Friday 30 March 2012

Error Performing Your Request

> What's Up Guys...

Haa, kebiasaannya memang setiap kali blogwalking dan baca sesuatu entri kat sesebuah blog tu...aku pasti akan tinggalkan komen yang berkaitan dengan post tersebut...tapi pastikan baca dulu keseluruhan entri tersebut...nanti takde la nampak EPIC failed sangat yang kita ni tak baca habis entri tu...HAHA...#LOL...

"Malas nak komen entri lepas ni!"

#JustGoogleIt

Erk...sentap hati mak nak ! Haa, bukannya aku sengaja malas nak komen entri korang da lepas ni...tapi...bila tengah semangat nak blogathon...lagipun seharian aku tak online hari ni...baru nak komen entri, tetiba jadi macam ni pulak...langsung tak boleh nak komen entri...What ?! Error performing your request...

#EPIC Failed...LOL...

Huuhh...baru nak ambil mood nak online hari ni...jadi pulak macam ni...tak dapat la nak komen entri korang buat sementara waktu ni..."Clear cache", "Delete cookies and other site and plug-in data"...tetap macam jugak...huhu...kalau da boleh komen nanti dan kalau terlebih rajin...entri lama pun silap hari bulan aku geledah habis...HAHA...

NOTA SKYTECH :

Teaser : Kenapa la aku langsung tak cam suara blogger yang call aku petang tadi...? HAHA...


P.S - Tak boleh nak buat apa la kan...harap cepat la OK...
Da gatal tangan nak komen entri ni...HAHA...(,^^)
**Terima kasih kerana membaca entri Error Performing Your Request

Thursday 29 March 2012

Proton Preve | Nama Proton P3-21A

> What's Up Guys...

Proton PREVÉ...haa, tu la nama model proton P3-21A...bukanlah Proton Espire yang pernah diperkatakan dulu...memang meleset jauh jangkaan aku rupanya sebab dalam entri Proton Espire...Mungkinkah Nama Proton P3-21A tu, ingatkan betul la nama baru model Proton P3-21A tu Proton Espire...sebab hujung tahun lepas dalam entri WW memang nama #WW | Espire untuk model baru Proton ni...rupanya...tidak...HAHA...

Proton PREVÉ

P.S - Proton PREVÉ pun boleh tahan smart la nama ni tapi agak PELIK...
Rasanya kalau nama Proton Espire lagi best...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Proton Preve | Nama Proton P3-21A

Wednesday 28 March 2012

BEN ASHAARI DAN RAKAN BLOGGER

> What's Up Guys...

Segmen Ben Ashaari Dan Rakan Blogger
Haa...kenapa ? Pelik ke nampak aku join segmen ? HAHA...jangan buat muka pelik sangat la ye...join segmen ni saja nak kenal rakan blogger baru...join segmen ni la salah satu caranya...hee...sebelum tu kena jawab soalan ringkas ni dulu :

Soalan : Anda ternampak seorang rakan anda sedang makan di sebuah gerai , kemudian anda menyapanya. Soalannya , apakah ayat pertama sekali yang akan anda lafazkan ?

Jawapan : 

Assalamualaikum...haa, lepak seorang saja ke ? Maaf la buat kau tersedak saja ni...tu la...lepak bukan nak ajak member da sekarang ni...boleh aku join sekali ?


P.S - Serius...lama tak join segmen ni...HAHA...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri BEN ASHAARI DAN RAKAN BLOGGER

Wordless Wednesday #47 | Gigantic Battleship

> What's Up Guys...

The Battle For Earth Begins At Sea...! 

P.S - Movie yang memang kena tengok tahun ni...trailer pun da gempak...
Setiap kali tengok movie mesti ada trailer BATTLESHIP ni...
mesti la kena tengok...HAHA...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday #47 | Gigantic Battleship

Sunday 25 March 2012

Best Ke Tak Best ?

> What's Up Guys...

