Showing posts with label Avenged Sevenfold. Show all posts
Showing posts with label Avenged Sevenfold. Show all posts

Wednesday, 28 January 2015

Avenged Sevenfold Kembali Gegar Surf Beach Sunway Lagoon Buat Kali Kedua

> What's Up Guys...

Haa, walaupun sudah beberapa hari konsert Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2015 yang berlangsung di Surf Beach Sunway Lagoon berlalu...tapi masih terasa macam baru semalam saja aku tengok Avenged Sevenfold buat persembahan "LIVE" depan mata ni...malam tu dikatakan fans A7X yang membanjiri Surf Beach Sunway Lagoon tidaklah seramai ketika kali pertama Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2012 | 29 April 2012 dulu...dan kali ni hanya lebih kurang 6k saja yang hadir...haa, tu Harian Metro yang kata la...bukan aku...huhu...mungkin disebabkan tiket hanya dihadkan untuk 6k penonton saja la tu...ataupun ada sebab lain lagi ? Entah la...huhu

Avenged Sevenfold Kembali Gegar Surf Beach Sunway Lagoon 2015
Avenged Sevenfold LIVE In KL 2015 | 23 Januari 2015

Hmm, setelah hampir 3 tahun menunggu sejak kali terakhir mereka datang ke Malaysia pada 29 April 2012 yang lalu, akhirnya mereka kembali semula ke Malaysia untuk tunaikan janji mereka dulu...Avenged Sevenfold Kembali Gegar Surf Beach Sunway Lagoon Buat Kali Kedua ! Tiada opening act macam konsert Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2012 sebelum ni...tepat jam 9.05 pm, petikan gitar Synyster Gates (lead guitar), Zacky Vengeance (rhythm guitar) dan Johnny Christ (bass guitar) serta ketukan dram padu daripada Arin Ilejay (drum) dan lontaran vokal bertenaga M. Shadows (vocalist) untuk lagu pembukaan "Shepherd Of Fire" yang dipetik daripada album keenam Avenged Sevenfold mula menghangatkan suasana malam tu...

Avenged Sevenfold LIVE In Kuala Lumpur 2015

Huhh, dalam masa lebih kurang 2 jam 15 minit...satu demi satu lagu popular daripada album Avenged Sevenfold dipersembahkan secara LIVE pada malam tu di Surf Beach Sunway Lagoon...antaranya adalah seperti Critical AcclaimWelcome To The FamilyHail To The KingBeast and The Harlot, Buried AliveSeize The DayNightmareChapter FourAlmost EasyAfterlifeThis Means WarAcid RainUnholy ConfessionsBat Country dan lagu yang terakhir adalah A Little Piece Of Heaven...

Setlist Lagu Avenged Sevenfold LIVE In KL 2015
Setlist Lagu Avenged Sevenfold LIVE In KL 2015

Seize The Day - Avenged Sevenfold LIVE In Kuala Lumpur 2015


Ketika konsert Avenged Sevenfold LIVE In Kuala Lumpur 2012 yang lalu, ada juga beberapa lagu popular mereka yang tidak dipersembahkan semasa konsert...di antaranya adalah lagu Almost Easy dan Seize The Day...tapi kali ni, kedua-dua lagu tersebut dimasukkan dalam setlist lagu untuk konsert malam tu...YEAHH ! Akhirnya dapat juga dengar LIVE dua lagu tu...persembahan drummer baru Avenged Sevenfold iaitu Arin Ilejay memang sangat mengagumkan penonton yang hadir...cara dia bermain drum memang style habis...kali ni lagi gempak Arin main drum daripada masa pertama kali Avenged Sevenfold datang ke Malaysia dulu...sekali tengok macam style The Rev (deceased-2009) main drum pun ada...spinning stick...

Avenged Sevenfold Kembali Gegar Surf Beach Sunway Lagoon 2015
Avenged Sevenfold LIVE In KL 2015 | 23 Januari 2015

Saat yang paling dinantikan oleh semua fans A7X jika mereka mengadakan tour di seluruh dunia, mesti la nak dengar "LIVE" petikan gitar solo Synyster Gates...dan semasa konsert Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2015 hari tu...hampir 10 minit juga la Syn Gates 'menggoreng' gitarnya...masa pertama kali datang Malaysia dulu macam kejap sangat petikan gitar solonya...kali ni lama sikit...haa, dan kali ni baru nampak muka Syn senyum sikit...kalau tak dulu, masa kali pertama datang Malaysia...main gitar pun muka macam senyum terpaksa...muka kelat...kenapa pun aku tak tahu...HAHA...

