Saturday 26 April 2014

Film Review - Brick Mansions

> Whats Up Guys...

Film Review - Brick Mansions...haa, ramai rasanya yang sudah tidak sabar untuk menonton movie The Amazing Spiderman 2 : Rise Of Electro ni yang akan mula ditayangkan di pawagam mulai 1 Mei 2014 nanti kan ? Ada ke yang sudah beli advance ticket ke sebab apa yang aku perasan memang ada pawagam yang sudah mula menjual advance ticket untuk movie The Amazing Spiderman 2 ni...tengok trailer memang macam gempak saja...tu ramai yang tunggu...hee

Haa, sementara nak tunggu tarikh 1 Mei tu tiba, apa kata hujung minggu ni jom layan movie aksi kedua terakhir mendiang Paul Walker yang telah terbunuh dalam satu kemalangan kereta pada 30 November 2013 yang lalu...Paul Walker sangat dikenali dengan watak Brian O'Conner dalam siri Fast & Furious...

Dan kali ni, dalam movie Brick Mansions, Paul Walker membawa watak sebagai seorang undercover cop...tapi adakah wataknya kali ni akan ada terdapat kelainannya dengan watak yang pernah dibawakannya sebelum ni dalam siri Fast & Furious ? Jom kita layan review Brick Mansions pula kali ni...hee

Film Review - Brick Mansions
Brick Mansions

Synopsis : In a dystopian Detroit, abandoned brick mansions left from better times now house only the most dangerous criminals. Unable to control the crime, the police constructed a colossal containment wall around this area to protect the rest of the city. 

Brick Mansions

For undercover cop Damien Collier, every day is a battle against corruption. For Lino, every day is a fight to live an honest life. Their paths never should have crossed, but when drug kingpin, Tremaine kidnaps Lino’s girlfriend, Damien, who looks to take down Tremaine to avenge his father's death, reluctantly accepts the help of the fearless ex-convict, and together they must stop a sinister plot to devastate the entire city.

Haa, sebelum layan review untuk movie Brick Mansions ni, jom layan trailer yang penuh dengan aksi ni dulu...apa tujuan dan misi Damien Collier menyelinap masuk ke dalam Brick Mansions ni agaknya ye ?



#MyReview "Brick Mansions"


  • Brick Mansions adalah sebuah filem yang bergenre action-thriller dan ianya merupakan sebuah filem remake daripada movie District 13 (2004)
  • Filem kali ini dibarisi pelakon hebat seperti Paul Walker (Damien Collier), David Belle (Lino Dupree), RZA (Tremaine Alexander), Robert Maillet (Yeti) dan Carlo Rota (George the Greek)
  • Pada permulaan cerita lagi korang da boleh terpegun da dengan aksi parkour...memang style habis la cara Lino tu melarikan diri daripada gengster...Lino seorang saja kot...gengster ramai...berani betul si Lino ni...HAHA...tapi apa sebabnya gengster tu mengejar Lino ? Apa yang Lino da buat ?
Film Review - Brick Mansions Lino Dupree Parkour

  • Walaupun Paul Walker membawa watak sebagai Damien Collier...tapi aku tetap nampak watak Brion O'Conner di situ...tapi ada perbezaan sikit la wataknya kali ni dalam Brick Mansions...muka serius tapi boleh buat orang gelak...dialog dia macam...haa, kenapa agaknya ? Tapi betul ke Paul Walker pun tahu buat aksi parkour ni ? hee
  • Apakah sebenarnya misi Damien dan kenapa dia sanggup untuk terima misi tu dan berusaha menyelinap masuk ke Brick Mansions ? Dan bagaimana Damien dan Lino boleh berjumpa padahal sebelum tu memang tak pernah jumpa dan kenal langsung dengan Lino...siapakah Lino ni sebenarnya ? Dan kenapa dia bersetuju untuk bersama-sama hapuskan ketua sindiket dadah kat situ, Tremaine Alexander ?
  • Sebiji bom yang sudah diaktifkan dan ketua gengster, Tremaine telah mengugut untuk melancarkan bom tersebut dengan menggunakan roket ke bandar Detroit...dan setelah berunding, benarkah Damien bersetuju untuk membayar kepada Tremaine sebanyak 30 juta...adakah transaksi tersebut berjaya ? 
Lino Dupree and Damien Collier
Part ni memang buat aku tergelak...apa yang terjadi agaknya masa ni ? HAHA

