Tuesday 15 November 2016

Kembara BoBoiBoy Galaxy Ke Angkasa Bakal Bermula !

> What's up guys...

Haa, sejak pertama kali animasi BoBoiBoy mula diperkenalkan di TV3 pada sekitar pertengahan tahun 2011 terbitan Animonsta Studios (MONSTA)...sememangnya ianya telah mencetuskan fenomena yang agak luar biasa bukan saja di Malaysia malah di luar negara...jadi tidak hairanlah animasi ni diteruskan sehingga ke musim ketiga...dan telah mengeluarkan filem yang pertama iaitu BoBoiBoy The Movie pada awal tahun 2016...haa, buat pengetahuan semua...aku memang adalah salah seorang peminat tegar animasi BoBoiBoy ni sejak daripada dulu lagi...silalah percaya ! HAHA...dan akhirnya, setelah sekian lama menunggu...BoBoiBoy dan rakan-rakan kini akan kembali lagi dalam BoBoiBoy Galaxy tidak lama lagi di TV3...Kembara BoBoiBoy Galaxy Ke Angkasa Bakal Bermula !

BoBoiBoy Galaxy
BoBoiBoy Galaxy

Haa, siapa yang masih ingat lagi babak terakhir dalam BoBoiBoy The Movie ? Kalau siapa yang sudah menontonnya di pawagam...mesti semua tahu, selain Ochobot dan Klamkabot...sebenarnya terdapat lagi sfera kuasa yang lain di seluruh galaksi...dan jika jatuh ke tangan yang salah pasti akan menjadi huru-hara di seluruh galaksi...garis masa BoBoiBoy Galaxy ni berlaku selepas 2-3 tahun peristiwa dalam BoBoiBoy The Movie...sebab tu sekarang ni BoBoiBoy sudah nampak dewasa sedikit...semasa musim ketiga kalau tak silap aku umur BoBoiBoy dalam lingkungan 11 tahun...dan dalam siri BoBoiBoy Galaxy pula 2-3 tahun selepas itu...haa, kiralah sendiri berapa...hehe

BoBoiBoy Galaxy (2016)
BoBoiBoy Galaxy (2016)

Rebranding BoBoiBoy Galaxy Ikut Jejak Anime ?

Haa, bila menonton preview selama 11 minit episod 1 BoBoiBoy Galaxy ni di YouTube channel MONSTA ni...fuhh, pasti akan rasa tak sabar nak menonton keseluruhan 104 episod nanti...setelah 5 tahun BoBoiBoy dihasilkan...aku yakin rebranding kepada BoBoiBoy Galaxy ni bakal mencetuskan fenomena sekali lagi ni...percayalah ! Lagu tema pembukaan BoBoiBoy Galaxy nyanyian Bunkface yang bertajuk "Dunia Baru" pun memang best...tak bosan pula bila dengar banyak kali ! HAHA

Barulah sentiasa nampak segar dan mengikut trend semasa...contohnya tengok anime Dragon Ball dan Naruto dah la...penceritaannya sejak mereka kecil lagi sehinggalah ke usia dewasa...perkembangan cerita yang sangat best untuk ditonton...tak mustahil juga animasi tempatan kita pun boleh mendapat tempat di hati peminat seluruh dunia suatu hari nanti...


Kalau dulu BoBoiBoy hanya menunggu Adu Du mencipta masalah tapi kini dalam BoBoiBoy Galaxy, dia pula perlu "mencari masalah" dengan menjelajah seluruh galaksi untuk mencari dan menyelamatkan sfera kuasa yang lain seperti Ochobot dan sekaligus mempertahankan seluruh galaksi daripada dikuasai kuasa jahat...

BoBoiBoy Galaxy - Fang
Perghhh...macam naga dalam anime Dragon Ball !

Adakah BoBoiBoy akan berjaya mencari kesemua sfera kuasa di seluruh galaksi ? Apakah cabaran yang harus ditempuh sepanjang pengembaraan mereka ke angkasa...jom saksikan siri BoBoiBoy Galaxy bermula 25 November 2016, setiap Jumaat jam 5.00 petang di slot BANANANA! TV3 dan di slot MNCTV Indonesia pula akan bermula sekitar bulan Januari 2017...Kembara BoBoiBoy Galaxy Ke Angkasa Bakal Bermula ! 

Kembara BoBoiBoy Galaxy Ke Angkasa Bakal Bermula !
BoBoiBoy Galaxy : Kembara Ke Angkasa

Credit Picture : Google.com

NOTA SKYTECH :

OK...bersedia untuk dicop blog BoBoiBoy lagi selepas ni...haihh, nak buat macam mana...dah memang sejak dulu lagi asyik keyword tu saja yang dicari kat blog ni...kalau tak percaya boleh periksa Alexa blog aku sekarang...periksa bahagian top keyword...sekarang ni BoBoiBoy Galaxy pula nak mula...kenalah up to date kan ! HAHA...

Haa, lepas tu bila dapat tahu dari Facebook "pencipta" BoBoiBoy Galaxy, En. Nizam Razak...tahun ni saja 6 episod akan dikeluarkan dan lagi baki 14 episod pula pada tahun depan bermula bulan Mac 2017...jadinya, jumlah semua sekali ada 20 episod untuk BoBoiBoy Galaxy Musim 1...dan selepas tu akan diteruskan pula dengan BoBoiBoy Galaxy The Movie pula...yeahh ! Makin tak sabar pula ni ! HAHA

FB Page : BoBoiBoy

BoBoiBoy Galaxy - Kuasa Elemental
BoBoiBoy Galaxy - Kuasa Elemental

**Terima kasih kerana membaca entri Kembara BoBoiBoy Galaxy Ke Angkasa Bakal Bermula !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com