Monday 31 October 2011

Pengomen Tegar Skytech Belog Edisi Oktober 2011

Haa...bulan Oktober pun bakal melabuhkan tirai tak lama lagi...pejam celik je da nak masuk 7 bulan da aq berblog dan masih lagi bertahan sampai hari disebabkan mereka...pengomen tegar Skytech Belog...huuhhh...da rasa macam nak sampaikan anugerah la pulak...HAHA....

Setiap entri yang aq post...walaupun agak merepek...ada jugak yang sudi baca dan tinggalkan komen kat entri blog aq ni...huuhhh...terharu ni...hee...


"Pengomen Tegar Skytech Belog Edisi Oktober 2011..."

 Faridah Nazurah

Bro Ahmad

Maszull


- - # TERIMA KASIH SEMUA # - - 


NOTA KECIL :

Huuuhhh...kejap je bulan Oktober da nak habis...bulan November ni lagi banyak cabaran rasanya...heee~

**Terima kasih kerana membaca entri Pengomen Tegar Skytech Belog Edisi Oktober 2011

Sindrom Awal Minggu


"Ohhh...tidak...Isnin?"

Haa....amacam cuti hujung minggu korang...? Best...ke bosan je...hee...bila cuti hujung minggu da habis ni masa tidur pun setting balik....takkan hari biasa nak tidur lewat kan...nanti bila bangun pagi nanti mesti rasa tak puas je tidur...tak cukup rehat....haa...siapa suruh tidur lewat kan...HAHA...

Tapi kalau macam aq ni...terbalik pulak....bila esoknya cuti...bukan main awal mengantuknya...haa...bila da esoknya tu kerja...mata ni segar je sampai ke tengah malam....haa...macam mana tu...? Aq pun tak tahu macam mana nak betulkan timing tidur aq ni....heee...

Sindrom awal minggu memang macam ni...bila da terbiasa cuti dua hari tidur lewat...bila da masuk hari Isnin...haa....terasa macam cepat je cuti da habis...haa...kena la tunggu 5 hari lagi...hee~

Huuuhh...rasa macam nak tidur awal pulak malam ni... (^^,)

SELAMAT MALAM SEMUA


NOTA KECIL :

Kalau awal minggu macam ni mesti terasa lemau je...HAHA...

**Terima kasih kerana membaca entri Sindrom Awal Minggu

Sunday 30 October 2011

Layan Blog Hari Minggu | Santai Pagi

Selamat pagi....! Selamat pagi...!

Pagi yang indah...masih dalam mood cuti lagi ni...hujung minggu la katakan....awal pagi lagi aq da sibuk nak buka blog...HAHA...masa macam ni rasanya masih ramai yang masih lena lagi agaknya...hee...kalau pagi macam ni dapat hirup kopi espresso...fuhhh...mesti rasa segar je kan...


Haaaa...ada ke yang layan blog pagi hari minggu ni...? hee...kalau aq la...bila sehari da cuti dari blog...lepas memang malas sampai ke lusa rasanya nak update blog....HAHA...pagi hari minggu ni pun layankan je la blog ni kejap...masa tengah layan blog ni...boleh la fikirkan idea nak merayau ke mana hari ni...heee~

"SELAMAT MENIKMATI HUJUNG MINGGU !"


NOTA KECIL :

Haa...apa plan korang hari ni...? heee...

**Terima kasih kerana membaca entri Layan Blog Hari Minggu | Santai Pagi

Saturday 29 October 2011

Tahniah Negeri Sembilan | Juara Piala Malaysia


Yeaahhh....akhirnya Juara Piala Malaysia  Edisi 2011 malam ni dimenangi team nogori...haa...berbaloi aq sokong team Negeri Sembilan malam ni...walaupun aq cuma tengok separuh masa kedua je...tengok masa pertama pun kejap je...hee...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(2) Negeri Sembilan VS Terengganu (1)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Haa...gol memang cun la tadi...tak sangka cubaan S.Kunanlan tu boleh gol....heee...Hairudin Omar pun menambah koleksi gol seterusnya dan menjadi team nogori selesa dengan kelebihan gol 2-1....heee....sape ada bertaruh dengan aq tadi....haha....bergurau je la...tak baik bertaruh ni... :)

                                      Hoben Jang Hoben..!!

NOTA KECIL :

Haaa...mesti ramai yang update entri pasal bola malam ni...HAHA~

**Terima kasih kerana membaca entri Tahniah Negeri Sembilan | Juara Piala Malaysia

Piala Malaysia Milik Siapa ?


Haa...malam ni stadium Shah Alam rasanya penuh tak..? Walaupun katanya harga tiket mahal...tapi rasanya ada yang sanggup beli sebab nak dapatkan feeling menonton perlawanan secara live kat stadium kan...hee...memang berbeza la rasanya kalau nak dibandingkan kalau tengok kat rumah ataupun kedai mamak berbanding tengok kat stadium kan...aq pun tak pernah tengok kat stadium...HAHA...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Negeri Sembilan VS Terengganu
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Piala Malaysia kali ni milik siapa agaknya? Adakah ianya akan menjadi milik pasukan Negeri Sembilan...ataupun pasukan Terengganu...? 

P/S : Aq sokong team mana ye...? hee...


NOTA KECIL :

Hoben Jang Hoben ! heee~

**Terima kasih kerana membaca entri Piala Malaysia Milik Siapa ?

Friday 28 October 2011

Jangan Sesekali Cuba...



Sewaktu di dalam kelas...mata pelajaran Pendidikan Islam hampir tamat...sebelum keluar daripada kelas...Ustaz pun menberitahu kepada murid-muridnya...


USTAZ: Minggu depan kita akan belajar tajuk baru...Jadi ustaz nak kamu balik rumah nanti... Baca ayat 287   surah Al-Baqarah ...Sebab ayat ni ada kena mengena dengan tajuk baru kita nanti..


... ... ... ... ... ...