Morning !! Haa...da ada plan ke weekend ni ? Ataupun masih ada membuta lagi ni...biasa la, hujung minggu la katakan...ya aku paham...paham...HAHA...atau mungkin ada yang da plan nak marathon tengok movie ke hari ni kat panggung wayang ataupun nak bersantai saja kat rumah hujung minggu ni ? #LOL

I hate Sunday night...HAHA...#LOL

Haa...sila abaikan gambar kat atas ni...HAHA...haa, berdasarkan review The Hunger Games dalam entri aku yang lepas, siapa yang da tengok movie ni kat pawagam ? Mungkin ada yang kata best dan mungkin jugak ada yang kata tak best...sentap hati mak nak ! HAHA...yela, tak mungkin la semua orang tu taste dia sama macam aku kan...hee...


Tapi mungkin jugak ada yang kurang berminat dengan genre movie yang macam ni kan...? YES, NO, MAYBE...aku review ni pun ikut pandangan aku sendiri...haa, kalau tak best memang aku pun tak akan syorkan...contohnya macam movie ni...takde la membazir duit tiket nak tengok kan...tu pun kalau ada yang terbaca entri aku tu...heee...


NOTA SKYTECH :

Haa...tahun ni memang banyak betul movie best yang bakal keluar di pawagam...da bersusun da...cuma perlu tunggu movie tu semua keluar kat pawagam saja...nak tengok filem apa yang bakal keluar tahun ni ? > KLIK SINI...


P.S - Happy weekend guys...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Best Ke Tak Best ?

Wednesday 21 March 2012

Cara Semak Keputusan SPM 2011 Secara SMS Dan Online

> What's Up Guys...

Haa...keputusan SPM 2011 keluar hari ni kan 21 Mac 2012...? Dapat tidur lena tak malam tadi ? Mesti ada calon yang tak dapat nak tidur lena kan malam tadi sebab fikirkan pasal result yang bakal keluar hari ni...Ala, biasa la tu...dulu masa zaman sekolah semua pernah merasa perasaan cuak macam ni kan ? Tipu la siapa yang tak cuak kan...hee...Cara Semak Keputusan SPM 2011 boleh dibuat secara SMS ataupun nak lebih feeling lagi pergi ambil kat sekolah nanti...hee...


Cara Semak Keputusan SPM 2011 melalui SMS :


Taip SPM <jarak> No.Kad Pengenalan<jarak> No. Angka Giliran dan hantar ke 15888

 Contoh SMS : SPM 940228145644 ABC12345  dan sms ke 15888


Perkhidmatan Semakan Keputusan SPM 2011 Secara SMS disediakan bermula 10.00 pagi 21 Mac 2012 sehingga 12.00 malam 27 Mac 2012...Walaupun bukan aku yang menduduki peperiksaan SPM 2011 ni...tapi aku pulak yang berdebar lebih berbanding calon SPM 2011 ni...HAHA...#LOL...haa, selain tu boleh juga la melayari laman sesawang Lembaga Peperiksaan Malaysia di http://www.moe.gov.my/lp/ untuk info lebih lanjut...


NOTA SKYTECH : Semoga semua calon SPM 2011 kali ni dapat result yang gempak...All the best ! Biar result straight A's....


P.S - Serius teringat balik zaman masa aku ambil result SPM 2007 dulu...
Cuba LIKE sikit blogger yang nak ambil result hari ni...hee...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Cara Semak Keputusan SPM 2011 Secara SMS Dan Online

Sunday 18 March 2012

Beli Burger Kena Beratur ?

> What's Up Guys

Haa...tadi ada post malas nak beratur panjang tapi macam mana la Jue & Hanie boleh detect aku buat apa kat situ...da macam diperhatikan saja...haa, ada pasang CCTV ke Jue kat Wangsa Maju tu...HAHA... 


