Black Pepper Chicken Chop dan juga Mushroom Chicken Soup, korang bolehlah juga pilih menu Souperior Spaghetti Casserole...apa yang membezakan kedua-kedua menu tersebut hanyalah pada menu nasi dan spaghetti...no big deal lah ! hehe

Kenny's Cherish Meal - Souperior Spaghetti Casserole
Kenny's Cherish Meal - Souperior Spaghetti Casserole

Kenny's Cherish Meal - Golden Treasure Platter

Golden Treasure Platter...satu lagi menu yang menarik untuk dicuba...dalam dua menu yang sebelum ni, KRR Signature Black Pepper Chicken Chop tidak disertakan dengan sos black pepper kan ? Tapi dalam menu Golden Treasure Platter ni, KRR Signature Black Pepper Chicken Chop dilimpahi dengan sos black pepper...dihidangkan bersama Spicy Golden Rice, coleslaw serta sayuran segar...

Menu yang sangat sihat kan ? Sebab semua hidangan KRR tidak digoreng menggunakan minyak sebaliknya ia "grilled" ataupun "baked"...haa, terbaik tak ? hehe...Spicy Golden Rice pun bukannya digoreng...tapi ianya digaul dengan bahan istimewa...tapi rasanya memang tak jauh beza dengan nasi yang biasanya digoreng...haa, itulah kelebihan menu di Kenny Rogers Roasters...sentiasa cuba untuk menghidangkan menu yang terbaik dan sihat buat semua pelanggannya...hehe

Kenny's Cherish Meal - Golden Treasure Platter
Kenny's Cherish Meal - Golden Treasure Platter

Kenny's Cherish Meal - Soupreme Treasure Platter

Haa, tidak berapa gemar makan sayur tapi tetap mahu merasa KRR Signature Black Pepper Chicken Chop bersama sos black pepper ? Bolehlah pesan menu Soupreme Treasure Platter sebagai menu pilihan korang...menu yang sama seperti Golden Treasure Platter tapi cuma yang berbeza hanyalah pada menu side dish...kerana dalam menu ini, ianya dihidangkan bersama Mushroom Chicken Soup...

Kenny's Cherish Meal - Soupreme Treasure Platter
Kenny's Cherish Meal - Soupreme Treasure Platter

Kenny's Cherish Meal - Tropical Paradise & Chocorange Marble Muffin

Selain daripada 4 variasi menu promosi Kenny's Cherish Meal, restoran Kenny Rogers Roasters Malaysia juga telah memperkenalkan minuman Tropical Paradise dan Chocorange Marble Muffin sempena Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi...jika berkunjung ke restoran KRR ni...memang tak lengkap rasanya kalau tak mencuba home-made muffin KRR...dan sekarang ni ada perisa baru yang diperkenalkan KRR...gabungan perisa oren dan coklat...ianya mungkin ada untuk masa terhad saja...tak nak cuba sendiri ke ? hehe

Kenny's Cherish Meal - Tropical Paradise & Chocorange Marble Muffin
Kenny's Cherish Meal - Tropical Paradise & Chocorange Marble Muffin

Haa, nak tahu rasanya macam mana ? Apa lagi...jomlah terjah restoran KRR sekarang ! Promosi Kenny's Cherish Meal ni pun masih panjang lagi ni...katanya sehingga penghujung bulan Mac 2015...sempat lagi kan ? hehe

Less fat...less salt...less calories...

Kenny's Cherish Meal
Kenny's Cherish Meal

ROASTERS Frenzy - Peluang Memenangi Mazda 2

Sempena meraikan pembukaan restoran Kenny Rogers Roasters Malaysia yang ke-100 di IOI Mall Putrajaya, KRR Malaysia telah melancarkan satu contest ROASTERS Frenzy yang mungkin membolehkan korang semua memiliki sebuah kereta Mazda 2...Mazda 2 OK ! Selain itu, banyak juga hadiah lain yang cukup hebat dan menarik untuk dimenangi...boleh terjah ke SINI untuk maklumat lebih lanjut mengenai contest ROASTERS Frenzy...contest bermula daripada 24 Disember 2014 sehingga 31 Mac 2015...