MURID-MURID : Orait ustaz!


Minggu depannya...semasa kelas mata pelajaran Pendidikan Islam..

USTAZ: Minggu lepas Ustaz Suruh kamu baca Ayat 287 Surah Al-Baqarah kan? Haaa...siapa yang dah baca ayat tu kat rumah?

Ramai murid-murid yang mengangkat tangan...Ustaz pun tersenyum...lalu berkata...

USTAZ : Saya tak percaya lah....

MURID-MURID : Betul Ustaz...kami baca..

USTAZ : Cuba kamu bukak Al-Quran..Surah Al-Baqarah ada 286 ayat jer...mana ada ayat 287..hari ni kita akan belajar tajuk baru...dosa-dosa menipu ...

MURID-MURID : =.=!

Sumber : FACEBOOK


NOTA KECIL :

Sentiasalah berlaku jujur dengan diri sendiri...dan jangan sesekali cuba untuk menipu ye...heee... 

**Terima kasih kerana membaca entri Jangan Sesekali Cuba...

Thursday 27 October 2011

Dilarang Malas

Huuhh...sehari dapat cuti...blog pun cuti jugak tanpa update...HAHA...cuma sempat update tengah malam semalam je la...bila bangun je pagi semalam...nak buka laptop...malas je rasanya...tunggu petang la...pun macam tu jugak...haa...da malam sikit baru rajin nak on laptop tu...tu pun blogwalking je...haha....

Kalau lama sangat tak update nanti...nanti nak menaip pun...serius...rasa macam pelik je sebab da lama tak menaip entri...paling kurang pun sehari tu kena la update...kalau da skip 2-3 hari tu...lagi la makin malas nak buka blog ni kan...hee...


"Haa....Dilarang Malas...! Nanti makin malas..."

Setakat ni belum pernah lagi la missed sehari untuk update entri sejak 6 bulan lepas...takde la blog aq berhabuk kan...ada jugak la blog berupdate dengan entri walaupun masa tu sindrom M.A.L.A.S. memang da menguasai diri aq ni...macam semalam la...aq cuti...blog pun nak mintak cuti jugak...haa....macam mana tu...HAHA...

P/S : Blog dengan tuan blog sama je....dua kali lima...hee...


NOTA KECIL :

Huuhhh...macam mana dengan target aq tu...macam tak boleh lepas je ni...HAHA...

**Terima kasih kerana membaca entri Dilarang Malas

Wednesday 26 October 2011

Malam Ni Pesta Mercun

Huuhh...malam ni memang da macam pesta mercun la...saat aq taip entri ni...da lebih 15 minit da ni tapi bunyi mercun kat sekeliling kawasan rumah aq ni tak berhenti lagi...HAHA...banyak betul stok mercun dorang tu ye...

Nampaknya malam ni siapa yang tidur awal tu memang akan terjaga la...serius...memang kuat...da macam berlawan pulak siapa lagi meriah...hee...haa...nak ambil gambar memang tak boleh la...maklum la...fon aq punya kamera mana ada flash...haa..kalau ambil gambar pun nampak apa je...gelap je kot....heee...


Heee...memang meriah la...aq yang untung sebab dapat tengok bunga api bila tengah malam ni...HAHA...nasib baik aq tak tidur awal malam ni...best pulak layan tengok bunga api...bunyi mercun baik punyerrr....da macam suasana nak berperang pun ada da ni kat sini....huhu~

Sumber gambar : #justgoogleit


NOTA KECIL :

Aq pun tak tahu bila nak berhenti bunyi mercun ni....takkan satu hari suntuk nak bakar mercun tu...HAHA...

**Terima kasih kerana membaca entri Malam Ni Pesta Mercun

Tuesday 25 October 2011

Amacam...Ada Berani ?

Wahh...esok cuti...!! cuti sempena Deepavali...hee...kenapa tak cuti sampai Ahad terus...hee...cehhh...da bagi cuti sehari tu bersyukur la kan...walaupun dapat cuti cuma sehari je...tu da cukup buat aq gembira sebab boleh la bersantai malam ni...siang esok boleh la topup tidur yang tak berapa nak cukup ni...HAHA...

Cuti sehari ni aq tak tahu lagi nak buat apa...takkan nak habiskan masa dengan tidur je...rugi la cuti tu kan...kalau cuti sampai ahad ke...boleh la aq plan nak berjalan jauh sikit kan...heee...tapi kalau dalam sehari tu nak pergi berjalan jauh...memang confirm penat la kan...lepas tu hari esoknya da lemau...huhu...

Huhhh...mana nak pergi ye cuti esok...? Haaa...aq ada plan baik punyer...HAHA...


Haaa...amacam...ada berani nak naik roller coaster tu..? Siapa yang belum pernah cuba tu memang kena cuba naik sekali...serius...best...jangan muntah sudah la...heee...

Sumber : #justgoogleit


NOTA KECIL :

Aq pun da lama tak naik roller coaster kat Times Square tu...kali terakhir naik roller coaster tu pun masa tahun lepas...HAHA...

**Terima kasih kerana membaca entri Amacam...Ada Berani ?

Mana Nak Cari ?

Huuhh...mana lagi aq nak cari ni agaknya ye...? Haa...rasanya da puas aq cari di kedai muzik sekitar KL ni minggu lepas...masuk sini...tak jumpa..masuk situ memang takde la...serius...mengecewakan...takkan tak masuk kat Malaysia benda yang aq cari ni...

Hee...jangan fikir lain pulak ye...HAHA...apa yang aq cari sebenarnya cuma la album terbaru band Alesana ni je...memang tak masuk Malaysia ke apa album band ni...album sebelum ni aq cuba la jugak cari...memang setakat ni tak jumpa lagi la kat mana-mana kedai muzik kat sekitar KL ni...


