Thursday 30 July 2015

Surat Istimewa Daripada MARA

> What's Up Guys...

Alhamdulillah...barulah terasa macam lega sikit...rasa ringan sikit bahu ni...sebelum ni umpama macam ada sekampit simen 50 kilogram saja kat atas bahu ni...hehe...akhirnya selesai juga salah satu daripada HUTANG, tercapai juga target aku untuk selesaikan semuanya dalam masa kurang daripada tiga tahun...macam tak percaya pun ada !! HAHA...tu yang bila dapat Surat Istimewa Daripada MARA beberapa hari lepas...ruangan masa di sekeliling aku terasa macam terhenti buat seketika...hehe
Surat Istimewa Daripada MARA
Surat "ISTIMEWA" Daripada MARA

"Mengikut rekod kami setakat 26/07/2015, tuan / puan telah menyelesaikan baki pinjaman pelajaran MARA dan akaun sedang dikemaskini. Pihak MARA mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan dan semoga tuan / puan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. - Bahagian Kawalan Kredit MARA"
 
Hati Tenang Bila Tiada Lagi Hutang MARA
 
Haa, siapalah yang tak gembira kan bila hutangnya sudahpun selesai...memang sejak daripada awal lagi memang aku target nak habiskan hutang MARA ni sementara masih bujang lagi...mujurlah aku berhutang dengan MARA dulu pun tak banyak mana...daripada mulanya jumlah hutang melebihi RM40k++ dan setelah mendapat pengurangan...cuma perlu bayar 10% daripada jumlah keseluruhan tu...haa, itu yang aku yakin boleh langsaikan dalam masa yang singkat...itu pun bayar tak ikut jadual sangat...ada rezeki lebih, bayarlah lebih...dan sekarang ni memang hati tenang bila tiada lagi hutang MARA...
 
Selepas ni tiadalah rasa macam kena kejar lagi dah...hehe...tidak perlu risau lagi dah nama akan disenaraihitamkan...dan apa yang paling best sekali, tidak perlu fikir pun lagi pasal hutang MARA ni lagi dah...END OF REPAYMENT...hehe
 
End Of Repayment
End Of Repayment

NOTA SKYTECH :
 
Sepanjang tempoh 3 tahun lepas, sekalipun aku tak pernah bayar hutang pinjaman pelajaran MARA ni menggunakan perbankan internet...sebab ada yang tanya...entah sebab apa pun aku tak tahu ? Baru sekarang ni aku terfikir kenapa aku tak buat macam tu dulu...mungkin sebab sudah terbiasa bayar di pejabat pos dan Medan MARA, Jalan Raja Laut kot...aihhh, benda ni dah lepas...janganlah pula dikenang...HAHA...
 
P.S - Tips Bayar Hutang MARA >> Bila Hutang Pinjaman Pelajaran MARA Hanya Berbaki...
P.S.S - Soalan lazim mengenai pembayaran balik pinjaman MARA : Soalan Lazim MARA

**Terima kasih kerana membaca entri Surat Istimewa Daripada MARA

11 comments:

  1. Tanniah sudah selesai pembayaran pinjaman pembelajaran MARA. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...dapat juga selelesaikan semuanya mengikut target sy 3 tahun lepas... :D

      Delete
  2. tahniah. mesti rasa bebas gila sebab dah terlepas satu beban yang terpikul. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang terasa lega sangat bila salah satu hutang ni da selesai awal minggu ni...selagi tak settle hutang ni...rasa macam dikejar MARA...sekarang MARA tak boleh kejar aku da...hehe :)

      Delete
  3. Alhamdulillah syukur, dah selesai bab hutang pendidikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...dapat juga settle kan hutang pendidikan ni... :D

      Delete
    2. Tangguh lama-lama buat sakit kepala je kan...hihi

      Delete
  4. tahniah, moga dapat la setelkan hutang-hutang yang lain juga.ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap dipermudahkan untuk settlekan hutang2 yang lain pula...hehe

      Delete
  5. tahniah bro ejad sebab setel hutang dah..pasni leh la buat hutang lain plak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hutang ni baru settle...relaks dulu kalau nak buat hutang2 lain...hehe

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di Ezad Skytech [dot] com...teruskan memberi sokongan dan tinggalkan komen di entri...kalau LIKE bolehlah klik G+ pada entri ni...

-EzadSkytech-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com