Monday 30 September 2013

Tebus Top Up Dan Voucher Percuma Dengan CellAds

> Whats Up Guys...

Tebus Top Up Dan Voucher Percuma Dengan CellAds...sekiranya anda pengguna smartphone, sememangnya di sini ada berita baik untuk pengguna Android dan Blackberry...hanya perlu download aplikasi CellAds di Play Store untuk pengguna Android ataupun di BlackBerry App World untuk pengguna BlackBerry...

Aplikasi CellAds

Apa itu CellAds ? Macam mana nak kumpulkan point ? Kalau nak download aplikasi CellAds ni untuk smartphone kena bayar ke ? 

Aplikasi CellAds ni adalah sebuah aplikasi pengiklanan yang dibangunkan oleh Cell Adverts Solution Sdn. Bhd untuk telefon pintar dan fungsinya adalah memaparkan iklan di skrin telefon pintar korang sekiranya merima panggilan ataupun SMS...lepas tu Ads. Point akan dikreditkan di dalam akaun korang...

Cara Untuk Kumpul Ads Point Dengan CellAds

Haa, apa yang menariknya tentang aplikasi CellAds ni...ianya PERCUMA dan tersangatlah mudah untuk mengumpulkan point dan setiap paparan iklan di telefon pintar...akan dikreditkan terus Ads. Point ke dalam akaun korang...

  • Pertama kali download = 50 Ads.Point
  • Setiap kali muncul iklan pop-up semasa menerima panggilan masuk dan SMS = 5 Ads.Point
  • Invite rakan-rakan = 200 Ads. Point
  • Klik setiap iklan di "Ads World" = 5 Ads. Point setiap hari

Iklan pop-up ? Erk...jangan risau...iklan pop-up tersebut bukannya bersifat kekal...boleh cancel jika mahu sekiranya ianya muncul...walaupun korang sudah cancel iklan tersebut tapi 5 Ads. Point akan dikreditkan dalam akaun korang jika iklan pop-up tu muncul...mudah kan nak kumpulkan point ? Kalau masih blur dan masih kurang faham apa itu aplikasi CellAds serta bagaimanakah fungsinya...korang boleh rujuk di laman web CellAds ataupun Facebook CellAds...

CellAds Ads Point


Haa, inilah peluang korang nak kumpul point dan bila da cukup ads.point tu boleh la digunakan untuk Tebus Top Up Dan Voucher Percuma...top up seperti Maxis, DiGi, Celcom dan TuneTalk ditawarkan...selain daripada itu ada juga voucher KFC, McDonald's dan Pizza Hut...voucher GSC dan AEON pun turut ditawarkan dalam aplikasi CellAds ni...kumpul point dan tebus...bila da tebus point tu, lepas tu tunggu arahan selanjutnya daripada pihak CellAds...tawaran yang sangat best...tak nak ke ?

Tunggu apa lagi...jom la download aplikasi CellAds ni sekarang...dan jangan lupa untuk invite rakan-rakan yang menggunakan Android ataupun BlackBerry untuk mendapatkan point yang lebih besar...


NOTA SKYTECH :

Haa, lupa nak bagitahu...semasa membuat pendaftaran kali pertama, pastikan nombor yang didaftarkan bermula dengan angka 6, contohnya seperti 601XXXXXXXX...kemudian pilih "Blooggers" sebagai community korang...community tergempak abad ini dengan tawaran yang paling hebat...hee


P.S - Hanya install aplikasi PERCUMA kat smartphone pun boleh
nikmati top up dan voucher percuma...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Tebus Top Up Dan Voucher Percuma Dengan CellAds

Sunday 29 September 2013

Masih Seperti Baru

> Whats Up Guys...

Masih Seperti Baru...haa, baru teringat hari ni sudah genap setahun aku beli Samsung Galaxy S3 ni tapi masih nampak macam baru beli...walaupun Samsung da keluarkan beberapa model baru seperti Samsung Galaxy S4 dan yang terbaru Samsung Note 3...sampai ke hari ini aku masih setia lagi dengan S3 ni sebab tiada alasan yang kukuh nak beli phone baru...HAHA...

