Haa...sekarang ni memang tengah hangat la diperkatakan mengenai Projek 100 Bloggers yang diusahakan oleh seorang blogger yang tak perlu diperkenalkan lagi kat dunia blog ni, Bro Framestone ! Sudah lebih daripada seminggu projek ini berlangsung...
Projek 100 Bloggers ini dikendalikan oleh Bro Framestone dalam mengumpulkan 100 bloggers Malaysia yang mampu diketengahkan kepada beberapa syarikat yang sudi mengiklan di 100 blog yang terpilih...
> Jom check it out kriteria yang diperlukan untuk join projek ni...
Kriteria yang dicari :
- Mempunyai trafik sehari dalam 500 UV (sekurang-kurangnya)
- Setiap blog post mendapat 5 - 10 komen daripada pembaca (sekurang-kurangnya)
- Bukan blog copy paste, politik atau menyentuh isu-isu sensitif dan keterlaluan
- Tidak terikat dengan mana-mana syarikat pengiklanan
- Blog di update sekurang-kurangnya seminggu 4 kali
- Duduk di Malaysia dan warganegara Malaysia
- Sanggup memberi komitmen kepada Projek 100 Bloggers
- Lebih diberikan keutamaan kepada blogger ber"niche" : kekeluargaan, remaja perempuan (personal), remaja lelaki (personal), teknologi, keusahawanan, makanan
Memang menarik kan projek ni ! Bro da bagi syarat paling minimum tu...dan aku sememangnya berminat untuk join...selama setahun aku berblogging ni belum pernah aku join sesuatu projek yang besar macam ni...tapi tak salah untuk mencuba kan untuk bagi komitmen untuk projek ni...masih berusaha untuk menaikkan trafik blog ni....hee...
Haa...nak join Projek 100 Bloggers ? Jom support dari belakang projek ni...segala maklumat pasal projek ni boleh KLIK SINI...
**ALL THE BEST**
P.S - Jom mencuba ! At least ada la semangat sikit bagi komitmen pada blog kan...(,^^)