Haa...sebelum ni pernah dengar pasal Burger Bakar Kaw-Kaw ni tapi malas nak pergi sana walaupun Wangsa Maju tu tak jauh mana pun dari Gombak...HAHA...dengar kata kena beratur panjang bila nak beli burger kat situ...sentap hati mak nak ! hee...

Haa...entah kenapa malam ni rasa macam nak cuba saja burger bakar tu...tapi dari awal lagi aku da dapat rasakan yang malam ni memang tak akan dapat merasa burger bakar ni...sebab...bila sampai saja kat sana....whattt ! Kena beratur tu..serius memang panjang giler...sampai tengah malam belum confirm dapat ni...HAHA...


Pelanggan    : Kalau order sekarang..berapa lama kena tunggu...?
Bro Burger : Abang kena tunggu lebih kurang 2 jam macam tu la...sebab tu saya tak boleh ambil order sekarang...

"WHAT !!?"
Sila beratur tunggu giliran ye...HEE...

Lokasi kedai Burger Bakar Kaw-Kaw ni kat mana ?

#JustGoogleIt

Huuhh...kena tunggu 2 jam...aku sampai tadi dalam pukul 9.40 malam...kalau kena tunggu 2 jam...memang dekat pukul 12.00 malam la kena tunggu...tu pun belum tentu akan dapat lagi...HAHA...nampaknya kena datang lain kali la...dan kena datang awal...huhu...


P.S - Minggu depan la baru pergi...esok hari  minggu lagi ramai kot...HAHA...
Siapa pernah makan Burger Bakar ni...sedap tak..? (,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Beli Burger Kena Beratur ?

Friday 16 March 2012

Mana Satu Yang Betul ?

> What's Up Guys...


"Mana satu yang betul ni ?"

Haa...sejak tengah malam semalam lagi benda ni memang buat aku keliru...sebab baru perasan...entah mana satu yang aku nak percaya pun aku tak tahu...haa...bila tengok balik kat stats tu, memang nampak perbezaan yang amat ketara sekali stats trafik antara Nuffnang dan Histats ni pada 13 Mac lepas...

Nuffnang VS Histats


Stats trafik Nuffnang 13 Mac 2012

Stats trafik Histats 13 Mac 2012

Haa, kalau perbezaan trafik dan pageviews tu setakat dalam berpuluh-puluh saja takde la nampak pelik sangat kan ? Tapi ni perbezaannya hampir dua kali ganda tu...takkan stats Nuffnang salah kira kot untuk trafik hari tu...erm, entah la...takkan la saje nak troll aku...#LOL...

NOTA SKYTECH : 

Huuhh...tetiba teringat pasal Projek 100 Bloggers tu ! Stats mana satu yang aku nak percaya ni kalau aku nak check UV setiap hari...Nuffnang dan Histats ! Tolong jujur dengan aku boleh...HAHA...

P.S - Haa...13 Mac tu aku tak publish satu entri pun...lagi hairan kan...?
Cuba check kalau tak percaya...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Mana Satu Yang Betul ?

Thursday 15 March 2012

Projek 100 Bloggers

> What's Up Guys...


Haa...sekarang ni memang tengah hangat la diperkatakan mengenai Projek 100 Bloggers yang diusahakan oleh seorang blogger yang tak perlu diperkenalkan lagi kat dunia blog ni, Bro Framestone ! Sudah lebih daripada seminggu projek ini berlangsung...

Projek 100 Bloggers ini dikendalikan oleh Bro Framestone dalam mengumpulkan 100 bloggers Malaysia yang mampu diketengahkan kepada beberapa syarikat yang sudi mengiklan di 100 blog yang terpilih...

> Jom check it out kriteria yang diperlukan untuk join projek ni...

