Saturday 28 May 2016

Salam Browser Mampu Hindari Perkara Haram Ketika Melayari Internet ?

> Whats Up Guys...

Hmm, memang agak menjengkelkan bila tengah syok online dan layan movie secara online...tekan butang play...pofff...pofff...terus termasuk ke laman web perjudian la...laman web game yang memaparkan gadis seksi la...iklan pop-up yang mengandungi kandungan yang tidak sepatutnya la...lain yang nak dicari...lain pula yang keluar...grrr...sejak insiden itulah aku berubah menjadi seorang yang "KEDEKUT" nak bagi orang lain guna laptop aku ni...walaupun sepupu sendiri...huhu

"Abang Izzat...nak pinjam laptop kejap boleh tak ? Nak online..."
---------------------------------------------------------------------------------------
"SORRY...tak boleh"

Huh, bukan tak nak bagi pinjam..."KEDEKUT" ni bersebab...zaman teknologi sekarang ni, semuanya boleh dicari dihujung jari...jika tersalah taip boleh tekan backspace, tapi jika tersalah masuk laman web...huh, anda fikirlah sendiri...

Salam Browser Mampu Hindari Perkara Haram Ketika Melayari Internet ?

Beberapa hari lepas ada terbaca mengenai satu pelayar web #SalamBrowser ni di salah satu page di FB...sebuah pelayar web yang dipacu teknologi Chromium yang menghormati adab...diilhamkan oleh SBRO Online Safety Solutions yang berpangkalan di Malaysia...walaupun masih di peringkat BETA, fungsinya menapis laman web yang dianggap berbahaya tu buat aku tak risau lagi lepas ni...

Salam Browser

  • Memberi AMARAN Pada Lebih 1.4 Juta Laman Web

Menurut info di laman web mereka, Salam Browser akan mengeluarkan AMARAN pada lebih daripada 1.4 juta laman web yang berunsurkan maksiat, perjudian dan apa-apa kandungan yang boleh membawa mudarat...
"Avoid HARAM Online"

Salam Browser Hindari Yang Haram

  • Halang Iklan Berbentuk Pop-Up

Haa, jadi selepas ni memang sudah tak perlu risau tentang iklan pop-up ataupun iklan SPAM yang lain...asyik mengganggu hidup korang je kan ! Nak online dengan tenang pun susah...sila nyah kau dari sini...HAHA...kalau iklan pop-up keluar pun ketika korang sedang melayari internet...akan keluar satu mesej amaran untuk membenarkan mesej itu dipaparkan ataupun tidak...

Salam Browser Blocked Pop-Up Ads

  • Hasil Carian Ditapis

Selain itu, ia juga menghadkan hasil carian video dan visual yang boleh memudaratkan si pelayar internet...perghh...memang baguslah kalau macam tu ! Walaupun pada pelayar web yang lain ada juga fungsi "Safe Search" dan ianya boleh On/Off oleh pengguna tetapi kalau guna Salam Browser, ianya akan sentiasa On dan tidak dapat di 'Off' kan...cuba da 'Off' kan...memang tak boleh...hehe

Salam Browser Safe Search

Yeahh, aku memang sudah mencuba search sesuatu bila menggunakan Salam Browser ni...tapi tak berjaya...HAHA...hasil cariannya akan ditapis terlebih dahulu sebelum dipamerkan...hasil carian yang membawa kemudaratan dan mempunyai kandungan yang tidak sepatutnya tidak akan dipamerkan pada hasil carian...so, jangan salah faham pula ye...aku cuma cuba saja...lepas tu dengan pantasnya tekan 'X'...hehe

Salam Browser - Berbakti Kepada Ummah

Alaa, tak payah cuba nak search la...kalau sudah gunakan Salam Browser ni memang takkan boleh dibuka laman web tu...tapi mungkin ada juga yang terlepas...sila report tau...dan jadilah sebahagian daripada Ejen Salam Browser...dan jangan dibuka laman web tu...haram tau...haram ! HAHA...

  • Video Kurang Sesuai Ditonton Di Youtube Disekat

Salam Browser Tapis Youtube

Haa, bukan hasil carian di "search engine" saja disekat...malahan video yang kurang sesuai untuk ditonton di Youtube pun akan disekat jika menggunakan Salam Browser ni...

"Aihh, aku nak tengok video Avenged Sevenfold pun disekat juga...HAHA"

Memuat Turun Video Youtube Dengan Salam Browser

Selain itu juga, korang juga boleh memuat turun video di laman Youtube secara terus melalui plugin yang sudah tersedia dipasang padanya...haa, sekurang-kurangnya boleh menjimatkan sikit quota internet di rumah sekiranya korang jenis yang suka ulang banyak kali video di Youtube tu...cuba dan alami la sendiri...hehe

Salam Browser - Internet Menepati Keperluan Diri


NOTA SKYTECH :

Oleh kerana ianya masih diperingkat percubaan lagi, mereka amat menghargai maklumbalas daripada kita semua untuk membantu mempertingkatkan lagi Salam Browser selepas ini...boleh la cuba muat turun di salambrowser.com secara PERCUMA untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan pelayar web ni di PC ataupun laptop anda...buat masa ini (28 Mei 2016) hanya terdapat dalam versi Windows saja...selamat mencuba !

UPDATE : Salam Browser kini sudah boleh didapati untuk Android tapi hanya untuk Android 4.1 dan ke atas...

Pertanyaan : hello@salambrowser.com
FB : SalamBrowser

"Hindari haram dan dosa, jom pilih Salam Browser"

**Terima kasih kerana membaca entri Salam Browser Mampu Hindari Perkara Haram Ketika Melayari Internet ?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com