Tuesday 29 January 2013

Kisah Sepetang Bersama Blogger 2013

> Whats Up Guys...

Haa, first sekali rasa macam nak tampar diri sendiri sebab terasa macam mimpi je bila berpeluang untuk hadirkan diri ke majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 anjuran denaihati.com di Hotel Singgahsana, PJ pada Sabtu yang lepas...first time dapat join event macam ni...kemeriahannya memang terasa sebab ramai blogger yang join event kali ni...event #SBB ni da masuk tahun kedua dianjurkan rupanya...


Haa, event #SBB2013 kali ni diserikan lagi dengan slot mini forum yang menampilkan beberapa orang Top Blogger seperti kak Kujie2.com, Beautifulnara, Yuyu Zulaikha, Amanz.my...banyak jugak ilmu yang telah dikongsikan oleh mereka ni...part lawak pun ada...oppss...setiap dua minit setengah refresh blog sebab nak tengok UV...alaa, biasa la tu...awal-awal buat blog siapa yang tak pernah buat macam tu kan...hee...

Memang smart view kat belakang ni...hee...

Huhh, ramai jugak la blogger yang belum pernah jumpa akhirnya bertemu di event #SBB2013 ni...macam BoniKacak...ehh, Boni da pernah jumpa da sebelum ni...erkkk...HAHA...siapa ye...tengah dok refresh kejap...haa, baru den ingat...dapat la jumpa dengan bro KiD, bro hazmanfadzil, Azri JohanBudak Nakal, kak Sha, Puanbee dan ramai lagi la...penat dok refresh ni...HAHA...

Bro Zarul mencari mangsa untuk diajak naik ke pentas...hee...

Selain itu, yang paling best SBB2013 ni menyediakan hadiah yang cukup wow seperti iPhone 5, iPad mini, gold bar, pakej percutian dan macam-macam lagi la...memang bertuah blogger yang dapat hadiah cabutan bertuah malam tu...hee...aq pun dapat hadiah cabutan bertuah malam tu...

Hadiah apa agaknya tu...? HAHA

Haa, kalau lambat sikit nama aq naik malam tu mesti da dapat iPad mini ataupun goldbar...hee...tapi yang ada kat SBB2013 saja tahu aq dapat hadiah apa...jangan ada yang pecahkan rahsia ni sudah...HAHA...terima kasih kepada penaja yang menaja semua hadiah #SBB2013 hari tu...

Event berakhir agak lewat sikit daripada masa yang telah ditetapkan...walau apa pun event hari tu berjalan lancar...harap ada la lagi #SBB2014 tahun hadapan...confirm nak join lagi...hee...bila event da berakhir...semua blogger dok berpakat bergambar...buat kenangan katanya...hee...tamat sudah Kisah Sepetang Bersama Blogger 2013...

Bro Zarul kata dia tak cam aq...
sebab kat blog lain, kat luar lain...
tinggi macam KLCC...tinggi sangat tu bro...hee...

-THE END-


NOTA SKYTECH :

Rasa macam baru semalam je join event SBB2013 ni...padahal da 3 hari pun berlalu...tu yang lambat nak update pasal ni...bila buka blog blogger yang hadir event ni...da lama mereka update...ishh...HAHA...

**Terima kasih kerana membaca entri Kisah Sepetang Bersama Blogger 2013

Friday 25 January 2013

Terasa Rugi Bila Guna Postpaid

> Whats Up Guys...

Haa, bila cuti lama ni terasa malas pulak nak update blog...HAHA...chopp...abaikan semua tu...OK, straight to the point...hee...kalau nak dibandingkan prepaid dengan postpaid, rasanya ramai yang prefer guna prepaid daripada postpaid kan...sebab bila nak guna...hanya perlu topup je...tapi yang paling tak syok, bila diperlukan masa tu la kredit habis la, tamat tempoh la...kan...HAHA...standard la tu...untuk pengguna postpaid pula, pernah terasa rugi bila guna postpaid

RM5.90 penggunaan sebulan...nampak tak kerugiannya disitu? HAHA...

"YES...bagi aq ianya terasa rugi bila guna postpaid sebab tak pernah guna 
sampai hadnya tapi bayar tetap macam biasa...HAHA"

Haa, had maksimum penggunaan sebulan RM50...tapi hanya guna 5% je...memang terasa rugi bila tak guna la...lepas ni kena gunakan secara maksimum la nampaknya...lagi jimat kalau guna prepaid...tapi yang peliknya bila guna prepaid cepat je habis bila topup...RM30 sebulan macam tak cukup je rasanya...HAHA...


