Friday 22 November 2013

Pengalaman Snorkeling Di Pulau Manukan, Sabah #VMY2014

> Whats Up Guys...

Pengalaman Snorkeling Di Pulau Manukan, Sabah #VMY2014...Haa, belum pernah pergi ke Sabah ? Tidak tahu mana tempat yang menarik di sekitar Sabah ? Teringin lihat pemandangan yang cantik di pulau sekitar Sabah ? Aktiviti snorkeling dan sukan air ? Boleh lawat ke laman web Sabah Tourism untuk mendapatkan lebih info tentang tempat menarik yang boleh dilawati di Sabah sekiranya bercadang untuk berkunjung ke Sabah nanti...

Visit Malaysia 2014 - Jom Ke Sabah #VMY2014
Visit Malaysia 2014 - Jom Ke Sabah #VMY2014

It's time for vacation ! Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014...apa kata kita promosikan tempat percutian menarik yang patut dikunjungi di sekitar Malaysia...masih banyak lagi tempat yang belum diteroka...buat apa nak pergi bercuti di luar negara...heee...siapa kata di Malaysia ini tiada tempat yang menarik untuk dilawati...apa tunggu lagi ? Jom Cuti-Cuti Malaysia #VMY2014...

Percutian ke Sabah pasti tidak akan lengkap jikalau tidak pergi ke gugusan pulau yang cantik di sekitar negeri Sabah...jika anda bercadang untuk ke Kota Kinabalu dan teringin untuk lakukan aktiviti snorkeling ataupun island hopping...Pastikan anda berkunjung ke Tunku Abdul Rahman Marine Park yang hanya mengambil masa di antara 10-20 minit sahaja daripada Kota Kinabalu jika menggunakan perkhidmatan bot laju di Jesselton Point...

Visit Malaysia 2014 - Jesselton Point
Jesselton Point, Kota Kinabalu - Sabah
Jeti Jesselton Point

Tunku Abdul Rahman Marine Park terdiri daripada 5 buah pulau yang sangat cantik iaitu Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sulug, Pulau Sapi dan Pulau Gaya...dan ianya berkeluasan 4,929 hektar dimana 2/3 daripadanya adalah lautan...mempunyai pantai yang cantik dan bersih yang penuh dengan terumbu karang dan pelbagai jenis ikan...pasti ianya suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan jika berkunjung ke sini...pemandangan dan suasananya umpama berada di Maldives...hee

Visit Malaysia 2014 - Pulau Manukan, Sabah
Selamat datang ke Pulau Manukan, Sabah

Terdapat beberapa lokasi yang best untuk aktiviti snorkeling antaranya di Pulau Sapi dan Pulau Manukan, Sabah...tetapi bagi untuk beginner dan keluarga yang mempunyai anak kecil, Pulau Manukan sangat sesuai untuk aktiviti snorkeling...untuk masuk ke Tunku Abdul Rahman Park ini, anda akan dikenakan bayaran sekali masuk sahaja...contohnya anda ambil pakej untuk island hopping di semua pulau di Tunku Abdul Rahman Marine Park ini, anda cuma dikenakan bayaran di pulau pertama sahaja...kemasukan ke pulau seterusnya adalah percuma...

Visit Malaysia 2014 - Yuran Konservasi Tunku Abdul Rahman Park
Visit Malaysia 2014 - Tunku Abdul Rahman Park

Pengalaman Snorkeling Di Pulau Manukan, Sabah sememangnya best...satu pengalaman yang menarik bahkan sampai sekarang ini memang tidak boleh dilupakan...di persisiran pantai sahaja sudah boleh nampak ikan berenang...tetapi "Jangan sesekali memberi ikan makan kerana boleh menyebabkan ketidakseimbangan biologi hidupan laut"...katanya...hee

Ikan-ikan Di Taman Tunku Abdul Rahman
Ikan jerung pun ada ?

Semasa sampai di jeti Pulau Manukan, satu benda yang menarik perhatian aku...carta ikan-ikan yang terdapat di Tunku Abdul Rahman Park...terdapat banyak juga spesis ikan yang mendiami di sekitar Tunku Abdul Rahman Marine Park ini...ada terdapat lebih kurang 28 spesies ikan pelagik dan lebih daripada 30 spesies ikan karang...ikan jerung pun ada ? Mujurlah la aku tak jumpa...kalau terjumpa barulah dikatakan Pengamalan Menarik Snorkeling Di Pulau Manukan, Sabah...HAHA...terdapat banyak juga batu karang yang unik dan pelik semasa snorkeling di Pulau Manukan ini...

