Tuesday 25 June 2013

Wendy's Chicken Rendang Deluxe Set

> Whats Up Guys...

Haa, beberapa hari lepas...sementara nak tunggu movie World War Z start...merayau la sekitar Suria KLCC sambil fikir nak makan apa masa lunch...KFC ? Pizzahut ? Secret Recipe ? HAHA...teett...nak cuba sesuatu yang lain pulak...yang belum pernah dicuba lagi...lalu depan KFC, ternampak pulak poster menu baru kat Wendy's...Chicken Rendang Deluxe...memandangkan aq belum pernah lagi cuba menu kat Wendy's ni...belasah saja la...HAHA...

Chicken Rendang Deluxe


Hanya tambah RM2 untuk setiap satu hidangan...sama ada Onion Rings, Heaven & Earth Ice Lemon Tea (R) ataupun Frost...nama pun nak merasa kan...try la satu set Chicken Rendang Deluxe plus onion rings dan frosty...ice lemon tea tu tak perlu la kot agaknya...sebab aq boleh pergi tempat lain...free refill...haa, boleh refill sampai muntah...HAHA...

Wendy's Onion RingsChicken Rendang Deluxe

Hmm, boleh tahan la rasanya set menu Chicken Rendang Deluxe ni...tapi cuma rasa kentangnya mungkin tak kena dengan tekak aq...rasa pelik saja...huhu...kalau time lunch layan nasi memang kena la kan...onion rings jugak terbaik tapi tu la, macam tak cukup saja order satu...hee...erm, Frosty...boleh la...tapi macam terlalu manis pulak...jangan lupa sediakan air kosong...HAHA...

Wendy's Frosty


NOTA SKYTECH :

World War Z ni kenapa macam bosan saja masa di awal cerita...serius aq hampir tertidur masa permulaan cerita...HAHA...da nak sampai akhir part kena buru dengan zombi tu baru la terasa adrenalin tu mengalir laju...aq paling benci movie luar negara bila melibatkan spesis ZOMBIE ni...!! Macam terasa diri ni dikejar zombi saja...HAHA...

**Terima kasih kerana membaca entri Wendy's Chicken Rendang Deluxe Set

Sunday 23 June 2013

Jerebu Datang Lagi

> Whats Up Guys...

Haihh, jerebu datang lagi...kualiti udara pun agak kurang memuaskan sejak pagi semalam lagi disebabkan jerebu...indeks IPU pun da melebihi daripada 100++...kawasan sekeliling pun da dipenuhi dengan debu halus sampai pangsapuri dan kondominium yang berdekatan pun da tak berapa nampak...

Jerebu Datang Lagi
Jerebu Datang Lagi

Harap jerebu ni cepat la reda...dan berharap hujan akan turun dalam masa terdekat ni untuk mengurangkan jerebu ni...tekak pun da terasa perit ni...nak bernafas kat dalam rumah pun da rasa semacam saja...nak keluar rumah pun buntu nak larikan diri ke mana...kawasan KL pun da dilanda jerebu sekarang ni...adehh...rasa macam nak lepak kat tempat yang berhawa dingin saja sekarang ni...


NOTA SKYTECH :

Selamat berhujung minggu...adehhh...

**Terima kasih kerana membaca entri Jerebu Datang Lagi

Thursday 20 June 2013

Linkin Park LIVING THINGS World Tour Live In Malaysia 2013

> Whats Up Guys...

Haa, rasanya kat Malaysia ni ramai tak agaknya die hard fans Linkin Park ni...sebab aq pasti ramai yang menunggu kemunculan semula band Linkin Park ni untuk membuat konsert lagi di Malaysia...akhirnya, kini Linkin Park kembali ke Malaysia...setelah 10 tahun berlalu sejak 15 Oktober 2003...Linkin Park LIVING THINGS World Tour Live In Malaysia 2013...19 Ogos 2013 di Stadium Nasional Bukit Jalil...

Linkin Park Live In Malaysia 2013
Linkin Park Live In Malaysia 2013

Linkin Park...band yang hit dengan lagu seperti Numb, Somewhere I Belong, In The End...sememangnya nama band ni memang cukup berpengaruh...hampir 17 tahun dalam industri hiburan...dianggotai Chester Bennington (vokalis), Mike Shinoda (vokalis, gitar rhythm, keyboard, piano), Brad Delson (gitar utama), Dave Farrell (gitar bass), Rob Bourdon (dram, percussion) dan Joe Hahn (turntables, programming, keyboard)...setakat ni Linkin Park baru mempunyai 5 album studio iaitu Hybrid Theory (2000), Meteora (2003), Minutes To Midnight (2007), A Thousand Suns (2010) dan Living Things (2012)...