ROASTERS Frenzy
ROASTERS Frenzy

Download ROASTERS Frenzy   >> Google Play
                                                    >> App Store (Coming Soon)


NOTA SKYTECH : 

Untuk lebih info mengenai promosi terbaru di KRR Malaysia, jom kita terjah Laman Web Kenny Rogers Malaysia dan LIKE FB >> Kenny Rogers Roasters Malaysia

**Terima kasih kerana membaca entri Nikmati Kenny's Cherish Meal Dan Berpeluang Memenangi Mazda 2

Monday, 1 December 2014

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat

> What's Up Guys...

Haa, siapa kat sini adalah peminat tegar menu sihat di restoran Kenny Rogers dan selalu berkunjung ke sana ? Bagi yang belum tahu, sebenarnya bermula 24 November 2014 yang lepas...Kenny Rogers Roasters Malaysia sekali lagi telah memperkenalkan beberapa item baru dalam menu promosi terbaru mereka Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat sempena sambutan Tahun Baru 2015 nanti yang bakal tiba tidak lama lagi...antara menu promosi terbaru yang diperkenalkan oleh KRR Malaysia pada kali ini dalam menu #KRRTerrificTeriyaki adalah T-Chic Steak, T-Wrapped Chicken, Lite T-Chic Steak, T-Chic Rice dan T-Chic Salad...

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat
Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : T-Chic Steak

Menu promosi terbaru kali ni semuanya berasaskan ayam...terdapat 5 variasi menu yang boleh dipilih dan antaranya adalah T-Chic Steak...isi ayam tanpa tulang yang di grilled dan dihidangkan bersama aromatic rice bersama crisp garden salad dan spiral pasta...dan ditambah pula dengan sos terrific teriyaki yang pekat...memang kombinasi terbaik...serius sedap ! Haa, antara menu yang patut dicuba dalam menu promosi Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat...

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : T-Chic Steak
Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : T-Chic Steak

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : T-Wrapped Chicken

Selain daripada menu T-Chic Steak ni...korang pun boleh cuba juga menu T-Wrapped Chicken ni...bahagian paha ayam yang diperap dengan sos terrific teriyaki dan hirisan cendawan...dan ianya di grilled untuk membangkitkan lagi rasa sos terrific teriyaki tu...dan ianya turut dihidangkan bersama aromatic rice dan mushroom chicken soup...fuhhh !

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : T-Wrapped Chicken
Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : T-Wrapped Chicken

Haa, bila wrapped yang membaluti bahagian paha ayam tu terbuka...fuhhh ! Memang baunya sangat menyelerakan...ayamnya tersangatlah lembut isinya...dan rasa sos terrific teriyaki tu memang terasa bila makan ayam tu...memang kena la dengan tema kali ni kan...menu ni pun memang patut dicuba...sedap !

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : T-Wrapped Chicken
Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : T-Wrapped Chicken

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : Lite T-Chic Steak

Menu seterusnya pula adalah Lite T-Chic Steak...isi ayam tanpa tulang yang di grilled dan dihidangkan bersama aromatic rice bersama crisp garden salad dan ditambah dengan sos terrific teriyaki yang agak pekat...dan memang sedap...eh, macam sama saja dengan menu T-Chic Steak ? Memang nampak sama cuma bezanya ia tidak dihidangkan bersama dengan spiral pasta...bagi yang minat pasta boleh la order T-Chic Steak ni tapi bagi yang tak berapa minat dengan pasta...boleh la order menu ni ya...no hal la !

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : Lite T-Chic Steak

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : T-Chic Rice

Menu berikutnya pula adalah T-Chic Rice...bahagian isi ayam yang di grilled dan ditambahkan pula dengan sos terrific teriyaki serta dihidangkan bersama dengan aromatic rice dan mushroom chicken soup...kalau nak cuba apa salahnya nak order menu ni kan...

