Showing posts with label Konsert. Show all posts
Showing posts with label Konsert. Show all posts

Thursday, 20 June 2013

Linkin Park LIVING THINGS World Tour Live In Malaysia 2013

> Whats Up Guys...

Haa, rasanya kat Malaysia ni ramai tak agaknya die hard fans Linkin Park ni...sebab aq pasti ramai yang menunggu kemunculan semula band Linkin Park ni untuk membuat konsert lagi di Malaysia...akhirnya, kini Linkin Park kembali ke Malaysia...setelah 10 tahun berlalu sejak 15 Oktober 2003...Linkin Park LIVING THINGS World Tour Live In Malaysia 2013...19 Ogos 2013 di Stadium Nasional Bukit Jalil...

Linkin Park Live In Malaysia 2013
Linkin Park Live In Malaysia 2013

Linkin Park...band yang hit dengan lagu seperti Numb, Somewhere I Belong, In The End...sememangnya nama band ni memang cukup berpengaruh...hampir 17 tahun dalam industri hiburan...dianggotai Chester Bennington (vokalis), Mike Shinoda (vokalis, gitar rhythm, keyboard, piano), Brad Delson (gitar utama), Dave Farrell (gitar bass), Rob Bourdon (dram, percussion) dan Joe Hahn (turntables, programming, keyboard)...setakat ni Linkin Park baru mempunyai 5 album studio iaitu Hybrid Theory (2000), Meteora (2003), Minutes To Midnight (2007), A Thousand Suns (2010) dan Living Things (2012)...

Konsert Linkin Park LIVING THINGS World Tour Live In Malaysia 2013 kali ni pasti akan lebih menarik daripada 10 tahun lepas di Stadium Merdeka sebab pada awal kemunculannya dulu...Linkin Park baru saja mengeluarkan dua album studio...sekarang da ada 5 album studio...pasti konsert kali ni semua fans LP dapat layan lagu lama dan lagu baru secara live...bila tengok kat dalam TV...konsert live LP memang awesome la...setakat ni tiada lagi band macam LP...hee

Harga Tiket Linkin Park Live In Malaysia 2013


Bila tengok harga tiket konsert Linkin Park LIVING THINGS World Tour Live In Malaysia 2013 ni mungkin boleh tersedak rasanya...HAHA...tapi kalau da nama pun die hard fans...mesti ada yang sanggup beli punya la...tiket boleh mula dibeli mulai 21 Jun 2013 di outlet TicketCharge...untuk pembelian awal, 10% diskaun akan diberi untuk ke semua harga tiket hanya dari 21 Jun sehingga 30 Jun 2013 saja...


NOTA SKYTECH :

Huhh, da la masa konsert Linkin Park Live In Malaysia 2003 sedekad yang lalu aq tak dapat nak pergi sebab masih bersekolah lagi...lagipun budak sekolah mana ada cukup fulus nak pergi tengok konsert Linkin Park...mahal beb...HAHA...kali ni nak pergi ke tak ni...? huhu

**Terima kasih kerana membaca entri Linkin Park LIVING THINGS World Tour Live In Malaysia 2013

Wednesday, 2 May 2012

Avenged Sevenfold Gegar Surf Beach Sunway Lagoon

> Whats Up Guys...

Haa...walaupun sudah beberapa hari konsert Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2012 di Surf Beach, Sunway Lagoon berlalu...tapi serius memang terasa macam baru semalam saja aku pergi konsert Avenged Sevenfold 'LIVE' depan mata...malam tu dikatakan hampir 15,000 fans A7X membanjiri Surf Beach Sunway Lagoon pada 29 April 2012 hari tu...What ? 15k fans ? Biar betul ni ? 

Nightmare...! Now your nightmare comes to life

Haa...macam yang telah dijangka lagu Nightmare menjadi 'opening song' untuk konsert hari tu...sebab setlist lagu untuk konsert A7X Asia Tour lebih kurang sama saja tapi cuma setlist masa konsert kat Malaysia hari tu ada kelainan sikit...memang terbaik la...Avenged Sevenfold dianggotai oleh M. Shadows (vokalis), Synyster Gates (Gitar Utama), Zacky Vengeance (Gitar Rythm), Johnny Christ (Gitar Bass)...Arin Ilejay (Pemain Dram | Session dan Touring Members)

Nightmare | Avenged Sevenfold Live In KL 2012


Huhhh...dalam masa lebih kurang satu jam setengah, band Avenged Sevenfold hanya memainkan 14 buah lagu popular mereka daripada album studio kedua sehingga album studio kelima seperti Critical Acclaim, Welcome To The Family, Second Heartbeat, Buried Alive, So Far Away, Afterlife, Beast and Harlot, A Little Piece of Heaven, Bat Country, Fiction, Crossroads dan Unholy Confessions...