NOTA SKYTECH :

Sebenarnya bukan nak guna sangat postpaid ni...masalahnya prepaid tiada micro sim...boleh je nak potong mini sim biasa jadi micro sim tapi takut tersilap potong je...langsung tak boleh guna nanti...tu yang terpaksa juga transfer prepaid ke postpaid...nak tukar prepaid balik boleh tak ? HAHA...

**Terima kasih kerana membaca entri Terasa Rugi Bila Guna Postpaid

Tuesday 22 January 2013

CPUV Pertama Nuffnang Tahun 2013

> Whats Up Guys...

Haa, setelah lama menunggu...dan rasa macam da nak give up tunggu...tetapi akhirnya melekat jugak CPUV Pertama Nuffnang Tahun 2013 ni dan merupakan CPUV ke-36 sejak bersama Nuffnang ni...haa, ingatkan boleh la dapat CPUV pertama dalam minggu pertama...tapi apa kan daya...melepas...minggu keempat bulan Januari baru la merasa nak dapat...terima kasih Nuffnang...dan terima kasih DiGi iPhone 5...ramai yang teringin nak beli iPhone 5 sekarang ni...huhu...


Satu BE baru je stop running minggu lepas...tup..tup...da ada pengganti...bila nak ada yang kedua dan seterusnya ni...HAHA...hee...tipsnya selalu la update entri, update survey Nuffnang tu selalu walaupun tiada CPUV yang tengah running...hantar je ticket kat Nuffnang banyak kali...HAHA...


NOTA SKYTECH :

Bila da dapat CPUV...cuba la update dan publish entri dengan lebih kerap...publish time tengah malam bila iklan rancak berdansa kat blog...hee...rasanya ramai yang dapat CPUV DiGi iPhone 5 ni semalam... (,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri CPUV Pertama Nuffnang Tahun 2013

Sunday 20 January 2013

Hampir Hilang

> Whats Up Guys...

Haa, selalunya kalau kita parking kenderaan dalam kawasan rumah mesti da rasa selamat kan...sebab kita boleh sentiasa perhatikan kenderaan kita tu...tapi zaman sekarang ni, tambah lagi dengan wujudnya jenis manusia yang PENDEK AKAL ni...tapi kalau da nekad tu, memang mereka tetap akan buat jugak...haa, macam apa yang baru terjadi kat aq semalam...adehh, aq masih lagi trauma dengan kejadian semalam ni...apa cer ? 

"Motor aq hampir hilang walaupun parking kat dalam kawasan rumah..."

Tempat kunci motor aq kena umpil juga tapi gagal...

Pergghhh...hampir hilang...kebetulan aq memang nak keluar kejap petang semalam...pada mulanya aq tak perasan langsung kesan umpil tu...lepas tu baru aq perasan kenapa ada sesuatu berterabur dalam raga motor aq...baru aq perasan tempat kunci tu telah diumpil...dan satu lagi yang aq perasan motor LC135 adik aq tiada kat situ...aq ingatkan dia parking kat tempat lain...aq cuba la tanya dia...dan dia cakap parking motor kat tempat biasa la...huh, memang sah motor adik aq hilang...dan motor aq hampir je hilang...nak cari pun peluang memang tipis nak jumpa balik...terus buat report polis je...

"Memang kurang ajar betul mereka tu...
da terdesak sangat ke sampai nak mencuri ni...!!"

Huh, orang lain berhempas pulas berusaha nak dapatkan...bukan RM6-7 harganya...RM6k-7k...lepas tu orang jenis macam ni senang je nak mencuri...tenteram ke hati tu kalau dok ambil harta bukan hak mereka...tahun lepas pernah jugak motor aq kena aim tapi salah target...kali ni cubaan nak curi pulak...dugaan awal tahun...tapi mujurlah tiada terjadi perkara yang tak diingini berlaku...cuma bahagian tempat kunci tu memang rosak la sebab kena umpil...adehhh...

**P.S - Double triple kan keselamatan kenderaan anda tak kira di mana saja anda berada...jenayah sekarang ni berlaku tak kira tempat...dan tanpa kita duga...pesanan ikhlas dari Ezad...