Samsung Galaxy S3 Masih Seperti Baru

Haa, kebiasaannya kalau phone yang sudah dibeli setahun yang lepas, mesti kondisinya takkan sama macam masa awal beli dulu kan...sana sini bercalar tapi sampai sekarang ni S3 aku tiada bercalar walaupun sedikit pun...jatuh pun tak pernah...kondisinya pun masih lagi tip top, smooth...dan yang paling penting sekali bateri masih dalam keadaan ok...sepenuh hati aku menjaganya...cewahhh....HAHA

Percaya tak aku langsung tak pernah gunakan powerbank untuk S3 aku ni ? Bateri pun masih tahan lama lagi...sehari suntuk guna pun tak habis bateri ni...nak beli powerbank pun macam tak perlu...hee...kalau nak maintain bateri phone dalam keadaan baik...paling kurang pun sebulan sekali kena buat "Healthy Charging", charge phone bila bateri bawah 20% dan biarkan sampai full charge...


NOTA SKYTECH :

Haa, dengar cerita Samsung Galaxy S3 dan Samsung Galaxy S4 boleh terus upgrade ke Android 4.3 Jelly Bean bulan Oktober nanti ? Adakah ianya betul ataupun hanya rumour je ni...huhu

**Terima kasih kerana membaca entri Masih Seperti Baru

Thursday 26 September 2013

Perancangan Merehatkan Diri Di Luar Negeri

> Whats Up Guys...

Perancangan Merehatkan Diri Di Luar Negeri...sebenarnya sejak awal tahun lagi memang aku da merancang nak bercuti ke luar negeri ni bila hujung tahun...lagipun da lama juga aku tak bercuti dan merehatkan diri ni...weekdays da confirm sibuk...weekend je la masa yang ada untuk berehat...kali terakhir bercuti dulu pun cuma berehat kejap di Cameron Highland pada bulan Jun yang lepas...memang tenang jiwa dan raga aku selama 3 hari kat sana...udara pun nyaman dan segar je...HAHA...kerja ni sampai bila-bila pun takkan habis...sesekali tu kena la juga pergi bercuti untuk merehatkan diri dan jauh daripada kesibukan kota...

Haa, yang menjadi persoalannya sekarang...merehatkan diri luar negeri tapi nak pergi ke mana? 

Merehatkan Diri Di Luar Negeri - Pemandangan Kota Kinabalu
Sumber : Google

"Luar negeri la sangat kan...padahal nak pergi Kota Kinabalu, Sabah je..."

"You shut up...luar negeri jugak tu kan...luar daripada NEGERI Selangor dan Kuala Lumpur...HAHA"

Semuanya Hanya Di Hujung Jari Dengan Agoda.Com

Huhh, mujurlah aku teringat nak booking hotel awal 2 bulan lebih awal daripada tarikh aku bertolak ke Kota Kinabalu bulan November nanti...haa, bila aku checked kat laman web agoda.com tu beberapa hari selepas aku booking hotel tu...hotel yang aku nak tempah tu memang sudah tiada kekosongan bilik lagi pada tarikh aku sampai kat sana nanti...da terbiasa kalau nak bercuti ke mana-mana memang aku akan menempah hotel kat laman web agoda...murah sebab banyak promosi dan diskaun...heee...



Perrghhh...mujurlah teringat yang aku belum tempah hotel lagi...booking flight awal tahun...boleh pulak terlupa nak booking hotel...mujurlah sempat booking...heee...kalau tak nak stay mana nanti...bila la nak masuk bulan November ni...aku da terasa rimas duduk Kuala Lumpur sekarang ni...adehh, macam jerebu datang balik je ni...huhu


NOTA SKYTECH :

NOVEMBER...Be Ready !

P.S - Kat Kota Kinabalu...apa tempat yang best...contoh macam tempat makan ke,
kawasan pelancongan...ada suggestion bagi yang selalu pergi KK ni ? Nak
survey awal sebelum pergi Kota Kinabalu bulan November nanti...hee

**Terima kasih kerana membaca entri Perancangan Merehatkan Diri Di Luar Negeri

Wednesday 25 September 2013

Wordless Wednesday - McDonalds Desserts Card

> Whats Up Guys...

