Huh, sepanjang tahun 2016 merupakan tahun yang agak busy bagi aku dengan kerja hakiki...ya, itu memang aku akui...kalau dapat update blog sebulan sekali tu dah kira bertuah tu...HAHA...tetapi apa yang menghairankan aku, sepanjang tahun lepas rasanya macam banyak pula dapat pergi travel berbanding tahun sebelumnya...dan kebanyakannya aku travel secara berkumpulan dan bukannya secara solo...2016 Sudah Travel Ke Sini, 2017 Ke Mana Pula ?
1) Pulau Tioman, Pahang
Antara salah satu pulau yang memang aku teringin nak pergi...akhirnya dapat jejakkan kaki juga untuk kali pertama ke Pulau Tioman sekitar bulan Mac 2016...pengalaman yang paling tak boleh lupa, sanggup bertolak awal daripada rumah jam 12 tengah malam menuju ke Mersing semata-mata untuk mengejar feri pertama dari Mersing ke Pulau Tioman...sempat naik kot feri pertama ! HAHA
Pulau Tioman, Pahang |
Memang priceless bila dapat tengok sunset tepi pantai...tahun 2017 ni nak pergi ke pulau mana pula di dalam Malaysia ni ? hehe
2) Bukit Bendera, Pulau Pinang
Hmm, seingat aku lah kan...rasanya memang tak pernah menjejakkan kaki lagi di Bukit Bendera ni...ke pernah sampai ke sini masa kecil dulu ? Entahlah...abaikan...akhirnya dapat juga merasa naik kereta kabel ni sekitar bulan Mei 2016...pertama kali naik...jakun juga la...HAHA...
Bukit Bendera, Pulau Pinang |
Nak tahu berapa harga tiket kereta kabel di Bukit Bendera ni boleh pergi ke >> Penang Hill Ticket Fare
3) Padang Kota Lama, Pulau Pinang
Tujuan utama aku ke Pulau Pinang dengan travel buddies ni sebenarnya hanya untuk mencari makan je sebenarnya disamping "bercuti"...dapatlah pekena pasembor...mujurlah aku ambil sikit je masa tu...haa, kalau tak...mahu aku yang menyembur bila nak membayarnya...HAHA
Padang Kota Lama, Pulau Pinang |
4) Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Pulau Pinang
Sejak ianya mula dibuka secara rasmi pada 2 Mac 2014, teringin juga nak merasa lalu atas jambatan sepanjang 24 km ni kan...akhirnya impian tu tercapai juga...mujurlah tak berhenti tepi jalan nak selfie sebagai bukti sudah lalu kat sini...HAHA
Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Pulau Pinang |
5) Carillon City, Perth WA
"Sambut Kemerdekaan Ke-59 di Australia" : 31 Ogos 2016...jam 5.35 pagi waktu tempatan...aku rasa macam bermimpi bila tiba di Perth Airport...pertama kali travel ke luar negara...HAHA...ditambah pula dengan cuaca hujan renyai...suhu pula mencecah 8°C kalau tak silap aku pagi tu...dengan perut tengah lapar sebab dalam flight memang tidur je...sampai ke sana terus pergi "menyesatkan diri" di sekitar bandar Perth dengan Uncle Zuan demi mencari sesuatu untuk dibuat alas perut...HAHA
Carillon City, Perth WA |
6) Elizabeth Quay, Perth WA
Haa, setelah mengalas perut...kami teruskan meneroka bandar Perth lagi sehingga tiba di Elizabeth Quay...satu lagi daya tarikan di sekitar situ adalah Bell Tower...wajib selfie bila kat sini walaupun tengah menahan sejuk...tengoklah cuaca kat belakang tu ! HAHA

Elizabeth Quay, Perth WA |
Macam mana nak ke sini ? Mudah...tak susah pun...kalau naik bas, pastikan naik Blue CAT Bus dan berhenti di hentian Barrack Square dan jikalau menaiki tren pula dari stesen Perth Underground, pastikan naik di platform Joondalup Line ataupun Mandurah Line dan berhenti di stesen Elizabeth Quay...kalau berjalan kaki pun dekat sebenarnya dari bandar Perth...hehe
Untuk pengetahuan korang...Blue, Red dan Yellow CAT Bus adalah bas PERCUMA di bandar Perth ni...serius...tak kisahlah nak berapa banyak kali pun nak naik...tapi pastikan dululah bas terakhir pukul berapa kalau berhajat nak pusing bandar Perth ni dengan menaiki bas...
7) Supreme Court Gardens, Perth WA
Bila meredah tanpa tengok peta...maka sampailah ke tempat yang tak dirancang...lokasinya tak jauh pun daripada Elizabeth Quay...lebih kurang 1 km je...jalan kaki je...apa ada hal kan ? Berjalan kaki di bandar Perth dah jadi kebiasaan pula walaupun masa tu baru beberapa jam tiba di Perth...HAHA