Synyster Gates - Avenged Sevenfold LIVE In KL 2015
Synyster Gates - Avenged Sevenfold LIVE In KL 2015

Zacky Vengeance tetap maintain macho main gitar dengan tangan kirinya...jadi back up vocals pun relaks saja sambil main gitar...memang nampak style habis bila main gitar dengan tangan kiri ni...kalau Syn dan Zacky ni duel guitar lagi terbaik...memang sudah menjadi trademark dalam lagu Avenged Sevenfold...boleh dikatakan hampir ke semua lagu ada part Syn Gates dan Zacky V ni duel guitar...huhu

Zacky Vengeance - Avenged Sevenfold LIVE In KL 2015
Zacky Vengeance - Avenged Sevenfold LIVE In KL 2015


Haa, lagu So Far Away...lagu yang memang diharapkan akan dimasukkan ke dalam setlist lagu untuk konsert Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2015 kali ni...tapi...hmm, hampa...ingatkan lagu So Far Away ada la malam tu...huhu...setelah hampir 2 jam 15 minit konsert berlangsung, hampir 15 buah lagu telah dipersembahkan dan dalam segmen encore pula...lagu A Little Piece Of Heaven yang dipetik daripada album keempat iaitu album Avenged Sevenfold (2007) menjadi penutup konsert malam tu...tapi apa yang kurang best malam tu, sound system macam ada masalah sikit...tak tahu nak salahkan siapa...sound engineer ataupun organiser yang tak beri cukup masa untuk sound engineer band Avenged Sevenfold untuk setup sound system untuk konsert malam tu...tapi Avenged Sevenfold tetap meneruskan persembahan hingga ke akhir...tu memang terbaik la...

Avenged Sevenfold LIVE In KL 2015
Avenged Sevenfold LIVE In KL 2015

NOTA SKYTECH :

Haa, dengar kata album terbaru mereka...iaitu album ketujuh Avenged Sevenfold dalam proses pembikinan selepas selesainya tour pada akhir bulan ni dan ianya dijangka akan keluar pada tahun 2016 nanti...adakah akan ada lagi konsert Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur selepas ni ? Entahlah...huhu...

**Terima kasih kerana membaca entri Avenged Sevenfold Kembali Gegar Surf Beach Sunway Lagoon Buat Kali Kedua

Wednesday, 2 May 2012

Avenged Sevenfold Gegar Surf Beach Sunway Lagoon

> Whats Up Guys...

Haa...walaupun sudah beberapa hari konsert Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2012 di Surf Beach, Sunway Lagoon berlalu...tapi serius memang terasa macam baru semalam saja aku pergi konsert Avenged Sevenfold 'LIVE' depan mata...malam tu dikatakan hampir 15,000 fans A7X membanjiri Surf Beach Sunway Lagoon pada 29 April 2012 hari tu...What ? 15k fans ? Biar betul ni ? 

Nightmare...! Now your nightmare comes to life

Haa...macam yang telah dijangka lagu Nightmare menjadi 'opening song' untuk konsert hari tu...sebab setlist lagu untuk konsert A7X Asia Tour lebih kurang sama saja tapi cuma setlist masa konsert kat Malaysia hari tu ada kelainan sikit...memang terbaik la...Avenged Sevenfold dianggotai oleh M. Shadows (vokalis), Synyster Gates (Gitar Utama), Zacky Vengeance (Gitar Rythm), Johnny Christ (Gitar Bass)...Arin Ilejay (Pemain Dram | Session dan Touring Members)

Nightmare | Avenged Sevenfold Live In KL 2012


Huhhh...dalam masa lebih kurang satu jam setengah, band Avenged Sevenfold hanya memainkan 14 buah lagu popular mereka daripada album studio kedua sehingga album studio kelima seperti Critical Acclaim, Welcome To The Family, Second Heartbeat, Buried Alive, So Far Away, Afterlife, Beast and Harlot, A Little Piece of Heaven, Bat Country, Fiction, Crossroads dan Unholy Confessions...