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : T-Chic Rice
Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : T-Chic Rice

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : T-Chic Salad

Haa, OK...ni adalah menu yang terakhir dalam menu promosi Kenny Rogers Terrific Teriyaki adalah T-Chic Salad...salad bersama bahagian isi ayam yang di grilled dan ditambahkan pula dengan sos terrific teriyaki diatasnya serta dihidangkan bersama mushroom chicken soup...haa, kalau tengah berdiet dan tak mahu makan nasi...memang sangat sesuai la untuk order menu ni...sihat gitu ! hehe...

Kenny Rogers Terrific Teriyaki : T-Chic Salad

Haa, minuman memang tidak disertakan sekali dalam menu promosi Kenny Rogers Terrific Teriyaki ni...sebab nanti mungkin ada yang tertanya minuman termasuk sekali ke tak dalam promosi terbaru kali ni...haa, bolehlah pilih minuman yang disukai dalam menu nanti kan kalau teringin nak mencuba menu terbaru ni...hee

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat
Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : Take It Home Feast

KRR Take It Home Feast kembali lagi dengan promosi terbaru sempena promosi Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat untuk pesanan bawa pulang yang mengandungi T-Wrapped Chicken (6 pcs), Aromatic Rice (2 bowls), Spicy Asian Pasta Salad (1 bowl), BBQ Baked Beans (1 bowl), Mashed Potato & Gravy (2 bowls), Garden Pasta Salad (1 bowl), Fruit Juice (6 bottles) dan Festive Home-made Muffin (1/2 dozen)...

Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : Take It Home Feast
Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat : Take It Home Feast

Set menu bawa pulang KRR Take It Home Feast hanya boleh didapati dalam masa terhad saja bermula daripada 1 Disember 2014 hanya pada harga RM155...dan apa yang menarik dalam promosi Take It Home Feast kali ni...terdapat 2 variasi Festive Home-made Muffin akan diperkenalkan iaitu Cranberries Snow Muffin dan Triple Choc Almond Muffin...dan ianya mungkin hanya untuk masa terhad saja kot...

**harga berbeza di Genting Highlands dan Gateway @KLIA2

KRR Terrific Teriyaki Treat
KRR Terrific Teriyaki Treat

Haa, tunggu apa lagi kan...takkan nak tengok saja kan...jom la terjah ke Restoran Kenny Rogers yang berhampiran untuk mencuba menu baru yang ditawarkan dalam promosi Kenny Roger Terrific Teriyaki Treat ni...

Less fat...Less salt...Less calories...


NOTA SKYTECH : 

Untuk lebih info mengenai promosi terbaru di KRR Malaysia, jom kita terjah Laman Web Kenny Rogers Malaysia dan LIKE FB >> Kenny Rogers Roasters Malaysia

P.S - Haa, saat entri ni ditulis...FB dan laman web Kenny Rogers Roasters Malaysia pun masih belum dedahkan lagi nama festive home-made muffin ni lagi tau...katanya akan didedahkan tak lama lagi...nama festive home-made muffin terbaru ni ESKLUSIF untuk pembaca blog ni...hehe 

**Terima kasih kerana membaca entri Kenny Rogers Terrific Teriyaki Treat

Sunday, 24 August 2014

Kenny Rogers Beef N' Reef Moments

> What's Up Guys...

Haa, kali ini apa agaknya menu istimewa yang telah diperkenalkan dalam menu terbaru Kenny Rogers Roasters Malaysia ? Beberapa hari lepas bertempat di Kenny Rogers Berjaya Times Square, sekali lagi aku dan beberapa blogger lain telah berpeluang untuk merasai dan mencuba sendiri menu terbaru Kenny Rogers Beef N' Reef Moments...