Supreme Court Gardens, Perth WA |
8) Amna Home, Perth WA
Pengalaman menginap di homestay Amna Home sememangnya best...boleh rasai sendiri jikalau ke Perth nanti...boleh terus hubungi mereka secara terus di FB Page Amna Home Official...sebelum ni aku ada kongsikan pengalaman menginap di homestay Amna Home...boleh baca di SINI >> Homestay Amna Home Perth Pilihan Terbaik
Amna Home, Perth WA |
9) Perth Underground, Perth WA
Perth Underground...diibaratkan macam stesen KL Sentral kalau kat Malaysia...bila dah sampai ke tempat orang...kenalah merasai sendiri pengalaman naik tren di tempat orang pula kan...penat dah jalan kaki sekitar bandar Perth...haa, kalau nak lebih faham boleh rujuk DI SINI >> Perth Rail Map
Cuba teka kami menghala ke mana ni ? Jangan minta bantuan bomoh OK...HAHA
10) The Pinnacles Desert, Nambung WA
Antara tempat WAJIB pergi kalau berkunjung ke Perth...perjalanan dari bandar Perth menuju ke sini mengambil masa lebih kurang 2 jam 20 minit dengan menaiki kereta...dibuka seawal 9.30 pagi dan tutup pada jam 4.30 petang...bayaran untuk masuk ke sini hanya AUD $12 untuk satu kereta...bila sampai ke sini pasti korang akan berasa kagum...macam mana tengah padang pasir ni boleh terbentuk batu kapur yang sangat unik...ambil gambar di sekitar sini memang terbaik...
The Pinnacles Desert, Nambung WA |
Mujurlah suhu pada masa kami pergi ni masa tu bawah daripada 15°C...masih ada saki-baki musim sejuk lagi...nampak macam panas terik tapi sebenarnya cuacanya berangin dan sejuk...dinasihatkan jangan pergi masa musim panas...takut korang pula PANAS nanti...HAHA
>> Alamat : Pinnacles Drive, Cervantes WA 6511, Australia
11) Yanchep National Park, Yanchep WA
Kalau pergi ke Australia...macam tak sah pula kalau tak bertemu dengan kanggaru dan koala...tapi di sini hanya boleh jumpa kanggaru liar je...nak jumpa kanggaru yang jinak memang bukan di sini tempatnya...hehe...haa, koala pun asyik tidur je...tak mesra dengan pengunjung langsung...buat hal dia je...HAHA...
Perjalanan dari bandar Perth ke sini hanya mengambil masa lebih kurang 50 minit je...bayaran untuk masuk ke sini hanya AUD $12 je untuk satu kereta...
Yanchep National Park, Yanchep WA |
>> Alamat : Yanchep National Park, Yanchep WA 6035, Australia
12) Blue Boat House, Crawley WA
Lokasi ni memang sangat popular...kalau pergi ke Perth...memang kena WAJIB singgah sinilah untuk bergambar...lokasinya tersangat dekat dengan Kings Park and Botanic Garden dan boleh diakses dengan menaiki bas bernombor 950 dan berhenti di hentian Mounts Bay Road...angin kat sini bukan sepoi-sepoi bahasa dah...tersangatlah sejuk ooii anginnya walaupun masa kami pergi dulu sudah di hujung musim sejuk ! Ambil gambar...selfie sikit...terus beransur balik...HAHA
13) Fremantle Prison YHA, Fremantle WA
Fuhh, pengalaman bermalam di cottage bekas warden di Fremantle Prison memang satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan...bekas penjara lama kot...terlalu banyak kisah seram yang didengari daripada penduduk sekitar kawasan ni...bahkan cerita daripada mereka yang bekerja di sana...berani tak nak menginap di sini untuk satu malam ? Boleh baca pengalaman aku ketika menginap di Fremantle Prison YHA DI SINI >> Pengalaman Menyeramkan Di Cottage Fremantle Prison YHA

