Wednesday 28 January 2015

Avenged Sevenfold Kembali Gegar Surf Beach Sunway Lagoon Buat Kali Kedua

> What's Up Guys...

Haa, walaupun sudah beberapa hari konsert Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2015 yang berlangsung di Surf Beach Sunway Lagoon berlalu...tapi masih terasa macam baru semalam saja aku tengok Avenged Sevenfold buat persembahan "LIVE" depan mata ni...malam tu dikatakan fans A7X yang membanjiri Surf Beach Sunway Lagoon tidaklah seramai ketika kali pertama Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2012 | 29 April 2012 dulu...dan kali ni hanya lebih kurang 6k saja yang hadir...haa, tu Harian Metro yang kata la...bukan aku...huhu...mungkin disebabkan tiket hanya dihadkan untuk 6k penonton saja la tu...ataupun ada sebab lain lagi ? Entah la...huhu

Avenged Sevenfold Kembali Gegar Surf Beach Sunway Lagoon 2015
Avenged Sevenfold LIVE In KL 2015 | 23 Januari 2015

Hmm, setelah hampir 3 tahun menunggu sejak kali terakhir mereka datang ke Malaysia pada 29 April 2012 yang lalu, akhirnya mereka kembali semula ke Malaysia untuk tunaikan janji mereka dulu...Avenged Sevenfold Kembali Gegar Surf Beach Sunway Lagoon Buat Kali Kedua ! Tiada opening act macam konsert Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2012 sebelum ni...tepat jam 9.05 pm, petikan gitar Synyster Gates (lead guitar), Zacky Vengeance (rhythm guitar) dan Johnny Christ (bass guitar) serta ketukan dram padu daripada Arin Ilejay (drum) dan lontaran vokal bertenaga M. Shadows (vocalist) untuk lagu pembukaan "Shepherd Of Fire" yang dipetik daripada album keenam Avenged Sevenfold mula menghangatkan suasana malam tu...

Avenged Sevenfold LIVE In Kuala Lumpur 2015

Huhh, dalam masa lebih kurang 2 jam 15 minit...satu demi satu lagu popular daripada album Avenged Sevenfold dipersembahkan secara LIVE pada malam tu di Surf Beach Sunway Lagoon...antaranya adalah seperti Critical AcclaimWelcome To The FamilyHail To The KingBeast and The Harlot, Buried AliveSeize The DayNightmareChapter FourAlmost EasyAfterlifeThis Means WarAcid RainUnholy ConfessionsBat Country dan lagu yang terakhir adalah A Little Piece Of Heaven...

Setlist Lagu Avenged Sevenfold LIVE In KL 2015
Setlist Lagu Avenged Sevenfold LIVE In KL 2015

Seize The Day - Avenged Sevenfold LIVE In Kuala Lumpur 2015


Ketika konsert Avenged Sevenfold LIVE In Kuala Lumpur 2012 yang lalu, ada juga beberapa lagu popular mereka yang tidak dipersembahkan semasa konsert...di antaranya adalah lagu Almost Easy dan Seize The Day...tapi kali ni, kedua-dua lagu tersebut dimasukkan dalam setlist lagu untuk konsert malam tu...YEAHH ! Akhirnya dapat juga dengar LIVE dua lagu tu...persembahan drummer baru Avenged Sevenfold iaitu Arin Ilejay memang sangat mengagumkan penonton yang hadir...cara dia bermain drum memang style habis...kali ni lagi gempak Arin main drum daripada masa pertama kali Avenged Sevenfold datang ke Malaysia dulu...sekali tengok macam style The Rev (deceased-2009) main drum pun ada...spinning stick...

Avenged Sevenfold Kembali Gegar Surf Beach Sunway Lagoon 2015
Avenged Sevenfold LIVE In KL 2015 | 23 Januari 2015

Saat yang paling dinantikan oleh semua fans A7X jika mereka mengadakan tour di seluruh dunia, mesti la nak dengar "LIVE" petikan gitar solo Synyster Gates...dan semasa konsert Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2015 hari tu...hampir 10 minit juga la Syn Gates 'menggoreng' gitarnya...masa pertama kali datang Malaysia dulu macam kejap sangat petikan gitar solonya...kali ni lama sikit...haa, dan kali ni baru nampak muka Syn senyum sikit...kalau tak dulu, masa kali pertama datang Malaysia...main gitar pun muka macam senyum terpaksa...muka kelat...kenapa pun aku tak tahu...HAHA...