Sejak 3 tahun lepas aq da mula minat kat band Alesana ni...walaupun band Alesana ni band screamo...tapi lirik lagu band ni..serius...jiwang wooo...haha....Alesana ni memang unik sikit...tak sama macam band screamo yang lain...(^^,)

Haa...bulan lepas band ni baru je perform kat KL...hairan jugak tu...macam mana album band ni boleh takde dijual kat kedai muzik kat Malaysia ni....haa...aq boleh je nak download full album....tapi nak jugak beli yang ORIGINAL kan...HAHA...

P/S : Kalau betul minat tu...memang sanggup cari yang ori kan..! heee~


NOTA KECIL :

Haa...kalau tak jumpa jugak memang aq download je la...HAHA...

**Terima kasih kerana membaca entri Mana Nak Cari ?

Monday 24 October 2011

Serik Keluar Hujung Minggu

Huuhh...semalam...seharian aq tinggalkan blog dari pagi tanpa update...bila da keluar hujung minggu tu memang tak fikir pasal blog da...HAHA...takkan nak habiskan masa hujung minggu depan laptop je kan...sesekali tu luangkan la masa sikit nak keluar ambil angin hujung minggu kan...

Setakat lepak kat KLCC dengan Mid Valley je sempat..semalam kat KLCC macam ada buat event tapi masa aq sampai tu masih belum mula...ataupun aq yang terlambat...event tu da habis...HAHA...entah la...malas nak ambil tahu....lagipun da petang masa tu...masa untuk balik...hee...


Huuhhh...aq selalunya kalau pergi KL memang malas nak bawa kenderaan sendiri...tak tahu kenapa..? HAHA...salah satu sebabnya parking la...semalam aq balik pun da petang...haa..tu salah aq sendiri la...siapa suruh da petang baru nak gerak balik kan...haa...rasakan la...HAHA...

"Huuhhh...da macam tin sardin da aq tengok dalam 
KTM tu...memang masalah besar ni..."

Serius...aq serik bila keluar hujung minggu ni kalau nak naik KTM...perghhh...da macam tin sardin...serius...selagi belum penuh...haa..selagi tu la nak disumbatnya...huuhhh...aq lebih rela duduk rumah kalau hujung minggu kalau macam ni jadinya....kalau aq tahu...baik aq lepak rumah je semalam...layan blog...lagi best...HAHA...


NOTA KECIL :

Minggu depan kena fikir banyak kali ni kalau nak keluar hujung minggu ni...HAHA..

**Terima kasih kerana membaca entri Serik Keluar Hujung Minggu

Sunday 23 October 2011

Hari Minggu | Santai Pagi

Selamat pagi ! 

Haa...pagi ahad ni ada yang da update blog tak rasanya? heee...rasanya semua masih syok tengah tidur dibuai mimpi agaknya lagi ni...yela...nak nikmati hari terakhir cuti minggu ni la katakan...haa...da plan nak pergi mana hari ni...? Kalau cuti lepak rumah je mesti bosan je kan...tinggalkan la blog tu kejap...nikmati hari cuti ni..betul tak..? hee...(^^,)

Erk..plan aq untuk hari ni......


Haa...aq pun sebenarnya tak tahu nak pergi mana hari ni...haha...aq malas nak plan kalau nak pergi sesuatu tempat tu...nanti mesti tak jadi...haha...tengah tunggu idea spontan je ni nak pergi mana...dapat je idea...terus straight pergi je ni...haha...

#SELAMAT MENIKMATI HUJUNG MINGGU !


NOTA KECIL :

Harap cuti hari minggu kali ni tak SPOILED la macam minggu sebelum ni...HAHA...

**Terima kasih kerana membaca entri Hari Minggu | Santai Pagi

Saturday 22 October 2011

Mana Satu ?

Terengganu VS Selangor

Masterchef Malaysia

Huuhh...mana satu yang nak ditengok malam ni agaknya...nak tengok bola...Terengganu da skor 1 gol...huuuhh...Selangor kena kejar 4 gol lagi kalau nak menang game malam ni...Erk...SPOIL...da takde mood aq nak tengok bola ni...harap Selangor boleh kejar balik la...sementara aq nak tengok Masterchef Malaysia episod 1 ni...hee...

Da lama aq tunggu rancangan Masterchef Malaysia ni...baru aq teringat hari ni da mula disiarkan kat Ria...nasib baik aq tak jadi nak keluar tadi...boleh la layan...nak tengok bola...malas...tunggu separuh masa kedua nanti...kalau Selangor tak dapat jugak nak skor gol...memang takde peluang la...hee...

#1300Mia Meymi


NOTA KECIL :

Haa...ada yang perasan aq tak update entri hari ni...? HAHA...

**Terima kasih kerana membaca entri Mana Satu ?

Friday 21 October 2011

Andai Aku Tahu

Huuhh...mood nak update baru timbul...HAHA...salam petang Jumaat...dari pagi tadi aq jadi stalker je...blogwalking tu ada la...ceroboh blog sana..ceroboh blog sini...haa...sesekali jadi stalker ni best juga kan...hee...

Pagi tadi punya aq bersemangat nak kerja...haa..datang office pun awal dari biasa tu...maklum la..hari Jumaat...esok da cuti..tu yang excited semacam je...pagi tadi fikir nak ambil MC...sebab kurang sihat sikit dari malam tadi..tu yang tidur awal tu...tapi bila difikirkan balik hari ni da Jumaat...sehari je lagi kerja kan...layan kan jer la walaupun kurang sihat sikit...

Haa...tiba je kat office pagi tadi...aq pun hairan la kenapa pagi tadi sunyi semacam je...selalunya kalau setiap pagi..mesti riuh office aq tu...tapi pagi tadi senyap je...mungkin ada yang belum sampai lagi la tu...haa..masa aq tengah nak on laptop aq tu...ternampak kat papan putih yang ada senarai nama staf kat situ...MC...EL...