Visit Malaysia 2014 - Kecantikan Pulau Manukan, Sabah
Di persisiran pantai pun boleh nampak ikan berenang tetapi tidak pasti ikan apa...HAHA

Ikan di Jeti Pulau Manukan
Ikan berenang kegembiraan menyambut tetamu di jeti Pulau Manukan

Perairan sekitar Pulau Manukan sangat tenang...snorkeling daripada pagi sampai ke petang pun mungkin tidak akan puas...pemandangan yang cukup mempersonakan...airnya yang sangat jernih...pantai yang bersih dan persisiran pantai yang panjang dan sangat sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti riadah yang lain selain daripada snorkeling...contohnya seperti parasailing, banana boat, flyfish, seawalking, jet ski dan scuba diving...


NOTA SKYTECH :

Jom Cuti-Cuti Malaysia #VMY2014...segala-galanya ada di Malaysia...Truly Asia ! Visit Malaysia 2014...hee

**Terima kasih kerana membaca entri Pengalaman Snorkeling Di Pulau Manukan, Sabah #VMY2014

Wednesday 20 November 2013

Wordless Wednesday - Keindahan Pulau : Visit Malaysia 2014 #VMY2014

> Whats Up Guys...

Keindahan Pulau : Visit Malaysia 2014 #VMY2014
Keindahan Pulau di Malaysia : Visit Malaysia 2014 #VMY2014

NOTA SKYTECH :

Di mana agaknya lokasi pulau ni ? hee

**Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday - Keindahan Pulau : Visit Malaysia 2014 #VMY2014

Friday 15 November 2013

Kesan Jangka Panjang Jika Blog Diabaikan

> Whats Up Guys...

Kesan Jangka Panjang Jika Blog Diabaikan...huh, bila da beberapa hari blog ni diabaikan...bila nak mulakan balik mesti rasa malas...biasa la tu kan...da nama pun part time blogger...semua berkaitan blog terpaksa la diabaikan sebentar bila ada komitmen lain...hee

Kesan Jangka Panjang Jika Blog Diabaikan

Tapi bila mood blogging da datang balik tu, baik mulakan balik update blog...jangan ditangguh lagi...kalau biarkan seminggu tak update blog, kemudian dua minggu...lepas tu melarat pula ke sebulan tak update...lagi parah...tapi mujurlah Nuffnang masih sayang...5 CPUV masih on going...hee

Haa, seminggu lepas baru saja nak merasa ranking Alexa tu mencecah bawah angka 1k...bila da dekat seminggu tak update...terus bertukar ke angka 2k++ da...salah satu kesan jangka panjang jika blog diabaikan...sebab tu kena selalu update kalau rasakan ranking Alexa tu penting dan tak nak jatuh mendadak sangat...nak naikkan balik bukannya mudah...HAHA


NOTA SKYTECH :

Masih cuba cari masa untuk update walaupun masih dalam mood bercuti lagi...hee

**Terima kasih kerana membaca entri Kesan Jangka Panjang Jika Blog Diabaikan

Friday 8 November 2013

Ketagihan Mexicana Wrap TEXAS CHICKEN

> Whats Up Guys...

Ketagihan Mexicana Wrap TEXAS CHICKEN...Haa, boleh dikatakan setiap hari bila balik daripada kerja mesti akan lalu depan Texas Chicken Taman Sri Gombak ni, sudah semestinya aku akan perasan bila ada promosi menu baru kat Texas Chicken ni...HAHA...boleh pula ternampak promosi menu terbaru kat Texas Chicken iaitu Mexicana Wrap...mesti kena cuba sementara promosi masih ada ! hee

Mexicana Wrap Combo Meal
Mexicana Wrap Combo Meal

Haa, nama pun sekadar nak mencuba kan...take away la...hee...order la satu set Mexicana Wrap Combo Meal yang hanya pada harga RM11.25 dan dalam set tersebut terdapat 1 Mexicana Wrap, 1 set kentang goreng dan 1 set Southern Sweet Tea (Teh O Ais)...haa, kalau nak beli Mexicana Wrap ni ala carte pun boleh...cuma RM7.25 saja...