Synyster Gates - Avenged Sevenfold LIVE In KL 2015
Synyster Gates - Avenged Sevenfold LIVE In KL 2015

Zacky Vengeance tetap maintain macho main gitar dengan tangan kirinya...jadi back up vocals pun relaks saja sambil main gitar...memang nampak style habis bila main gitar dengan tangan kiri ni...kalau Syn dan Zacky ni duel guitar lagi terbaik...memang sudah menjadi trademark dalam lagu Avenged Sevenfold...boleh dikatakan hampir ke semua lagu ada part Syn Gates dan Zacky V ni duel guitar...huhu

Zacky Vengeance - Avenged Sevenfold LIVE In KL 2015
Zacky Vengeance - Avenged Sevenfold LIVE In KL 2015


Haa, lagu So Far Away...lagu yang memang diharapkan akan dimasukkan ke dalam setlist lagu untuk konsert Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2015 kali ni...tapi...hmm, hampa...ingatkan lagu So Far Away ada la malam tu...huhu...setelah hampir 2 jam 15 minit konsert berlangsung, hampir 15 buah lagu telah dipersembahkan dan dalam segmen encore pula...lagu A Little Piece Of Heaven yang dipetik daripada album keempat iaitu album Avenged Sevenfold (2007) menjadi penutup konsert malam tu...tapi apa yang kurang best malam tu, sound system macam ada masalah sikit...tak tahu nak salahkan siapa...sound engineer ataupun organiser yang tak beri cukup masa untuk sound engineer band Avenged Sevenfold untuk setup sound system untuk konsert malam tu...tapi Avenged Sevenfold tetap meneruskan persembahan hingga ke akhir...tu memang terbaik la...

Avenged Sevenfold LIVE In KL 2015
Avenged Sevenfold LIVE In KL 2015

NOTA SKYTECH :

Haa, dengar kata album terbaru mereka...iaitu album ketujuh Avenged Sevenfold dalam proses pembikinan selepas selesainya tour pada akhir bulan ni dan ianya dijangka akan keluar pada tahun 2016 nanti...adakah akan ada lagi konsert Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur selepas ni ? Entahlah...huhu...

**Terima kasih kerana membaca entri Avenged Sevenfold Kembali Gegar Surf Beach Sunway Lagoon Buat Kali Kedua

Monday 26 January 2015

Pak Uda Kitchen & Grill Pusat Perdagangan Selaseh

> What's Up Guys...

Haa, siapa kat sini memang sejak daripada dulu lagi adalah peminat tegar Western Food, Pasta dan Salad...contohnya macam Chicken Chop, Lamb Chop, Beef Steak, Fish & Chip dan pelbagai lagi la...bila Pak Uda Kitchen & Grill di Pusat Perdagangan Selaseh ni muncul dalam program Jalan-Jalan Cari Makan di TV3 pada 18 Januari 2015 yang lepas...baru aku perasan restoran di rupanya memang sudah lama dibuka cuma aku saja yang belum sempat singgah lagi...hmm, baru bercadang nak singgah petang 18 Januari hari tu...tapi sayangnya FULL HOUSE...yela, sudah pun masuk program JJCM di TV3...mesti la penuh kan...

Pak Uda Kitchen & Grill Pusat Perdagangan Selaseh
Pak Uda Kitchen & Grill 

Huh, macam mana la selama ini aku boleh tak perasan kewujudan restoran ni...haa, lagipun kawasan ni memang baru lagi dibuka sekitar awal tahun lepas...memang tak perasan la kan restoran ni bila lalu...yela kan, tepi highway DUKE...fokus cuma nak sampai ke rumah cepat saja...memang tak perasan la kan...hehe...tak dapat cuba hari sebelumnya...mencuba nasib hari berikutnya, selepas office hour...YES ! Tak berapa ramai sangat pelanggan...boleh la terjah Pak Uda Kitchen & Grill...sebab memang sudah lama sangat tak makan Western Food ni...memang kena timing la ni...hehe

Nama Menu Unik Pak Uda Kitchen & Grill Menjadi Daya Tarikan

Haa, bila diberi senarai menu oleh pekerja Pak Uda Kitchen & Grill...memang aku tergamam la sekejap...perghhh...nama menu tak nak mengalah...mesti susah nak pilih menu yang mana satu...dan ianya terjadi pada aku...lebih daripada 5 minit jugalah aku layan tengok menu saja...lebih daripada 60 pilihan menu termasuk minuman dan semuanya nampak macam menyelerakan...hmm, susah juga nak pilih yang mana satu sebab baru pertama kali datang kan...hehe...