Kenny Rogers Beef N' Reef Moments
Kenny Rogers Beef N' Reef Moments

Kenny Rogers Beef N' Reef Moments - Signature Grilled Beef Steak

Menu kali ni adalah menu berasaskan daging lembu pula diperkenalkan iaitu Signature Grilled Beef Steak...daging lembu import yang diperap dengan herba...dan dihidangkan sekali bersama grilled tomato, mashed potato dan garlic butter mixed veggies..ditambah pula dengan sos black pepper yang pekat...memang kena la kombinasinya kan...haa, dagingnya pun memang agak lembut dan mudah untuk dipotong dan dikunyah...hee...dan yang paling penting ianya grilled...ianya merupakan salah satu menu yang terdapat dalam Kenny Rogers Beef N' Reef Moments bermula 11 Ogos 2014 yang lalu...

Kenny Rogers Beef N' Reef Moments - Signature Grilled Beef Steak
Kenny Rogers Beef N' Reef Moments - Signature Grilled Beef Steak

Kenny Rogers Beef N' Reef Moments - Signature Grilled Fish Fillet

Selain daripada menu Signature Grilled Beef Steak...menu berasaskan ikan juga diperkenalkan iaitu Signature Grilled Fish Fillet...isi ikan yang dipanggang sehingga golden brown...dihidangkan dengan KRR aromatic rice dan garlic butter mixed veggies...

Haa, sejujurnya aku bukanlah penggemar ikan sangat tapi ternyata menu fish fillet ni menjadi kesukaan aku di antara dua menu terbaru ni...isi ikannya memang fresh...dan apa yang pasti kulit ikannya memang rangup...memang diperisakan dengan baik...dan yang paling penting ianya tanpa tulang...haa, da nama pun fillet kan...tapi menu ini hanya boleh didapati di KRR bermula daripada 1 September 2014 saja...bagi yang gemar dengan rasa masam tomato tu boleh disarankan untuk mencuba menu ni nanti...

Kenny Rogers Beef N' Reef Moments - Signature Grilled Fish Fillet
Kenny Rogers Beef N' Reef Moments - Signature Grilled Fish Fillet



Haa, tidak pasti nak order minuman apa bila menikmati menu Beef N' Reef Moments ni...apa kata order minuman Ice Lemon Tea...tapi ini hanya cadangan aku saja...sebab bagi aku minuman ni memang kena dengan menunya...baru terasa nikmatnya...ternyata ia memang menyegarkan apatah selepas menikmati dua hidangan ini..tapi kalau nak order air lain pun apa salahnya kan...sebab minuman tidak didatangkan sekali dengan set menu ni...hee...

Signature Grilled Fish Fillet dan Ice Lemon Tea
Signature Grilled Fish Fillet dan Ice Lemon Tea

Haa, ada soalan trivia ni...korang rasa isi ikan apa yang digunakan dalam menu terbaru Kenny Rogers ni ? Hee...

Muffin Maniac Challenge

Haa, sebelum tunggu dish yang korang order tu sampai...apa kata jom layan game Muffin Maniac ni dulu sambil layan Ice Lemon Tea...hee...boleh download game ni di Google Play ataupun di App Store...dan mula bermain...apa yang menariknya game Muffin Maniac ni ?

KRR Ice Lemon Tea
Ice Lemon Tea

Bermula 11 Ogos 2014, Kenny Rogers Roasters Malaysia telah memperkenalkan satu promosi yang membolehkan setiap pelanggan yang menjamu selera di restoran Kenny Rogers, boleh tebus Jelly Sundae dan 1/2 dozen Kenny's Home-Made Muffins secara PERCUMA jika mendapat markah yang tertentu dan ianya dinamakan Muffin Maniac Challenge...