Ketagihan Mexicana Wrap Tecas Chicken
Ketagihan Mexicana Wrap TEXAS CHICKEN

Serius, pertama kali merasainya Mexicana Wrap TEXAS CHICKEN ni...terus jatuh cinta...macam da ketagih pula...HAHA...kenapa aku cakap macam tu pula ? Sebab dalam balutan roti tortilla tu ada fillet ayam yang besar...salad, bawang, mayonis dan tomato segar...ditambah pula dengan rasa keju, kepingan rangup dan sos berwarna kuning tapi aku tak tahu pula sos apa...HAHA...mungkin sos keju agaknya...perghh...setiap gigitan pasti akan membangkitkan deria rasa dan rasanya seperti cair di dalam mulut...dan memang puas la makan seorang...hee

Mexicana Wrap Texas Chicken
New - Mexicana Wrap TEXAS CHICKEN


NOTA SKYTECH :

Haa, kini sudah ada 6 branch Texas Chicken di Malaysia rupanya...siapa nak Mexicana Wrap ? Sila terjah TEXAS CHICKEN yang berdekatan...sekali sekala tidak mengapa...jangan makan selalu sudah la...bahaya kalau sudah ketagihan Mexicana Wrap TEXAS CHICKEN ni...tapi bila sudah makan macam tak cukup pula satu...HAHA...da cuba ?

**Terima kasih kerana membaca entri Ketagihan Mexicana Wrap TEXAS CHICKEN

Wednesday 6 November 2013

Wordless Wednesday - Virus BITSTRIPS Semakin Menular

> Whats Up Guys...

Virus BITSTRIPS Semakin Menular
WW - Virus BITSTRIPS Semakin Menular

NOTA SKYTECH :

Ramai yang da terkena virus BITSTRIPS ni ?

**Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday - Virus BITSTRIPS Semakin Menular

Sunday 3 November 2013

Film Review - Thor : The Dark World

> Whats Up Guys...

Thor : The Dark World...Haa, seminggu sebelum movie ni mula ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia lagi sudah terasa bahangnya...dan aku sememangnya peminat tegar movie superhero Marvel's ni memang kena terjah pawagam la di hari pertama tayangan...tak dapat pula layan premier screening untuk movie ni tapi tak sangka boleh dapat tiket free screening semasa nak beli tiket ni kat MBO Brem Mall, Kepong...rezeki terpijak...haa, bila da dapat tiket percuma...layankan saja la...terima kasih MBO...hee...jom la layan dulu review movie Thor : The Dark World yang sememangnya tengah mengganas di pawagam di seluruh Malaysia...

Thor : The Dark World
Marvel's Thor :The Dark World

Synopsis : Marvel’s "Thor: The Dark World" continues the big-screen adventures of Thor, the Mighty Avenger, as he battles to save Earth and all the Nine Realms from a shadowy enemy that predates the universe itself. In the aftermath of Marvel’s "Thor" and "Marvel’s The Avengers," Thor fights to restore order across the cosmos...but an ancient race led by the vengeful Malekith returns to plunge the universe back into darkness. Faced with an enemy that even Odin and Asgard cannot withstand, Thor must embark on his most perilous and personal journey yet, one that will reunite him with Jane Foster and force him to sacrifice everything to save us all.

Haa, sebelum layan review Thor : The Dark World ni...apa kata layan trailer dulu...hee



#MyReview "Thor : The Dark World"