Zacky Vengeance dan Synyster Gates relaks saja pakai t-shirt...cuaca kat Malaysia...biasa la...HAHA

Huuhh...lagu daripada album studio pertama A7X iaitu Sounding The Seventh Trumpet (2001) langsung takde ni...teringin sangat nak dengar lagu Warmness On The Soul secara live...lagu Almost Easy dan Seize The Day pun takde dalam setlist lagu dorang masa tu...haa, kalau masih ingat lagi...dua lagu ni la yang aku maksudkan dalam entri Melody Monday hari tu...hee...kalau la ada dua lagu tu...kan best...

Masa lagu So Far Away kalau tak silap aku...

Kerancakan konsert tetiba bertukar suasana bila Avenged Sevenfold menyampaikan lagu So Far Away yang ditujukan kepada kawan baik anggota band ni, Jimmy "The Rev" Sullivan yang merupakan bekas pemain dram yang telah mati pada tahun 2009 yang lalu...

So Far Away | Avenged Sevenfold Live In KL 2012


"You know...the one thing The Rev taught me...was to love your family and 
friends and tell them you love them everyday"


Haa...lagu So Far Away ni dikatakan seperti luahan kerinduan semua anggota band Avenged Sevenfold kepada sahabat mereka, The Rev...lepas tu konsert diteruskan lagi sehingga ke lagu terakhir dan merupakan lagu penutup konsert Avenged Sevenfold Live In KL 2012 dengan persembahan lagu Unholy Confessions yang dipetik daripada album studio kedua Waking The Fallen (2003)...


Haa, kalau la Avenged Sevenfold tahu fans dorang ramai kat Malaysia ni...mesti daripada dulu lagi da masukkan Malaysia dalam senarai tour mereka kan...HAHA...harap ini bukan kunjungan kali pertama dan kali terakhir Avenged Sevenfold ke sini...harap nanti ada lagi...HAHA...Avenged Sevenfold memang gegarkan Surf Beach Sunway Lagoon la hari tu...

"We will come back here again very soon" - M. Shadows

Haa, konsert Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2012 di Surf Beach, Sunway Lagoon tersebut telah dianjurkan oleh Fat Boys dengan kerjasama TuneTalk dan JS Concert Productions...

Huuhh, tak sabar nak tunggu DVD Live Avenged Sevenfold Asia Tour ni keluar di pasaran nanti sebab konsert Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2012 hari tu akan dijadikan DVD Live termasuk dengan Asia Tour konsert Avenged Sevenfold di negara Asia yang lain...mungkin akan keluar hujung tahun ni...atau mungkin tahun depan...HAHA...


NOTA SKYTECH :

Haa...video yang ada dalam entri ni bukan video rakaman aku...sebab kualiti video yang aku rakam agak kureng sikit...biasa la kamera phone...tak boleh bawak kamera canggih masa konsert tu...nanti kena rampas...HAHA...haa...gambar lain boleh tengok kat FB...tak boleh nak upload banyak sangat kat sini...hee...(,^^)


P.S - Haa...hanya tinggal 12 hari lagi masa untuk VOTE ! 
Kalau sudi vote blog ni KLIK SINI dan klik VOTE...terima kasih (,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Avenged Sevenfold Gegar Surf Beach Sunway Lagoon

Tuesday, 1 May 2012

So Long Super Duper Awesome April

> Whats Up Guys...


> Hola May ! So long super duper AWESOME April !

Huhh...bila baca entri Welcome Back April rasa macam baru semalam saja masuk bulan April...macam tak sangka saja hari ni da masuk bulan Mei ! What? Bulan April hanya dapat publish 25 entri saja kat blog...hanya kurang satu entri daripada bulan Mac...makin lama makin sikit entri ni...jangan lepas ni makin kurang entri sudah la...HAHA...

Awesome APRIL...you will always in my memories ! HAHA...