Erk...ramai pulak yang cuti hari ni...andai la aq tahu macam ni...kan bagus pagi tadi aq teruskan je niat aq nak MC tu...HAHA...naluri aq memang tepat...patut la pagi tadi malas je rasanya nak bangun...tapi aq tetap kuatkan semangat nak bangun tu...hee...

"Kalau la aq ikutkan je naluri aq pagi tadi tu kan bagus..."


NOTA KECIL :

Hee...relaks la..lagi beberapa jam je lagi ni...sabar..sabar... kita blogwalking dulu ! :D

**Terima kasih kerana membaca entri Andai Aku Tahu

Blog Atau Tidur ?

Huuhh...selalunya kalau hari biasa ni mata aq memang segar je la sampai pukul 2-3 pagi...tapi malam ni tetiba mengantuk semacam je...sampai aq boleh terlelap la kejap depan laptop ni sebab nak tunggu loading sesuatu page tu pun agak lama...HAHA...

Haa...yela..dari petang tadi hujan...mungkin sebab tu la agaknya line internet jadi slow sikit malam ni...nak blogwalking pun macam semput je rasanya ni...silap hari bulan...boleh pecah skrin laptop ni aq kerjakan nanti...

"Kalau tiada laptop...macam mana aq nak buka blog nanti..?"

Hee...betul juga tu...kalau tiada laptop nanti...aq juga yang susah kan...haha...tak dapat la nak update entri..tak dapat la nak blogwalking kat blog korang lagi kan...huuuhh...mana boleh...sehari tak buka laptop...terasa macam sebulan lamanya tak buka...haha...

Blog...? Ataupun tidur..? Huuuhhh...baik aq lelapkan mata awal malam ni...daripada aq dok tunggu line internet ni nak OK...memang sampai ke pagi la jawabnya...lagipun masih hujan kat luar tu...syok tidur ni....zzzzzzz...

~ SELAMAT MALAM ~

NOTA KECIL :

Haa...da lama tak merasa tidur awal macam ni...tetiba rasa macam jakun pulak..HAHA...

**Terima kasih kerana membaca entri Blog Atau Tidur ?

Thursday 20 October 2011

Jom Minum Petang

Bila tiba waktu petang macam ni...memang masa yang terbaik la untuk minum petang sambil layan blog...serius...memang best...hee...selalunya bila petang ni...kalau dah tiada apa nak buat...sementara nak tunggu pukul 6 petang kan...mula la aq terfikir balik nanti apa la juadah minum petang...haa...jasad aq je masih ada kat office...tetapi fikiran da melayang habis da masa tu...HAHA...

Selalunya kalau aq berangan macam tu...masa tu memang bergerak terlalu pantas...huuuhhh...tak dan aq nak berangan lama sikit...tupp..tupp..tengok jam kat desktop da pukul 6..haha...

“Terlajak perahu boleh berundur...
terlajak masa memang tak boleh undur”

Hee...biasa la tu...kalau da berangan tu mana nak sedar masa tu bergerak begitu pantas kan...tapi kalau ditunggu masa tu...seminit pun terasa macam 10 minit kan...?

Aq taip entri ni pun tak sedar da 5 minit berlalu...lapar da ni...hee..

Jom santai...jemput makan ! hee...


NOTA KECIL :

Lepas minum petang nanti...jom ronda ! cuci mata kejap...oopppsss...silap...ronda pergi ambil angin je...tak lebih dari tu..HAHA...

**Terima kasih kerana membaca entri Jom Minum Petang

Kalau Berani Cuba La

Haa…aq rasa ramai yang da pernah merasa kena PRANK ni kan..? Selalunya bila tiba masa birthday la ramai yang akan kena kan…? HAHA…tapi aq tak pernah kena lagi la macam tu…sebab selalunya birthday aq jatuh pada hari cuti…dan kalau kat FB aq selalu sorokkan tarikh lahir aq bila dah makin hampir tu…bila da lepas je birthday aq tu baru aq tunjukkan balik…hee…

Housemate aq tu mesti frust sebab da 3 tahun aq terlepas semua tu..haha…terlepas la dari kena baling dengan tepung…telur…lepas tu kena siram dengan air…bayangkan la…tak sanggup aq kalau kena macam tu…heee…kalau housemate aq yang kena prank macam tu selalunya aq tengok je…tak nak masuk campur…nanti aq kena balik…takde la point dorang nak kenakan aq balik kan…haha…

Huuuhh…tapi kalau nak buat macam tu kena bertempat la…jangan takde sebab tetiba nak prank macam tu….boleh buat gaduh nanti…hee…

Haa…cuba korang tengok kat dalam gambar di bawah ni…cuba la bayangkan…kalau korang kena macam ni...HAHA...aq tak dapat bayangkan la... :D


“Arrrggggghhhh….siapa letak paku tekan kat sini ni..? 
Memang cari nahas la..."

Haa...amaran ni..! gurauan ni boleh membawa maut ni...tak cukup tanah korang nak lari nanti bila kena kejar....kalau berani..cuba la...HAHA...


NOTA KECIL :

Nak bergurau pun biarlah berpada kan…hee…jangan sampai orang serik nak berkawan dengan korang nanti… :D

**Terima kasih kerana membaca entri Kalau Berani Cuba La

Wednesday 19 October 2011

Blog Memang Kena Letak Iklan Ke?



“Kalau ada blog…memang kena letak iklan sekali ke..?”

Haa…sekarang ni bila aq blogwalking kat blog blogger lain…kebanyakan blogger tu mesti akan letakkan iklan dalam blog mereka…syarikat iklan yang paling terkenal di kalangan blogger sudah semestinya Nuffnang dan Advertlets…sebab syarat nak letakkan iklan mereka dalam blog tu mudah…dan tak sesukar Innity…hee…


Huuhhh…kalau tak cukup berani…jangan la apply Innity...kena beranikan diri dulu…kalau rasa da cukup syarat…baru la apply…hee…sebab syarat nak apply Innity tu boleh buat blogger biasa macam kita ni termasuk aq…boleh ternganga la…pengsan kejap…sebab syarat dia memang BAIK PUNYERR…hee…

“Kalau tak letak iklan tak boleh ke..?