Terma & syarat :

  • Setiap pelanggan hanya boleh tebus satu (1) hadiah setiap resit (bil minima RM60)
  • Markah mestilah ditunjukkan di telefon pintar/tablet untuk pengesahan dan screenshot tidak akan diterima

Muffin Maniac Challenge
Muffin Maniac Challenge

Hmm, tak susah mana pun game Muffin Maniac ni...senang sangat nak skor...kalau skor poin antara 200-379 poin...boleh dapat secara PERCUMA satu Jelly Sundae (RM8.90*) dan jika dapat skor melebihi 380 poin...dapat PERCUMA 1/2 dozen Kenny's Home-Made Muffin (RM13.50*)...ala, sambil nak tunggu dish...jom layan game Muffin Maniac ni kalau berkunjung ke restoran KRR...tempoh promosi Muffin Maniac Challenge mungkin hanya TERHAD ni...cepat sebelum terlambat ! Hee...

Haa, tunggu apa lagi...takkan nak tengok saja kan...jom la terjah ke Restoran Kenny Rogers yang berhampiran untuk mencuba menu baru yang ditawarkan untuk Kenny Rogers Beef N' Reef Moments...

Less fat...Less salt...Less calories...



NOTA SKYTECH : 

Untuk lebih info mengenai promosi terbaru di KRR Malaysia, jom kita terjah Laman Web Kenny Rogers Malaysia dan LIKE FB >> Kenny Rogers Roasters Malaysia


P.S -  Katanya menu ni akan jadi menu tetap di KRR Malaysia...hee

**Terima kasih kerana membaca entri Kenny Rogers Beef N' Reef Moments

Sunday, 29 June 2014

Kenny Rogers Flamin' Spicy Chicken Meal

> What's Up Guys...

Haa, bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan kali ini, Kenny Rogers Roasters Malaysia telah memperkenalkan beberapa menu baru dalam menu promosi Flamin' Spicy...beberapa hari lepas bertempat di Kenny Rogers Berjaya Times Square, sekali lagi aku telah dijemput untuk merasai sendiri menu promosi Ramadhan terbaru iaitu Kenny Rogers Flamin' Spicy Chicken Meal...

Kenny Rogers Flamin' Spicy Chicken Meal
Kenny Rogers Flamin' Spicy Chicken Meal

Flamin's Spicy Chicken Meal adalah salah satu set menu yang terdapat dalam promosi Flamin' Spicy kali ini yang merangkumi satu side dish pilihan anda, seketul ayam dan ditambah kuah Flamin' Spicy, Aromatic Tomato Rice dan satu Creamy Pandan Muffin hanya pada harga RM19.90...

Keenakan Aromatic Tomato Rice memang boleh terasa segala ramuannya bila dimakan dan ayamnya pula memang sangat lembut dan ditambah pula dengan kuah Flamin' Spicy yang sedikit pedas memang membangkit selera bila menikmatinya...haa, kalau tak cukup satu hidangan Aromatic Tomato Rice, boleh juga pesan secara ala carte...dan menu side dish pula melengkapkan set menu tersebut...haa, di Kenny Rogers sememangnya terkenal dengan menunya yang sihat dan mempunyai kadar nutrisi yang seimbang...hee

Kenny Rogers Flamin' Spicy Chicken Meal - Jewel Treasure
Jewel Treasure

Haa, untuk mengimbangi rasa pedas ketika menikmati set menu Flamin' Spicy, bolehlah cuba memesan minuman Jewel Treasure yang sangat sesuai dengan set menu promosi kali ni hanya pada harga RM8.00...memang sangat menyegarkan !

Kenny Rogers Flamin' Spicy Chicken Spaghetti
Kenny Rogers Flamin' Spicy Chicken Spaghetti

Bagi yang mahu bertukar selera dan tidak mahu memesan set nasi, bolehlah mencuba set menu Flamin' Spicy Chicken Spaghetti...siapa peminat tegar spaghetti kat sini ? Hee...selain daripada menu nasi tomato dan spaghetti...terdapat juga menu yang lain dalam promosi kali ini iaitu Flamin' Spicy Chicken Tortilla Wrap...tapi maaf, tiada dalam gambar la pula...hee

Kenny Rogers Flamin' Spicy Chicken Meal - Creamy Pandan Muffin
Kenny Rogers Creamy Pandan Home-made Muffin

Haa, kalau berkunjung ke Kenny Rogers, rasanya memang tidak lengkap kalau tidak merasai keenakan KRR Home-made Muffin ni...Creamy Pandan Muffin memang lembut dan rasanya sedap dan menjadi pilihan semua kan ? Hee...

