Tuesday 31 July 2012

Hampir Terlupa Aku Ada...

> Whats Up Guys...

Huhh...rasanya da lama sangat blog ni OFF sejak dari sebelum puasa hari tu lagi...sekarang ni da nak sampai pertengahan puasa da...baru la terasa macam nak ON balik...rindu zaman time gila update entri dulu...sehari 2-3 entri pun boleh...no hal la...sekarang ni memang tak dapat la...kalau asyik mengadap blog je...memang tak jalan la kerja aku kan...bahaya bila da addicted sangat dengan blog ni kan ? HAHA...

"Wahhh...gurau kasar la orang kat bangunan sana tu ! HAHA"

Haa, selama dua minggu terpaksa "lupakan" blog ni kejap sebab kena tumpukan fokus untuk siapkan kerja dan aku hampir terlupa yang aku ada blog...yang da agak lama tak berupdate...kejap on kejap off...biasa la kan...ikut tuan dia la...HAHA...dia yang tengah busy dengan FYP pun sempat update lagi...busy bukan alasan tak update entri...betul tak ? hee...

"Aku tetap nak guna alasan busy sebab tak tak update...boleh ? Ataupun lebih tepat lagi tak larat nak mengadap lappy sampai tengah malam...HAHA"

"Tolong updatekan entri boleh ?"

Kalau aku tak sempat nak update dan blogwalking...lepas tu ada yang tolong update entri dan blogwalking kan best...sebab bila terbaca entri mereka berdua ni...macam best je...kan ? Ada shif...best kot...hee...ke aku pun patut buat macam tu ? Erk, tak dapat nak bayangkan la...ahakkkss...


NOTA SKYTECH : 

Demam pun boleh ON OFF sekarang ni...pakej dengan batuk dan selsema...pakej selesema je aku takde lagi...hee...biasa la kan...cuaca pun tak menentu sekarang ni...time sahur memang kena minum air yang cukup la kan...tak kan nak minum time siang pulak kan...batal pose nanti ! hee...

"SALAM RAMADHAN"

**Terima kasih kerana membaca entri Hampir Terlupa Aku Ada...

Wednesday 18 July 2012

Wordless Wednesday #54 | Text Pelik Muncul Dalam AutoCAD

> Whats Up Guys...




NOTA SKYTECH :

Haa...boleh teka tak apa yang tak kena dengar gambar kat atas ni ? Bukan gambar edit ye...memang secara spontan tetiba je terjadi tanpa dirancang...tengah buat drawing AutoCAD...tetiba macam jadi error kejap...tetiba keluar ni...lepas tu terperasan satu benda yang agak luar biasa...aihhh ? Kenapa boleh tersesat nama tu dalam AutoCAD ni...HAHA...


P.S - Da bertahun guna AutoCAD ni tapi tak pernah pulak
 text pelik muncul dalam AutoCAD ni...HAHA (,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday #54 | Text Pelik Muncul Dalam AutoCAD

Monday 16 July 2012

Living Things : Karya Terbaru Linkin Park

> Whats Up Guys...

Haa...bila sebut saja nama band Linkin Park, mesti ramai peminat yang masih ingat lagi lagu seperti In The End, One Step Closer, Numb, Breaking The Habit dan banyak lagi lagu hit band Linkin Park ni yang sudah tampil dengan empat album studio terdahulu iaitu Hybrid Theory (2000), Meteora (2003), Minutes To Midnight (2007) dan A Thousand Suns (2010)...dan band ni baru saja menghasilkan album terbaru yang berjudul Living Things dan telah dilancarkan di Malaysia bermula 24 Jun 2012 yang lalu...

Living Things - LINKIN PARK

Karya terbaru Linkin Park ni memang agak berlainan sikit daripada empat album studio yang terdahulu...dan memuatkan 12 lagu termasuklah Lost In The Echo, In My Remains, Burn It Down, Lies Greed Misery, I'll Be Gone, Castle Of Glass, Victimized, Roads Untravelled, Until It Breaks, Tinfoil dan Powerless...