Ehh…relaks..sabar dulu…jangan sentap ye…heee…setiap orang tu kan ada pendapat yang berbeza…sebenarnya nak letak iklan atau tidak tu…semua tu terpulang la kat blogger tu sendiri…takde pun syarat kalau nak buat blog ni mesti kena letak iklan kan…heee...

Mula letak iklan Nuffnang ni pun lepas 2 minggu aq berblogging dulu…sebab masa tu rasa blog ni macam kosong je…kurang meriah…hee…bila buka blog lain…ada je iklan Nuffnang…haa..masa tu aq belum kenal Advertlets ni lagi…nampak la meriah sikit kan blog aq ni…hee..da 6 bulan aq setia dengan Nuffnang ni..belum pernah curang lagi…HAHA…


NOTA KECIL :

Belum terfikir lagi nak tukar ‘bini’ lain ni walaupun kelmarin BE da jadi ME…HAHA…setia lagi dengan Nuffnang ni…heee~

**Terima kasih kerana membaca entri Blog Memang Kena Letak Iklan Ke?

Wordless Wednesday #23 | Oh Paramore





NOTA KECIL :

Macam baru semalam je aq pergi ni...da setahun rupanya...HAHA...

**Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday #23 | Oh Paramore

Tuesday 18 October 2011

Aku Ada Kembar ?

Haa...aq ada kembar? Sejak bila ni...aq tak pernah tahu pun yang aq ada kembar...kembar tiga pulak tu...erkk...jangan salah paham pulak ye...bukan kembar yang ada pertalian darah tu...hee...ni pasal blogger kembar tiga...huuhh...siapa blogger kembar aq lagi dua orang tu...? HAHA...

"Kembar sendiri pun tak kenal ke..?"

Aq pun tak tahu tang mana yang kembarnya tu...dua blogger yang dikatakan kembar aq tu memang da lama jugak ada dalam dunia blogging ni...aq je yang baru muncul awal tahun ni...macam mana la boleh dikatakan kembar tu...HAHA...berlainan tahun tu..hee...


Nak kata cara penulisan sama...? Entah la...aq tulis entri ikut stail aq je...tapi tak tahu la kan mungkin ada persamaan ke...yang tu aq kurang pasti la...hee...setiap blogger tu ada stail penulisan masing-masing kan...betul tak...?

Huuhhh....aq pun hairan ni...yeke iMbobo dan Freaky kembar aq..? haha...haa...kalau nak tahu lebih lanjut...Klik SINI... :D


NOTA KECIL :

Aq ada blogger kembar? Korang ada...? HAHA~

**Terima kasih kerana membaca entri Aku Ada Kembar ?

Nak Tidur Lena ?

Haa...tajuk entri tak habis lagi tu...hee...malam ni aq nak kongsikan cara nak dapatkan tidur yang lena versi Skytech...senang je...bukan senang aq nak kongsikan tips ni...HAHA...tips yang aq bagi ni mesti berkesan la...sebab sebelum bagi tips ni...terlebih dahulu aq mesti akan jalankan eksperimen terlebih dulu kan...haa...mesti akan tidur lena la malam ni...hee...

Huhhh...nak tahu ke tak ni...? Kalau tak nak tahu...aq boleh simpan je tips ni...sharing is caring kan..? hee...


#1 PERTAMA

Sebelum tidur tu bancuh la air panas...bancuh la air teh ke..Milo ke...tapi aq lebih suka Milo...sekali hirup  ni...fuuuhhh...nikmatnya...hee...

#2 KEDUA

Berjogging pusing keliling rumah 10 kali....mesti penat kan lepas tu...haa...sampai je rumah terus je  tidur...mesti lena la...

#3 KETIGA

Haa...cari rancangan kat TV yang paling bosan...mesti akan rasa cepat mengantuk...haa..lepas tu...terus masuk tidur...hee...

#4 KEEMPAT

Cuba cari buku yang korang rasa paling bosan untuk dibaca...baru baca 5 minit..mesti da rasa mengantuk tahap maksima...

#5 KELIMA

Haa...ni yang paling best...cuba tengok jam da pukul berapa..? Apa lagi...korang da mengantuk tu...tutup blog...tidur la...hee...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hee....segar balik ke mata tu bila baca entri ni...? HAHA...tapi aq rasa tips yang nombor 2 tu je yang tak sanggup nak buat kan bila tengah malam macam ni...hee...aq bergurau je la..jangan ambil serius pulak ye...aq pun tetiba rasa segar je bila baca entri ni...HAHA....


NOTA KECIL :

Kalau da ada idea spontan tu...macam ni la jadinya...heee~

**Terima kasih kerana membaca entri Nak Tidur Lena ?

Monday 17 October 2011

Bila Nak Update Entri Baru?

Huuhhh...aq baru nak ambil mood nak buka blog...nak blogwalking...hari ni memang aq belum mula blogwalking lagi dari pagi tadi...tapi tetiba keluar macam ni...haa...siapa tak cuak kan..? Haa...tadi kalau aq refresh balik tapi tetap macam tu jugak...takde perubahan...memang aq tak buka blog la malam ni kan...


Nasib baik la bila refresh je OK balik...hee...boleh la sambung blogwalking...

Haa...pagi tadi aq sempat update satu entri je...tak sangka pulak entri tu ramai yang bagi respon...HAHA...sekarang ni kalau nak update 2-3 entri sehari pun susah...bila aq tengok kat bloglist aq tu...ada juga blogger yang da jarang update entri da sekarang ni...mungkin sibuk la tu...serius...rindu nak baca entri dari mereka....heee~

"Bila nak update entri baru..?"

Kalau dulu...boleh dikatakan setiap hari la ada je update entri baru...best je nak baca....haa...entri blogger mana yang aq rindu nak baca tu...? HAHA...