Menu BEEF & LAMB Pak Uda Kitchen & Grill
Menu BEEF & LAMB Pak Uda Kitchen & Grill

Menu CHICKEN Pak Uda Kitchen & Grill
Menu CHICKEN Pak Uda Kitchen & Grill

Menu FISH & PASTA Pak Uda Kitchen & Grill
Menu FISH & PASTA Pak Uda Kitchen & Grill

Menu SIZZLING HOT PLATE & SIDE ORDER Pak Uda Kitchen & Grill
Menu SIZZLING HOT PLATE & SIDE ORDER Pak Uda Kitchen & Grill

Pak Uda SPECIAL MENU
Pak Uda SPECIAL MENU

Menu BEVERAGE Pak Uda Kitchen & Grill
Menu BEVERAGE Pak Uda Kitchen & Grill

Haa, setelah lebih daripada 5 minit tengok menu...aku pun order la J.Lo Grill Lamb Chop with Cheese...katanya menu yang paling kerap dipesan oleh pelanggan di Pak Uda Kitchen & Grill...selain itu, nak cuba juga Pak Uda Special Grill Beef & Spaghetti, Pak Uda Special Nachos Snack dan UFC Chicken Boxing...minuman...hmm, oleh sebab sudah lama tak minum apple juice...terus order Apple Lychee...da nama pun nak cuba...kena la order sikit dulu...kalau BEST, baru repeat lagi nanti...hehe

5 minit kemudian....

UFC Chicken Boxing Pak Uda Kitchen & Grill
UFC Chicken Boxing Pak Uda Kitchen & Grill

Pak Uda Special Nachos Snack
Pak Uda Special Nachos Snack

Haa, sementara menunggu menu yang lain sampai...layan la menu pembuka selera dulu...hehe...hmm, boleh tahan jugalah rasanya UFC Chicken Boxing ni...rasanya agak rangup...dimakan panas-panas...cicah coleslaw...tambah sikit sos cili...dan cuaca kat luar pula sejuk dan hujan renyai...fuhh...layan beb ! Pak Uda Special Nachos Snack ni buat aku ketagih pula...nachos nya yang rangup...cheese meleleh dan ditambah pula dengan cili benggala lagi...kuah pencicah lagi...fuhh, memang layan...hehe...dan ditambah pula dengan kesegaran air Apple Lychee...fuhh...da macam review movie pula aku buat...HAHA...

Apple Lychee
Apple Lychee

Haa, belum sempat habiskan UFC Chicken Boxing...akhirnya J.Lo Grill Lamb Chop with Cheese pun sampai...wahh, patutlah ramai pelangga yang order menu ni bila makan di sini...sekali tengok pun sudah tahu sedap ni...lamb chop pun nampak lembut saja dagingnya...mudah dipotong...dan ianya dihidangkan bersama dengan sos black pepper, coleslaw, fries, potato jack dan cheese...jemput makan ! hehe

JLo Grill Lamb Chop with Cheese Pak Uda Kitchen & Grill
JLo Grill Lamb Chop with Cheese Pak Uda Kitchen & Grill

Teringin nak makan spaghetti dengan grill beef, chicken chop ataupun lamb chop ? Haa, tak perlu nak order menu berlainan...semuanya 2 in 1 dalam menu bernombor 701 Pak Uda Special Grill & Spaghetti ada...korang semua boleh la pilih sama ada nak daging, ayam ataupun kambing...ikut citarasa masing-masing la...hehe...jemput makan lagi sekali ! hehe

Pak Uda Special Grill Beef & Spaghetti
Pak Uda Special Grill Beef & Spaghetti

Bagi sesiapa yang mahu mencuba sendiri keenakan menu yang ada di sini, bolehlah terus terjah ke alamat : 

PAK UDA KITCHEN & GRILL
No. 13-G, Jalan PPS 1,
Pusat Perdagangan Selaseh,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.