  • Dapatkah Lino dan Damien bebaskan diri daripada Brick Mansions setelah mereka berdua ditangkap dengan gengster yang berkuasa di dalam tu ? 
  • Selepas mereka berdua berjaya menyelamatkan diri daripada bilik tahanan tu...muka mereka agak terkejut bila berjumpa dengan....

Damien and Lino
Habislah kita Lino !!!

  • Dapatkah bom tersebut dihentikan sebelum ianya meragut nyawa penduduk bandar Detroit ? Apakah kesudahannya nanti ? Adakah Damien akan dapat tahu hal sebenar apa yang telah terjadi pada bapanya yang terbunuh semasa melaksanakan misi menyerbu Brick Mansions ? Siapakah dalang disebalik semua ni ? Adakah Tremaine yang bersalah ataupun ada bersangkut paut dengan orang dalam ?

Tremaine, Lino and Damien

  • Plot dan jalan cerita agak menarik dan tidak terlalu meleret sangat...dan memang penuh dengan aksi...ditambah pula adegan aksi parkour tu...tu yang buat movie ni terbaik...aksi lompat bangunan pun relaks saja...macam tengok movie Spiderman la pula...HAHA

Rating : 4 out of 5


NOTA SKYTECH :

Secara keseluruhannya, movie Brick Mansions kali ni boleh tahan la...tidak la mengecewakan sangat...masih lagi berbaloi untuk ditonton di pawagam bagi peminat filem aksi ni...dan kalau nak tengok lagi sekali di pawagam pun aku sanggup...hee...dan lagi satu, kalau korang memang peminat Paul Walker ni sejak daripada dulu...memang korang kena tengok movie Brick Mansions ni...serius...bila lagi kan nak tengok Paul Walker beraksi ? Haa, ni la masanya...

**Terima kasih kerana membaca entri Film Review - Brick Mansions

Wednesday 23 April 2014

Panggilan Misteri Awal Pagi

> Whats Up Guys...

Panggilan Misteri Awal Pagi...Haa, biasanya kalau nombor yang tidak dikenali tetiba call ni, banyak kali aku fikir samada nak accept atau reject call tu...sebab banyak kali aku dah terkena...nombor yang tidak dikenali tetiba call, kebanyakannya telemarketer...sibuk nak jual insurans...malas aku nak layan...haa, bukan sekali...banyak kali dah...huhu...tapi pagi tadi, nombor tidak dikenali tetiba call...dan aku accept call tu...dia cakap HELLO...aku terus letak...kejam tak ? HAHA...kali kedua pun masih dapat call daripada nombor yang sama juga...tapi aku biarkan...

Panggilan Misteri Awal Pagi

Haa, lepas tu...tetiba tergerak hati pula nak checked nombor tu daripada mana...sampai dua kali call aku...kenapa entah agaknya ? Bila aku checked...tu nombor office Nuffnang rupanya...oppss, sorry Nuffnang sebab reject first call tu tetiba...hee...sebab nakkan kepastian, aku call la balik Nuffnang...

Sebenarnya aku ada hantar tiket kat Nuffnang semalam, sebab ada sedikit kemusykilan yang aku nak tanya dengan Nuffnang...tak sangka agak cepat juga mereka balas...mungkin sebab aku letak priority "high" kot kat tiket tu...

Nuffnang Helpdesk - Terima Kasih Nuffnang

Haa, Nuffnang call aku pasal benda ni rupanya...mereka pun sudah jelaskan kenapa komen aku untuk contest premier screening tu tak keluar dalam blogpost Nuffnang sebelum ini...sebab sekarang ni mereka sudah guna cara baru...mungkin sebab tu ada masalah sikit la...tak stabil lagi kot sistem baru tu...OK, aku paham...haa, dan apa yang bestnya...malam ni kan Premier Screening of Brick Mansions di Premium X - Cinemas@One City...filem aksi kedua terakhir yang dilakonkan oleh mendiang Paul Walker, yang telah terbunuh dalam satu kemalangan kereta pada 30 November 2013 yang lepas...Nuffnang ada offer aku tiket untuk premier screening movie ni...tapi...