NOTA KECIL :

Buka blog sambil buat report Latihan Industri....da penat buat report...blogwalking la kejap kan...hee...

**Terima kasih kerana membaca entri Bila Nak Update Entri Baru?

Dikenakan Caj?

Haa...dunia sekarang ni memang susah nak jumpa benda free kan...ada ke benda free lagi sekarang ni...sedangkan kalau kita order air kosong kat kedai mamak pun akan dicaj 30 sen sekarang ni...haa...betul tak..? 

Tapi kalau ada kedai yang tak caj air kosong tu memang best la kan...boleh je nak order sampai 2-3 kali..kan da dapat jimat kan situ kalau sesekali makan kat kedai....tapi memang susah nak jumpa kedai yang macam tu kan sekarang ni...semuanya akan dicaj walaupun 30 sen...hee...

Haa...tapi yang aq buat aq hairan..bila tengok gambar ni...aq terkedu kejap...semua nak dikenakan caj ni...kalau kentut pun kena bayar ke..? HAHA...

Sumber : SINI


NOTA KECIL :

Haa..kat dalam dunia ni mana ada benda free kan...? heee~

**Terima kasih kerana membaca entri Dikenakan Caj?

Sunday 16 October 2011

Aku Sudah Insaf, Maafkan Aku...


Haa...nak dimulakan cerita...nama aq Adnan Sempit...dulu aq ni bekas KL Gengster...bila sebut je nama aq...dari Cheras sampai Dang Wangi semua cuak bila dengar nama aq...tapi tu dulu la...masa zaman Hikayat Merong Mahawangsa dulu...tapi sekarang aq da berubah...aq da cuci tangan...

Tapi sampai sekarang, Cicakman masih ketakutan bila terserempak dengan aq macam nampak Hantu Kak Limah Balik Rumah...tu baru nampak bayangan aq...belum lagi dibuka Al-Hijab tu...memang bertempiaran la lari sambil jerit "Jangan Pandang Belakang"...

Mungkin kejadian 3 tahun lepas masih terkesan lagi dekat cicakman tu sebab dulu aq pernah Libas dia sampai koma 4 hari 3 malam sebab dia selalu Buli penduduk Flat 3A...haa..aq imbas kembali la ye...aq memang da lama perhatikan si cicakman ni sebab dia selalu buat kacau kat situ...da macam polis khas macam dalam movie Gerak Khas The Movie tu pulak la kan aq ni...

Satu hari tu masa dia tengah lepak makan Karipap-Karipap Cinta dekat warung yang ada dekat simpang empat kat bawah flat tu...aq pun ajak la dia main Congkak sambil makan Nasi Lemak 2.0...dia langsung tak syak..haa...masa dia tengah syok layan filem Geng : Pengembaraan Bermula tu la aq bagi penumbuk sulung aq tepat kat muka dia...puas hati aku !! HAHA~

Kebetulan masa tu Bini-Biniku Gengster pun ada sekali...memang koma la cicakman tu aq kerjakan kat situ malam tu...selepas kejadian malam tu, aq pun dimasukkan ke dalam penjara sebab kesalahan memukul orang ni...tu la..nak tunjuk gengster sangat...akhirnya ke dalam jugak...

Huuuhhh...walaupun kejadian tu da hampir 3 tahun berlalu...tapi...aq rasa bersalah sangat....mungkin dia da serik la tu la tu nak jumpa aq lepas kejadian tu...

"Aku da insaf la...maafkan aku.."

P/S : Siapa kata gengster tak boleh insaf...muka ganas...hati ada taman maa....kah3~


NOTA KECIL :

Cerita ni tiada kaitan dengan hidup dan yang telah tiada...hanay sekadar cerita rekaan aq semata-mata untuk join segmen Mari Bercerita yang dianjurkan oleh Jue & Hanie....HAHA...

**Terima kasih kerana membaca entri Aku Sudah Insaf, Maafkan Aku...

Saturday 15 October 2011

Aktiviti Menerjah Malam Minggu

Walaupun demam ni baru nak baik...tapi aq peduli apa...tetap teruskan jugak aktiviti malam minggu ni dengan aktiviti menerjah pasar malam yang berdekatan...HAHA...teringin pulak nak makan aiskrim goreng...layankan je bila da teringin tu...hee...dapat ice blended pun syok ni...haha...bila demam ni makin menjadi selera makan ni..semua nak dimakannya... :D

Belum sempat aq nak terjah gerai lain kat pasar malam ni...tetiba gerimis pulak...terpaksa la batalkan niat nak beli benda lain lagi tadi...haha...kena hujan lagi...harap jangan demam balik sudah la ye...heee...

Patut la ramai yang beli tadi...ada yang borong sampai 7 ketul aiskrim goreng ni....boleh tahan la sedapnya...aq pun baru first time makan ni...haha...malam ni pulak teringin nak makan...tu yang cuba tu...selalunya aq setakat lalu je kat depan gerai tu..takde pulak tergerak hati nak beli...minggu depan serang lagi ! hee...

P/S : Gambar tu pinjam kat Google..tak sempat nak snap pic aiskrim goreng aq tu...sampai rumah terus makan je...HAHA...


NOTA KECIL :

Rugi pulak rasanya aq beli 2 je tadi...kata nak rasa kan..beli sikit la dulu kan..HAHA~

**Terima kasih kerana membaca entri Aktiviti Menerjah Malam Minggu

Rindu Dengan Blog

Huuhh...baru la dapat jenguk blog petang ni...rindu dengan blog woo...haha...dari petang semalam blog aq tak update...nak blogwalking tu memang tak sempat la kan...tetiba je rasa tak sedap badan malam semalam...terasa macam nak demam je...aktiviti berblog pun terpaksa la direhatkan sementara...petang ni nampaknya macam da ok je...hee...