Masa Perniagaan : 5.00 pm - 12.00am

Facebook : Pak Uda Kitchen & Grill
Instagram : PakUda_KitchenGrill




NOTA SKYTECH : 

Kalau ada masa, memang aku akan repeat lagi makan di Pak Uda Kitchen & Grill ni...sebab banyak lagi menu yang masih belum sempat untuk dicuba ni...dan lepas ni tak perlulah nak mencari tempat yang jauh lagi kalau teringin nak makan Western Food yang sedap...hehe

Pak Uda Kitchen & Grill Pusat Perdagangan Selaseh
Pak Uda Kitchen & Grill Pusat Perdagangan Selaseh

P.S - Rasa macam nak makan Western Food pula hari ni...hehe

**Terima kasih kerana membaca entri Pak Uda Kitchen & Grill Pusat Perdagangan Selaseh

Wednesday 14 January 2015

The Last : Naruto The Movie Eksklusif di GSC Cinemas

> What's Up Guys...

The Last : Naruto The Movie Eksklusif di GSC Cinemas...Haa, selepas berakhirnya episod ke-700 manga Naruto karya Masashi Kishimoto pada sekitar hujung tahun 2014 yang lalu selepas 15 tahun ianya disiarkan sejak tahun 1999...haa, aku pasti ramai peminat yang telah mengikuti siri anime Naruto ni memang sangat menantikan tayangan eksklusif The Last : Naruto The Movie ni kan di GSC Cinemas terpilih di seluruh Malaysia bermula 29 Januari 2015 nanti...kan ? 

The Last : Naruto The Movie Eksklusif di GSC Cinemas
The Last : Naruto The Movie Eksklusif di GSC Cinemas

Huh, memang aku tabik la siapa yang melayan manga Naruto ni sejak daripada mula lagi ianya disiarkan...sejujurnya, aku memang tidak berapa gemar sangat untuk baca manga Naruto ni...tapi layankan juga la sebab nak catch up jalan ceritanya dan untuk mengetahui apa yang terjadi selanjutnya...sebab aku rasa macam tak berapa puas bila baca manga Naruto berbanding dengan layan anime Naruto...sebabnya anime Naruto pun aku layan...hmm, lambat pun lambat la...janji layan...HAHA

Uzumaki Naruto Hokage Ke-7 (Nanadaime Hokage)

Huh, tak sabar pula rasanya nak tengok The Last : Naruto The Movie ni nanti di pawagam walaupun sudah habis baca manga Naruto...hehe...sebab feeling baca manga memang tak sama macam layan anime...bila tengok anime lagi puas...betul tak ? HAHA...haa, nak tengok Uzumaki Naruto (Nanadaime Hokage [Seventh Fire Shadow] ; Seventh Hokage) beraksi dalam anime ! JOM ke pawagam bermula 29 Januari 2015 nanti di GSC Cinemas yang terpilih di seluruh Malaysia ! Haa, katanya ada suprise di hujung anime tu...hmm, suprise apa agaknya ya ? hehe

The Last : Naruto The Movie - Uzumaki "Bolt" Boruto
The Last : Naruto The Movie - Uzumaki "Bolt" Boruto


NOTA SKYTECH :

Hmm, rasanya memang sudah lama juga aku tak marathon layan anime Naruto ni...episod terakhir yang aku tengok pun rasanya episod 340...haa, episod paling baru sekarang ni pun sudah episod 394, memang jauh tertinggal ni...huh, entah berapa lama pula baru nak khatam sampai episod paling baru ni...The Last : Naruto The Movie da nak keluar ni tidak lama lagi...HAHA...

P.S - Haa, ada sesiapa yang sudah tengok awal ke movie ni ? Download ? Torrent ? Huh, INI TIDAK ADIL ! Mengelat...HAHA...Aku ? Masih akan tetap tunggu ianya mula ditayangkan di pawagam bermula 29 Januari 2015 nanti...hehe


**Terima kasih kerana membaca entri The Last : Naruto The Movie Eksklusif di GSC Cinemas

Friday 9 January 2015

Pelayaran Islamik Bukan Sekadar Percutian

Pelayaran Islamik Bukan Sekadar Percutian...Adakah anda mahu merasai satu pelayaran yang membawa anda ke sebuah resort bertaraf dunia eksklusif terapung di laut dan di dalamnya dipenuhi dengan aktiviti yang tidak pernah terlintas dalam fikiran anda selama ini di atas sebuah kapal persiaran mewah SuperStar Libra

Pelayaran Islamik Bukan Sekadar Percutian
Pelayaran Islamik Bukan Sekadar Percutian

Sejak siri Pelayaran Islamik 1.0 : Pelayaran U.K.E. bersama penceramah bebas terkenal tanah air, Ustaz Kazim Elias pada 24 - 27 Ogos 2014 yang lalu dengan berlayar ke tiga destinasi iaitu Penang, Langkawi dan Phuket mendapat sambutan yang amat luar biasa, siri Pelayaran Islamik 2.0 : Pelayaran U.K.E. yang bakal berlayar pada 25 - 28 Januari 2015 juga telah SOLD OUT !