NOTA SKYTECH :

Kalau aq tak tergerak nak keluar petang semalam...mungkin tak sedar kejadian ni...mujurlah la aq kunci dengan baik...tapi memang rosak habis la tempat kunci tu kena umpil...cuma silapnya kenapa alarm motor aq tak berbunyi masa "MEREKA" buat kerja tu...haa, selalunya bila tersentuh sikit je motor aq tu confirm berbunyi dan satu rumah dengar...kalau tak confirm aq da ambil gambar dulu lepas tu sergah mereka...huhhh...


P.S - Terfikir macam mana aq nak pergi kerja esok...sebab hari Ahad 
susah nak cari kedai spare part motor yang buka...adehh...(~_~)

**Terima kasih kerana membaca entri Hampir Hilang

Friday 18 January 2013

Film Review : 3 AM

> Whats Up Guys...

Haa...movie...movie...minggu ni banyak pulak movie baru yang mula ditayangkan kat pawagam...tapi kalau nak layan semua sekaligus memang tak larat la...kena layan movie satu persatu la...haa, ada peminat tegar movie seram Thai tak kat sini ? Kalau movie seram Thai ni memang confirm aq akan tengok...dan kali ni aq nak review 3 AM, movie seram Thai...seram ke ? HAHA...


> Sinopsis "3AM"

#1st stories : In a wig shop crammed with lifeless heads of dolls, something turns out to be not really lifeless…Mint and May are sisters from a wig-making family, the two can’t get along but were made to man the shop while their parents went out of town...Their nightmare came alive when May unknowingly acquired hair of a dead person….

#2nd stories : In a stranger’s house with a dark history, two corpses lie peacefully, side by side…Tos is assigned to take care of Mike and Cherry, a couple killed in an accident just before their wedding...Their parents decide to keep their corpses, as the couple loved each other so much and their parents still treating them as if they were still alive...With Tos spending all his time with the corpses, he soon falls in love with the dead, but beautiful Cherry… what will this twisted love leads too?

#3rd stories : In the middle of the night, the office is as deserted as a graveyard, strange things happen… Karan and Tee are owners of a company whose office is in building rumoured to be haunted. The two aren’t scared, and actually enjoyed playing pranks on their staff who work late at night. But soon, the pranksters are no longer certain if the strange things that happened in the office are their game or someone else’s…


"3AM, the scariest hour of the night..."

#MyReview "3AM" :

  • Sebuah filem Thai bergenre seram arahan 3 pengarah berbeza iaitu Patchanon Thumajira (1st stories), Kirati Nakintanon (2nd stories) dan Issara Nadee (3rd stories) kerana terdapat 3 kisah seram berbeza dalam movie 3AM ni...
Tak seram OK ! Ciss...HAHA

  • #1st stories - Kisah sebuah kedai rambut palsu yang terbeli rambut orang yang telah mati daripada seorang perempuan...hantu dalam cerita pertama ni tak seram langsung...HAHA...mengarut...ada ke hantu pandai guna peralatan elektronik...tahu pulak tu nak blackout kan kedai rambut palsu tu...ciss...
  • #2nd stories - Kisah seorang penjaga mayat yang berlagak berani yang dikehendaki menjaga mayat sepasang pengantin...hantu dalam kisah kedua ni...aihh...lagi la tak seram...cuma ada rasa seram sikit masa keranda pengantin lelaki tu bergegar bila malam tu je yang rasa terkejut bila tengok...yang lain biasa je...

  • #3rd stories - Kisah sebuah pejabat milik Karan dan Tee yang dikatakan seram pada waktu tengah malam dan menjelang 3 pagi...Karan dan Tee suka menakutkan pekerja mereka yang bekerja sampai lewat malam...kisah ketiga ni je yang aq rasa memang best...rasa macam bukan tengok movie seram...asyik nak bantai gelak je...tapi pada penghujungnya agak seram sikit...nak tahu kenapa kena la tengok sendiri...HAHA...
  • Hantu merangkak muncul lagi...tak seram da wooiii jenis hantu macam ni...adehhh...
  • Dan yang penting...jangan baca entri ni jam 3AM...HAHA

Rating seram : 2.5/5

**P.S - Trailer movie 3AM tidak dimasukkan sekali dalam review ini kerana macam kurang sesuai untuk diselitkan dalam review kali ni...


