Tuesday 15 November 2016

Kembara BoBoiBoy Galaxy Ke Angkasa Bakal Bermula !

> What's up guys...

Haa, sejak pertama kali animasi BoBoiBoy mula diperkenalkan di TV3 pada sekitar pertengahan tahun 2011 terbitan Animonsta Studios (MONSTA)...sememangnya ianya telah mencetuskan fenomena yang agak luar biasa bukan saja di Malaysia malah di luar negara...jadi tidak hairanlah animasi ni diteruskan sehingga ke musim ketiga...dan telah mengeluarkan filem yang pertama iaitu BoBoiBoy The Movie pada awal tahun 2016...haa, buat pengetahuan semua...aku memang adalah salah seorang peminat tegar animasi BoBoiBoy ni sejak daripada dulu lagi...silalah percaya ! HAHA...dan akhirnya, setelah sekian lama menunggu...BoBoiBoy dan rakan-rakan kini akan kembali lagi dalam BoBoiBoy Galaxy tidak lama lagi di TV3...Kembara BoBoiBoy Galaxy Ke Angkasa Bakal Bermula !

BoBoiBoy Galaxy
BoBoiBoy Galaxy

Haa, siapa yang masih ingat lagi babak terakhir dalam BoBoiBoy The Movie ? Kalau siapa yang sudah menontonnya di pawagam...mesti semua tahu, selain Ochobot dan Klamkabot...sebenarnya terdapat lagi sfera kuasa yang lain di seluruh galaksi...dan jika jatuh ke tangan yang salah pasti akan menjadi huru-hara di seluruh galaksi...garis masa BoBoiBoy Galaxy ni berlaku selepas 2-3 tahun peristiwa dalam BoBoiBoy The Movie...sebab tu sekarang ni BoBoiBoy sudah nampak dewasa sedikit...semasa musim ketiga kalau tak silap aku umur BoBoiBoy dalam lingkungan 11 tahun...dan dalam siri BoBoiBoy Galaxy pula 2-3 tahun selepas itu...haa, kiralah sendiri berapa...hehe

BoBoiBoy Galaxy (2016)
BoBoiBoy Galaxy (2016)

Rebranding BoBoiBoy Galaxy Ikut Jejak Anime ?

Haa, bila menonton preview selama 11 minit episod 1 BoBoiBoy Galaxy ni di YouTube channel MONSTA ni...fuhh, pasti akan rasa tak sabar nak menonton keseluruhan 104 episod nanti...setelah 5 tahun BoBoiBoy dihasilkan...aku yakin rebranding kepada BoBoiBoy Galaxy ni bakal mencetuskan fenomena sekali lagi ni...percayalah ! Lagu tema pembukaan BoBoiBoy Galaxy nyanyian Bunkface yang bertajuk "Dunia Baru" pun memang best...tak bosan pula bila dengar banyak kali ! HAHA

Barulah sentiasa nampak segar dan mengikut trend semasa...contohnya tengok anime Dragon Ball dan Naruto dah la...penceritaannya sejak mereka kecil lagi sehinggalah ke usia dewasa...perkembangan cerita yang sangat best untuk ditonton...tak mustahil juga animasi tempatan kita pun boleh mendapat tempat di hati peminat seluruh dunia suatu hari nanti...


Kalau dulu BoBoiBoy hanya menunggu Adu Du mencipta masalah tapi kini dalam BoBoiBoy Galaxy, dia pula perlu "mencari masalah" dengan menjelajah seluruh galaksi untuk mencari dan menyelamatkan sfera kuasa yang lain seperti Ochobot dan sekaligus mempertahankan seluruh galaksi daripada dikuasai kuasa jahat...

BoBoiBoy Galaxy - Fang
Perghhh...macam naga dalam anime Dragon Ball !

Adakah BoBoiBoy akan berjaya mencari kesemua sfera kuasa di seluruh galaksi ? Apakah cabaran yang harus ditempuh sepanjang pengembaraan mereka ke angkasa...jom saksikan siri BoBoiBoy Galaxy bermula 25 November 2016, setiap Jumaat jam 5.00 petang di slot BANANANA! TV3 dan di slot MNCTV Indonesia pula akan bermula sekitar bulan Januari 2017...Kembara BoBoiBoy Galaxy Ke Angkasa Bakal Bermula ! 