Promosi Ramadhan - Kenny Rogers Flamin' Spicy Chicken Meal
Promosi Ramadhan : Kenny Rogers Flamin' Spicy Chicken Meal

Haa, tunggu apa lagi ! Jom la terjah ke Restoran Kenny Rogers yang berhampiran dengan anda untuk mencuba sendiri menu yang ditawarkan untuk promosi Flamin' Spicy kali ini sempena dengan kedatangan bulan Ramadhan...haa, promosi adalah terhad...jom kita ke KRR ! hee 

Less fat...less salt...less calories...

NOTA SKYTECH :

Untuk lebih info dan maklumat lanjut, jom LIKE FB >> Kenny Rogers Roasters Malaysia


P.S - Salam Ramadhan 1435H...dan selamat menunaikan ibadah puasa...

**Terima kasih kerana membaca entri Kenny Rogers Flamin' Spicy Chicken Meal

Saturday, 18 January 2014

Promosi Kenny's Teriyaki Chicken

> What's Up Guys...

Bermula 13 Januari 2014 yang lalu, Kenny Rogers Roaster Malaysia telah memperkenalkan promosi menu terbaru mereka iaitu Kenny's Teriyaki Chicken bersempena dengan Tahun Baru Cina yang bakal tiba pada hujung bulan Januari nanti...

Kenny's Teriyaki Chicken
Kenny's Teriyaki Chicken

Dalam set menu promosi Kenny Rogers kali ini, ianya terdapat bahagian peha yang diperap dengan sos Teriyaki istimewa lengkap dengan herba dan rempah untuk menaikkan lagi rasanya...memang terasa kelainannya dalam menu promosi terbaru kali ini...ditambah pula, ianya dihidangkan sekali dengan Mushroom Chicken Soup, Aromatic Rice dan Kenny's home-made muffin hanya pada harga RM19.90...

Tidak cukup hanya dengan satu bahagian peha ayam ? Jangan risau, korang juga boleh order Kenny's Teriyaki Chicken ala carte hanya pada harga RM11.90 saja...

Kenny's Tropical Paradise
Tropical Paradise

Bagi sesiapa yang belum pernah mencuba minuman Tropical Paradise ini, memang patut mencubanya hanya pada harga RM7.90...gabungan perisa nenas dan oren serta ditambah lagi dengan perisa strawberi...pastikan anda mengacaunya terlebih dahulu...baru terasa nikmatnya...ternyata ia memang menyegarkan apatah selepas menikmati hidangan Kenny's Teriyaki Chicken ini...

KRR Take It Home Feast 

Selain daripada itu, set "KRR Take It Home Feast" adalah untuk pesanan bawa pulang yang mengandungi 6 ketul Kenny's Teriyaki Chicken, 2 set Aromatic Rice, 1 set Spicy Asian Salad, BBQ Baked Bean, Golden Corn & Carrot dan Garden Pasta Salad...disertakan dengan setengah dozen home-made muffins pelbagai perisa serta 6 botol jus buah-buahan yang memang menyegarkan...

KRR Take It Home Feast
KRR Take It Home Feast

Set menu bawa pulang "KRR Take It Home Feast" hanya boleh didapati untuk masa terhad saja bermula 13 Januari 2014 sehingga 2 Mac 2014 dan ianya disyorkan hidangan untuk 6 orang...hanya pada harga RM148.80...**harga berbeza di Genting Highlands

Kenny's Teriyaki Chicken Promotion

Haa, tunggu apa lagi...takkan nak tengok saja...jom la terjah ke Restoran Kenny Rogers yang berhampiran untuk mencuba menu baru yang ditawarkan untuk promosi Kenny's Teriyaki Chicken...promosi adalah terhad...jom cuba sebelum promosi ini tamat...hee


NOTA SKYTECH :

Untuk lebih info mengenai promosi terbaru di KRR Malaysia, jom terjah Laman Web Kenny Rogers Malaysia dan Kenny Rogers Roasters Malaysia

**Terima kasih kerana membaca entri Promosi Kenny's Teriyaki Chicken

Wednesday, 23 October 2013

Pemenang 3 Voucher KRR Muffins

> Whats Up Guys...

