Tuesday 4 February 2014

Jom Meriahkan Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

> Whats Up Guys...

Akhirnya event Sepetang Bersama Blogger 2014 kembali lagi buat tahun ketiga berturut-turut sejak ianya mula diadakan sejak tahun 2012 lagi dan kali ini ianya mungkin akan lebih kebaboom dan meriah lagi kerana telah mendapat tajaan daripada Yeo's Malaysia untuk event #SBB2014 #SBBYEOS2014 kali ini...kali ni merupakan kali kedua aku join event SBB ni sejak SBB2013...tahun pertama macam mana entah aku boleh terlepas nak joined...huhu

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014 pada kali ini akan diadakan di lokasi yang agak strategik di tengah kota raya Kuala Lumpur...sangat dekat dengan pengangkutan awam seperti monorel Bukit Nanas, LRT KLCC dan bas...cuma perlu berjalan kaki untuk beberapa minit saja untuk ke Saloma Bistro, Jalan Ampang...jangan lupa pula untuk save tarikh pada 8 Mac 2014 dan masanya sekali di dalam smartphone korang...event #SBB2014 bermula jam 10.00 am sehingga 5.30 pm...pastikan jangan tersalah tarikh dan jangan pula terlewat...sampai saja sana event da habis...menyesal tak sudah nanti...hee

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014 di Saloma Bistro

Haa, apa lagi yang menariknya tentang event Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014 kali ni agaknya ya ? Event #SBB2014 kali ini akan membariskan panel-panel blogger terkenal tanahair untuk berkongsi kisah dan pengalaman mereka dalam dunia blogging iaitu Ben Ashaari, Red Mummy, Shafie Bustan dan Zarul Husin...

Lucky Draw Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Hadiah lucky draw katanya memang mantap kali ni...ada iPhone 5S, iPad Mini, Garmin Navigation System dan banyak lagi...WOW ! Dengan hanya bayaran serendah RM20 untuk seorang, korang berpeluang untuk ambil bahagian dalam lucky draw ni...tak nak ke ? Makan dan minum pun disponsor daripada pagi sampai petang...dengar ada kambing golek dan cendol...perghh...

Haa, apa korang tunggu lagi...? Jom la segera mendaftarkan diri untuk join event terbesar blogger Asia Tenggara #SBB2014 ni sebelum pendaftarannya ditutup jika telah cukup kuotanya nanti...buat masa sekarang ni, pendaftaran memang amat memberangsangkan sejak pendaftaran untuk event #SBB2014 ni mula dibuka...jom daftar sebelum terlambat ! Mujurlah la aku sudah mendaftar awal...hee

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Nak daftar ? KLIK untuk mendaftar dengan segera dan hadiah lucky draw tu mungkin akan menjadi hak milik korang...haa, siapa tahu kan ? 


NOTA SKYTECH :

Serius rugi kalau tak join...tak kisah korang blogger baru atau lama...ada peluang untuk sertai event macam ni...join saja...hee...kalau join event macam ni la baru dapat luaskan NETWORKING...tak kan nak komen di alam maya saja...sesekali kena la jumpa face to face kan...? Hee...

**Terima kasih kerana membaca entri Jom Meriahkan Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Saturday 1 February 2014

Film Review - RoboCop 2014

> Whats Up Guys...

RoboCop 2014...Bila dapat tahu filem RoboCop versi yang terbaru ini akan menampilkan RoboCop dalam sut hitam...excited juga nak lihat apa kelainan yang akan dipaparkan dalam filem RoboCop versi remake daripada filem RoboCop (1987) ni...tu yang hari pertama tayangan di pawagam terus pergi terjah...haa, apa yang menariknya mengenai filem RoboCop ni, Malaysia antara negara terawal yang menayangkan filem ni di pawagam berbanding dengan United Kingdom akan ditayangkan bermula 7 Februari 2014 manakala di United States pula bermula 12 Februari 2014...lama juga rasanya aku da tak tulis review movie kat blog ni kan, jom layan review RoboCop 2014 kali ni...hee

Film Review - RoboCop 2014
RoboCop 2014

Synopsis : In RoboCop, the year is 2028 and multinational conglomerate OmniCorp is at the center of robot technology. Overseas, their drones have been used by the military for years – and it’s meant billions for OmniCorp’s bottom line. Now OmniCorp wants to bring their controversial technology to the home front, and they see a golden opportunity to do it. 

RoboCop - Alex Murphy

When Alex Murphy - a loving husband, father and good cop doing his best to stem the tide of crime and corruption in Detroit – is critically injured in the line of duty, OmniCorp sees their chance to build a part-man, part-robot police officer. OmniCorp envisions a RoboCop in every city and even more billions for their shareholders, but they never counted on one thing: there is still a man inside the machine pursuing justice. 

Haa, sebelum layan review movie RoboCop 2014 ni...jom kita layan trailer ni dulu..."Crime has new enemy..."


