Wednesday 5 August 2015

Dinner Bersama Pengomen Tegar Blog Deqnoor Kali Ke...

> What's Up Guys...

Dinner Bersama Pengomen Tegar Blog Deqnoor Kali Ke...Haa, kalau tak silap...rasanya macam sudah masuk kali kelima terpilih menjadi antara pengomen tegar blog Deqnoor sejak tahun 2013 lagi...Deqnoor antara blogger terawal yang aku jumpa semasa mula berblogging dulu sekitar tahun 2012...ada beberapa sebab kenapa aku suka terjah blog Deqnoor ni...sebabnya, suka baca kisah travel Deqnoor menerusi entri blognya...yela kan, setakat ni aku belum pernah lagi travel luar dari Malaysia...mana tahu satu hari nanti travel ke luar ke...bolehlah gunakan segala info yang ada...bila la ada masa nak pergi bercuti ni...makin tepu pula otak bila sudah masuk hujung tahun ni...hehe

Laman Grill Steak & Bar-B-Que Seksyen 13, Shah Alam
Laman Grill Steak & Bar-B-Que Seksyen 13, Shah Alam

Ok...jauh sangat aku travel ni...HAHA...beberapa hari lepas, bertempat di Laman Grill Steak & Bar-B-Que, Seksyen 13, Shah Alam...aku dan 3 orang pengomen tegar yang lain...seorang bujang dan dua orang lagi pula mengaku 'bujang'...hehe...sepatutnya ada seorang blogger lagi yang terpilih mendapat jemputan makan malam kali ni...tapi tidak dapat menghadirkan diri atas sebab yang tidak dapat dielakkan...

Dinner Bersama Pengomen Tegar Blog Deqnoor Kali Ke...
Dinner Bersama Pengomen Tegar Blog Deqnoor Kali Ke...
Uncle Zuan : "Nampaknya ada orang tu tak puas hati asyik nampak muka 
aku je setiap kali dinner dengan pengomen tegar blog Deqnoor...HAHA"

Bro Framestone : "Memang pengomen tegar bro ni...asyik muka bro je...hehe"

JMR : "Ok..baru jumpa bro dua kali untuk dinner dengan pengomen tegar blog DN"

Haa, bila sudah lama tidak berjumpa ni...masa 2 jam tu macam terlalu cepat bergerak...bukan setakat makan malam je...segala macam jenis ceritalah yang keluar...sudah beberapa kali juga aku terlepas daripada menjadi mangsa bahan-menbahan sebelum ni bila sesekali berjumpa ni tapi kali ni...cehh, akhirnya aku terkena juga tempiasnya walaupun sedikit...tak ambil hati punya la...bergurau-gurau manja...HAHA...apa yang penting kami masih brotherhood...orang kena bahan...aku relaks je mendiamkan diri...layan New Version Marbled 'Chicken Chop' depan mata...first time cuba...serius memang sedap ! hehe

New Version Marbled 'Chicken Chop'
New Version Marbled 'Chicken Chop'

Setiap kali Dinner Bersama Pengomen Tegar Blog Deqnoor...semua pengomen tegar yang hadir jemputan makan malam ni mesti akan terima cenderahati daripada Deqnoor...banyak juga da aku dapat cenderahati daripada Deqnoor ni...hehe...eh, ada dapat duit raya sekali la ! Terima kasih Deqnoor...dapat juga duit raya tahun ni...hehe

Cenderahati Dari Deqnoor
Cenderahati Dari Deqnoor

Haa, adakah akan terdapat muka baru yang akan muncul untuk Dinner Bersama Pengomen Tegar Blog Deqnoor untuk sesi yang akan datang nanti ataupun akan masih kekal dengan muka lama...HAHA...haa, kita tunggu dan lihat...hehe...terima kasih Deqnoor atas jemputan makan malam tempoh hari...

Dan terima kasih juga diucapkan kepada Laman Grill Steak & Bar-B-Que atas layanan dan servis yang diberikan untuk sesi makan malam tempoh hari...(ada seorang staff di situ yang bernama Awe tak silap...lu memang sempoi habis bro...layankan aje kami semua...tak kering gusi kami dibuatnya...hehe)


NOTA SKYTECH :

Chef Zubir Zain...salah seorang juri Masterchef...pemilik Wangsa Grill by Chef Zubir...'terfollow' instagram kami semua beberapa hari selepas sesi makan malam ni di Laman Grill Seksyen 13, Shah Alam hari tu...mungkin sebab ada post gambar kat instagram masa malam tu la kot...hehe...


**Terima kasih kerana membaca entri Dinner Bersama Pengomen Tegar Blog Deqnoor Kali Ke...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com