Thursday 30 July 2015

Surat Istimewa Daripada MARA

> What's Up Guys...

Alhamdulillah...barulah terasa macam lega sikit...rasa ringan sikit bahu ni...sebelum ni umpama macam ada sekampit simen 50 kilogram saja kat atas bahu ni...hehe...akhirnya selesai juga salah satu daripada HUTANG, tercapai juga target aku untuk selesaikan semuanya dalam masa kurang daripada tiga tahun...macam tak percaya pun ada !! HAHA...tu yang bila dapat Surat Istimewa Daripada MARA beberapa hari lepas...ruangan masa di sekeliling aku terasa macam terhenti buat seketika...hehe
Surat Istimewa Daripada MARA
Surat "ISTIMEWA" Daripada MARA

"Mengikut rekod kami setakat 26/07/2015, tuan / puan telah menyelesaikan baki pinjaman pelajaran MARA dan akaun sedang dikemaskini. Pihak MARA mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan dan semoga tuan / puan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. - Bahagian Kawalan Kredit MARA"
 
Hati Tenang Bila Tiada Lagi Hutang MARA
 
Haa, siapalah yang tak gembira kan bila hutangnya sudahpun selesai...memang sejak daripada awal lagi memang aku target nak habiskan hutang MARA ni sementara masih bujang lagi...mujurlah aku berhutang dengan MARA dulu pun tak banyak mana...daripada mulanya jumlah hutang melebihi RM40k++ dan setelah mendapat pengurangan...cuma perlu bayar 10% daripada jumlah keseluruhan tu...haa, itu yang aku yakin boleh langsaikan dalam masa yang singkat...itu pun bayar tak ikut jadual sangat...ada rezeki lebih, bayarlah lebih...dan sekarang ni memang hati tenang bila tiada lagi hutang MARA...
 
Selepas ni tiadalah rasa macam kena kejar lagi dah...hehe...tidak perlu risau lagi dah nama akan disenaraihitamkan...dan apa yang paling best sekali, tidak perlu fikir pun lagi pasal hutang MARA ni lagi dah...END OF REPAYMENT...hehe
 
End Of Repayment
End Of Repayment

NOTA SKYTECH :
 
Sepanjang tempoh 3 tahun lepas, sekalipun aku tak pernah bayar hutang pinjaman pelajaran MARA ni menggunakan perbankan internet...sebab ada yang tanya...entah sebab apa pun aku tak tahu ? Baru sekarang ni aku terfikir kenapa aku tak buat macam tu dulu...mungkin sebab sudah terbiasa bayar di pejabat pos dan Medan MARA, Jalan Raja Laut kot...aihhh, benda ni dah lepas...janganlah pula dikenang...HAHA...
 
P.S - Tips Bayar Hutang MARA >> Bila Hutang Pinjaman Pelajaran MARA Hanya Berbaki...
P.S.S - Soalan lazim mengenai pembayaran balik pinjaman MARA : Soalan Lazim MARA

**Terima kasih kerana membaca entri Surat Istimewa Daripada MARA

Sunday 19 July 2015

Film Review : Ant-Man

> What's Up Guys...

Ant-Man...Haa, bagi pengikut tegar semua filem terbitan Marvel Studios sejak fasa pertama dalam Marvel Cinematic Universe iaitu bermula daripada filem Iron Man (2008) sehinggalah ke filem kesebelas dalam Marvel Cinematic Universe iaitu Avengers : Age Of Ultron (2015) pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menonton filem terakhir untuk fasa kedua dan merupakan filem kedua belas dalam Marvel Cinematic Universe iaitu Ant-Man sebelum memulakan fasa ketiga MCU bermula dengan filem Captain America : Civil War sekitar bulan Mei 2016 nanti...ataupun boleh juga dipanggil Avengers 2.5 sebab ramai ahli Avengers akan turut muncul dalam filem tu nanti antaranya...oppssss...HAHA

Film Review : Ant-Man
Ant-Man

Haa, mesti ramai yang tertanya-tanya siapakah Ant-Man ni sebenarnya kan ? Apa kena mengena Ant-Man ni dengan The Avengers ? Kenapa Ant-Man turut dimasukkan sekali dalam siri Marvel Cinematic Universe ? Haa, oleh sebab itulah kena tonton filem Ant-Man di pawagam untuk mengetahui kisah selanjutnya dalam MCU...sebelum raya lagi sebenarnya aku sudah menonton filem ni di pawagam...rasa macam nak repeat sekali lagi la nanti...HAHA...kenapa agaknya ? Jom kita layan review Ant-Man ni dulu...