#MyReview "RoboCop 2014"

  • Filem RoboCop 2014 adalah filem remake daripada filem RoboCop (1987) dan filem bergenre sci-fi dan aksi kali ini adalah arahan Jose Padilha yang dibarisi pelakon seperti Joel Kinnaman (Alex Murphy), Gary Oldman (Dr. Dennett Norton), Michael Keaton (Raymond Sellars), Abbie Cornish (Clara Murphy), Patrick Garrow (Antoine Vallon), Jackie Earle Haley (Rick Mattox), Michael K. Williams (Jack Lewis), Aimee Garcia (Jae Kim), John Paul Ruttan (David Murphy), Zach Grenier (Senator Dreyfuss) dan Samuel L.Jackson (Pat Novak)
  • Plot dan jalan cerita yang menarik dan agak berbeza sikit daripada filem RoboCop (1987)...tapi memang tak boleh nak lawan la filem RoboCop yang asal...pada awal cerita, scene yang menunjukkan mengenai penentang berani mati di Tehran menentang robot drone milik OmniCorp tu sepatutnya tidak perlu ada kot...
  • Bagaimanakah Alex Murphy bertukar menjadi RoboCop dalam filem RoboCop 2014 kali ini ? Adakah plot ceritanya masih sama dengan filem RoboCop (1987) dulu ? Hee...
  • Pada permulaan Alex Murphy melihat dirinya sudah bertukar kepada cyborg di kilang OmniCorp di China, Alex Murphy tidak boleh terima kenyataan yang dia bukan lagi manusia tetapi cyborg...dan RoboCop boleh berlari dengan pantas dalam filem ni ? Macam pelik saja...RoboCop (1987) dulu ada ke haa ? Aku tak berapa nak ingat la pula...HAHA...
  • Kenapa Senator Dreyfuss tidak bersetuju dengan cadangan Raymond Sellars untuk menggunakan robot drone OmniCorp di United States ?
Alex Murphy RoboCop

  • Pada mulanya, Alex Murphy telah dipasangkan dengan sut cyborg berwarna chrome setelah menjalani pelbagai proses untuk memulihkan kembali Alex Murphy oleh Dr. Dennett Norton tetapi kenapa Raymond Sellars iaitu CEO OmniCorp tidak berpuas hati dengan sut RoboCop ?
  • Dalam filem RoboCop 2014 kali ini, sifat manusia yang telah ditonjolkan semasa babak di mana semasa Alex membuat video call dengan isterinya Clara, kali pertama selepas menjadi RoboCop...Alex menangis...huhu...dan semasa pertemuan kali pertama dengan isteri dan anaknya David, selepas Alex menjadi RoboCop...memang menyentuh hati...walaupun Alex Murphy cedera parah selepas insiden kemalangan yang hampir meragut nyawanya...tetapi ingatannya kepada keluarganya sangat kuat...
  • RoboCop 2014 versi sut hitam dan dilengkapi dengan motorsikal berkuasa tinggi untuk membanteras jenayah di bandar Detroit...sut memang da nampak smart dan bergaya...cekap menggunakan senjata tapi serius nampak macam bukan RoboCop da...oppss...kenapa ? Entah ! Haa, kena tengok sendiri la kat pawagam...hee
  • Watak penjahat, Antoine Vallon tu serius sangat tak menakutkan sebagai watak jahat...siapa setuju ? HAHA
RoboCop
RoboCop

  • Dalam filem RoboCop 2014 kali ini, pada mulanya RoboCop memang menjalankan tugas untuk banteras jenayah di bandar Detroit setelah Dr. Dennett Norton memasukkan data semua penjenayah yang masih lagi bebas di bandar Detroit tetapi tiba-tiba RoboCop hanya tertumpu untuk menyiasat kesnya sendiri untuk mencari siapa dalang insiden yang menyebabkan dirinya terbabit dalam kemalangan dulu...dan ada yang tidak mahu RoboCop terus hidup...siapakah dalang disebaliknya ?

RoboCop 2014
RoboCop acu pistol pada siapa agaknya tu ?

  • Dapatkah RoboCop menyelesaikan kesnya sendiri tanpa bantuan sesiapa ? Kalau nak tahu apa kisah selanjutnya...haa, apa kata jom saksikan segalanya di pawagam yang berdekatan...hee

Rating : 3.5 out of 5


NOTA SKYTECH : 

Secara keseluruhannya, filem RoboCop 2014 ini tidaklah mengecewakan sangat...effect CGI yang gempak tapi cuma ada beberapa part saja yang mungkin patut diperbaiki...tapi movie ni belum sampai tahap aku nak layan dua kali di pawagam la...huhu...haa, tapi bagi yang suka layan movie aksi dan sci-fi, ok saja nak layan movie ni...


P.S - Haa, ada yang da tengok filem RoboCop 2014 ni ? Cuba kongsi sikit pendapat korang macam mana ?

**Terima kasih kerana membaca entri Film Review - RoboCop 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com