Zacky Vengeance dan Synyster Gates relaks saja pakai t-shirt...cuaca kat Malaysia...biasa la...HAHA

Huuhh...lagu daripada album studio pertama A7X iaitu Sounding The Seventh Trumpet (2001) langsung takde ni...teringin sangat nak dengar lagu Warmness On The Soul secara live...lagu Almost Easy dan Seize The Day pun takde dalam setlist lagu dorang masa tu...haa, kalau masih ingat lagi...dua lagu ni la yang aku maksudkan dalam entri Melody Monday hari tu...hee...kalau la ada dua lagu tu...kan best...

Masa lagu So Far Away kalau tak silap aku...

Kerancakan konsert tetiba bertukar suasana bila Avenged Sevenfold menyampaikan lagu So Far Away yang ditujukan kepada kawan baik anggota band ni, Jimmy "The Rev" Sullivan yang merupakan bekas pemain dram yang telah mati pada tahun 2009 yang lalu...

So Far Away | Avenged Sevenfold Live In KL 2012


"You know...the one thing The Rev taught me...was to love your family and 
friends and tell them you love them everyday"


Haa...lagu So Far Away ni dikatakan seperti luahan kerinduan semua anggota band Avenged Sevenfold kepada sahabat mereka, The Rev...lepas tu konsert diteruskan lagi sehingga ke lagu terakhir dan merupakan lagu penutup konsert Avenged Sevenfold Live In KL 2012 dengan persembahan lagu Unholy Confessions yang dipetik daripada album studio kedua Waking The Fallen (2003)...


Haa, kalau la Avenged Sevenfold tahu fans dorang ramai kat Malaysia ni...mesti daripada dulu lagi da masukkan Malaysia dalam senarai tour mereka kan...HAHA...harap ini bukan kunjungan kali pertama dan kali terakhir Avenged Sevenfold ke sini...harap nanti ada lagi...HAHA...Avenged Sevenfold memang gegarkan Surf Beach Sunway Lagoon la hari tu...

"We will come back here again very soon" - M. Shadows

Haa, konsert Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2012 di Surf Beach, Sunway Lagoon tersebut telah dianjurkan oleh Fat Boys dengan kerjasama TuneTalk dan JS Concert Productions...

Huuhh, tak sabar nak tunggu DVD Live Avenged Sevenfold Asia Tour ni keluar di pasaran nanti sebab konsert Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2012 hari tu akan dijadikan DVD Live termasuk dengan Asia Tour konsert Avenged Sevenfold di negara Asia yang lain...mungkin akan keluar hujung tahun ni...atau mungkin tahun depan...HAHA...


NOTA SKYTECH :

Haa...video yang ada dalam entri ni bukan video rakaman aku...sebab kualiti video yang aku rakam agak kureng sikit...biasa la kamera phone...tak boleh bawak kamera canggih masa konsert tu...nanti kena rampas...HAHA...haa...gambar lain boleh tengok kat FB...tak boleh nak upload banyak sangat kat sini...hee...(,^^)


P.S - Haa...hanya tinggal 12 hari lagi masa untuk VOTE ! 
Kalau sudi vote blog ni KLIK SINI dan klik VOTE...terima kasih (,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Avenged Sevenfold Gegar Surf Beach Sunway Lagoon

Saturday, 25 February 2012

Harga Tiket Konsert Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2012

> Happy Saturday...

Sejak hujung bulan Januari 2012 lagi da terasa kehangatannya apabila rumours mengenai band A7X akan membuat konsert di KL dan berita mengenai Avenged Sevenfold telah mengesahkan kedatangan mereka ke Kuala Lumpur pada 29 April 2012 di laman web rasmi band ni pada 14 Februari yang lalu memang cukup membuatkan semua AVENGERS kat Malaysia ni da tak sabar untuk menunggu konsert ni nanti...termasuk la aku...HAHA...

"Now your NIGHTMARE comes to life"

Haaa...sejak dua minggu lepas lagi aku da tunggu bila la tiket akan mula dijual...masih ingat lagi entri Tiket Konsert Avenged Sevenfold Live In Malaysia...masa tu dengar cerita 19 Februari 2012 tiket akan mula dijual tetapi...tapi tangguh lagi...memang spoiled betul la...!! Haa...tapi kalau tiket habis SOLD OUT lagi la NIGHTMARE...#LOL...HAHA...

Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2012

> > Sumber : TicketPro Malaysia FB 

Berapa harga tiket konsert Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2012 ?

A7X Live In KL 2012 Venue Layout

>> Sumber : Avenged Sevenfold Asia Tour Malaysia 2012

Tune Talk | Mobile Prepaid mempersembahkan Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2012...terima kasih TuneTalk ! HAHA...tiket konsert akan mula dijual pada 26 Februari 2012...sebenarnya aku da tahu daripada minggu lepas lagi...hee...early-bird diskaun 20% hanya sehingga 4 Mac 2012 untuk tiket berharga RM298, RM198 dan RM98...takde lagi tiket RM88, RM128,RM158 dan RM258....heee...

Haa..tiket boleh dibeli secara online di www.ticketpro.com.my mulai 26 Feb 2012 dan juga boleh dapatkan tiket korang di Victoria Music Centre, Rock Corner dan The Guitar Store yang berhampiran :


Surf Beach Sunway Lagoon ?

Huuhh...tiga kali tukar tempat ni...first rumours kat Stadium Merdeka...lepas tu tukar Stadium Negara pulak dan kali ni memang confirm kat Surf Beach Sunway Lagoon...nak buat kat Stadium Putra Bukit Jalil memang tak boleh la sebab da ada event pada tarikh yang sama...huhu...

> Haaa...Avenged Sevenfold Live In Malaysia 2012 ni mungkin akan jadi konsert yang paling terhangat untuk tahun 2012 ni...HAHA...

NOTA SKYTECH :

Entri ni da siap schedule untuk hari ni...pening fikir nak letak tajuk apa...tu pun aku ikut keyword kat analytics Nuffnang...hee...haa...siapa ada kat area Bukit Jalil hari ni ? Kalau terjumpa boleh la jumpa ke atau berkenalan ke...HAHA...mungkin akan kurang blogwalking hari ni...

P.S - Mungkin saja...aku bukannya boleh kalau tak online sehari ni...HAHA..(,^^) 

**Terima kasih kerana membaca entri Harga Tiket Konsert Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2012

Tuesday, 14 February 2012

Tiket Konsert Avenged Sevenfold Live In Malaysia | 29 April 2012

> Happy Tuesday...

Masih ingat lagi entri Avenged Sevenfold Live In Malaysia 2012 hari tu...bila bangun pagi ni aku memang excited semacam je sebab....band AVENGED SEVENFOLD telah mengumumkan tarikh konsert mereka hari ni...tapi bukan di Stadium Merdeka...konsert akan berlangsung di Stadium Negara, Kuala Lumpur, Malaysia bakal digegarkan dengan kedatangan band Avenged Sevenfold pada 29 April 2012...

Akhirnya semua persoalan da pun terjawab...dan ternyata ianya bukan rumours...konsert sulung Avenged Sevenfold Live In Malaysia 2012 akan menjadi kenyataan April 2012 ini...yehaaa !!

#JustAvengedIt

AVENGED SEVENFOLD SET TO RETURN TO THE FAR AND THE MIDDLE EAST THIS SPRING

Avenged Sevenfold announced today that they will be returning to the Far and Middle East beginning April 16th in Tokyo, Japan, for a tour that will culminate in a special show in Dubai, UAE on May 4th.

“We are excited to go back to the Far and Middle East,” said Avenged Sevenfold front man M. Shadows. "We played to some of the most amazing crowds when we toured the album there, and we can't wait to bring our live show back to our friends in those regions.”


A7X Live In Malaysia 29 April 2012 | Stadium Negara, KL
"Tiket da mula dijual atau belum ?"

Harga tiket untuk konsert Avenged Sevenfold Live In Malaysia 2012 telah pun diumumkan sejak hujung bulan Januari lagi tapi tarikh tiket mula dijual masih belum diketahui...die hard fans A7X di Malaysia da lama menunggu ni...tiket yang berharga RM258 tu aku takut SOLD-OUT je nanti...HAHA..#LOL


NOTA SKYTECH :

Haa...tiket konsert Avenged Sevenfold Live In Malaysia 2012 dikatakan akan mula dijual mulai minggu hadapan...betul ataupun tak...kita tunggu dan lihat....hee...A7X...Here I Come !! (,^^)

" Now your NIGHTMARE comes to LIFE "

**Terima kasih kerana membaca entri Tiket Konsert Avenged Sevenfold Live In Malaysia | 29 April 2012

Thursday, 26 January 2012

Woww | Avenged Sevenfold Live In Malaysia 2012


"Avenged Sevenfold Live In Malaysia 2012"


>>> Sumber

Huuhh...macam tak percaya je akhirnya Avenged Sevenfold akan turun ke Kuala Lumpur pada April 2012...memang da lama die hard fans A7X di Malaysia ni menantikan kedatangan A7X ke KL ni...kat twitter pun heboh da pasal ni...