Single pertama untuk album ni, Burn It Down berjaya mengulangi prestasi album terdahulu apabila menduduki tempat pertama dalam carta terkemuka, Billboard untuk kategori lagu rock...muzik video lagu "Burn It Down" ni pun memang awesome la...cuba search kat Youtube...effect fire tu memang nampak smart la...aku teringin nak belajar buat video yang ada effect macam ni...hee...


Bila aku dengar saja lagu track 1 album ni iaitu Lost In The Echo yang merupakan single kedua untuk album ni...makin teruja nak dengar track seterusnya...sampai la ke track 12...da seminggu aku dengar lagu dari album LP yang terbaru ni...boleh dikatakan melodi dalam album ni lebih kompleks dan terdapat banyak elemen baru dalam setiap lagu...layan !

Memang tak dinafikan setiap album baru LP memang ada pembaharuan tetapi Linkin Park tetap tidak berubah...takkan bila da hasilkan album baru tapi masih dengan style muzik yang sama kan...mesti la ada perubahan mengikut arus perkembangan dunia muzik...da macam apa aku buat review ni...HAHA...

"Pastikan ORI baru beli...katakan tidak pada DOWNLOAD PERCUMA"

Album Rating : 8/10


NOTA SKYTECH :

Bagi aku la kan...kalau beli album yang original...kepuasannya memang lain daripada kita download free kat internet...serius...semua peminat Linkin Park memang kena ada satu copy album "Living Things" ni...yeaahh !

P.S -  Haa...lepas ni kalau ada lagi album yang best...
Review kat blog ni je la ye...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Living Things : Karya Terbaru Linkin Park

Friday 13 July 2012

Semakan Keputusan Permohonan Ke IPTA Bagi Lepasan STPM Sesi Akademik 2012/2013

> What Up Guys...

Haa...akhirnya tarikh sebenar untuk Semakan Keputusan Permohonan Ke IPTA Bagi Lepasan STPM / Matrikulasi / Asasi / Diploma / Setaraf (Ijazah Pertama) bagi Sesi Akademik 2012/2013 boleh disemak mulai 13 Julai 2012...hari ni la kan...mulai jam 12 tengahari...macam yang telah diumumkan dalam Harian Metro edisi 12 Julai 2012 muka surat 15...siap bagi detail lagi...hee...

Minggu Kedua Julai...mungkin hari ni tarikh yang dimaksudkan?


Cara membuat semakan keputusan :

  • Secara Online : Boleh terus buat semakan secara online di laman web rasmi kemasukan ke IPTA di http://upu.mohe.gov.my/
  • Talian Bantuan (Helpline) : 03-8870 6777
  • Hotline : 03-8870 6767 atau ;
  • Khidmat pesanan ringkas (SMS) : Haa...kalau nak semak result UPU melalui SMS...ikut je step macam kat bawah ni...lagi mudah...cepat atau lambat je result akan dapat...hee...


NOTA SKYTECH :

Haa...mesti ada yang tak boleh nak tidur lena sangat malam tadi kan bila teringatkan pasal ni...debarannya makin terasa bila da nak dekat pukul 12 tengahari nanti...hee...lepas ni ramai yang akan back to student life balik la kan...hee...


P.S - By the way, all the best guys...(,^^)
**Terima kasih kerana membaca entri Semakan Keputusan Permohonan Ke IPTA Bagi Lepasan STPM Sesi Akademik 2012/2013

Wednesday 11 July 2012

Keyword SEO Paling Hot

> What Up Guys...

Haa...keyword SEO paling hot ? Hot la sangat...cuma hot kat blog ni je la rasanya...setiap hari...setiap minggu...setiap bulan...mesti keyword yang sama je akan masuk..."Da takde keyword lain ke yang masuk blog ni ?" Semua tangan dok gatal nak search "keyword panas" tu kat uncle Google kan...lepas tu sangkut pulak masuk kat blog ni...setiap hari pulak tu...

Keyword Nuffnang minggu ni

Keyword Nuffnang minggu lepas

Keyword Nuffnang bulan Jun

"Macam takde beza je kan? HAHA"

Memang dahsyat penangan keyword panas lagi kontroversi tu...setakat ni belum pernah lagi keyword yang pelik lagi dahsyat yang datang menyinggah kat blog ni...semuanya keyword sama je macam kat atas ni haa...suci dan bersih...HAHA...