Premier Screening of Brick Mansions


Tapi aku terpaksa tolak secara baik sebab tak dapat nak pergi...lagipun memang tempat tu aku tak berapa familiar sangat...apa-apa pun terima kasih Nuffnang...terharu beb...hee


NOTA SKYTECH :

Haa, kalau korang ada sebarang masalah berkaitan dengan Nuffnang...terus saja contact dengan mereka...tak payah malu-malu...staff Nuffnang OK je...respon pun cepat...peramah...dan yang penting, jangan pernah jemu untuk bertanya...hee

**Terima kasih kerana membaca entri Panggilan Misteri Awal Pagi

Wednesday 16 April 2014

WW - Sponsored Post Pertama Dari Nuffnang Tapi...

> Whats Up Guys...

WW - Sponsored Post Pertama Dari Nuffnang Tapi...
WW - Sponsored Post Pertama Dari Nuffnang Tapi...

NOTA SKYTECH :

Yeahh, akhirnya dapat sponsored post pertama dari Nuffnang tapi...tapi...nak aku tunggu berapa RIBU tahun baru dapat cashout haa ? Tahun -0001 ?? Makin pelik aku dengan Nuffnang ni...memang tak terkata...wordless !! HAHA

**Terima kasih kerana membaca entri WW - Sponsored Post Pertama Dari Nuffnang Tapi...

Susah Sangat Ke Update Blog ?

> Whats Up Guys...

Susah Sangat Ke Update Blog ? Haa, lebih 20 minit jugalah aku terpaku sekejap bila tengok tajuk entri ni...dan lepas tu aku gelak...HAHA...kenapa ? Sekarang ni kan sudah masuk satu per empat daripada tahun 2014, tapi bila tengok entri tahun ni kat dashboard...erk, baru ada 17 entri saja untuk tahun 2014 ni...kalau dibiarkan berlarutan lagi parah ni...kenapa agaknya aku tak serajin dulu...sehari update 1-2 entri relaks saja...tapi sekarang ni, seminggu sekali pun payah...susah sangat ke update blog ? Huhu...

Susah Sangat Ke Update Blog ?

Hmm, biasa la kan...bukannya semua blogger mampu nak update entri kat blog setiap hari tanpa tertinggal walaupun satu hari...ada hari yang memang tengah ada idea nak update entri tapi masa tu la malas nak buka blog...ada juga hari yang mood tengah rajin nak update entri tapi bila tekan new post...terus blur dan stucked tak tahu nak taip apa...mesti ada yang pernah alami situasi macam ni kan ? Haa, kalau pada hari minggu, lagi la peratusan malas nak update entri tu lagi tinggi kan...semua nak berehat saja...nak habiskan masa dengan keluarga...betul tak ?

Haa, lagi satu...aku selalu dapat idea nak update blog bila nak masuk tidur...tapi tak pernah catit idea tu langsung...nampak bantal saja...haa, lepas bangun daripada tidur...memang lesap la idea tu...memang terus terlupalah...memang susah update blog ni rupanya...banyak dugaannya...HAHA

Tapi apa yang peliknya, bulan April ni aku hanya sempat update 2 entri saja tapi...tapi jumlah pageviews hampir mencecah 70k...bagi blogger lain, mungkin sikit saja ni...tapi bagi aku, ianya agak tinggi...entah apa yang dicari agaknya dalam blog ni walaupun tak selalu update ? hee

Pageviews Skytech Belog April 2014


NOTA SKYTECH :

Entri biasa pun boleh KEBABOOM kalau kena dengan caranya...kan ? hee

**Terima kasih kerana membaca entri Susah Sangat Ke Update Blog ?

Tuesday 1 April 2014

Film Review - Captain America : The Winter Soldier

> Whats Up Guys...