Kriteria yang dicari :

  1. Mempunyai trafik sehari dalam 500 UV (sekurang-kurangnya)
  2. Setiap blog post mendapat 5 - 10 komen daripada pembaca (sekurang-kurangnya)
  3. Bukan blog copy paste, politik atau menyentuh isu-isu sensitif dan keterlaluan
  4. Tidak terikat dengan mana-mana syarikat pengiklanan
  5. Blog di update sekurang-kurangnya seminggu 4 kali
  6. Duduk di Malaysia dan warganegara Malaysia
  7. Sanggup memberi komitmen kepada Projek 100 Bloggers
  8. Lebih diberikan keutamaan kepada blogger ber"niche" : kekeluargaan, remaja perempuan (personal), remaja lelaki (personal), teknologi, keusahawanan, makanan

Memang menarik kan projek ni ! Bro da bagi syarat paling minimum tu...dan aku sememangnya berminat untuk join...selama setahun aku berblogging ni belum pernah aku join sesuatu projek yang besar macam ni...tapi tak salah untuk mencuba kan untuk bagi komitmen untuk projek ni...masih berusaha untuk menaikkan trafik blog ni....hee...

Haa...nak join Projek 100 Bloggers ? Jom support dari belakang projek ni...segala maklumat pasal projek ni boleh KLIK SINI...

**ALL THE BEST**

P.S - Jom mencuba ! At least ada la semangat sikit bagi komitmen pada blog kan...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Projek 100 Bloggers

Wednesday 14 March 2012

Wordless Wednesday #46 | Kenangan

Template pertama blog ni masa awal 2011...rakan blogger pun baru 36 masa tu...HEHE...

NOTA SKYTECH :

Haa...memang kenangan la gambar template lama blog ni...tak sangka gambar printscreen ni masih ada dalam simpanan aku rupanya...HAHA...haa, da hampir setahun rupanya aku berblogging ni...Alhamdulillah...

P.S - Nak capai sesuatu kena berusaha, kalau tak macam 
mana nak mencapainya kan? hee...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday #46 | Kenangan

Gangguan Bekalan Air Di KL Dan Selangor

> What's Up Guys...

Haa...bermula hari ni mulai jam 8 pagi nanti, lebih kurang sejuta pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air sementara disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan...banyak jugak kawasan yang akan terjejas melebihi 153 kawasan termasuk di Hulu Selangor, Petaling, Klang / Shah Alam dan Kuala Langat...

Gangguan bekalan air dijangka akan berlarutan selama 36 jam bermula 8 pagi 14 Mac 2012 sehingga 8.00 malam 15 Mac 2012...huuhh...dekat 2 hari tu...rasanya kalau takde air sehari pun da risau...bukan kata sehari...takde air 2-3 jam pun da gelisah kan...

Haa...yela, sebab air kan memang kegunaan harian kita...guna untuk mandi, berwuduk, basuh pakaian, memasak...dan yang paling penting sekali ianya menjadi sumber utama kita untuk dibuat air minuman...tak mengapa la, gangguan pun cuma sementara saja kan...tapi kena sediakan bekalan air yang mencukupi la untuk 36 jam berikutnya nanti...

Bekalan Air Bersih | Sumber - Google

Senarai kawasan yang terlibat boleh rujuk di laman web SYABAS...

NOTA SKYTECH :

Alhamdulillah...kawasan rumah aku tak terlibat dengan gangguan bekalan air...kalau tak memang kena catu air la jawabnya...sebab kena berjimat kalau nak guna...takde air, habis la...hee...

P.S - Jangan la membazir air...ingat, bukan masa ni saja kena berjimat...
setiap masa kena berjimat...hee...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Gangguan Bekalan Air Di KL Dan Selangor

UV Tinggi ? | Update Blog Tengah Malam

> What's Up Guys...


"Blogger memang selalu tidur lewat ke ?"

Haa...erk, sentap hati mak nak...HAHA...kalau jadi blogger memang selalu tidur lewat ke ? Rasanya tak semua kot macam tu...aku pun tidur lewat jugak tapi bukan sebab layan blog...layan movie...tapi kalau takde movie yang best...memang terus ucapkan GOODNIGHT kat blog la...tiada kompromi...HAHA...#LOL...