Kembara BoBoiBoy Galaxy Ke Angkasa Bakal Bermula !
BoBoiBoy Galaxy : Kembara Ke Angkasa

Credit Picture : Google.com

NOTA SKYTECH :

OK...bersedia untuk dicop blog BoBoiBoy lagi selepas ni...haihh, nak buat macam mana...dah memang sejak dulu lagi asyik keyword tu saja yang dicari kat blog ni...kalau tak percaya boleh periksa Alexa blog aku sekarang...periksa bahagian top keyword...sekarang ni BoBoiBoy Galaxy pula nak mula...kenalah up to date kan ! HAHA...

Haa, lepas tu bila dapat tahu dari Facebook "pencipta" BoBoiBoy Galaxy, En. Nizam Razak...tahun ni saja 6 episod akan dikeluarkan dan lagi baki 14 episod pula pada tahun depan bermula bulan Mac 2017...jadinya, jumlah semua sekali ada 20 episod untuk BoBoiBoy Galaxy Musim 1...dan selepas tu akan diteruskan pula dengan BoBoiBoy Galaxy The Movie pula...yeahh ! Makin tak sabar pula ni ! HAHA

FB Page : BoBoiBoy

BoBoiBoy Galaxy - Kuasa Elemental
BoBoiBoy Galaxy - Kuasa Elemental

**Terima kasih kerana membaca entri Kembara BoBoiBoy Galaxy Ke Angkasa Bakal Bermula !

19 comments:

  1. anak saya memang suka sangat boboiboi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. BoBoiBoy ni bukan budak saja yang suka...mereka yang sudah dewasa pun ada yang suka juga...hehe

      Delete
  2. Replies
    1. 104 episod dalam versi 3D kot...mesti gigih team MONSTA nak siapkan semua episod...baru tengok preview episod 1 pun macam menarik...fuhhh...tak sabar pula nak layan BoBoiBoy Galaxy...

      BoBoiBoy Galaxy...hey...hey...hey...ternyani pula...HAHA

      Delete
  3. hahah sy bawa adik tengok wayang boboiboy haritu menangis jugak tengok scene sedih. phew

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mestilah sedih...ingatkan Ochobot dah tiada...rupanya...hidup lagi...hehe

      Delete
    2. huhu..siap menangis lagi..kita tggu plak boboiboy galaxy..

      Delete
    3. Jom...sama-sama kita tunggu kemunculan BoBoiBoy Galaxy pula bermula minggu hadapan ! hehe :D

      Delete
  4. Tengok preview pun dah macam anime jepun yang hebat2.. tak sangka, anak muda dari malaysia boleh buat kartun sehebat nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal...makin excited nak tengok kan...sejak musim 1 sampai sekarang memang ada penambahbaikan...

      memang tak dinafikan la BoBoiBoy antara animasi yang terbaik di Malysia setakat ni...

      Delete
  5. anak saya memang suka la boboiboy ni, mesti diorg suka yang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jumaat minggu ni dah mula dah tayangan episod 1...mesti terpacak depan TV nanti jam 5 petang...hehe

      Delete
    2. owh kul 5pm. boleh bgtau depalah ni

      Delete
  6. film Bob bo boi termasuk salah satu film cartun sangat memiliki banyak pengemar di kalangan anak-anak di Negara indonesia. menghibur,, bener gak gan ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...benar...bukan sahaja anak-anak yang gemarkan BoBoiBoy...bahkan juga orang dewasa juga meminatinya... :D

      Delete
  7. Saya pon dah jadi peminat Boboiboy sebab anak-anak.
    Sejak tengok movie Boboiboy dengan anak terus suka giler dengan cerita ni.
    Cantik sangat kostum semua karakter dalam Boboiboy Galaxxy. Tak sabar nak tunggu Feng keluar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang sejak dari dulu lagi dah jadi peminat BoBoiBoy ni...sejak BoBoiBoy ditayangkan, memang banyak penambahbaikan yang dibuat...tengoklah hasil BoBoiBoy Galaxy sekarang...memang hebat ! :D

      Delete
  8. banyak improvement boboboi galaxy kali ni, terutama part CGI nampak lebih detail, syabas akhirnya kanak2 tempatan tak lagi berharap pada cartoon luar negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yess ! Sangat setuju...BoBoiBoy Galaxy kali ni memang nampak lebih detail...dah boleh lawan animasi dari luar negara...hehe

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di Ezad Skytech [dot] com...teruskan memberi sokongan dan tinggalkan komen di entri...kalau LIKE bolehlah klik G+ pada entri ni...

-EzadSkytech-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com