NOTA SKYTECH :

Selalunya movie seram Thai memang seram kan? Tapi kenapa movie ni....adehhh, tak boleh lawan movie seram Thai lain macam Phobia, Laddaland...cuba hasilkan movie seram yang lebih seram lagi nanti ye...adehhh...


P.S - Review ni cuma pendapat aq saja...
Lain orang lain ragamnya kan...hee...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Film Review : 3 AM

Thursday 17 January 2013

Terkena Sindrom LISTEN

> Whats Up Guys...

LISTEN...LISTEN...LISTEN...let me speak...you listen...apakah itu ? Sejak beberapa hari lepas...bila buka saja FB...semua update status macam tu...buka blog pun sama...arrgghh...apa ni ? HAHA...habis semua da terkena sindrom LISTEN...



Sebenarnya apa yang terjadi ni haa ? Kenapa aq tak tahu apa-apa pun pasal ni...ketinggalan sungguh...ahaakss...dan yang paling annoying time aq tengah makan pun ada yang cerita pasal isu ni...listen ! listen ! listen..! Adehhh...teruk sangat da berjangkit benda ni...cer citer dengan aq apa punca sindrom LISTEN ni...aq nak tahu...HAHA


NOTA SKYTECH :

Nasib baik la aq tak terkena sindrom ni...kalau tak memang parah la...eh...kejap...kenapa entri pasal ni boleh muncul jugak kat blog aq ni...HAHA....(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Terkena Sindrom LISTEN

Wednesday 16 January 2013

Wordless Wednesday #63 | Bawa Diri Ke Seberang Sana

> Whats Up Guys...


NOTA SKYTECH :

Bawa diri ke seberang sana...lagipun tak pernah sampai ke sana lagi seumur hidup...punya la jammed laman web Air Asia malam ni sebab AIR ASIA BIG SALE...sampai 3-4 kali jugak la try...asyik ERROR je...tapi akhirnya...hee..Now, everyone can FLY...(,^^)


**Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday #63 | Bawa Diri Ke Seberang Sana

Monday 14 January 2013

Nak Hadiah Domain Percuma ?

> Whats Up Guys...

Wohaa ! Bila da dua hari tak publish sebarang entri ni rasa macam nak teruskan untuk hari ketiga pulak...HAHA...sekarang ni bila time weekend serius memang malas nak online apatah lagi nak buka blog dan mengupdate entri...bila weekdays da bermula baru la rajin sikit nak update entri...nampak tak kesengalannya di situ ? Ahakkss...hee...

Haa...berbalik pada tajuk entri...nak hadiah domain percuma...dan pelbagai lagi hadiah lain...hadiah yang ada setakat ni melebihi 60++ hadiah termasuk la domain dot com, RM cash dan lain-lain lagi...ada lebih kurang dua minggu saja lagi sebelum tarikh akhir GA ni...haa, ni pun saja nak promote GA yang rakan blogger ni anjurkan...tak nak join ke...kalau nak join jom KE SINI...hee...


Haa, da lebih seminggu GA tu berlangsung baru aq teringat nak promote...HAHA...sebab aq pun terlibat secara rasmi dalam GA tu...hee...sebab tu la tolong promote GA tu bagi memeriahkan lagi penyertaannya sebelum ianya tamat awal bulan Februari nanti...hee...


#NOTA SKYTECH :

Haa, rasanya seminggu sekali macam nak buat satu review movie baru yang ditayangkan kat pawagam la...wohaa ! Boleh tahan jugak respon setiap entri movie review...boleh berkongsi movie apa yang best tengah ditayangkan...ye tak ? The Tower best kot...siapa yang kata tak best...rugi siapa yang tak tengok lagi...hee...


P.S - Bila hari Isnin ni...nak menunggu hari Jumaat tu...
terasa lama...HAHA...bila time weekend...kejap saja 
masa berlalu...korang rasa tak apa yang aq rasakan ni ? (,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Nak Hadiah Domain Percuma ?

Thursday 10 January 2013

Penangan Keyword Bermusim

> Whats Up Guys...

"Eh, tulis entri pasal BoboiBoy ada ke yang nak baca?" Mesti la ada...selagi ada yang mencari kat Google dan tak hairanlah blog ni pernah dicop sebagai blog BoboiBoy suatu ketika dulu dek kerana penangan keyword bermusim ni...terbaikk ! Keyword kat Nuffnang pun setiap hari asyik melekat je keyword BoboiBoy...tension ! HAHA...