  • Filem bergenre aksi dan sci-fi dan merupakan filem kedua Marvel's Thor kesinambungan daripada filem Thor yang ditayangkan di pawagam pada tahun 2011 dan bersambung daripada filem The Avengers yang ditayangkan pada tahun 2012
  • Filem kedua Thor ni masih dibarisi dengan pelakon yang sama seperti Chris Hemsworth (Thor), Natalie Portman (Jane Foster), Tom Hiddleston (Loki), Anthony Hopskin (Odin), Idris Elba (Heimdall), Ray Stevenson (Volstagg), Tadanobu Asano (Hogun), Jaimie Alexander (Lady Sif), Rene Russo (Frigga), Stellan Skarsgard (Dr. Eric Selvig), Kat Dennings (Darcy Lewis) dan ditambah dengan watak baru Christopher Eccleston (Malekith) dan Adewale Akinnuoye-Agbaje (Algrim)
  • Pada awal cerita, kenapa Malekith mahukan Aether tu dan kenapa tentera Asgard diketuai Bor, bapa Odin berusaha untuk menghalang Malekith untuk mendapatkan Aether tu ?
  • Masih ingat lagi kenapa Loki ditangkap dalam movie The Avengers dulu ?
Loki
  • Watak dan karektor Loki dalam movie Thor kali ni bertambah sengal...muka serius tapi pandai buat lawak slapstik...HAHA...korang kena tengok sendiri la...serius, aku suka dengan watak Loki kali ni dalam movie ni...
  • Semasa Jane Foster berada di sebuah kilang terbiar, dia tertarik masuk ke dalam satu vorteks yang fungsinya seperti teleport dan muncul di tempat lain dan sesuatu telah diserap masuk ke dalam tubuh Jane Foster...dan pada masa yang sama Heimdall tak dapat nampak Jane Foster berada di mana dan menyebabkan Thor turun ke Bumi (Midgard) untuk mencari Jane...apakah sebenarnya yang terjadi ?
Thor
  • Selepas Jane Foster ditemui semula di Bumi, Thor menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan Jane Foster dan membawanya pulang ke Asgard...kenapa agaknya ?
Thor and Jane Foster
  • Malekith dan Algrim serta tenteranya telah menyerang Asgard...mereka mencari siapa sebenarnya di Asgard dan kenapa Frigga, ibu Thor dibunuh oleh Malekith ?
  • Kenapa tiba-tiba Captain America boleh muncul pula dalam movie Thor : The Dark World ni ?
  • Thor meminta bantuan Loki untuk melarikan diri daripada Asgard ? Adakah Loki boleh dipercayai dan dapatkah Thor mempertahankan Sembilan Alam daripada ianya dimusnahkan oleh Malekith ?
Thor and Loki
  • Plot dan jalan cerita yang dikatakan menarik tapi pada permulaannya mungkin agak slow sikit tapi keseluruhannya memang best...penuh dengan aksi, humour dan kesan CGI yang superb
  • Thor : The Dark World ni filem aksi superhero ke ataupun filem komedi ? LOL...HAHA
  • Tunggu sehingga habis kredit dan jangan keluar awal sebab masih ada scene yang perlu korang tengok di akhir movie ni...mungkinkah akan ada sambungannya lagi nanti ? "One done, five to go"

Rating : 4.5 out of 5 (Memang berbaloi tunggu filem ni keluar kat pawagam...SUPERB ! Tak sabar pula nak layan movie keluaran Marvel's seterusnya iaitu Captain America : The Winter Soldier, April 2014 dan The Avengers 2, May 2015)

Thor Free Screening

Terima kasih MBO sebab bagi tiket free tengok 
movie Thor : The Dark World ni...terbaik !

**Terima kasih kerana membaca entri Film Review - Thor : The Dark World

Friday 1 November 2013

Pengomen Tegar Ezadskytech.com Oktober 2013

> Whats Up Guys...

Pengomen Tegar Ezadskytech.com Oktober 2013...akhirnya bulan Oktober sudahpun berlalu pergi dengan tenang...huh, lega rasanya bila setiap kali hujung bulan berakhir ni...HAHA...yess ! Bulan November kembali lagi...walaupun cuma pertambahan 1 entri lebih daripada bulan September...ok la kan daripada tak update entri langsung...hee...nama pun blogger part time...cuba kalau full time, mesti sehari 2-3 entri pun boleh publish macam masa aku jadi "penanam anggur" dulu...hee

Haa, macam yang aku janjikan dalam entri bulan lepas...mulai sekarang setiap bulan aku akan senaraikan pengomen tegar blog ni...walaupun entri tak banyak tapi masih mendapat respons daripada pembaca...terima kasih semua...hee

Pengomen Tegar Ezadskytech.com Oktober 2013

Top 5 : Pengomen Tegar Ezadskytech.com Oktober 2013

  1. QueeN Teratai
  2. blogger lelaki
  3. Diana
  4. akubiomed
  5. KiD

NOTA SKYTECH :

Kurang komen mungkin disebabkan kurang blogwalking...tu mungkin salah satu sebabnya...itulah pentingnya blogwalking..."kita tak masuk blog orang lain, macam mana orang lain nak masuk blog kita"...hee


P.S - Da lama tunggu kemunculan bulan November ni...
It's time for VACATION ! (,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Pengomen Tegar Ezadskytech.com Oktober 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com