McDonalds Desserts Card Sweet Deal
McDonalds Desserts Card Sweet Deals

Info >> McD Desserts Card SWEET DEALS


NOTA SKYTECH :

Diskaun sehingga 20% - 25% untuk desserts terpilih...i'm lovin it...

**Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday - McDonalds Desserts Card

Sebulan Nuffnang Merajuk

> Whats Up Guys...

Haa, setelah hampir sebulan Nuffnang merajuk dengan blog aku...ke aku yang merajuk dengan Nuffnang ni...HAHA...akhirnya dapat juga CPUV untuk bulan September ni walaupun sudah hujung bulan...walaupun tak dapat 8 CPUV sekaligus macam bulan Julai 2013 yang lepas...dapat 3 CPUV untuk bulan ni pun da kira bertuah...tak perlu nak bodek Nuffnang...relaks sudah...rezeki ada di mana-mana...hee

Akhirnya Nuffnang Bagi CPUV

Terima kasih Ford MCA Launch (SEPT), SENHENG/SEN Q - Plant A Tree dan KL SOGO TRENDSETTER ONLINE...CPUV ke 25, 26 dan 27 untuk tahun ni...dan rasanya setakat ni da dapat 62 CPUV sepanjang 2 tahun lebih aku dengan Nuffnang ni...terima kasih Nuffnang...sebulan Nuffnang merajuk dengan blog aku, mungkin sebab aku jarang update blog kot...ada kaitan ke ? HAHA...tapi sekarang ni makin sayang pula dengan Nuffnang...cewahhh...

Erk...tangan ni da terasa gatal je nak tekan butang cashout ni...kalau ikutkan da lama da boleh cashout tapi....tapi macam nak kumpul lagi earnings ni...huhu

Haa, nak tips nak dapatkan CPUV ? Rasanya da ada aku kongsikan kat dalam entri yang berkaitan dengan CPUV Nuffnang sebelum ni...cer try cari...hee...


NOTA SKYTECH :

Bulan September ni masa untuk berblogging tersangatlah terhad...adehhh...ada masa terluang baru la berpeluang nak layan blog...kena timing balik jadual ni...hee

**Terima kasih kerana membaca entri Sebulan Nuffnang Merajuk

Saturday 21 September 2013

Ambil Kesempatan Ataupun Terlepas Pandang

> Whats Up Guys...

Ambil Kesempatan Ataupun Terlepas Pandang...Haa, insiden ni berlaku tepat depan mata aku sendiri semasa aku tengah beratur nak beli popcorn...haa, sekarang ni kalau masuk pawagam memang tak sah kalau tak beli popcorn...da macam ketagih...hee...nak dijadikan cerita la kan, masa aku tengah beratur tu...aku terdengar la apa yang budak-budak yang beratur kat depan aku ni bualkan...semuanya masih bersekolah rendah lagi rasanya...

Budak 1 : "Kau beli tiket wayang ni tadi kau bagi berapa kat akak tu?"

Budak 2 : "Aku bagi RM100...kita semua tujuh orang kan...akak tu bagi baki balik RM2"

Budak 1 : "Haa, kau biar betul ? Takkan la harga tiket sampai RM14 seorang ? Ni kan harga tiket                        untuk dewasa..selalunya harga tiket untuk bawah 13 tahun dalam RM8 - RM9...
                 aku selalu tengok wayang aku tahu la...haihhh

Harga Tiket Wayang

Haa, aku pun terkejut juga sebenarnya...memang tak logik dek akal...takkan dengan budak-budak pun mark up sampai macam tu kan...takkan la tak perasan kot masa budak-budak tu beli tiket wayang...ambil kesempatan ataupun terlepas pandang...mujurlah mereka semua tu berani nak tanya kat bro yang jaga kaunter yang jual snack kat pawagam tu...bro tu pun da geleng kepala da..."Haihh, dengan budak-budak pun nak mark up lebih-lebih ke ? Kesian budak-budak tu" Haa, lepas tu bro tu suruh budak-budak tu pergi kat kaunter tiket dan minta refund balik...

Bayangkan la kalau harga tiket untuk budak umur di bawah 13 tahun cuma dalam lingkungan RM8 hingga RM9 seorang pada hari biasa...tak tahu la kalau hari Rabu murah lagi kan...bagi kaki wayang tahu la kan hari apa tiket wayang murah...ni tetiba tiket wayang sampai RM14 seorang...lebih kurang RM35++ dia mark up untuk tujuh orang...