Biasanya kalau cuti hari minggu ni ada je plan aq nak keluar kan....baru je bercadang nak pergi merayau sekitar KL tapi semuanya terpaksa dibatalkan hari ni disebabkan aq bangun lewat...haha...lepas tu ditambah dengan hujan lebatnya lagi tengahari tadi...memang syok la kalau tidur je kan...

Harap cuaca esok pagi baik la...takkan la aq nak habiskan masa cuti ni dengan aktiviti tidur je sampai petang kan...macam rugi pulak rasanya kan...bila da dapat cuti ni kena gunakan sebaiknya...hee...


Hee...sebab tu bila da petang ni baru nak buka blog...rasa macam ada yang tak kena je bila tak buka blog seharian ni...haha...bila buka je dashboard...banyak jugak la komen yang belum diapprove...maaf la sebab tak dapat nak blogwalking ke blog yang singgah sini semalam...jangan rasa serik pulak nak singgah sini lagi ye...hee...


NOTA KECIL :

Mood santai lagi petang ni walaupun baru lepas baik demam...hee~

**Terima kasih kerana membaca entri Rindu Dengan Blog

Friday 14 October 2011

Masa Untuk Rehatkan Minda


Yeahh...hujan di petang Jumaat...memang syok la layan MILO sejuk ni bila hujan macam ni...da takde kerja ni, nak tunggu pukul 6 petang rasa macam lama lagi je kalau takde nak buat apa..haa...buka blog la kejap kan...haha...sempat la update satu entri...hee...hari ni da Jumaat...bermakna esok dan lusa cuti...heee~

“Yeaaahhh...I Love Weekends”

Hee...siapa yang tak suka cuti kan..? Masa cuti tu la masa untuk berehat..beriadah ke...dapat la rehatkan minda tu kejap kan lepas lalui 5 hari yang agak mencabar...pergghhh.. macam la praktikal ni aq buat kerja berat sangat...lepak office..mengadap PC je...buat lukisan..hee...

Huuuhh...da petang macam ni baru nak update ke..? HAHA...haa...pagi tadi pun sempat update satu entri...tu pun promote segmen jiran...hee...malam tadi pun aq kena ‘Tutup Blog’ awal sikit....tu yang tak update entri..selalunya bila tengah malam mesti aq akan update...lagipun line Streamyx kat rumah aq ni macam minta kena potong je...baru padan muka aq tak boleh online da...HAHA...


NOTA KECIL :

Kalau macam ni la gayanya...serius..memang semput la aq nak capai target semalam tu...HAHA...

**Terima kasih kerana membaca entri Masa Untuk Rehatkan Minda

[PROMOTE] | SEGMEN : TIA AJAK BERSAING SESAMA BLOGGER


[PROMOTE]

Assalamualaikum. Memandangkan sekarang macam sunyi jek blogger-blogger buat segmen, biar Tia lah yang buat. Tapi kali ni Tia takkan update senarai peserta dari masa ke semasa macam selalu. Korang hantar penyertaan, nanti Tia akan buat entri khas.

Macam Ben selalu ingatkan peserta segmennya. Segmen belum tentu dapat menjanjikan trafik atau follower. Saja suka-suka untuk update entri ke kan. Daripada tak berupdate .. Untuk join .. Buat satu entri ..

  1. Letakkan HEADER Ini Kisah Tia
  2. Tajuk entri : TIA AJAK BERSAING SESAMA BLOGGER
  3. Nyatakan blogger mana atau blog mana yang hendak dijadikan saingan sebagai semangat untuk berblog. Saingan secara sihat. Dan kenapa jadikan blogger atau blog tu sebagai saingan? Tak kisah berapa pun.
  4. Lepas dah siap entri tu, tinggalkan link di ruangan komen.
  5. Tutup 10 malam ni.
  6. Sekian terima kasih..

NOTA KECIL :

Hee...ni segmen jiran blog aq Tia....kalau berminat nak join..boleh la KLIK SINI... :D

**Terima kasih kerana membaca entri [PROMOTE] | SEGMEN : TIA AJAK BERSAING SESAMA BLOGGER

Thursday 13 October 2011

Perlu Ada Target

Haa..dalam berblogging ni perlu ada target ke..? Sebenarnya terpulang kat blogger tu sendiri la kan nak tetapkan target ataupun tidak...hee...tapi kalau yang betul serius berblogging tu mesti ada target mereka tersendiri kan...


Masa awal aq berblogging dulu..aq takde letakkan target pun untuk blog aq ni...masa mula-mula dulu memang naif la...tak tahu satu apa pun..ZERO..normal la tu kan...ada ke benda yang kita tak pernah buat selama ni..takkan tetiba terus pandai...haa...mesti la tak kan...? mesti la kena merangkak dulu dari bawah kan... :D

Lepas 1-2 bulan aq berblogging..baru aq mula serius...sekarang ni aq target nak bina komuniti dengan rakan blogger ni sebaik mungkin...hee...nak berblogging pun rasa syok je...

Kenapa aq kata target ni penting...? Haaa...kalau ada target ni...tu boleh jadi penyuntik semangat untuk kita terus berjaya untuk capai target tu kan...setiap orang tu mesti ada target kat dalam hidup...contohnya la...mesti kita akan target lepas SPM nak buat apa..? Nak sambung belajar atau kerja...ke atau lagi advance terus kahwin...haha...target tu kan...

Haa..sama jugak la dalam dunia blog ni...pentingnya target tu...bila ada target...kita akan terus cuba berusaha untuk jadi lebih baik kan...kan bagus tu...


NOTA KECIL :

Nak cuba capai target 600 post sehingga hujung bulan ni...ada lebih kurang 18 hari lagi ni...hee..