Haa, serius...memang banyak kenangan dalam bulan April ni...haa, Skytech Belog ni genap setahun masa bulan April lepas la dan semuanya Bermula Dari Bawah dan masa tu memang tak tahu langsung pasal blog...hee...dan sekarang ni kalau nak keluar pun kalau boleh nak bawa lappy sebab sekarang ni da banyak tempat ada WiFi kan...senang nak online...Terima Kasih WiFi !

Kalau disuruh pergi kat Kabin Di Dalam Hutan pun aku sanggup janji ada line internet...HAHA...tapi kalau kat dalam hutan...tetiba ada dengar bunyi ombak...memang agak pelik la...tu memang buat aku tak senang duduk..."Mana Datang Bunyi Ombak Tadi agaknya ?" Haa...confirm masa tu kalau nak Buka Emel Tutup Mata...lagi kan la kalau nak online dan taip entri...semua Program Tergendala...dahsyat betul imaginasi aku ni...HAHA...


Aku kaki wayang ? Tahun ni baru mula...HAHA...

Haa...kalau la diberi pilihan untuk Pilih Satu Antara Dua movie ni...yang mana satu korang akan pilih untuk tengok untuk kali kedua atau Mungkin Akan Ada Kali Ketiga antara Battleship dan The Avengers? Haa, rasanya dua movie ni memang berbaloi tengok lebih daripada sekali...seriuosly ! Memang berbaloi...haa...agaknya la kan kalau team Marvel's The Avengers VS Gengster Jepun...rasanya siapa yang akan memang...mesti la The Avengers kan...HAHA...Go! Avengers...

Haa, kalau la animasi BoBoiBoy Dan Budak Misteri dijadikan movie panjang pun best juga kan...mesti layan la movie tu kan...HAHA...lepas tu siap dapat free Movie, Gift And Treat...mesti sangat awesome kan! HAHA...


Avenged Sevenfold Live In KL 2012 Gegar Surf Beach...!

Huuhh...penutup bulan April yang memang sangat AWESOME! Yehaa..ooppsss, cukup la tu...FULLSTOP! Haa, cukup la aku mengarut untuk entri pertama bulan Mei ni...tajuk entri yang ada dalam entri ni serius memang tak dirancang...semuanya Super Spontan...mana tajuk entri yang kena dengan cerita...aku just masukkan ikut kesesuaian...HAHA...

NOTA SKYTECH :

Haa...hari ni cuti umum kan ? Selamat bercuti semua...hee...
"Vote From 23 Apr - 13 May"


P.S -   Haa...hanya tinggal 13 hari lagi masa untuk VOTE ! 
Kalau sudi vote blog ni KLIK SINI dan klik VOTE...terima kasih (,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri So Long Super Duper Awesome April

Monday, 30 April 2012

Melody Monday : Welcome To The Family

> Whats Up Guys...

Haa...ada yang masih Monday Blues lagi hari ni ? Relaks la...esok cuti kan...hee...entri kali ni cuma intro untuk entri akan datang nanti...entri penuh akan menyusul kemudian...haa, kira macam teaser la ni...Avenged Sevenfold Live at Surf Beach Sunway Lagoon, 29 April 2012...


"Welcome To The Family"
Avenged Sevenfold Live In Surf Beach Sunway Lagoon 



NOTA SKYTECH :

Huhh...agaknya berapa ramai fans Avenged Sevenfold ada kat konsert A7X Live at Surf Beach Sunway Lagoon malam tadi ? Mungkin lebih daripada 10k...huhu...


P.S - Kenapa dua lagu tu takde dalam setlist...huhu
Penat semalam pun tak hilang lagi ni...tu buat entri teaser dulu...hee (,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Melody Monday : Welcome To The Family

Sunday, 29 April 2012

Avengers Malaysia Gegar Surf Beach Sunway Lagoon

> Whats Up Guys...

Happy weekend guys ! Akhirnya hari yang memang da lama aku tunggu sejak berbulan lepas tiba juga akhirnya hari ni sebab...sebab konsert Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2012 pasti akan menggegarkan Surf Beach Sunway Lagoon malam ni...

Avenged Sevenfold Live In KL 2012 Stage !

Haa...stage pun da ready ! Cuma tinggal beberapa jam saja lagi ni...haa, nak buat entri Silent Sunday hari ni boleh ? Sebab da tak mampu nak kata apa bila dapat tengok gambar stage ni...