Memang tak dinafikan la...aku ni pun memang selalu jugak la tidur lewat ni...mengadap laptop bila tengah malam ni best...tengah malam tu masa yang sesuai jugak la nak cari idea nak update entri baru...heee...

"Blogger ni tak tidur ke?"..."Blogger ni tak penat ke...tak mengantuk ke?"...

Sebab bila aku perhatikan kat dashboard ada saja entri yang diupdate walaupun pada masa tu da pukul 2-3 pagi...tapi mungkin jugak la dorang buat mungkin entri autopublish kot...hee...haaa...aku pun buat jugak autopublish entri ni tapi tak selalu la...hee...

NOTA SKYTECH :

Haa...aku memang suka update entri tengah malam...kalau petang tu memang otak tengah tepu nak update entri...kan ? HAHA...

P.S - Publish entri pukul 12 malam boleh dapat UV tinggi...pernah cuba tak ? (,^^)  

**Terima kasih kerana membaca entri UV Tinggi ? | Update Blog Tengah Malam

Monday 12 March 2012

Salah Faham Rupanya

> What's Up Guys...

Haa...weekend da habis...minggu baru, hari baru...hujung minggu memang habiskan masa untuk berehat saja kat rumah...sambil berehat tu, boleh la mencari idea untuk menaip entri baru...haa, baru aku teringat...minggu lepas ada satu kejadian yang berlaku dan memang tak boleh aku nak lupakan sampai sekarang ni...bila teringat balik...serius kelakar...!! HAHA...

#Ada cerita di sebalik gambar ni...


<< Rewind

> 7 Mac 2012, 9.39 p.m

"Never feared for anything...never shamed but never free
A light that healed ....♪ "

***So Far Away ringtone***


Me : Aihh...kenapa Ucu tetiba call aku ni ? Huuhh, angkat saja la...Haa, hello...
Ucu : Hello ezad...ucu nak mintak tolong sikit ni...
Me : Nak mintak tolong apa Ucu ?
Ucu : Haa, nak minta tolong Ezad booking kan hotel kat Gold Coast...haa, kejap lagi datang rumah Ucu...
Me : Ok...

Gold Coast, Australia

"Wahhh...biar betul nak pergi Gold Coast Australia ke Ucu ni...haa, boleh la nak kirim untuk belikan souvenir ke...macam keychain ke...t-shirt ke...OK juga tu...huhu"


5 minit kemudian...

Me : Berapa hari Ucu pergi Gold Coast tu ? Betul ke nak pergi Australia ni...? Kalau betul la, nak kirim  patung beruang koala ni...da lama teringin nak pergi sana ni...
Ucu : Haa...bila masa Ucu nak pergi Gold Coast Australia...Ucu nak bercuti kat Gold Coast Morib la...
Me : Haa....blurr...
Ucu : Ezad ingatkan Gold Coast Australia ke...?
Me : Ye la...Gold Goast Morib rupanya...cehhh, rasa tertipu...HAHA...
Ucu : HAHA...



HAHA...tergamam, terkesima...blurrr...salah faham punya pasal la ni...cehh...serius, memang aku kena gelak saja malam tu...sepupu aku pun dok gelakkan aku jugak pasal tu...aku pun baru tahu kat Morib pun ada Gold Coast ye...ingatkan kat Australia saja ada...adehh...

NOTA SKYTECH :

Huuhh, salah faham rupanya...tapi aku paling suka bahagian ending...salah faham berakhir dengan happy ending...memang la happy ending sebab...aku kena gelak...HAHA...

P.S - Australia...maybe someday in the future...who knows...COMING SOON...
Happy Monday guys...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Salah Faham Rupanya

Sunday 11 March 2012

Cegah Lebih Baik Daripada Merawat

> What's Up Guys...