**Terima kasih kerana membaca entri Perlu Ada Target

Tutup Blog

Huuhh....sekejap je rasanya masa tu berlalu...tanpa aq sedar da masuk enam bulan lebih da aq berblogging ni...tapi aq mula aktif berblog lepas sebulan aq berblogging...kiranya sekarang ni da masuk bulan kelima aq aktif berblog ni...entri yang da dipublish kat blog ni pun da mencecah 555 entri dalam masa 6 bulan aq berblog....wahhh...da macam buku 555 da tu...HAHA...

Mungkin ada yang akan tanya.."Tak bosan ke blogging ni...?"

Bagi aq la...walaupun aq baru lagi...setakat ni belum timbul lagi la perasaan bosan bila berblogging ni...sebab aq berblogging pun sebab minat je...takde la sampai paksa diri tu nak update entri setiap masa...kalau ikut style aq....ada masa...ada idea...ada la entri...heee...

"Aku nak tutup blog ?"

Tak pernah terfikir lagi la sampai nak tutup blog ni kalau sehari tak berupdate....normal la tu kan kalau tinggalkan blog kejap....tapi malam ni aq rasa macam nak tutup blog je la...........


....sebab tetiba je mata ni mengantuk...mata aq ni da siap minta izin nak tidur awal malam ni...HAHA...da lama aq tak dapat tidur yang cukup ni...hee...


NOTA KECIL :

Nak tutup blog..? Belum tiba masanya lagi...heee

**Terima kasih kerana membaca entri Tutup Blog

Wednesday 12 October 2011

Terkena Virus Wordless


Bila aq tengok balik entri pagi tadi...aq hanya mampu sengih je...nasib baik aq tak setegar tu...Haa...sebab dari pagi tadi aq biarkan je blog ni tanpa update...HAHA...buka blog pagi tadi pun blogwaking je...hee...kenapa la ada Wordless Wednesday...? Sampai aq pun boleh terkena virus wordless tu hari ni...hee...

Sampai nak update entri pun aq boleh tenung lama kat laptop tu...WORDLESS...satu ayat pun tak terkeluar...haha...fed up punya pasal...aq merayau la pergi pasar malam...

Bukannya nak beli apa pun...saje ambil mood...ambil angin...cuci mata...opsss...!! tu tipu...jangan percaya...haha...mana tahu balik tu nanti mood da stabil nak update blog kan...huhuhu...

"Design kereta 2030 ??"


Haa..bila aq tengok keyword yang masuk tu lagi buat aq wordless...haha...ada yang cari design kereta 2030...haha....advance betul tu...sekarang ni baru tahun 2011...ada 19 tahun lagi nak masuk tahun 2030...da ada yang cari design kereta untuk masa depan ke...? Ohh..baru aq teringat...mungkin entri Honda Zepellin 2030 ni kot yang dimaksudkan...tu yang ada keyword tu...heee...

"Nokia N9 kapan keluar"....da tahu kan siapa yang cari keyword tu berdasarkan ayatnya...hee...sampai ke negara jiran tu cari keyword tu...boleh pulak tersesat masuk blog ni....tak rugi aq buat entri Nokia N9 hari tu... :D


NOTA KECIL :

Huuuhh....baru aq perasan yang aq da terlepas sesuatu...da lama aq tunggu...tapi boleh terlepas macam tu je...rakan blogger ke 1234...erk...tak dapat dikesan....haha...

**Terima kasih kerana membaca entri Terkena Virus Wordless

Wordless Wednesday #22 | Oh Blog



NOTA KECIL :

Senang je nak buat entri kalau macam tu kan...Lawak pagi...HAHA...

**Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday #22 | Oh Blog

Tuesday 11 October 2011

SEGMEN NASZ : MEH KRITIK BLOG GUA


Haa...Jom kritik Skytech Belog ni...
mungkin ada yang perlu diperkemaskan lagi ke blog ni kan...

"Haa...ada peluang nak kritik blog ni...hee"

NOTA KECIL :

Segala kritikan korang akan dinilai secara positif.. :D

**Terima kasih kerana membaca entri SEGMEN NASZ : MEH KRITIK BLOG GUA

KLCC Hilang Dari Pandangan


Haa..kenapa pula aq tetiba letak gambar KLCC ni...? HAHA...dulu...kalau waktu macam ni mesti aq akan lepak kat beranda rumah aq ni...sebab dulu aq mana ada blog...bila tak keluar rumah tu...memang tak tahu nak buat apa la...aq suka lepak situ sebab dari situ aq boleh nampak bandaraya KL ni...santai je bila lepak kat beranda bila malam...heee...

KLCC...menara KL..menara Telekom..semua boleh nampak la...tapi tu dulu la...sekarang ni da banyak sangat berubah...sekarang ni nak lepak kat beranda pun da kurang best da...tak macam dulu...sebab aq memang da lama sangat tak nampak KLCC ni dari rumah aq...lagipun da berbulan aq tak jejakkan kaki kat sana...HAHA...


"KLCC hilang dari pandangan?"


Huuuhh...KLCC da hilang dari pandangan...? HAHA...kat dalam gambar yang bertanda tu la aq boleh nampak KLCC dari beranda rumah aq dulu...serius...sekarang ni memang da terlindung langsung pemandangan aq nak tengok suasana malam...cehhhh... :D

Huuhhh...banyak betul yang da berubah...apa yang boleh aq nampak dari beranda rumah aq sekarang ni...cuma 2-3 pangsapuri berpuluh-puluh tingkat...yang da siap...yang tengah dalam proses pembinaan pun ada...kat kawasan belakang rumah aq dulu macam tanah lapang je...tu pun dibangunkan untuk projek perumahan...serius...bosan wooo dengan persekitaran macam ni...

P/S : Kan best kalau depan rumah aq ni ada laut....kalau malam je boleh la melepak tepi pantai...dengar bunyi ombak...fuhhh...best tu... (^^,)


NOTA KECIL :

Bila malam tengok blog je la...nak bersantai kat luar rumah pun da kurang best...tak macam dulu...huhu~

**Terima kasih kerana membaca entri KLCC Hilang Dari Pandangan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com