Captain America : The Winter Soldier...haa, rasanya movie superhero Marvel's Captain America dan seterusnya The Amazing Spider Man 2 : Rise Of The Electro yang bakal ditayangkan pada bulan Mei nanti adalah salah satu movie yang memang cukup dinantikan tayangannya di pawagam untuk tahun 2014 ni...sejak daripada hujung tahun lepas lagi, setiap kali aku tengok wayang...mesti akan ada trailer dua movie ni...

Haa, tu yang pada hari pertama movie Captain America ni mula ditayangkan di pawagam...aku teruskan misi untuk terjah ke pawagam...HAHA...tapi sekuel kali ni best ke tak agaknya ? Jom layan review Captain America : The Winter Soldier kali ni yang tengah mengganas di pawagam seluruh Malaysia...hee

Film Review - Captain America : The Winter Soldier
Marvel's Captain America : The Winter Soldier

Synopsis : Two years after the events of The Avengers, Steve Rogers lives in Washington, D.C. and continues to work for espionage agency S.H.I.E.L.D., but struggles to adapt to contemporary society. After meeting and befriending war veteran and PTSD counsellor Sam Wilson on a morning jog, Rogers is called to help save a S.H.I.E.L.D. vessel from Algerian pirates led by Georges Batroc. Aboard, he discovers fellow agent Natasha Romanoff extracting data from the ship's computers, making him question whether he should trust S.H.I.E.L.D. 

At S.H.I.E.L.D.'s headquarters, the Triskelion, Nick Fury introduces Rogers to Operation: Insight, three Helicarriers linked to spy satellites and designed to pre-emptively eliminate threats. Rogers later visits the elderly Peggy Carter at a nursing home.

Captain America & Nick Fury

Later, Fury is denied access to information on Operation: Insight, and on his way to rendezvous with Maria Hill he is ambushed by assailants disguised as police officers. A mysterious assassin called the Winter Soldier blows up Fury's SUV. Fury escapes and sneaks into Rogers' apartment, but after handing Rogers a USB flash drive he is gunned down by the Winter Soldier. Rogers gives chase, and his neighbor reveals herself as S.H.I.E.L.D. agent Sharon Carter. Fury appears to die in surgery, and Hill recovers the body.
TO BE CONTINUE...

Haa, sebelum layan review untuk movie Captain America : The Winter Soldier kali ni...jom kasi layan trailer ni dulu...siapa agaknya The Winter Soldier ni ?


#MyReview "Captain America : The Winter Soldier"

  • Filem Captain America : The Winter Soldier merupakan sekuel kedua Marvel's Captain America iaitu kesinambungan daripada filem Captain America - The First Avengers yang telah ditayangkan di pawagam pada tahun 2011 dan bersambung daripada filem The Avengers yang ditayangkan pada tahun 2012
  • Filem sekuel kedua Captain America ni dibarisi pelakon seperti Chris Evans (Steve Rogers / Captain America), Scarlett Johansson (Natasha Romanoff / Black Widow), Samuel L. Jackson (Nick Fury), Sebastian Stan (The Winter Soldier), Anthony Mackie (Sam Wilson / Falcon), Cobie Smulders (Maria Hill), Frank Grillo (Brock Rumlow), Emily VanCamp (Sharon Carter / Agent 13), Hayley Atwell (Peggy Carter) and Robert Redford (Alexander Pierce)
  • Pada awal cerita lagi da boleh buat korang gelak tengok scene Sam Wilson...haa, kenapa agaknya ? HAHA
Captain America & Black Widow

  • Watak Natasha Romanoff / Black Widow dalam movie The Avengers sememangnya terkenal dengan kecekapan dan ketangkasannya untuk menumpaskan musuh dengan mudah kan ? Tapi dalam sekuel Captain America kali ni...kenapa wataknya macam lain sikit...tak serius macam dulu...dalam proses nak menyelamatkan tebusan pun boleh buat macam takde apa-apa saja...lain yang suruh dibuat, lain yang dibuatnya...tapi aku suka wataknya kali ni...memang style kot masa berlawan...HAHA...