"Now Your Nightmare Comes To Life"



NOTA SKYTECH :

AVENGERS Malaysia...jom gegarkan Surf Beach Sunway Lagoon malam ni...Sevenfold ! Sevenfold !


P.S - Avenged Sevenfold dan The Avengers ada kaitan ke ? HAHA...#LOL 
Happy weekend guys...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Avengers Malaysia Gegar Surf Beach Sunway Lagoon

Monday, 27 February 2012

Birthday Invasion | Pre-Sale

> Happy Monday...

Haa...amacam weekend korang ? Best ke ataupun bosan...? hee...weekend lepas memang tersangat awesome la sebab ada dua event yang aku pergi Sabtu lepas di Stadium Putra Bukit Jalil...HAHA...sebab tu tajuk entri kali ni 2 dalam 1, Birthday Invasion | Pre-Sale...haa...birthday aku ? Birthday aku lambat lagi kot...hee...

Hitz.fm Birthday Invasion


Haa...da la pada mulanya aku tersalah faham pasal event tu...event tu sebenarnya kat Stadium Putra Bukit Jalil...kat hitz.fm pun da bagitahu tapi aku boleh pulak pergi kat Stadium Nasional Bukit Jalil...patut la macam lengang je kat situ masa tu...HAHA...nasib baik Hitz.fm Birthday Invasion tu start pada pukul 4.30 petang...

Tapi motif utama aku pergi sana tu bukan nak join Birthday Invasion ni...berbayar rupanya...ingatkan FREE saja...HAHA...cancel la...lagipun ada motif lain sebenarnya...25 Feb lepas ada Pre-Sale...

TuneTalk Booth | A7X Ticket Pre-Sale

...tiket Konsert Avenged Sevenfold Live In KL 2012 dan khas untuk pengguna TuneTalk...boleh dapat diskaun sehingga 30% untuk tiket...banyak kelebihan TuneTalk ni...padahal aku baru guna TuneTalk ni pun tak sampai 2 minggu lagi...HAHA...


Boleh tahan ramai jugak la yang serbu booth TuneTalk Sabtu lepas untuk dapatkan diskaun 30% tu...kalau nak beli tiket harga normal memang mahal la kan...hee...nasib baik bajet cukup...sebab tak berani nak bawa duit banyak dalam wallet...sekarang ni apa pun boleh jadi kan...hee...beringat dulu sebelum terkena...

NOTA SKYTECH :

Bila da dapat beli tu...memang senyum sampai ke telinga la...HAHA...dan semalam secara tak rasminya aku mengambil keputusan untuk bercuti sehari dari dunia blog...dan habiskan weekend dengan sebaiknya...hee...

P.S - Weekend korang macam mana pulak...? Cer citer...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Birthday Invasion | Pre-Sale

Saturday, 25 February 2012

Harga Tiket Konsert Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2012

> Happy Saturday...

Sejak hujung bulan Januari 2012 lagi da terasa kehangatannya apabila rumours mengenai band A7X akan membuat konsert di KL dan berita mengenai Avenged Sevenfold telah mengesahkan kedatangan mereka ke Kuala Lumpur pada 29 April 2012 di laman web rasmi band ni pada 14 Februari yang lalu memang cukup membuatkan semua AVENGERS kat Malaysia ni da tak sabar untuk menunggu konsert ni nanti...termasuk la aku...HAHA...

"Now your NIGHTMARE comes to life"

Haaa...sejak dua minggu lepas lagi aku da tunggu bila la tiket akan mula dijual...masih ingat lagi entri Tiket Konsert Avenged Sevenfold Live In Malaysia...masa tu dengar cerita 19 Februari 2012 tiket akan mula dijual tetapi...tapi tangguh lagi...memang spoiled betul la...!! Haa...tapi kalau tiket habis SOLD OUT lagi la NIGHTMARE...#LOL...HAHA...

Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2012

> > Sumber : TicketPro Malaysia FB 

Berapa harga tiket konsert Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2012 ?

