Showing posts with label #SBB2014. Show all posts
Showing posts with label #SBB2014. Show all posts

Tuesday, 11 March 2014

Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 Lebih Meriah Tetapi...

> Whats Up Guys...

Majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2014 telah pun berlalu dan kali ini memang ternyata ianya lebih meriah daripada tahun yang sebelumnya...dan tahun merupakan tahun yang kedua aku sertai event #SBB ni...serius meriah, tak tipu punya...haa, kenapa aku kata event ni lebih meriah daripada tahun sebelumnya ? Kenapa agaknya ?

Haa, dan yang lebih menariknya lagi...ianya telah disertai lebih daripada 340 blogger seluruh Malaysia termasuklah beberapa orang blogger daripada negara seberang, Indonesia dan merupakan perhimpunan blogger terbesar di Malaysia tahun ini buat masa sekarang ini...fuyoooo ! Betul ke ?

Kisah Sepetang Bersama Blogger 2014

Haa, majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 kali ini telah diadakan di Saloma Bistro & Theatre Restaurant, Jalan Ampang Kuala Lumpur...huh, kalau ikutkan hati nak saja tegur semua blogger di event #SBB2014 ni...tapi...biarlah aku seorang saja tahu kenapa...hee

Perjumpaan Mega Blogger Asia Tenggara
Perjumpaan Mega Blogger Asia Tenggara

Haa, tapi itulah sebenarnya itulah tujuan event sebegini diadakan...untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim antara blogger yang selama ini hanya bertemu di alam maya saja selain dapat membina rangkaian yang lebih luas lagi dengan bertukar-tukar idea dan pendapat...bukannya tulis blog syok sendiri...haa, lagi satu...sangat rugi kalau tak bawa name card kalau join event besar macam ni...

"Aku bawa kad pun tak habis...segan punya pasal nak bagi kad...
separuh saja la luak...HAHA"

Sepetang Bersama Blogger dan Yeos 2014
Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Selain daripada itu, perkongsian ilmu dan tips blogging daripada panel blogger yang dijemput khas oleh team Denaihati seperti Ben Ashaari, Redmummy, Zarul Husin, Shafie Bustan dan Hazman Fadzil yang boleh dikatakan pakar dalam niche blog masing-masing...berkongsi tips dan input yang berguna kepada semua...sudah pasti kesemua tips yang dikongsikan oleh mereka akan membakar lagi semangat blogger untuk teruskan berblogging dan membina jenama blog dan seterusnya menghasilkan blog yang berkualiti...

Panel Blogger di Sepetang Bersama Blogger 2014

"iPhone 5S, iPhone 5C, iPad Mini...wahhh !! "

Kalau sertai event #SBB ni...acara yang paling dinantikan pastinya acara cabutan bertuah...hadiah cabutan bertuah kali ni memang SUPERBB la...iPhone 5S, iPhone 5C, iPad Mini dan banyak lagi...tapi yang pastinya 3 gadget tu yang paling dinantikan rasanya...dan yang buat hati jadi sebak apabila Yeop Mazri yang datang dari jauh dengan menaiki KTM daripada Perak semata-mata untuk sertai event #SBB2014 memenagi iPhone 5C atas usahanya yang tidak segan memberikan kad bloggernya kepada blogger yang dia jumpa di event hari tu walaupun baru kali pertama berjumpa...serius, aku memang tabik kat dia...dan dia layak untuk memenangi hadiah tu...

Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 Lebih Meriah tetapi...sebenarnya aku kecewa la sikit sebab kali ni nama aku tak naik langsung untuk acara cabutan bertuah...HAHA...tahun lepas ada la juga nama naik untuk cabutan bertuah ni...hee...tiada rezeki...mungkin lain kali agaknya...siapa tahu kan...tidak mengapa la...fokus aku pun bukan hanya untuk cabutan bertuah ini...tetapi input daripada event ini yang paling utama...

Sepetang Bersama Blogger 2014
Sepetang Bersama Blogger 2014

Sekalung tahniah buat team Denaihati Network atas usaha yang keras selama berminggu-minggu untuk pastikan majlis ini berjaya ! Event #SBB2014 tahun ini lebih tersusun dan teratur...harap untuk event blogger yang akan datang...akan lebih best lagi dan boleh ditambahbaik...Sepetang Bersama Blogger dan Yeos 2014 Terbaik !!

**Terima kasih kerana membaca entri Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 Lebih Meriah Tetapi...

Monday, 3 March 2014

Sebulan Tanpa Laptop

> Whats Up Guys...