Pelayaran Islamik Bukan Sekadar Percutian 

Pelayaran Islamik Bukan Sekadar Percutian...dan yang paling penting sekali, ianya bukan sekadar pelayaran mewah yang biasa di atas kapal persiaran Star Cruise tetapi ianya merupakan satu pelayaran yang penuh bermakna yang diselitkan dengan ilmu bermanfaat yang dikendalikan beberapa orang tokoh ilmuwan dan penceramah terkenal tanah air yang kini sudah masuk siri ke 3.0 dan siri 4.0 yang dianjurkan Intratama Travel Consultant & Tours (M) Sdn. Bhd (ITCT)...dan dengar khabarnya, ITCT sudahpun ada perancangan untuk meneruskan siri Pelayaran Islamik 5.0 pada masa hadapan...

Pelayaran Islamik 1.0

Sepanjang pelayaran 4 hari 3 malam tersebut, antara slot perkongsian ilmu agama yang menarik yang turut disediakan dalam aturcara program untuk para peserta yang akan disampaikan oleh beberapa orang tokoh ilmuwan dan para penceramah adalah seperti :

  • Cara Mengetahui Kedudukan Kiblat
  • Mempelajari Solat Jama' & Qasar
  • Qiyamulail
  • Zikir & Selawat
  • Soal Jawab Bersama Ustaz
  • Program Ziarah
  • Makan Malam Kesyukuran

Pelayaran Islamik 1.0

Selain daripada itu, anda juga akan dibawa untuk melawat sekolah pondok serta masjid di Phuket dan Krabi...boleh dikatakan ke semua program yang diaturkan sepanjang pelayaran tersebut memang amat bermakna sekali..."Once in a life time..." sebab bukan sekadar bercuti, tapi dalam masa yang sama...dapat juga sedikit sebanyak menimba ilmu yang bermanfaat kan...tak gitu ?

Haa, adakah anda berminat untuk mengikuti pelayaran ini untuk dijadikan sebagai hadiah kepada pasangan, hadiah istimewa kepada kedua ibu bapa, hadiah ulang tahun perkahwinan ataupun sebagai hadiah korporat ? Haa, bolehlah memilih sama ada berminat untuk mengikuti siri Pelayaran Islamik 3.0 ataupun Pelayaran Islamik 4.0...

Pelayaran Islamik 3.0 : Penang - Phuket - Krabi

Pelayaran Islamik 3.0
Pelayaran Islamik 3.0 : Penang - Phuket - Krabi (1-4 Februari 2015)

  • Pelayaran Islamik 3.0 : Penang - Phuket - Krabi
  • Tarikh : 1 - 4 Februari 2015
  • Penceramah : Ustaz Badlishah , Sheikh Abdelaziz Ghonim, Dato' Hassan Mahmud, Dato' Dr. Hj. Fadzilah Kamsah dan Imam Muda Miril
  • Aktiviti sepanjang Pelayaran Islamik 3.0 [KLIK SINI]

Pelayaran Islamik 4.0 : Penang - Phuket - Krabi

Pelayaran Islamik 4.0
Pelayaran Islamik 4.0 : Penang - Phuket - Krabi (8-11 Mac 2015)

  • Pelayaran Islamik 4.0 : Penang - Phuket - Krabi
  • Tarikh : 8 - 11 Mac 2015
  • Penceramah : Ustaz Syed Norhisyam, Ustaz Haslin Bollywood, Prof. Muhaya dan Imam Muda Asyraf
  • Aktiviti sepanjang Pelayaran Islamik 4.0 [KLIK SINI]
Pelayaran Islamik 1.0
Pemandangan Matahari Terbenam Ketika di Atas Kapal Persiaran Star Cruise

Untuk sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran ataupun cara pembayaran sekiranya anda berminat untuk menyertai Pelayaran Islamik 3.0 ataupun Pelayaran Islamik 4.0, anda bolehlah mendapatkan maklumat yang lebih lanjut seperti yang tertera di bawah :

Sekretariat Pelayaran Islamik
No.2.08, Jalan Prima SG 1,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.