A7X Live In KL 2012 Venue Layout

>> Sumber : Avenged Sevenfold Asia Tour Malaysia 2012

Tune Talk | Mobile Prepaid mempersembahkan Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2012...terima kasih TuneTalk ! HAHA...tiket konsert akan mula dijual pada 26 Februari 2012...sebenarnya aku da tahu daripada minggu lepas lagi...hee...early-bird diskaun 20% hanya sehingga 4 Mac 2012 untuk tiket berharga RM298, RM198 dan RM98...takde lagi tiket RM88, RM128,RM158 dan RM258....heee...

Haa..tiket boleh dibeli secara online di www.ticketpro.com.my mulai 26 Feb 2012 dan juga boleh dapatkan tiket korang di Victoria Music Centre, Rock Corner dan The Guitar Store yang berhampiran :


Surf Beach Sunway Lagoon ?

Huuhh...tiga kali tukar tempat ni...first rumours kat Stadium Merdeka...lepas tu tukar Stadium Negara pulak dan kali ni memang confirm kat Surf Beach Sunway Lagoon...nak buat kat Stadium Putra Bukit Jalil memang tak boleh la sebab da ada event pada tarikh yang sama...huhu...

> Haaa...Avenged Sevenfold Live In Malaysia 2012 ni mungkin akan jadi konsert yang paling terhangat untuk tahun 2012 ni...HAHA...

NOTA SKYTECH :

Entri ni da siap schedule untuk hari ni...pening fikir nak letak tajuk apa...tu pun aku ikut keyword kat analytics Nuffnang...hee...haa...siapa ada kat area Bukit Jalil hari ni ? Kalau terjumpa boleh la jumpa ke atau berkenalan ke...HAHA...mungkin akan kurang blogwalking hari ni...

P.S - Mungkin saja...aku bukannya boleh kalau tak online sehari ni...HAHA..(,^^) 

**Terima kasih kerana membaca entri Harga Tiket Konsert Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2012

Tuesday, 14 February 2012

Tiket Konsert Avenged Sevenfold Live In Malaysia | 29 April 2012

> Happy Tuesday...

Masih ingat lagi entri Avenged Sevenfold Live In Malaysia 2012 hari tu...bila bangun pagi ni aku memang excited semacam je sebab....band AVENGED SEVENFOLD telah mengumumkan tarikh konsert mereka hari ni...tapi bukan di Stadium Merdeka...konsert akan berlangsung di Stadium Negara, Kuala Lumpur, Malaysia bakal digegarkan dengan kedatangan band Avenged Sevenfold pada 29 April 2012...

Akhirnya semua persoalan da pun terjawab...dan ternyata ianya bukan rumours...konsert sulung Avenged Sevenfold Live In Malaysia 2012 akan menjadi kenyataan April 2012 ini...yehaaa !!

#JustAvengedIt

AVENGED SEVENFOLD SET TO RETURN TO THE FAR AND THE MIDDLE EAST THIS SPRING

Avenged Sevenfold announced today that they will be returning to the Far and Middle East beginning April 16th in Tokyo, Japan, for a tour that will culminate in a special show in Dubai, UAE on May 4th.

“We are excited to go back to the Far and Middle East,” said Avenged Sevenfold front man M. Shadows. "We played to some of the most amazing crowds when we toured the album there, and we can't wait to bring our live show back to our friends in those regions.”


A7X Live In Malaysia 29 April 2012 | Stadium Negara, KL
"Tiket da mula dijual atau belum ?"

Harga tiket untuk konsert Avenged Sevenfold Live In Malaysia 2012 telah pun diumumkan sejak hujung bulan Januari lagi tapi tarikh tiket mula dijual masih belum diketahui...die hard fans A7X di Malaysia da lama menunggu ni...tiket yang berharga RM258 tu aku takut SOLD-OUT je nanti...HAHA..#LOL


NOTA SKYTECH :

Haa...tiket konsert Avenged Sevenfold Live In Malaysia 2012 dikatakan akan mula dijual mulai minggu hadapan...betul ataupun tak...kita tunggu dan lihat....hee...A7X...Here I Come !! (,^^)

" Now your NIGHTMARE comes to LIFE "

**Terima kasih kerana membaca entri Tiket Konsert Avenged Sevenfold Live In Malaysia | 29 April 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Alexa Rank Ezadskytech.com