Haa, tapi aku tak nak sebut la pawagam mana kan...tapi mujurlah mereka dapat refund balik...kalau tak dapat balik memang aku sendiri tolong sound direct bagi pihak budak-budak tu kat kaunter jual tiket tu...huhu...sepatutnya perkara macam ni tak patut la berlaku kan...


NOTA SKYTECH :

Haa, tapi aku rasa macam aku pulak yang kena mark up...tiket wayang sampai RM16...sebelum ni tiket paling mahal pun hanya dalam RM13 hingga RM14 untuk seat biasa...rasanya hari tu aku dapat seat biasa je tapi pelik kenapa kena caj sampai RM16...HAHA...

**Terima kasih kerana membaca entri Ambil Kesempatan Ataupun Terlepas Pandang

Saturday 14 September 2013

Risiko Tinggi Bila Hujan Lebat

> Whats Up Guys...

Haa, sekarang ni hujan memang tak menentu...waktu tengahari yang panas terik pun tetiba boleh hujan lebat semacam bila menjelang petang...selalunya kalau time balik kerja, memang aku takkan lalu Jalan Kuching menghala ke Selayang tu walaupun aku hanya naik motor sebab Risiko Tinggi Bila Hujan Lebat...jalan yang memang tak pernah sunyi dengan kenderaan baik pagi, petang dan malam...dan kebanyakan pemandu kenderaan yang lalu kat situ memang gemar tukar lane secara mengejut...tak ke bahayakan pengguna motor...kalau masa hujan lebat, bayangkan la...huhu...

Aku lebih rela ikut jalan jauh sikit daripada nak mencelah masa jammed tu...sebab ada jalan alternatif lain yang boleh aku guna...hee...sejak aku kat office lagi hujan memang agak lebat daripada pukul 3 lebih sampai la ke 6 lebih rasanya baru la reda sikit...petang semalam, masa aku sampai di jambatan yang memisahkan Wira Damai dan ke kawasan rumah aku...semua kenderaan patah balik...dan ada 2 jentera Bomba kat seberang jambatan tu...penuh dengan orang ramai...

"Aihhh...apesal semua patah balik ni...sampai ada Bomba sekali ni...jambatan runtuh ke?"

Tak Mahu Ambil Risiko

Huuhh, da la masa tu masih hujan renyai lagi...memang aku tak nak ambil risiko la nak lalu jambatan tu...semua patah balik...takkan aku nak lalu...tetiba runtuh kang...huhu...mujurlah aku ada jalan alternatif lain yang boleh aku lalu untuk tembus ke kawasan rumah aku...haa, daripada aku nak patah balik lalu Gombak dan Batu Caves...buang masa...huhu...


NOTA SKYTECH :

Bila agaknya nak siap jambatan baru tu pun tak tahu la...asyik dikorek je tanah tepi sungai tu...bila hujan lebat mesti ada kawasan rendah yang terkena banjir sebab sungai terlampau deras dan tak boleh nak tampung air hujan yang lebat tu...kesian mereka !

**Terima kasih kerana membaca entri Risiko Tinggi Bila Hujan Lebat

Wednesday 11 September 2013

Wordless Wednesday #75 | Spicier Spicy Texas Chicken

> Whats Up Guys...

Spicier Spicy Quarter Chicken
Spicier Spicy Texas Chicken

New Spicier Spicy Chicken

> Facebook | TexasChickenMalaysia
> Websitewww.texaschickenmalaysia.com


NOTA SKYTECH :

Burrppp...

**Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday #75 | Spicier Spicy Texas Chicken

Tuesday 10 September 2013

Bila Internet Dan WiFi Disekat

> Whats Up Guys...

Haa, selalunya bila time lunch hour...aku lebih suka lepak dalam office...lagi setengah jam nak habis masa rehat tu baru la aku turun pergi makan kejap...tu pun kalau lapar la...hee...masa lunch hour tu je la ada masa terluang nak layan blog, blogwalking ke...layan FB ke...tapi semalam Bila Internet Dan WiFi Disekat kat office...memang boleh buat aku mati kutu kejap...blog pun tak boleh nak akses...cuma Gmail dan Youtube je boleh akses...cuba akses guna phone sama..."Access Denied"...cehhh....