NOTA SKYTECH :

Haa...statistik keyword tu mungkin akan banyak berubah bila tiba bulan puasa nanti...just wait and see...hee...


P.S - Keyword yang tak sepatutnya harap jangan la singgah kat blog ni ye...
Habis tercalar rekod bersih blog ni nanti...HAHA...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Keyword SEO Paling Hot

Monday 9 July 2012

Hadiah Awal Bulan

> What Up Guys...

Haa...selalunya kalau seseorang tu mendapat hadiah atau sesuatu tu mesti akan happy kan tapi kenapa bila aku dapat "HADIAH" ni tetiba terus rasa terharu...tak tahu nak cakap apa...terkedu...first time pulak tu...sebab tak pernah dapat la HADIAH seumpama tu selama ni...adakah hanya aku seorang je yang bertuah pada masa tu ? 

Serius...memang special sangat "hadiah" ni...bukan senang nak dapat ni...LIMITED EDITION...kalau aku la kan mungkin 4 tahun sekali baru akan dapat...mesti korang akan tersenyum lebar bila terima hadiah awal bulan macam ni...confirm...aku berani jamin la...confirm...HAHA...

"HADIAH" awal bulan ? HAHA...

Haa...segala jenis perasaan tetiba muncul bila tengok "hadiah" ni...ingatkan kertas iklan ke apa...nasib baik tak buang...nak marah...menjerit...meraung...semuanya ada la...rekod yang selama ni bersih kini sudah tercalar disebabkan hadiah ni...baru bercadang nak saving duit bulan ni...spoiled...spoiled...HAHA....

Nak tak nak memang kena settle cepat la...malas nak panjangkan cerita...terasa macam aku je yang jadi mangsa pulak masa tu...selama ni kalau aku pergi area Times Square...parking kat kawasan situ selamat je...tak pernah pulak kena...tak kira la weekdays ataupun weekends...ok je...tapi kenapa hari tu pulak boleh kena ? Penuh dengan tanda tanya...


NOTA SKYTECH :

Haa...lepas ni kalau nak pergi area KL mungkin kena buka raga kot...selamat sikit...sebab masa hari yang aku kena tu...superbike berdekatan dengan area aku parking tu ok je...tak kena pun...haa...pelik jugak tu...kalau area tu tak boleh parking, mesti semua kena sekali kan ? HAHA...


P.S - Harap lepas ni tak dapat "suprise" lagi la macam ni...
Boleh menjejaskan kesihatan seseorang tahu tak...HAHA...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Hadiah Awal Bulan

Thursday 5 July 2012

Film Review : The Amazing Spider-Man

> Whats Up Guys...

Haa...rasanya da lama jugak tak review movie kan ? Eh, sebelum ni kan ada review filem Mael Lambong masa hujung bulan lepas dan itulah kali terakhir rasanya aku menjejakkan kaki kat pawagam sebab takde movie yang best untuk dibuat review...HAHA...kali ni nak tulis review movie paling latest yang ada kat pawagam sekarang ni...The Amazing Spider-Man...

The Amazing Spider-Man

Sinopsis : A young Peter Parker is playing hide-and-seek with his scientist father when he discovers his father's study has been broken into. His father, Richard Parker gathers up hidden documents, and Peter's parents take him to the home of his Aunt May and Uncle Ben then mysteriously depart. 

Years later, a teenage Peter attends Midtown Science High School, where he's bullied by Flash Thompson and has caught the eye of Gwen Stacy. At home, Peter finds Richard's papers, and learns his father worked with fellow scientist Dr. Curt Connors at OsCorp. Faking his way into OsCorp as one of a group of high-school interns, Peter sneaks into a lab where extremely strong "biocable" is being created from genetically modified spiders, one of which bites him. On the subway ride home, he is shocked to find strange spider-like abilities manifesting. TO BE CONTINUED...hee...

"Erk..macam mana nak turun ni..gayat la..."