Konsert Linkin Park LIVING THINGS World Tour Live In Malaysia 2013 kali ni pasti akan lebih menarik daripada 10 tahun lepas di Stadium Merdeka sebab pada awal kemunculannya dulu...Linkin Park baru saja mengeluarkan dua album studio...sekarang da ada 5 album studio...pasti konsert kali ni semua fans LP dapat layan lagu lama dan lagu baru secara live...bila tengok kat dalam TV...konsert live LP memang awesome la...setakat ni tiada lagi band macam LP...hee

Harga Tiket Linkin Park Live In Malaysia 2013


Bila tengok harga tiket konsert Linkin Park LIVING THINGS World Tour Live In Malaysia 2013 ni mungkin boleh tersedak rasanya...HAHA...tapi kalau da nama pun die hard fans...mesti ada yang sanggup beli punya la...tiket boleh mula dibeli mulai 21 Jun 2013 di outlet TicketCharge...untuk pembelian awal, 10% diskaun akan diberi untuk ke semua harga tiket hanya dari 21 Jun sehingga 30 Jun 2013 saja...


NOTA SKYTECH :

Huhh, da la masa konsert Linkin Park Live In Malaysia 2003 sedekad yang lalu aq tak dapat nak pergi sebab masih bersekolah lagi...lagipun budak sekolah mana ada cukup fulus nak pergi tengok konsert Linkin Park...mahal beb...HAHA...kali ni nak pergi ke tak ni...? huhu

**Terima kasih kerana membaca entri Linkin Park LIVING THINGS World Tour Live In Malaysia 2013

Wednesday 19 June 2013

Wordless Wednesday #73 : Nasi Lemak Kuning

> Whats Up Guys...

Nasi Lemak Kuning

NOTA SKYTECH :

Nasi Lemak Kuning...lokasi berhampiran Pinggiran Batu Caves, Selangor...

**Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday #73 : Nasi Lemak Kuning

Tuesday 18 June 2013

Seminggu Lagi

> Whats Up Guys...

Bila banyak kali terserempak dengan roadblock ni macam da lali je...huh, bila diminta berhenti dan kena tunjuk lesen dan roadtax tu memang perkara biasa la tu kan...berhenti je la kan...kalau tak buat salah buat apa nak takut kan...redah je...tapi beberapa hari lepas bila terserempak dengan roadblock JPJ...aq tetiba rasa tak sedap hati..."Haihh, apesal pulak ni...tak pernah pulak rasa semacam macam ni ?"

Roadblock JPJ

Pegawai JPJ 1 : 
Sila berhenti di tepi, encik...

Pegawai JPJ 2 : 
Minta lesen memandu dan roadtax, encik...

Aku :
Nah...lesen memandu dan roadtax...

Pegawai JPJ 2 :
Lesen ni bila nak renew ni ?

Aku :
Eh, bukan tahun depan ke tamat tempohnya ?

Lesen Tinggal Seminggu Lagi

Pegawai JPJ 2 : 
Minggu ni lesen da nak tamat tempoh ni...bila nak renew ni ?

Aku :
Oh, saya ingatkan lambat lagi...tak perasan...minggu ni saya renew ye, encik...

Pegawai JPJ 2 : 
Ok, da...jalan...

Aku :
Huh...selamat...HAHA


Haa, tinggal seminggu lagi ? Dengan confident aq menjawab dengan Pegawai JPJ tu lesen tamat tempoh tahun depan...HAHA...haihh, macam mana la aq boleh tak perasan langsung ni...memang tak tergerak hati pun nak check lesen...ingatkan lambat la lagi nak tamat tempoh...padahal setiap hari benda ni dengan aq...lepas kena tegur hari tu baru aq perasan...HAHA


NOTA SKYTECH :

Mujurlah aq kena tahan dengan JPJ malam tu...kalau tak...memang sampai ke tahun depan agaknya aq tak renew lesen ni...HAHA...haa, luangkan sedikit masa untuk check benda penting ni selalu...takut kita ni terlupa...mana la tahu lesen da expired kan...nanti bila tetiba bertembung dengan roadblock...da gelabah...HAHA...

**Terima kasih kerana membaca entri Seminggu Lagi

Friday 14 June 2013

Film Review : Man Of Steel

> Whats Up Guys...

Man Of Steel...haa, sejak daripada tahun lepas lagi rasanya aq da menunggu movie ni bila ianya akan mula ditayangkan di pawagam...asyik Coming Soon saja...bila da mula ditayangkan...apa lagi, terjah pawagam yang berdekatan la...da memang menjadi kebiasaan aq la akan terjah pawagam pada hari pertama movie terbaru ditayangkan...da lama tunggu ni...kali ni nak review movie paling latest kat pawagam la, semestinya Man Of Steel...

Man Of Steel
Man Of Steel

> Sinopsis "Man Of Steel"

Clark Kent is a humanoid alien who after being transported to Earth from the dying planet of Krypton, was adopted as a child by Jonathan and Martha Kent. Raised with the values of his adoptive parents, he feels alienated because of his unique super powers and struggles to find his own place in life. When the world is attacked, he becomes the hero named Superman to protect Earth and its people...TO BE CONTINUE...

Man Of Steel - Clark Kent

Apakah kesudahannya nanti ? Ada persamaan dengan sequel Superman yang dulu ke...kena la layan movie ni kat pawagam...heee

"Man Of Steel..."