Blue Boat House, Crawley WA |

Fremantle Prison YHA, Fremantle WA |
Kadar sewaan sebuah cottage yang boleh memuatkan sehingga 6 orang ni hanyalah serendah AUD $690 untuk satu malam...ada berani ke ? hehe
>> Alamat : 6A The Terrace, Fremantle, WA 6160
14) Kings Park and Botanic Garden, Kings Park WA
Haa, satu lagi tempat yang MESTI dikunjungi jika berkunjung ke Perth...serius, tempatnya memang terlalu besar...memang tak habis teroka masa pergi hari tu...pengunjung ramai datang ke sini pada waktu siang kerana keindahan landskapnya...kami semua datang ke sini pada sebelah malam hanya kerana mahu melihat pemandangan bandar Perth di waktu malam dari puncak Kings Park...serius memang cantik !
Tapi apa yang tak best terjadi...baru perasan bas dah tak beroperasi lagi pada waktu itu...huh, terpaksalah berjalan kaki secara berjemaah lebih kurang 2.2 km menuju ke bandar Perth dari Kings Park...haa, sampai ke hari ni tak boleh lupa 2 September 2016 disebabkan peristiwa ni la...HAHA
15) Brinchang, Pahang
Oleh kerana tak boleh move on lagi bila balik dari Perth walaupun sudah 2 bulan berlalu...bulan November 2016 sanggup meredah naik ke atas ni walaupun cuma untuk satu malam...walaupun pergi masa belum mula lagi cuti sekolah tetapi jalan sentiasa sesak di pekan Brinchang ni...macam mana la boleh salah masa pula aku pilih...HAHA...tapi serius, kesejukan air-cond memang tak boleh lawan kesejukan semulajadi...tiba-tiba teringat Perth...adehh...
16) Tanah Rata, Pahang
Walaupun sudah banyak kali naik ke Tanah Rata ni...mesti akan berhenti walaupun cuma untuk sebentar di Cameron Valley...terasa tenang jiwa bila tengok pokok teh ni...boleh hilang kejap segala masalah...layan pula Green Tea Cheese Cake sambil menikmati pemandangan...fuhh, syok...sebab tu aku amat hargai travel macam ni walaupun tak lama...HAHA
17) Lata Iskandar, Perak
Haa, kalau memandu dari Cameron Highland turun ke Tapah...mesti akan perasan kewujudan tempat ni...kalau lalu sini tak pernah lagi aku tengok langsung tiada orang...mesti ramai orang...mungkin ni air terjun yang paling dekat dengan mereka...aku fobia dengan air terjun ni sebenarnya...adalah kisahnya masa kecil dulu...HAHA
18) Bandar Hilir, Melaka
Walaupun sudah beberapa kali berkunjung ke Bandar Hilir, Melaka ni...sampai ke hari ni masih belum berkesempatan lagi naik Menara Taming Sari tu...lain kali lah...Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil yang tengah tular tu pun tak dapat nak merasa...malas nak beratur panjang sebenarnya...penutup travel tahun 2016 yang agak sadis...HAHA...
NOTA SKYTECH :
Haa, walaupun tahun 2016 tak banyak tempat sangat yang aku pergi tapi travel ke Perth memang satu pengalaman yang paling tak dapat dilupakan...mungkin sebab tu travel yang pertama ke luar negara agaknya...HAHA...kalau ada rezeki lebih, tahun ni #KeManaKeKita2017 ?

Kings Park and Botanic Garden, Kings Park WA |

Brinchang, Pahang |
16) Tanah Rata, Pahang
Walaupun sudah banyak kali naik ke Tanah Rata ni...mesti akan berhenti walaupun cuma untuk sebentar di Cameron Valley...terasa tenang jiwa bila tengok pokok teh ni...boleh hilang kejap segala masalah...layan pula Green Tea Cheese Cake sambil menikmati pemandangan...fuhh, syok...sebab tu aku amat hargai travel macam ni walaupun tak lama...HAHA
Tanah Rata, Pahang |
17) Lata Iskandar, Perak
Haa, kalau memandu dari Cameron Highland turun ke Tapah...mesti akan perasan kewujudan tempat ni...kalau lalu sini tak pernah lagi aku tengok langsung tiada orang...mesti ramai orang...mungkin ni air terjun yang paling dekat dengan mereka...aku fobia dengan air terjun ni sebenarnya...adalah kisahnya masa kecil dulu...HAHA
Lata Iskandar, Perak |
18) Bandar Hilir, Melaka
Walaupun sudah beberapa kali berkunjung ke Bandar Hilir, Melaka ni...sampai ke hari ni masih belum berkesempatan lagi naik Menara Taming Sari tu...lain kali lah...Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil yang tengah tular tu pun tak dapat nak merasa...malas nak beratur panjang sebenarnya...penutup travel tahun 2016 yang agak sadis...HAHA...
Bandar Hilir, Melaka |
NOTA SKYTECH :
Haa, walaupun tahun 2016 tak banyak tempat sangat yang aku pergi tapi travel ke Perth memang satu pengalaman yang paling tak dapat dilupakan...mungkin sebab tu travel yang pertama ke luar negara agaknya...HAHA...kalau ada rezeki lebih, tahun ni #KeManaKeKita2017 ?
tahun 2017 mesti lebih banyak tempat melancong
ReplyDeleteIn Sha Allah...ada juga planning nak travel lagi tahun 2017 ni...hehe
DeleteWahh best dapat travel ke oversea... moga suatu hari direzekikan Allah dapat berjalan ke luar negara.. semua dah pegi kecuali Tioman dan Australia hehe
ReplyDeleteIn Sha Allah...ada rezeki nanti boleh la pergi sana ye... :D
DeleteHebat... banyak tempat dah pergi di usia muda. Mesti banyak pengalaman dan terbuka minda
ReplyDeleteSelamat melancong tahun 2017.
ReplyDelete