Pemenang 3 Voucher KRR Muffins...Haa, seperti yang dijanjikan dalam entri Voucher Percuma KRR Muffins ni yang telah aku publishkan semalam...tak ramai yang sempat nak join, makin besar peluangnya nak dapat kan...hee...akhirnya aku da jumpa 3 komen paling kreatif dan inovatif...siap ada yang berpantun lagi tu...hee...tahniah...sememangnya anda semua memang kreatif Hafiz Rahim, miszsunsweet dan Mohd Ridzwan Abdullah...

Pemenang Voucher KRR Muffins

Sekali lagi tahniah kepada semua pemenang...harap anda emelkan dengan segera nama penuh serta alamat anda di ezadmcr@gmail.com untuk urusan pengeposan voucher...cepat emelkan detail, cepat la voucher ni dipos...hee...terima kasih...


NOTA SKYTECH : 

Kalau ada rezeki lagi mungkin aku akan buat lagi lain kali...hee

**Terima kasih kerana membaca entri Pemenang 3 Voucher KRR Muffins

Tuesday, 22 October 2013

Voucher Muffin KRR Percuma Untuk Anda

> Whats Up Guys...

Voucher Muffin KRR Percuma Untuk Anda...haa, siapa pernah makan Home-made Muffin KRR ? Kalau makan satu memang tak cukup rasanya...serius memang sedap kan...pelbagai perisa ada seperti Golden Vanilla Muffin, Pandan Muffin. Banana Raisin Muffin dan Chocolate Raisin Muffin...

Haa, memandangkan aku ada beberapa keping lagi voucher Muffin KRR percuma dalam simpanan aku ni...aku nak bagi 3 keping voucher percuma kat korang...tarikh expired masih lama lagi sampai hujung tahun ni...31 Disember 2013...dan aku takut tak habis guna semua voucher muffin percuma ni...rugi pula kalau tak digunakan dengan sebaiknya...

Boleh dikatakan setiap bulan la aku dapat voucher ni daripada KRR sebab aku rajin sangat layan game Muffin Maniac yang KRR lancarkan bulan Jun lepas...tapi takde la sampai addicted macam orang yang main Candy Crush...mujurlah aku tak pernah main game tu...hee...

Home-made Muffin KRR Percuma
Voucher Muffin KRR Percuma Untuk Anda

Setiap satu voucher ni boleh redeem 1/2 dozen bersamaan dengan 6 biji KRR Home-made Muffin...haa, caranya mudah...cuma komen sekreatif yang mungkin kat entri ni...tapi jangan la sampai dilabelkan sebagai SPAM...hee...3 komen yang paling kreatif  akan dapat satu voucher ni percuma setiap seorang...komen terakhir jam 11.59 pm 22 Oktober 2013...tak nak ke ? hee

UPDATE - Komen telahpun ditutup...tunggu entri selanjutnya untuk ketahui siapa pemilik 3 voucher percuma KRR Home-made Muffin ni...hee


NOTA SKYTECH :

Voucher Percuma Muffin KRR untuk bulan September tengah on the way ni...bulan Oktober ? Haa, mungkin akan dapat lagi ni...hee

**Terima kasih kerana membaca entri Voucher Muffin KRR Percuma Untuk Anda

Saturday, 5 October 2013

Kenny Rogers Lots Of Lamb (LOL)

> Whats Up Guys...