#Hujan Oh..Hujan...

" Sunday morning, rain is falling...♪ "

Haa...cuaca pagi ni baik saja sebenarnya...tak hujan pun...saja nak ambil mood dulu sebelum menaip entri pagi ni...tapi memang tak dinafikan la sekarang ni memang musim hujan kan...dan musim demam, batuk, selesema pun nak tumpang sekaki...hee...

"Ubat...ubat...oh ubat..."

Bukan takut makan nak ubat tapi malas...biar baik sendiri...hee...setakat ni cuma selesema saja yang tengah berkawan baik dengan aku...demam dan batuk tengah cuba usha line nak cuba berkawan dengan aku ni...da lama tak mandi hujan...bila kena sekali terus selesema...HAHA...

Haa, nak berjogging pagi ni macam tak kena time saja...HAHA...boleh terima tak alasan aku ni ? Padahal malas sebenarnya...mungkin lain kali la kot...hee...LOL...


NOTA SKYTECH :

Haa...sekarang ni kan musim hujan...jagalah kesihatan tu ye...hee...mencegah tu kan lebih baik daripada merawat...

P.S - Happy weekend guys...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Cegah Lebih Baik Daripada Merawat

Friday 9 March 2012

Proton Espire | Mungkinkah Nama Proton P3-21A

> What's Up Guys...

Haa...Proton Espire...mungkinkah tu nama model terbaru Proton yang menggunakan kod nama P3-21A yang bakal dilancarkan tidak lama lagi...sejak hujung tahun 2011 lagi sememangnya sudah banyak butiran mengenai perincian model terbaru Proton P3-21A tersebar luas di internet...

Proton P3-21A

Ciri-ciri keselamatan Proton P3-21A ni...rasanya boleh baca selanjutnya di SINI...

NOTA SKYTECH :

Proton Espire...best jugak kalau nama Espire tu...kalau nak lebih kepastian, tunggu saja la pengumuman dari Proton nanti...hee...

P.S - Pernah buat entri WW pasal model baru Proton P3-21A ni dulu...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Proton Espire | Mungkinkah Nama Proton P3-21A

Wednesday 7 March 2012

Wordless Wednesday #45 | Banjir Di Kuala Lumpur

#Banjir di Masjid Jamek, Kuala Lumpur (7/3/2012)

#Banjir di Bukit Bintang, Kuala Lumpur (7/3/2012)

#Banjir di Kg Baru, Kuala Lumpur (7/3/2012)

#Banjir di Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang (7/3/2012)

>> Sumber : Harian Metro * myMetro


NOTA SKYTECH :


Hari ni kat tempat aku memang hujan daripada petang tadi...sampai sekarang hujan masih belum berhenti...

P.S - KL sekarang ni bukannya boleh hujan lebat sikit...nanti ada je kawasan yang banjir...

**Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday #45 | Banjir Di Kuala Lumpur

Permata Negeri Kedah

> What's Up Guys...

#Lapangan Terbang Langkawi

P.S - Haa...jawapan untuk entri WW petang tadi...tekaan blogger ni yang paling hampir la....nak tahu siapa...? Terjah la http://alturl.com/axpgr (,^^)
   
**Terima kasih kerana membaca entri Permata Negeri Kedah

Wordless Wednesday #44 | Malu Bertanya Sesat Jalan


P.S - Gambar lama...huhu...malu bertanya makin sesat la kan...HAHA...Haa...cuba teka masa ni aku kat mana agaknya ? Jawapannya tunggu malam ni...hee (,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday #44 | Malu Bertanya Sesat Jalan

Cara Semak Keputusan STPM 2011 | SMS Dan Online

> What's Up Guys...


Haa...keputusan STPM 2011 keluar hari ni kan 7 Mac 2012...? Mesti ada yang tak tidur lena kan malam tadi sebab fikirkan pasal result yang bakal keluar hari ni...Cara Semak Keputusan STPM 2011 boleh dibuat secara SMS dan online ataupun nak lebih feeling lagi pergi ambil kat sekolah...hee...