Internet Dan Wifi Disekat Di Pejabat
Ini tidak adil ! HAHA

Haa, mujurlah benda ni sementara je...hari ni da ok...sebab ramai yang tak puas hati bila internet dan WiFi disekat semalam...rasa macam ada yang tak kena je...office pun sunyi je semalam sebab radio online tak boleh nak akses...HAHA...aku pun tak tahu kenapa perlu sekat internet dan wifi? Bukannya online masa office hour pun...huhu...

Tapi aku ok je...sebab data plan kan ada tapi online guna phone ni tak berapa feeling sangat...nak menaip entri kat blog pun agak mencabar bagi aku sebab da pernah cuba dulu...sebab aku ni kurang penyabar sikit...HAHA...


NOTA SKYTECH :

Haa, bagi yang suka melepak kat dalam office masa lunch hour mesti rasa mati kutu tak tahu nak buat apa kan bila internet dan wifi disekat ni...melainkan ada something yang boleh dibaca untuk menghilangkan bosan sementara menunggu masa lunch hour habis...HAHA

**Terima kasih kerana membaca entri Bila Internet Dan WiFi Disekat

Cuaknya Bila Nak Ambil UPSR Ni

> Whats Up Guys...

Cuaknya Bila Nak Ambil UPSR Ni...nak jawab apa pagi nanti untuk subjek Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan ni nanti ? Study pun da tak boleh nak masuk ni...da tepu otak ni nak masuk input lagi...petang Matematik Kertas 2 pula...lagi la masalah...adehhh, habis la aku...nak teruskan study ke nak tidur ni ? Ataupun tawakal je bila masuk dewan peperiksaan nanti...arghhh !! Tiba-tiba terdengar suara halus yang tidak dapat dikenal pasti dari mana....

"Tak payah study sangat la...UPSR...kacang je"

"Matematik cuma hafal formula je...senang...nak baca apa buku teks Math tu !"

Cuaknya Nak UPSR Ni

Okay...settle...malam ni confirm tidur awal la...pagi esok pandai la nak jawab macam mana semua subjek tu kan...yang penting slip masuk peperiksaan dan alat tulis da ready...hentam je la nanti...UPSR je pun kan ! 


NOTA SKYTECH :

Selamat berjaya kawan-kawan yang ambil UPSR 2013 ni...jangan lupa nombor giliran tu kena ingat...sangat penting...BG0051008...nanti takut tersalah seat pulak...HAHA


P.S -  Masa ambil UPSR berbelas tahun dulu, 
aku tak ingat aku study ke tak ? HAHA

**Terima kasih kerana membaca entri Cuaknya Bila Nak Ambil UPSR Ni

Friday 6 September 2013

Di Sebalik Pintu Lif

> Whats Up Guys...

Haa, beberapa bulan lepas rasanya aku ada kongsikan beberapa kisah pengalaman seram yang pernah aku alami dan lalui sendiri...bukannya cerita rekaan...yess ! Mood seram ON...sampai ke hari ni, bila teringat kisah aku terdengar Suara Tangisan Jam 4 Pagi dan memang buat bulu roma aku meremang...kali ni, lain pula kisahnya...Di Sebalik Pintu Lif...kira baru juga la berlaku ni...apa yang terjadi agaknya ?

Bila kerja terlalu banyak kat office tu...memang terpaksa buat kerja lebih masa la kan...tapi bila aku teringatkan semula pengalaman seram beberapa bulan lepas masa buat kerja lebih masa tu...terus aku batalkan niat untuk OT sampai malam...lepas Maghrib saja mesti aku da blahh...tapi hari tu entah macam mana, aku terkena lagi...kali ni di lif pula...sanggup ke nak terus baca ? HAHA...

Cerita Di Sebalik Pintu Lif
Di Sebalik Pintu Lif  di Tingkat 13 ?