Synopsis : In 1989, scientist Hank Pym resigns from S.H.I.E.L.D. after discovering they attempted to replicate his Ant-Man shrinking technology. Believing the technology is dangerous, Pym vows to suppress it as long as he lives. In the present day, Pym's estranged daughter, Hope van Dyne, and protege, Darren Cross, force him out of his own company, Pym Technologies. Cross is close to perfecting a shrinking suit of his own, the Yellowjacket, which he shows off to a horrified Pym.

Scott Lang : Ant-Man
Scott Lang : Ant-Man

Upon his release from prison, thief Scott Lang moves in with his old cellmate, Luis. Lang's ex-wife Maggie, engaged to policeman Jim Paxton, will not let Lang see his daughter Cassie unless he provides child support. As he is unable to hold a job due to his criminal record, Lang agrees to an offer by Luis to join his gang for a burglary. Lang breaks into a house and cracks its safe, but only finds what he believes to be an old motorcycle suit, which he takes home. After trying the suit on, Lang hits a button on it and is inadvertently shrunk to the size of an insect. Terrified by the experience, he returns the suit, but is arrested on the way out. Pym, the homeowner, visits Lang in jail and smuggles the suit into Lang's cell to help him break out.
TO BE CONTINUE...


#MyReview : Ant-Man

Kenapa perlu tonton filem Ant-Man ?

  • Filem Ant-Man merupakan filem kedua belas dalam siri Marvel Cinematic Universe dan ianya merupakan filem penutup untuk fasa kedua MCU sebelum bermulanya fasa ketiga MCU iaitu Captain America : Civil War (Mei 2016) dan filem ini merupakan pengenalan pertama Ant-Man dalam siri MCU
    Ant-Man
    Ant-Man

  • Pada mulanya, Scott Lang cumalah orang biasa saja...dan merupakan seorang bekas penjenayah pula tu dan baru saja dibebaskan daripada penjara...macam mana agaknya Lang boleh terpilih untuk menjadi Ant-Man ? Siapakah pula Dr. Hank Pym ? Kenapa Pym memerlukan Lang untuk membantunya ? 
  • Siapakah pula sebenarnya Yellowjacket ni dan kenapa teknologi yang terdapat pada Yellowjacket ni amat membimbangkan Dr. Hank Pym ? Dan persoalannya sekarang ni, dapatkah Ant-Man mengalahkan Yellowjacket demi keamanan seluruh dunia ?
Yellowjacket
Yellowjacket

  • Plot dan jalan ceritanya memang menarik...cara penceritaannya pun best...best part bila Scott Lang semakin mahir mengawal semua semut...part itu awesome...CGI pun gempak...haa, siapa yang pernah tengok filem Guardians Of The Galaxy tu...penuh dengan humour kan ? Ant-Man kali ni pun apa kurangnya...masa tengah serius pun boleh bagi punch line yang menggelikan hati...nak tengok sama ada korang boleh tahan tak gelak ke tak ? HAHA
  • Haa, akan muncul beberapa orang ahli Avengers dalam filem Ant-Man kali ni...siapakah agaknya ye ? Oppsss...HAHA...part Ant-Man memperkenalkan diri pada salah seorang ahli Avengers tu memang tak boleh blah...HAHA...
  • Terdapat 2 post credit diakhir filem Ant-Man ni nanti...haa, jangan terlepas pula untuk menyaksikannya...jangan keluar awal pula nanti...rugilah kalau keluar awal...ada kaitan dengan Marvel Cinematic Universe untuk fasa ketiga nanti...hehe
Credit Picture : Google.com

Rating : 8 out of 10


NOTA SKYTECH :

Secara keseluruhannya, filem Ant-Man ni memang berbaloi untuk menontonnya di pawagam lebih daripada sekali...bagi sesiapa yang masih belum menontonnya lagi di pawagam...baik pergi terjah sekarang sebelum aku spoiled kan lagi...HAHA ! Pengenalan yang baik untuk peminat Marvel Cinematic Universe...tak sabar pula nak menunggu fasa ketiga MCU ni bermula pertengahan tahun depan...yehaaa !!