> Cara Semak Keputusan STPM 2011 melalui SMS :

Taip STPM <jarak> Result <jarak> No. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888

 Contoh SMS : STPM Result 920226145678 dan sms ke 15888

> Cara Semak Keputusan STPM 2011 secara online :

Semakan secara online boleh dibuat mulai 12:00 tengahari, 7 Mac 2012 di Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia ataupun boleh terus KLIK SINI...heee~

" Takut ? Cuak ? Gementar ? "

Walaupun bukan aku yang menduduki peperiksaan STPM 2011 ni...tapi aku pulak yang berdebar lebih ni...HAHA...normal la semua tu kan...semua pernah merasai perasaan macam ni bila nak tunggu result exam keluar kan...hee...

NOTA SKYTECH :

Semoga semua calon STPM 2011 kali ni dapat result yang gempak...All the best !

P.S - Ada tak blogger yang ambil STPM 2011 ni ? Cuba LIKE sikit...nak tengok ramai ke tak ? Selamat berjaya korang ? Kalau da berusaha mesti terbaik keputusannya la...heee...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Cara Semak Keputusan STPM 2011 | SMS Dan Online

Monday 5 March 2012

Macam Chipsmore

> What's Up Guys,

"Kejap ada, kejap takde...da macam Chipsmore..."

I'm back...lama juga aku Missing In Action kali ni ye...haa, dan lagi sekali weekend tanpa blog...tanpa online...hanya habiskan weekend dengan melayan movie...nak keluar pun malas...dalam tak sedar, lebih tiga hari aku on hiatus...kalau dibiarkan ni, mahu lebih dari seminggu on hiatus...HAHA...

#MissingInAction

"Tak bosan ke asyik online saja ?"

Boleh tahan jugak la bosannya kalau asyik online saja ni...sebab tu kalau aku da malas nak online...boleh sampai 2-3 hari tak online ni...kalau da mula online ni terasa macam susah betul nak offline...tu yang aku cuba jauhkan diri daripada online selalu...kalau bosan baru online...HAHA...

Haa...sementara aku masih ingat ni...terima kasih Nuffnang sebab beri pas masuk percuma untuk Nuffnang Premiere Screening - The Devil Inside...tapi sorry la...movie tu serius memang tak best...semua penonton macam tercengang dengan scene last movie tu...termasuk la aku...HAHA...sebab tu aku tak review pun movie tu...nasib baik free kan ? Layankan je la...


Tapi mungkin ada yang tak sependapat dengan aku kan pasal movie ni...yela, lain orang lain pendapatnya kan...tapi lepas ni kalau ada peluang lagi untuk join premier screening Nuffnang ni...mesti aku takkan lepaskan peluang...dapat tengok movie free...siapa tak nak kan...? HAHA...

NOTA SKYTECH :

Sorry sebab lama tak blogwalking kat blog korang...lebih 72 jam tak online...cuba cari masa nak blogathon nanti...

P.S - Masih ingat lagi entri Hello March So Long February, akhirnya ada jugak yang tepat meneka...nak tahu siapa...D.I.A...hee (,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Macam Chipsmore

Thursday 1 March 2012

Hello March, So Long February

> What's Up Guys,

#JustWelcomeIt
> Hello March...so long AWESOME February !!

Haa, ada kisah tragis sebenarnya di sebalik nickname Mr. Shy ni...semuanya bermula semasa Pertama Kali Gegar Red Box di Plaza Low Yatt tak lama dulu...sejak dari hari tu memang nama tu melekat sampai sekarang ni...! Rasa macam nak ucapkan Sayonara Dunia Blog saja tapi bila difikirkan balik...What I've Done ? Damn...!! Relaks sudah...buat apa la nak fikirkan sangat pasal tu kan...sebenarnya aku memang penyegan pun...oppss ! #LOL...