Haa...sebelum tu jom layan trailer movie The Amazing Spider-Man ni dulu sebelum terus skip ke review movie ni...layan dulu...zasss :

"The Amazing Spidey..."


Kenapa perlu tonton movie The Amazing Spider-Man ni :
  • Filem bergenre sci-fi dan aksi
  • The Amazing Spider-Man adalah sebuah filem superhero Marvel's yang diberi sentuhan baru oleh pengarah Marc Webb
  • Filem The Amazing Spider-Man kali ini dibarisi oleh pelakon seperti Andrew Garfield (Peter Parker / Spider-Man), Emma Stone (Gwen Stacy), Rhys Ifans (Dr. Curt Connors / The Lizard), Denis Leary (Captain George Stacy), Martin Sheen (Ben Parker), Sally Field (May Parker), Irrfan Khan (Dr. Rajit Ratha) dan Chris Zylka (Flash Thompson)
Peter Parker
Gwen Stacy
  • Plot dan jalan cerita menarik daripada mula sehingga tamat tetapi ada sedikit persamaan dengan plot cerita movie Spider-Man yang sebelum ini tetapi banyak ditambah dengan plot jalan cerita baru
  • Watak Peter Parker / Spider-Man kali ni yang agak sengal dan terlalu pemalu dengan wanita yang dia suka...dan gagap...HAHA...
  • Kostum yang diperbaharui dan kelihatan agak moden berbanding kostum Spider-Man yang terdahulu
  • Macam mana The Lizard boleh muncul ?
  • The Amazing Spider-Man ni filem aksi ke filem komedi ni ? Confuse kejap...LOL...
  • Boleh ditonton dalam 3D ataupun 2D...lagi syok layan 3D la...dapat feeling jadi Spider-Man kejap dalam pawagam bila lompat dari bangunan ke bangunan tu...HAHA...
  • Boleh ke Spider-Man kalahkan The Lizard yang agak kuat tu ?
  • Haa...jangan keluar awal sangat sebab lepas kredit tu ada satu scene yang perlu korang tengok di akhir movie ni dan mungkin adakah sambungannya The Amazing Spider-Man ni ?

Rating : 8/10 (Movie ni memang berbaloi la untuk ditonton...dan berbeza sikit dengan movie Spider-Man sebelum ni...haa..apa lagi...terjah la pawagam sekarang...AMAZING !)

**Terima kasih kerana membaca entri Film Review : The Amazing Spider-Man

Wednesday 4 July 2012

Wordless Wednesday #53 | The Amazing

> Whats Up Guys...


NOTA SKYTECH :

Haa, ada pun movie best yang akan ditayangkan minggu ni kat pawagam...ni yang kena terjah ni...nak tengok movie yang ada kat pawagam pun tak syok sekarang ni sebab banyak movie yang macam tak menarik je...HAHA...


P.S - Kenapa la kat Malaysia ni lambat sangat tayang movie 
The Amazing Spiderman ni...HAHA...cepat la 5 Julai 2012...come on...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday #53 | The Amazing

Monday 2 July 2012

Demam EURO 2012 Akan Berakhir

> Whats Up Guys...

Haa...demam musim EURO 2012 pun da hampir tiba ke penghujungnya...bagus la...mesti ramai kaki bola ni sebulan tak cukup tidur sebab sanggup berjaga awal pagi sebab nak tengok perlawanan bola ! Tapi tu bukan aku la...

Nanti bila pagi mesti ada yang liat nak bangun la...lepas tu bagi alasan MC...tetiba sakit la...EL la...tak cukup tidur la...cukup la tu...alasan apa lagi nak bagi...haa, tu la siapa suruh berjaga awal pagi lagi kan ? Lepas final EURO 2012 ni berakhir...semua akan kembali normal...HAHA...



NOTA SKYTECH :

Result nanti aku tengok kat FB la...mesti ramai yang update nanti kan...heee...


P.S - Bulan Ramadhan pun da nak tiba ni...adakah ada yang 
bersemangat untuk berjaga awal pagi macam masa
 musim EURO 2012 ni...untuk peringatan diri sendiri jugak...

**Terima kasih kerana membaca entri Demam EURO 2012 Akan Berakhir
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com