P.S - Stan Lee ni mesti akan muncul dalam semua filem Marvel ciptaannya sebagai cameo walaupun cuma untuk babak kurang daripada 5 saat...haa, mesti ada yang perasan kan ? HAHA...

**Terima kasih kerana membaca entri Film Review : Ant-Man

Friday 17 July 2015

Raya 2015 : Menerima Atau Memberi ?

> What's Up Guys...

Raya 2015 : Menerima Atau Memberi ? Persoalannya, adakah raya tahun ni aku masih lagi akan menerima duit raya ataupun tidak ? Haa, walaupun umur sudah melebihi suku abad tapi masa raya tahun lepas, aku masih terima lagi duit raya walaupun tak banyak mana...tapi itu raya tahun lepas punya cerita, raya tahun ni tak tahu lagi...HAHA...

Raya 2015 : Menerima Atau Memberi ?
Raya 2015 : Menerima Atau Memberi ?

Haa, bila sudah bekerja ni memang tak mengharap sangat pun akan dapat duit raya lagi tahun ni...tapi kalau masih dapat lagi...Alhamdulillah, memang rezeki la kan...hehe...bila teringat semula masa zaman berhingus dulu, memang seronok betul bila dapat duit raya dan kira duit raya ni...tak kisahlah dapat berapa pun...terima saja...bukan macam zaman sekarang...hehe...

Zaman kita menerima duit raya daripada orang lain mungkin sudah berakhir...dan sekarang ni giliran kita pula nak memberi...biarpun nilainya sikit ataupun banyak tidak kisah sebenarnya asalkan niat nak memberi tu ikhlas...dan kalau ada rezeki lebih, berkongsilah sikit kan...apalah salahnya kan...raya Aidilfitri pun cuma setahun sekali kan ? Haa, janganlah buat macam post kat dalam Facebook tu..."tiada rezeki tahun ni", "maaf, sila cuba lagi tahun hadapan"...mengecewakan budak-budak di hari raya...kan tak baik tu...hehe...#InikanRaya

Pulang ke kampung setahun sekali,
Naik flight dari KL ke Miri,
Maaf dipinta buat yang mengenali,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

NOTA SKYTECH :

Salam Aidilfitri buat semua pembaca blog ni...#kosongkosong

**Terima kasih kerana membaca entri Raya 2015 : Menerima Atau Memberi ?

Thursday 2 July 2015

Bila Hutang Pinjaman Pelajaran MARA Hanya Berbaki...

> What's Up Guys...

Huh, memang agak lama juga aku tak update entri baru kat blog ni sejak sebulan yang lepas disebabkan terlalu sibuk dengan urusan kerja yang mungkin tak akan habis selagi belum berhenti kerja...betul tak ? hehe...sampaikan ada blogger yang tegur aku kenapa berabad aku tak update blog...ok, aku update la ni Uncle Zuan...HAHA...

Haa, kali ni saja nak berkongsi cerita...mungkin boleh bagi motivasi sikit pada sesiapa yang sangat liat nak membayar apa-apa hutang ni...hehe...Bila Hutang Pinjaman Pelajaran MARA Hanya Berbaki RM272.80 selepas hampir 3 tahun aku disiplinkan diri untuk membayarnya sejak bulan Ogos 2012 yang pada mulanya hutang berjumlah melebihi RM41k...dan setelah tolak pengurangan berdasarkan CGPA keseluruhan masa study dulu...aku hanya perlu bayar 10% daripada jumlah keseluruhan pinjaman melebihi RM41k tu...kalaulah CGPA aku tinggi sikit lagi...confirm tak payah bayar langsung...jadi biasiswa...hehe...kalaulah kena bayar penuh...huh, entah sampai ke tua pun rasanya belum selesai hutang ni...sekarang ni hutang pun sudah tinggal sikit...hanya tunggu masa nak langsaikan sekaligus nanti...mungkin sebelum raya ataupun selepas raya nanti kot...huhu

Bila Hutang Pinjaman Pelajaran MARA Hanya Berbaki...
Bila Hutang Pinjaman Pelajaran MARA Hanya Berbaki...