No. Tel : +603-61850010
Fax : +603-61899010
Facebook : PelayaranIslamik
Emel : info@pelayaranislamik.com


NOTA SKYTECH :

Jika berminat untuk mengikuti Pelayaran Islamik Bukan Sekadar Percutian, boleh juga berbuat demikian dengan mendaftar secara online


**Terima kasih kerana membaca entri Pelayaran Islamik Bukan Sekadar Percutian

Friday 2 January 2015

Permulaan Cabaran Tahun 2015

> What's Up Guys...

Permulaan Cabaran Tahun 2015...selamat tinggal 2014 dan selamat datang 2015 ! Yeahh, rasanya semua masih lagi dalam mood tahun baru kan ? Haa, adakah semua Misi Tahun 2014 yang anda rencanakan tercapai semuanya ? Hmm, bila awal tahun macam ni...aku yakin mesti semua sudah tanamkan azam baru untuk tahun 2015 ni kan ? hee...kalau tanya aku ? Mesti la ada tapi...biarlah ianya rahsia...harap dapatlah menggapai target yang disasarkan untuk tahun ni...In Sha Allah...hee

Permulaan Cabaran Tahun 2015
Permulaan Cabaran Tahun 2015

Haa, dalam tak sedar...tahun 2015 ni sudah masuk tahun keempat dalam dunia blog ni sejak aktif berblog sekitar hujung tahun 2011...jutaan terima kasih diucapkan kepada semua blogger yang masih menyokong EZADSKYTECH dalam dunia blog ni walaupun ada masa tertentu aku selalu M.I.A (Missing In Action)...hehe...banyak juga kenangan manis yang dicoretkan sepanjang tahun 2014 dalam dunia blog ni...hehe

...bila dapat capai target lebih 1 juta pageviews masa akhir bulan Jun 2014 hari tu lagi la buat aku tak percaya ! Haa, bila sudah mencapai target 1 juta PV...target seterusnya mestilah nak dapatkan 2 juta pageviews pula kan...tapi tak jangka pula sehingga akhir tahun 2014 boleh mencapai hampir 2.6 juta pageviews dalam masa 6 bulan...tak tahu daripada mana datangnya hampir 1.6 PV tu...target lepas ni 5 juta pageviews pula...tapi tak tahu la bila baru boleh capai...hehe...

Haa,t api yang aku pasti, semuanya takkan mustahil kalau kita tahu apa yang kita buat...bukan sekadar mengejar nama hanya nak jadi blogger popular...tapi yang penting, menulis biarlah lahir dari hati turun ke jiwa...cewahhh, pandai menasihat orang pula...HAHA

Ezadskytech Quote 2015
Jangan mudah untuk katakan "TIDAK"

Hmm, sebenarnya kalau nak diikutkan sejarahnya...hujung tahun 2008 lagi aku sudah mempunyai blog...masa zaman study diploma dulu...tapi tu la...tak aktif sangat...entri sebelum tahun 2011 semuanya aku sudah delete bila nekad nak aktif berblog sejak 2011...tu yang korang takkan jumpa entri masa zaman aku awal berblog dulu...lagi EPIC FAILED entrinya ! HAHA...

Permulaan Cabaran Tahun 2015 pun baru sahaja nak bermula...dan masih ada berbaki selama lebih kurang setahun lagi...new chapter...new hope...come on...just bring it on ! Haa, harap semangat macam ni kekal la sampai ke hujung tahun 2015 ni...motivasi kan diri sendiri sikit...jangan jadi macam tahun lepas sudah la...entri tahun 2014 tak sampai 100 pun...ish...ish...HAHA

"Semoga tahun 2015 lebih baik daripada tahun sebelumnya"
- ALL THE BEST 2015 ! -

NOTA SKYTECH :

Siapakah agaknya yang akan tersenarai menjadi pemenang dalam Cabaran Makan Malam Bersama DN untuk pengomen tegar blog DeqNoor daripada bulan Julai 2014 sehingga bulan Disember 2014 yang lalu ? Huh, tak sabar pula nak menunggu pengumuman rasmi di blog DeqNoor nanti...jeng...jeng...jeng...kita lihat siapa yang kena ? hee

**Terima kasih kerana membaca entri Permulaan Cabaran Tahun 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com