The Winter Soldier
The Winter Soldier

  • Seseorang telah mengarahkan pembunuh upahan supaya memburu Nick Fury dan membunuhnya ? Nick Fury telah diserang oleh seseorang semasa berada di apartmen Steve setelah melarikan diri daripada sekumpulan polis yang cuba menyerang SUV nya...adakah ianya ada kaitanya dengan pertubuhan HYDRA ? Persoalannya sekarang, siapakah dalang yang sebenarnya disebalik kejadian yang berlaku ke atas Nick Fury ?
  • Mengapakah Captain America dipanggil untuk disoal siasat selepas insiden Nick Fury ditembak di apartmennya ?
Captain America

  • Captain America dan Black Widow telah menerima sesuatu yang ditinggalkan Nick Fury dan berusaha untuk menjejak lokasi data berkenaan diperoleh dan akhirnya mereka berdua menjumpai sesuatu yang tidak dijangka...HYDRA berselindung disebalik S.H.I.E.L.D sejak berpuluh tahun dahulu ? Masih ingat siapa saintis yang terlibat dalam HYDRA tu masa sekuel yang pertama ? Hee...
  • The Winter Soldier adalah salah satu projek dibawah pertubuhan HYDRA...semasa Steve Rogers bertarung dengan Winter Soldier, topeng mukanya tertanggal secara tidak sengaja dan Steve Rogers amat mengenali wajahnya itu...haa, siapakah sebenarnya The Winter Soldier tu agaknya ye ? 
Falcon
Falcon

  • Dapatkah Captain America dan Black Widow mendedahkan rahsia HYDRA yang selama ini telah bersembunyi di sebalik nama S.H.I.E.L.D selama puluhan tahun ? Dan dapatkah Captain America, Black Widow dan Falcon menghalang niat jahat HYDRA yang berniat untuk memusnahkan manusia ?
  • Haa, dapatkah Captain America menghentikan Helicarrier yang digunakan HYDRA bagi melaksanakan rancangan jahat mereka dan dapatkah The Winter Soldier mengingati semula siapa dirinya dan memorinya tentang Steve Roger ?
Captain America VS The Winter Soldier

  • Plot dan jalan cerita yang agak menarik...aksi semasa berlawan memang agak style...pada pendapat aku la kan, kostum Captain America kali ni rasanya lebih baik daripada daripada kostum semasa movie The Avengers dulu tetapi kostum sekuel pertama rasanya paling smart...haa, memang berbaloi tunggu movie ni keluar di pawagam...bagi yang tak pernah layan movie Captain America ni...baik korang layan sekuel yang pertama dulu, lepas tu layan The Avengers pula...baru layan sekuel kedua ni...kalau tak memang korang akan lost dalam pawagam...hee...
  • Kalau korang peminat setia movie ni...mesti korang sudah dapat agak daripada mula lagi siapa The Winter Soldier ni...ala, takkan la korang tak ingat scene yang tu ? Apa yang terjadi dengan......hee
  • Tunggu sehingga habis kredit dan jangan keluar awal sebab masih ada scene yang perlu korang tengok di akhir movie ni...ala, macam tak biasa pula layan movie Marvel's...mesti ada suprise di penghujungnya...hmm, siapakah dua orang kembar tu agaknya ya ?

Rating : 4.5 out 5 


NOTA SKYTECH :

Secara keseluruhannya, movie Captain America : The Winter Soldier ni sangat best cuma pada pendapat aku la, costume Falcon tu nampak macam kureng sikit...cuba search watak Falcon dalam komik Marvel's, tengok costume dia warna merah...memang nampak smart...dalam movie ni nampak moden sangat...dan lagi satu, mana Hawkeye ? Huhu...


P.S - Kenapa la tak panggil Iron Man ? Ohh, lupa...Tony Stark kan da musnahkan semua suit dia tu dalam movie Iron Man 3 dulu...HAHA...kalau la Iron Man muncul mesti gempak kan macam masa movie Thor : The Dark World dulu tetiba Captain America muncul...HAHA


**Terima kasih kerana membaca entri Film Review - Captain America : The Winter Soldier
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com