#MyReview "Man Of Steel"

  • Filem Man Of Steel adalah sebuah filem superhero DC Comics yang di'reboot' daripada siri filem Superman
  • Man Of Steel kali ni dibarisi oleh pelakon seperti Henry Cavill (Clark Kent / Superman / Kal-El), Amy Adams (Lois Lane), Michael Shannon (General Zod), Kevin Costner (Jonathan Kent), Diane Lane (Martha Kent), Laurence Fishburne (Perry White), Russel Crowe (Jor-El) and Antje Traue (Faora)
  • Plot dan jalan cerita ada banyak perubahan ke ? Sebenarnya siri filem Superman ni aq tak berapa  layan sangat sebelum ni...tapi Man Of Steel kali ni aq pasti jalan ceritanya ada persamaan dan ada sedikit pertambahan plot cerita baru...
  • Kenapa Jor-El mencuri Codex ? Dan kenapa pula General Zod mengkhianati bangsa Krypton dan mencari Codex ?

General Zod

  • General Zod dan beberapa orang pengikutnya didapati bersalah dan dikurung di "Phantom Zone" tapi macam mana mereka boleh terlepas daripada tahanan tersebut dan dapat menjejaki di mana Kal-El ?
  • Kostum yang telah diperbaharui dan dipertingkatkan...ianya kelihatan agak moden dan yang paling penting sekali tiada lagi seluar merah di luar...HAHA...
Clark Kent and Lois Lane
Perlu ke FBI gari Superman ? HAHA

  • Superman menyerah diri pada General Zod ? Kenapa dan mengapa ? Dapatkah Clark Kent menyelamatkan Bumi ?
  • Bila part berlawan di atas udara, menghentam bangunan sana sini...terseret kat jalan raya...memang style la...baru lawan dua orang pengikut General Zod...tapi kehancuran bandar tu da macam beratus bala tentera yang datang menyerang...
Man Of Steel - Kal-El

  • Dapatkah Superman menghalang niat General Zod untuk membina Krypton di Bumi ? Apa akan terjadi dengan General Zod nanti ?
Man Of Steel
Man Of  Steel

Rating : 4.5 out of 5 (Bagi yang tak pernah layan siri filem Superman...boleh saja layan movie ni...layan jugak movie ni walaupun dulu aq tak minat layan movie Superman...effect memang superb...berdurasi selama 143 minit tapi rasa kejap saja...macam tak cukup...tapi tu la rugi aq tak layan 3D saja...Man Of Steel...perghhh)

**Terima kasih kerana membaca entri Film Review : Man Of Steel

Wednesday 12 June 2013

Wordless Wednesday #72 | Jambu Strawberi

> Whats Up Guys...

Jambu Strawberi

NOTA SKYTECH :

Ok..first time jumpa buah ni...jambu tapi rasa macam strawberi...nampak macam pelik tapi boleh tahan jugak rasanya...huhu

**Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday #72 | Jambu Strawberi

Thursday 6 June 2013

Dilema Dan Project C

> Whats Up Guys...

Dilema dan Project C...haa, patutkah aq curang dengan Nuffnang sekarang ni walaupun da masuk dua tahun lebih rasanya aq dengan Nuffnang ni ? Beberapa hari ni aq macam dalam dilema dan puas memikirkannya sampai nak update entri kat blog pun sampai tak tertaip walaupun hanya sepatah perkataan...HAHA...

Tapi rasanya mungkin tak kot...serius, memang tak sampai hati rasanya nak curang dengan dengan Nuffnang ni...tahun lepas Nuffnang baik giler dengan aq...dapat je join event Nuffnang...tahun ni je macam kurang...sebab tahun ni aq je yang macam NO TIME nak join...hee...kalau aq curang susah la aq nak join event lain kali kan...nampak tak poin kat situ...HAHA...lagi satu,  Nuffnang ni tahu cara nak pujuk aq...ada kaitan tak Dilema dan Project C ni..? huhu

What Is Project C?
What Is Project C ?

Akhirnya muncul jugak CPUV kesebelas tahun 2013 ni...dan CPUV ke 47 sepanjang dua tahun lebih dengan Nuffnang ni...aq pun tertanya-tanya apa bendanya tu KIA - What Is Project C ? HAHA...baru nak curang dengan Nuffnang tapi tak jadi la...

CPUV DiGi WWWOW 2013 mungkin akan bertahan lama la sebab event DiGi WWWOW Award 2013 tu akan berakhir pada awal bulan Julai nanti...tahun ni rasanya malas nak join...cukup la tahun lepas aq da join DiGi WWWOW Award 2012...baru tahu penat rasanya nak minta tolong VOTE setiap hari sebenarnya...HAHA...CPUV yang lepas ni bila la agaknya akan muncul...bila da dapat CPUV tu kena makin rajin update blog la...baru la earning tu cepat naik...hee


NOTA SKYTECH :

Haa, aq saje cuba apply KOMLI hujung bulan lepas...tak sangka pulak boleh diterima...tak sampai 2 minggu pun pihak KOMLI da respon...biar betul ni ataupun hanya khayalan aq je...? HAHA...

**Terima kasih kerana membaca entri Dilema Dan Project C
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com