Haa...hebat sungguh penangannya kan? Tajuk entri dan keyword memainkan peranan yang penting...biarlah tajuk entri kena dengan isinya...dan sampai sekarang entri BoboiBoy masih lagi menguasai carta Top 10...tak sangka pun entri tu akan MELETOP...tulis sesaja sebab masa tu memang musim BoboiBoy...tak expect pun macam ni...

Eh, entri dari tahun 2011 pun masih ada lagi yang mencari lagi walaupun dari segi tarikh entri tersebut da lama expired...contohnya macam entri RM1,000,000 Moneydrop Online tu...dah masuk musim kedua pun tapi masih ada kat first page Google...pelik tapi benar? Guna Blogspot je kot...HUHU...


NOTA SKYTECH :

Entri satu perenggan boleh jadi top 2...tu yang tak boleh tahan...HAHA...lepas ni entri apa pulak yang akan KEBABOM tahun 2013 ni...hee...


P.S - Bila buka entri lama...pelik macam mana boleh dapat pageviews tinggi...
hairan bin ajaib...padahal entri biasa saja...HAHA...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Penangan Keyword Bermusim

Wednesday 9 January 2013

Wordless Wednesday #62 | Produk Pelik Tapi Diminati

> Whats Up Guys...



NOTA SKYTECH :

HAHA...produk pelik tapi diminati...? Apa entah agaknya yang dicari kat blog ni sampai sangkut keyword tu...setakat ni tak pernah lagi la "benda pelik" yang dipost kat dalam entri blog ni...tersalah blog barangkali si pencari keyword tu...hee...


**Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday #62 | Produk Pelik Tapi Diminati

Tuesday 8 January 2013

Cara Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2013/2014

> Whats Up Guys...


Sebelum Mengemukakan Permohonan


  • Pastikan anda telah mempunyai nombor Unik ID [ SLIP BSN ]
  • Pastikan anda membaca setiap arahan yang tertera pada Borang Permohonan.[ MANUAL PENGGUNA ]
  • Sila kenalpasti Kategori Anda


Semasa Mengemukakan Permohonan

  • Pastikan anda mengisi semua maklumat yang betul dan tepat di dalam borang permohonan anda.
  • Pastikan anda mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*).
  • Anda WAJIB memasukkan SALAH SATU MAKLUMAT bagi ruangan yang bertanda (**)
  • Pastikan anda membuat semakan dengan teliti borang permohonan anda
  • Pastikan anda menekan butang (Sah & Hantar) bagi menghantar borang permohonan.
  • Pastikan anda mencetak borang permohonan anda sebagai bukti permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem.



Selepas Mengemukakan Permohonan

  • Pastikan anda membuat semakan semula Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN bagi memastikan anda telah BERJAYA mengemukakan permohonan.
  • KEMASKINI Borang Permohonan jika perlu.
  • Sekiranya anda masih belum mencetak borang permohonan, Pastikan anda mencetak Borang Permohonan anda dilaman SEMAKAN sebagai bukti Permohonan.


    Sumber : upu.mohe.gov.my

    #Permohonan bermula daripada 7 JANUARI 2013 sehingga 15 APRIL 2013...


    NOTA SKYTECH :

    Haa...kepada mereka yang sedang memohon dan akan memohon untuk kemasukan ke IPTA bagi sesi akademik 2013/2014...selamat memohon dan semoga berjaya ! hee...

    **Terima kasih kerana membaca entri Cara Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2013/2014

    Sunday 6 January 2013

    Tolonglah Percaya...Baru Sekali

    > Whats Up Guys...

    Huhh...setahun lebih dengan Nuffnang tapi hujung tahun lepas baru la dapat merasa untuk cashout earnings yang da terkumpul lama tu...tapi bila aq cakap yang aq baru saja cashout sekali...ada yang tak percaya...siap kata aq poyo lagi...nampak macam nak cari gaduh saja Zuan dengan Kak Afasz ni...HAHA...

    #Sumber : SINI

    Tapi tolonglah percaya...baru sekali saja cashout Nuffnang tu...bertarikh 31 Disember 2012...tak percaya? Haa, ni dia buktinya...ada apa lagi yang tak puas hati...tu la...orang cakap tak nak percaya...kata poyo la...apa la...HAHA...nak tunggu cashout yang kedua pulak entah berapa lagi la nak kena tunggu...huhu...