Tetapkan TARGET dan Jangan Ikut Nafsu

Haa, selepas jadual pembayaran hutang MARA ni sampai ke rumah beberapa bulan selepas aku tamat belajar dulu...memang aku sudah tetapkan target sejak daripada awal lagi akan cuba untuk melangsaikan semua hutang dalam tempoh 3 tahun...sebelum berhajat nak ada komitmen lain...aku kena pastikan hutang pinjaman pelajaran ni sudah selesai sebelum tu...haa, nanti tak ada la sampai sudah beranak-pinak pun tapi hutang pinjaman pelajaran ni masih belum langsai lagi...haa, masa tu lagilah liat rasanya nak membayar hutang...1001 alasan akan cuba diberi...duit tak cukup la...apa la...itu la...haa, sementara masih bujang ni...memang bertekad nak langsaikan hutang dulu...hati pun lega tak perlu fikir hutang kalau ianya sudah selesai...kalau kena blacklist lagilah bermasalah nanti sebab banyak bayaran yang tertunggak...cuba bayar ikut jadual...jangan missed...mesti tak terasa sangat masa membayar hutang tu...huhu

"Kalau daripada mula lagi memang berniat nak membayar hutang...
Insya-Allah dipermudahkan...tapi kalau sejak daripada mula lagi memang
 berniat tak nak membayar...memang akan bagi beribu macam alasan"

Kalau ikutkan nafsu...masa awal-awal kerja dulu sekitar pertengahan tahun 2012...memang nak saja beli baju ada jenama, seluar Calvin Klein, kasut mahal...nak beli kereta...tapi aku tahankan nafsu tu...relaks je pergi kerja ulang-alik hanya naik motor...duit minyak confirm jimat...tak rasa sangat la bila minyak naik harga...tol pun tak kena...bila ada duit lebih...bolehlah terbayar hutang MARA lebih...cepat sikit habis hutang tu...pernah sekali sampaikan mak aku pun tegur..."Beli la baju baru along...sudah lusuh sangat tu, warna pun luntur sebab selalu sangat pakai" haa, lepas tu baru la aku beli baru...HAHA...tahun pertama aku kerja tu...boleh kira berapa helai saja baju kemeja aku...peduli apa orang nak kata aku pakai baju sama setiap minggu dulu...HAHA...biar papa, asalkan tiada hutang...

Samsung Galaxy S6 Edge

Tips Nak Bayar Hutang MARA

Pastikan bayar ikut jadual yang ditetapkan...kena disiplin...kalau tak, diri sendiri juga yang merana nanti sebab banyak sangat tunggakan yang nak dibayar...kalau liat nak bayar, nama penjamin pula tersenarai hitam...masa tu lagi terasa macam banyak hutang tu sebab nak bersihkan nama daripada senarai hitam...

Haa, jangan sesekali jadikan alasan tiada masa nak bayar...tiada duit nak bayar...masa aku awal-awal kerja dulu pun bukannya gaji besar sangat pun...masih fresh graduate lagi...boleh saja bayar hutang MARA...sebab masih tidak terikat dengan banyak komitmen...hehe...kenalah biasakan diri tu supaya bayar hutang walaupun cuma sedikit...ada duit lebih, bolehlah bayar lebih...pernah ada satu kali tu, dapatlah bonus sikit...haa, kalau orang lain...mungkin terfikir nak beli macam-macam kan bila dapat bonus ni...rambang mata nak shopping sakan...tapi aku, selesaikan mana yang patut dulu...bayar HUTANG MARA...haa, nama pun hutang...memang menjadi kewajipan kita untuk selesaikan...haa, kalau tak sempat nak selesaikan hutang semasa hidup...macam mana ? Menjawab la nanti kat sana...dan pasti akan menyusahkan penjamin korang nanti untuk selesaikan hutang yang belum selesai...haa, fikir-fikirkanlah ye...huhu


NOTA SKYTECH :

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih...peace ! Terima kasih MARA kerana telah beri pinjaman masa study dulu sampai la habis study...sekarang ni masa untuk bayar balik...ala, sudah tinggal sikit je pun...lepas ni jangan kejar aku lagi ye ! Kalau nak pergi luar negara pun tiada siapa nak kacau...hehe

P.S - Haa, mungkin selepas langsai segala hutang MARA ni...baru la terfikir nak tambah komitmen lain pula...untuk jadikan back up plan untuk masa hadapan...

**Terima kasih kerana membaca entri Bila Hutang Pinjaman Pelajaran MARA Hanya Berbaki...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com