Haa, macam biasa la kan...bila da thumb print, terus la keluar daripada office...aku pun tekan la butang lif untuk turun ke ground floor...selalunya bila da lepas office hour, hanya dua lif saja yang digunakan... dua lif yang lain guard yang jaga blok ni da locked...bila lif sampai di tingkat 13, pintu lif tu pun terbuka...dan aku tak terus masuk lif...check la ada barang yang tertinggal ke kan...tapi...

"Tapi...pintu lif terus terbuka dan tak TERTUTUP !! "

Aku rasa lebih kurang seminit lebih juga pintu lif tu terbuka...selalunya hanya beberapa saat je kan...bila aku perhatikan Di Sebalik Pintu Lif, tiada sesiapa pun...huhu...ahh sudah...! Masa tu juga la nak dikacaunya...aku pun tunggu la lif tu turun dulu...lepas tekan balik butang lif turun ke bawah...

Huh, mujur la lepas tu lif lain yang naik...bila da sampai saja tingkat bawah...aku terus blahh...tak dan nak toleh kiri kanan depan belakang da...da la masa tu cuma aku seorang je dalam lif...cehhh...HAHA...


NOTA SKYTECH :

Adehh...disebabkan insiden macam ni buat aku malas nak stay office sampai malam...aku ingatkan da habis da...saja nak ajak bergurau la tu...tapi tak kena tempat...huhu

**Terima kasih kerana membaca entri Di Sebalik Pintu Lif

Thursday 5 September 2013

Samsung Galaxy S4 Turun Harga...Tandanya ?

> Whats Up Guys...

Samsung Galaxy S4 Turun Harga...Tandanya ?  Haa, bila terselak surat khabar baru-baru ni dan ternampak pula Samsung Galaxy S4 warna Arctic Blue ni...boleh tahan smart juga warna baru ni...sampai aku tak perasan langsung yang harganya da turun sikit RM100 berbanding masa mula keluar dulu...maklum la, aku ni kan obses dengan warna biru...tengok warna tema blog da tahu...HAHA...

Samsung Galaxy S4 Turun Harga
Samsung Galaxy S4 Turun Harga...Tandanya ?

Haa, teringat pula insiden tahun lepas masa aku beli Samsung Galaxy S3 dalam bulan September...seminggu selepas aku beli harganya turun daripada harga asal...dan lebih kurang sebulan lebih lepas tu Samsung Galaxy Note II keluar di pasaran dengan Android 4.2 Jellybean...dan kebetulan pula...semalam dengar cerita Android 4.4 KitKat pula akan dilancarkan nanti...lagi la menguatkan tandanya...

Android 4.4 KitKat
Android 4.4 KitKat

Mungkinkah insiden tahun lepas akan berulang kembali tahun ni apabila Samsung Galaxy S4 Turun Harga...Tandanya ? Samsung mungkin akan keluarkan phablet atau smartphone baru lagi...dengan OS Android yang terbaru...jeng...jeng...jeng...


NOTA SKYTECH :

Mungkinkah selepas ni giliran Samsung Galaxy Note III ataupun Samsung Galaxy S5 pula akan keluar hujung tahun ni dengan OS Android yang terbaru...betul ataupun tidak ? Mana satu akan keluar dulu....kita tunggu dan lihat saja nanti...Samsung kan suka buat suprise...hee

P.S - Haa, selepas aku publish entri ni...2 jam lepas tu aku terbaca update terbaru kat amanz.my...Samsung Galaxy Note III katanya akan keluar tak lama lagi...Haa, kan aku da kata...betul tak ? HAHA

**Terima kasih kerana membaca entri Samsung Galaxy S4 Turun Harga...Tandanya ?

Wednesday 4 September 2013

Wordless Wednesday #74 : Mug MILO 1950's Limited Edition

> Whats Up Guys...

Mug MILO Limited Edition
#WW - Mug MILO 1950's Limited Edition

NOTA SKYTECH :

Elakkan diri daripada mendengar lagu "Greenday - Wake Me Up When September Ends" bila da masuk bulan September ni...lagu tu tersangatlah berhantu...kalau selalu sangat layan lagu tu, mungkin sampai ke bulan Oktober rasanya baru terupdate blog agaknya...mujurlah aku tersedar awal...HAHA...

**Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday #74 : Mug MILO 1950's Limited Edition
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com