    Menunggu cek pertama dari Nuffnang...!

    NOTA SKYTECH :

    Bila la agaknya CPUV pertama dari Nuffnang untuk tahun 2013 ni akan melekat kat blog ni...nak dapat BE di minggu pertama 2013 nampaknya macam da tinggal harapan saja...HAHA...

    P.S - Kalau buat contest teka earnings tu best jugak ni...hee...(,^^)


    **Terima kasih kerana membaca entri Tolonglah Percaya...Baru Sekali

    Wednesday 2 January 2013

    Wordless Wednesday #61 | Lawak Kampus Terkena Virus BIGBANG

    > Whats Up Guys...

    Dari kiri (atas) : Bepop (Seungri), Si Kosong (Daesung), Aditas (Taeyang)
    Dari kiri (bawah) : Froggy (T.O.P), Vanness (G-Dragon)

    Wow ! Fantastic Baby...!

    T.O.P....HAHA...!


    NOTA SKYTECH :

    Haaii...Keith pun minat BigBang ke...sampai cover Lawak Kampus Jilid 16 boleh terkena virus BIGBANG...HAHA...


    P.S - Dapatkan Lawak Kampus Jilid 16 di pasaran sekarang...(,^^)

    **Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday #61 | Lawak Kampus Terkena Virus BIGBANG

    Tuesday 1 January 2013

    Entri Pertama 2013 : Azam, Semangat Dan Blog

    > Whats Up Guys...

    Entri pertama 2013...Yeahh...I'm back ! 2012 pun baru saja melabuhkan tirainya...dan lega ianya da berakhir...memang agak busy sejak pertengahan 2012 sampai la ke penghujung tahun...dan buktinya entri kat blog setiap bulan semakin berkurang...dan yang paling best entri bulan lepas sempat post 1 entri saja...epic tak? HAHA...

    Total entri 2011 > 663 (Wow...entah apa yang aku mengarut agaknya tu...HAHA)
    Total entri 2012 > 183 (Perbezaan sampai 480 entri...memang AWESOME !!)
    Total entri 2013 > Infinity (Sedang dirancang...HAHA)

    Total entri 2013 berapa agaknya nanti ?

    2013...rasanya da tiba masanya untuk aku memulakan langkah baru...haa, baru la rasa bersemangat sikit nak berblog...first, Skytech Belog kini da official bertukar sebagai www.ezadskytech.com...da lama sebenarnya nak tukar domain ni...tapi tunggu masa yang sesuai...dan akhirnya awal 2013 ni baru la tercapai hasrat nak ada domain sendiri...1 Januari 2013...senang nak ingat...hee...

    "Header tu bila nak tukar?"

    Adehh...buat masa ni masih mencari idea lagi nak tukar header tu...da tak relevan lagi da sekarang ni...HAHA...bloglist pun da hilang...yess...satu kerja lagi...kena settlekan one by one...Next, eh patutnya ni yang first tadi...abaikan...haa, sebelum berakhirnya tahun 2012...dapat jugak cashout Nuffnang yang da lama aku kumpulkan...hee...harap tahun 2013 ni Nuffnang tak kedekut la dengan aku walaupun aku da jarang join event Nuffnang...HAHA...

    2 BE dapat dibawa untuk tahun 2013 ni ! 

    Well, tahun 2013 baru saja bermula...dan masih ada lagi 365 hari lagi...a new chapter...new hope...yeahh...i'm ready 2013 ! Come on...bring it on...! Harap semangat macam ni kekal la sampai ke hujung tahun...ahakss...azam baru...semangat baru...blog pun baru...hee...


    NOTA SKYTECH :

    Entri pembuka tirai 2013 yang...HAHA...da lama tak menaip...asyik tekan BACKSPACE saja...tu la dia penangan sebulan tak menaip entri...haa, azam tahun 2013...entah la...nak cari jodoh cepat kot...HAHA...mahu kena baling dengan periuk belanga kalau family aku baca ni...hee...peace yo!


    **Terima kasih kerana membaca entri Entri Pertama 2013 : Azam, Semangat Dan Blog
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Pengomen Setia Mac 2018

    Alexa Rank Ezadskytech.com