Sebulan Tanpa Laptop...hampir sebulan juga la menyepi seketika daripada dunia blog ni...serius aku memang tersangat la rindu kat dunia blog ni...nak menaip entri...tulis review movie baru yang sedang ditayangkan di pawagam...nak blogwalking sana sini...fuhhh, habis tergendala semuanya selama sebulan disebabkan laptop "bertuah" ni buat hal...bila sebulan tak buka blog langsung...hampir 4k komen masuk dalam SPAM...perghhh...memang penat la nak delete semua tu...huhu

Sebulan Tanpa Laptop
Laptop "bertuah" buat hal la pula...

Haa, bila laptop yang selama ni sudah berkhidmat dengan aku selama lebih kurang 5 tahun sejak tahun 2009 lagi tetiba buat hal pula...bahagian highlight to non-stop bergerak...mungkin aku terlalu geram sangat masa tu...TERHEMPAS laptop "bertuah" ni...habis KO...haa, ni makan dia...kan da merasa sebulan hidup tanpa laptop...amacam, best tak ? HAHA...

Nak hantar repair ? Entah la...baik beli baru daripada hantar repair...nanti rosak balik...sejak beberapa bulan lepas lagi memang sudah menunjukkan tanda-tanda hampir KO...awal bulan Februari juga tamat riwayatnya....mungkin sudah sampai masa tukar baru agaknya kot...heee...laptop jenama apa yang korang rasa OK yang boleh korang recommend ? Macam ada yang tak kena saja bila laptop tiada disisi saat aku memerlukannya...huhu


NOTA SKYTECH :

#SBB2014 sudah makin hampir ni...It's The Final Countdown #SBBYEOS2014 !! Huhh, makin terasa pula bahangnya...tu yang gagahkan juga update blog walaupun bukan guna laptop sendiri...hee

**Terima kasih kerana membaca entri Sebulan Tanpa Laptop

Tuesday, 4 February 2014

Jom Meriahkan Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

> Whats Up Guys...

Akhirnya event Sepetang Bersama Blogger 2014 kembali lagi buat tahun ketiga berturut-turut sejak ianya mula diadakan sejak tahun 2012 lagi dan kali ini ianya mungkin akan lebih kebaboom dan meriah lagi kerana telah mendapat tajaan daripada Yeo's Malaysia untuk event #SBB2014 #SBBYEOS2014 kali ini...kali ni merupakan kali kedua aku join event SBB ni sejak SBB2013...tahun pertama macam mana entah aku boleh terlepas nak joined...huhu

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014 pada kali ini akan diadakan di lokasi yang agak strategik di tengah kota raya Kuala Lumpur...sangat dekat dengan pengangkutan awam seperti monorel Bukit Nanas, LRT KLCC dan bas...cuma perlu berjalan kaki untuk beberapa minit saja untuk ke Saloma Bistro, Jalan Ampang...jangan lupa pula untuk save tarikh pada 8 Mac 2014 dan masanya sekali di dalam smartphone korang...event #SBB2014 bermula jam 10.00 am sehingga 5.30 pm...pastikan jangan tersalah tarikh dan jangan pula terlewat...sampai saja sana event da habis...menyesal tak sudah nanti...hee

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014 di Saloma Bistro

Haa, apa lagi yang menariknya tentang event Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014 kali ni agaknya ya ? Event #SBB2014 kali ini akan membariskan panel-panel blogger terkenal tanahair untuk berkongsi kisah dan pengalaman mereka dalam dunia blogging iaitu Ben Ashaari, Red Mummy, Shafie Bustan dan Zarul Husin...

Lucky Draw Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Hadiah lucky draw katanya memang mantap kali ni...ada iPhone 5S, iPad Mini, Garmin Navigation System dan banyak lagi...WOW ! Dengan hanya bayaran serendah RM20 untuk seorang, korang berpeluang untuk ambil bahagian dalam lucky draw ni...tak nak ke ? Makan dan minum pun disponsor daripada pagi sampai petang...dengar ada kambing golek dan cendol...perghh...

Haa, apa korang tunggu lagi...? Jom la segera mendaftarkan diri untuk join event terbesar blogger Asia Tenggara #SBB2014 ni sebelum pendaftarannya ditutup jika telah cukup kuotanya nanti...buat masa sekarang ni, pendaftaran memang amat memberangsangkan sejak pendaftaran untuk event #SBB2014 ni mula dibuka...jom daftar sebelum terlambat ! Mujurlah la aku sudah mendaftar awal...hee

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Nak daftar ? KLIK untuk mendaftar dengan segera dan hadiah lucky draw tu mungkin akan menjadi hak milik korang...haa, siapa tahu kan ? 


NOTA SKYTECH :

Serius rugi kalau tak join...tak kisah korang blogger baru atau lama...ada peluang untuk sertai event macam ni...join saja...hee...kalau join event macam ni la baru dapat luaskan NETWORKING...tak kan nak komen di alam maya saja...sesekali kena la jumpa face to face kan...? Hee...

**Terima kasih kerana membaca entri Jom Meriahkan Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Alexa Rank Ezadskytech.com