Haa...Jason Lo, selaku CEO Tune Talk penat da nak menjawabnya...betul ke ni Avenged Sevenfold nak turun KL...? Ke aq hanya bermimpi je ni...HAHA...


#The Rev main dram memang style la...spinning drumstick...memang terbaik la...!! Tapi sayangnya The Rev da takde...tapi aq tetap tak sabar nak tengok band ni kalau betul la Avenged Sevenfold jadi turun Malaysia April ni... 

NOTA KECIL :

Harap ianya bukan rumors la...Avenged Sevenfold Live In Malaysia 2012...yehaa...!!

**Terima kasih kerana membaca entri Woww | Avenged Sevenfold Live In Malaysia 2012

Saturday, 14 January 2012

Simple Plan Live In Kuala Lumpur 2012


Simple Plan...sebuah band yang popular dengan lagu "Welcome To My Life" bakal menggegarkan KL Live pada 14 Januari 2012...haa..malam ni la...band Pop Punk daripada Kanada ini membuka tirai konsert 2012 dengan "SIMPLE PLAN : GET YOUR HEART! ON TOUR" di seluruh Asia. Konsert Simple Plan malam ni dibawakan oleh Tunetalk dengan kerjasama JS Concert Productions dan Fat Boys...

Simple Plan terdiri dari Pierre Bouvier (Vokal Utama), Jeff Stinco (Gitaris Utama), Sebastien Lefebvre (Gitar Rhythm), David Desrosiers (Pemain Bass) dan Chuck Comeau (Pemain Dram)...

Tarikh   : 14 Januari 2012
Masa     : 8.30 p.m
Tempat : KL Live, Kuala Lumpur
Tiket     : RM258, RM188, RM98


"SIMPLE PLAN LIVE IN KL 2012"

NOTA KECIL :

Haaa...baru aq teringat yang konsert Simple Plan Live In KL 2012 tu hari ni...ingatkan minggu depan...minggu ni memang banyak benda nak kena settle...tak teringat pun pasal ni...memang tak sempat nak beli tiket la da...konsert da mula pun rasanya...HAHA...

#Kalau AVENGED SEVENFOLD turun KL...confirm aq pergi la...heee...

**Terima kasih kerana membaca entri Simple Plan Live In Kuala Lumpur 2012

Wednesday, 21 December 2011

4 Tahun Berlalu | Ohh MCR

Huuhh...rasanya macam baru semalam je aq pergi konsert My Chemical Romance Live In KL 2007 ni di Stadium Merdeka ni...rupanya semua tu 4 tahun pun berlalu...aq kenal MCR ni pun secara tak sengaja dan masa tu band ni tengah top dengan lagu Helena...terdengar pulak lagu tu masa on the way nak pergi sekolah...tahun 2006 tak silap aq...HAHA...lepas tu terus minat habis dengan band ni...


Haa...pertengahan tahun 2007 rasanya ramai yang histeria bila dapat tahu band My Chemical Romance Live In KL pada 9 Disember 2007...masa tu zaman MySpace lagi...kecoh la pasal MCR ni nak datang Malaysia kat MySpace tu...tarikh konsert pun memang cun la...lepas aq habis SPM...hee...


Tiket ni pun da 4 tahun aq simpan...kenangan...bukannya selalu dapat peluang macam ni...entah bila lagi agaknya MCR nak turun KL lagi...sebab tu sanggup kumpul duit masa sekolah dulu sebab nak beli tiket ni...HAHA...harga tiket  ni boleh tahan la mahalnya bagi aq la masa tu...lepas SPM kot...RM323 paling mahal kot...gila kentang ! HAHA...


NOTA KECIL :

Konsert terakhir yang aq pergi masa Paramore Live In KL tahun lepas la...lepas tu mana pernah pergi konsert lagi da...

**Terima kasih kerana membaca entri 4 Tahun Berlalu | Ohh MCR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Alexa Rank Ezadskytech.com