Bermula 24 September 2013 yang lepas, sebenarnya Kenny Rogers Roasters Malaysia telah memperkenalkan beberapa menu baru dalam menu promosi Lots Of Lamb (LOL)...hari Khamis yang lepas bertempat di Kenny Rogers Berjaya Times Square, aku dan beberapa orang blogger yang lain telah dijemput untuk merasai dan mencuba sendiri menu promosi terbaru Kenny Roggers - Lots Of Lamb (LOL)...

Kenny Rogers - Braised Lamb Meal
Lots Of Lamb (LOL) - Braised Lamb Meal

Menu pertama yang dicuba adalah Braised Lamb Meal bersama 2 side dish iaitu Spiral Pasta dan Coleslaw...dagingnya diperap dengan bahan istimewa dan ditambah pula dengan sedikit black pepper untuk menaikkan rasanya...ditambah pula Smoked BBQ Sauce yang memang kena dengan isi daging kambing...daging kambingnya pula tersangat la lembut, kurang berbau dan yang paling penting mudah untuk dipotong dagingnya...

Kenny Rogers - Braised Lamb Meal dan Green House

Kenny Rogers - Green House
Green House 

Selain itu, dalam promosi kali ni...minuman Green House diperkenalkan iaitu gabungan soda dan hirisin buah timun...minuman yang sangat menyegarkan selepas makan...dan ianya kena dengan tekak aku...gabungannya sangat cool dan refreshing...anda patut mencubanya nanti bila makan di Kenny Rogers...

Kenny Rogers - Baked Spicy Wedges
Baked Spicy Wedges

Dalam set menu promosi terbaru Kenny Rogers - Lots Of Lamb kali ni...menu Baked Spicy Wedges dengan KRR Signature Cheese Sauce diperkenalkan...dan apa yang menarik mengenai wedges ni, ianya tidak digoreng dengan minyak sebaliknya ia di "baked"...tetapi rasanya tak lari macam wedges yang berada di pasaran...di Kenny Rogers menyediakan banyak menu yang sihat untuk anda...

Kenny Rogers - Lamb Tortilla Wrap Meal
Lots Of Lamb (LOL) - Lamb Tortilla Wrap dan Classic Garden Salad

Selain daripada menu Braised Lamb Meal, anda juga boleh mencuba set menu Lamb Tortilla Wrap Meal bersama dengan Classic Garden Salad...menu yang sangat sihat bagi mereka yang suka makan salad dan tortilla...bagi aku la, Lamb Tortilla Wrap ni memang sangat sedap...roti tortillanya yang lembut dan daging kambing yang dicincang halus memang mencair dalam mulut bila makan...

Sejujurnya, aku bukanlah penggemar tegar daging kambing yang tegar tetapi dengan kemunculan menu terbaru dalam set promosi menu Lots Of Lamb (LOL) iaitu Braised Lamb Meal dan Lamb Tortilla Meal ni, buat aku jatuh cinta dengan lamb...cuma menu Chicken & Lamb Platter saja yang aku belum sempat cuba untuk menu promosi terbaru ini...hee

Kenny Rogers Home-made Muffin
KRR Home-made Muffins

Jikalau berkunjung ke Kenny Rogers, rasanya tak lengkap kalau tak merasai KRR Home Made Muffin ni...pelbagai perisa boleh dipilih antaranya adalah Golden Vanilla Muffin, Pandan Muffin, Banana Raisin Muffin dan Chocolate Raisin Muffin...

Lots Of Lamb (LOL)
Kenny Rogers - Lots Of Lamb (LOL)

Haa, tunggu apa lagi...takkan nak tengok saja...jom la terjah ke Restoran Kenny Rogers yang berhampiran untuk mencuba menu yang ditawarkan untuk promosi Lots Of Lamb (LOL)...promosi terhad...hee

Less fat...Less salt...Less calories...

NOTA SKYTECH :

Untuk lebih info, jom LIKE FB >> Kenny Rogers Roasters Malaysia


**Terima kasih kerana membaca entri Kenny Rogers Lots Of Lamb (LOL)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Alexa Rank Ezadskytech.com