Kenapa la tahun ni banyak pula artis luar negara yang akan buat konsert di Malaysia...kalau la konsert Evanescence Live In Malaysia ni dibuat tahun lepas...memang confirm aku akan pergi...da la Harga Tiket Konsert Avenged Sevenfold Live In Malaysia 2012 mahalnya bukan main ! Boleh muntah darah...Walaupun poket da semakin kering...layankan saja la...


Haa, tukar header lagi ? Oh Tidak...Lagi Sekali ? Ada yang kata header baru blog ni kurang umpphh...sebab tu aku tukar header lama semula...ada sesiapa nak sponsor header tak ? 

#JustBelieveIt

I Believe I Can Fly...mimpi flying without wings jatuh dari katil pernah la...serius memang sakit tapi aku tetap teruja...cool...ala, macam masa first time dapat Duit Syiling 2012 tu...macam tu la rasanya...teruja habis...HAHA...haaa...lagi satu, Jangan Ajak Tengok Filem Seram kalau cerita tu tak berapa nak seram...aihh...ada kena mengena ke ? #LOL...

Haa, ada lagi yang buat aku hairan sebenarnya ni...Avenged Sevenfold Dan BoboiBoy...Apa Kaitannya ?...lagi nampak takde berkaitan kan ? super duper LOL...huuhh...pernah dengar pasal projek ni ? X-Change Project Memang Menarik...aku pun nak join nanti...tengah tunggu hari yang sesuai...HAHA...sementara tu jom Tambah Stamina Di Taman Tasik Perdana...heee...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

FULLSTOP !!

#JustStopIt

HAHA...intro yang sangat mengarut untuk entri pembukaan Mac 2012 ni...sebab da lama tak buat gabungan tajuk entri macam tu...bukan mudah nak mengarut macam tu, tajuk entri memang memainkan peranan...entri mengarut terakhir yang aku buat adalah entri #Selamat Tinggal November, Selamat Datang Disember...bulan Februari lepas memang best sebab banyak aktiviti...jumpa rakan blogger...harap lepas ni dapat jumpa lagi...

Haa...sudah hampir setahun aku ada dalam dunia blog ni...lebih daripada 700++ entri yang da publish sepanjang berblogging ni...sikit je tu kan...hee...baru la aku tahu betapa bestnya bila ada blog...ada yang baca dan komen entri walaupun ada kalanya banyak yang mengarut...#LOL...setakat ni belum pernah bosan lagi dengan blog sebab ada :

Top 10 Pengomen Setia Februari 2012

  1. Mama Maszull
  2. Hanie Dew
  3. > Zuan
  4. > Ahmad Haziq Azlan
  5. > MaYa MustWany
  6. > Lea Isnawi
  7. > Zahirah Dzulkifli
  8. > Faridah Nazurah
  9. > Kak Diana
  10. > Era Kecik

Mereka semua ni memang awesome...nak jadi seperti mereka...? 
Blogwalking dan beramah mesra la dengan blogger...hee...
"Setiap komen yang diberi dalam setiap entri itu begitu berharga"
**TERIMA KASIH**

--------EntriIniMemangSengal--------

Haa...persoalan da pun terungkai...dan da tahu pun siapa Mr Shy tu kan...? HAHA...
Jangan sign out akaun blog korang...laptop or PC korang tak rosak...
Sememangnya gambar di bawah ni real...kalau tak sanggup tengok jangan scroll...
AMARAN ! 



Mr. Shy...long..long...time ago...HAHA...

NOTA SKYTECH :

Entri kali ni memang terlebih sengal...maaf...sekadar entri pembukaan Mac 2012...dan entri berikutnya akan menyusul kemudian...kalau serius sangat pun tak best la kan...hee...

P.S - Cuba teka tahun berapa gambar yang last tu diambil...? hee (,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Hello March, So Long February
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com