Showing posts with label TEXAS CHICKEN Taman Seri Gombak. Show all posts
Showing posts with label TEXAS CHICKEN Taman Seri Gombak. Show all posts

Wednesday, 1 January 2014

WW - El Paso Chicken

> Whats Up Guys...

WW - El Paso Chicken
WW - El Paso Chicken 

NOTA SKYTECH :

Salam Tahun Baru 2014...hee

**Terima kasih kerana membaca entri WW - El Paso Chicken

Friday, 8 November 2013

Ketagihan Mexicana Wrap TEXAS CHICKEN

> Whats Up Guys...

Ketagihan Mexicana Wrap TEXAS CHICKEN...Haa, boleh dikatakan setiap hari bila balik daripada kerja mesti akan lalu depan Texas Chicken Taman Sri Gombak ni, sudah semestinya aku akan perasan bila ada promosi menu baru kat Texas Chicken ni...HAHA...boleh pula ternampak promosi menu terbaru kat Texas Chicken iaitu Mexicana Wrap...mesti kena cuba sementara promosi masih ada ! hee

Mexicana Wrap Combo Meal
Mexicana Wrap Combo Meal

Haa, nama pun sekadar nak mencuba kan...take away la...hee...order la satu set Mexicana Wrap Combo Meal yang hanya pada harga RM11.25 dan dalam set tersebut terdapat 1 Mexicana Wrap, 1 set kentang goreng dan 1 set Southern Sweet Tea (Teh O Ais)...haa, kalau nak beli Mexicana Wrap ni ala carte pun boleh...cuma RM7.25 saja...

Ketagihan Mexicana Wrap Tecas Chicken
Ketagihan Mexicana Wrap TEXAS CHICKEN

Serius, pertama kali merasainya Mexicana Wrap TEXAS CHICKEN ni...terus jatuh cinta...macam da ketagih pula...HAHA...kenapa aku cakap macam tu pula ? Sebab dalam balutan roti tortilla tu ada fillet ayam yang besar...salad, bawang, mayonis dan tomato segar...ditambah pula dengan rasa keju, kepingan rangup dan sos berwarna kuning tapi aku tak tahu pula sos apa...HAHA...mungkin sos keju agaknya...perghh...setiap gigitan pasti akan membangkitkan deria rasa dan rasanya seperti cair di dalam mulut...dan memang puas la makan seorang...hee

Mexicana Wrap Texas Chicken
New - Mexicana Wrap TEXAS CHICKEN


NOTA SKYTECH :

Haa, kini sudah ada 6 branch Texas Chicken di Malaysia rupanya...siapa nak Mexicana Wrap ? Sila terjah TEXAS CHICKEN yang berdekatan...sekali sekala tidak mengapa...jangan makan selalu sudah la...bahaya kalau sudah ketagihan Mexicana Wrap TEXAS CHICKEN ni...tapi bila sudah makan macam tak cukup pula satu...HAHA...da cuba ?

**Terima kasih kerana membaca entri Ketagihan Mexicana Wrap TEXAS CHICKEN

Monday, 4 March 2013

TEXAS CHICKEN Taman Seri Gombak

> Whats Up Guys...

Huh, lama betul rasanya aq berehat daripada dunia blog ni ye...haa, dan bila da sihat sikit ni mula la tekak ni gatal nak makan itu ini...satu hari tu, aq dapat tahu yang TEXAS CHICKEN Taman Seri Gombak da mula dibuka bermula 1 Mac 2013 yang lepas...dua hari lepas tu aq terus la pergi serbu, bila sampai je...perghhh...memang penuh la tingkat atas dan bawah...memang nak kena beratur panjang ni...


Bila satu restoran da penuh...memang takde pilihan lain selain take away...haa, banyak jugak pilihan menu yang boleh dipilih...disebabkan sekadar nak mencuba...setakat order mana yang nampak macam sedap je la...hee...

Tex Sampler Combo & Mexicana Burger

Haa, saja nak cuba Set Tex Sampler Combo tu sebab ada Original Chicken, Tender, Wing, Biscuits, Coleslaw, Mash Potatoes dan minuman ringan...fuhh, da kata nak cuba...mesti la kena cuba setiap satu menu yang ada kan...HAHA...bagi aq rasanya boleh tahan la tapi Mash Potatoes, Biscuits, Coleslaw dan Original Chicken tu memang sedap...tender dan wing tu mungkin kurang kena dengan tekak aq kot...huhu...

Mexicana Burger...memang patut dicuba...huhu

Haa, menu dessert TEXAS CHICKEN ni pun boleh tahan...so, aq pun ter"ORDER" la Ice Cream Float, Sundae Chocolate & Strawberry dan yang paling menarik...Chocolate Volcano...ni baru try namanya...an..an..an...HAHA...serius, Chocolate Volcano dia memang best la...tak sempat nak snap pic da habis...haha...

Chocolate Volcano dia memang perghhh....

Feeling pulak bila dapat Ice Cream FLoat ni...hee..

Haa, lagi satu...TEXAS CHICKEN ni menyediakan perkhidmatan refill air self-service...kalau order dan makan kat situ...dan jika ada order set minuman sekali...dia akan bagi cup saje...lepas tu boleh pilih nak isi air apa kat mesin air tu...refill la sampai muntah...kalau la float pun boleh refill...mesti best...haha...


Huh, nama TEXAS CHICKEN mungkin baru la kat Malaysia ni...sekarang ni baru ada dua cawangan dalam Malaysia ni...1st branch di AEON Bukit Tinggi yang mula beroperasi pada 31 Januari 2013 dan 2nd branch di Taman Seri Gombak yang memulakan operasi awal Mac 2013...3rd branch kat mana pulak agaknya...huhu...


TEXAS CHICKEN Taman Seri Gombak
No.1 Jalan SG 1/3, Seri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor

Business hours : 9.00am to 12.00am (Sunday to Friday)
              

> FB Fanpage : TexasChickenMalaysia


NOTA SKYTECH :

Rasanya macam nak serang TEXAS CHICKEN lagi la pulak...penangan Chocolate Volcano dan Mexicana Burger...kini TEXAS hanya beberapa minit dari rumah...tak perlu naik flight...HAHA...

**Terima kasih kerana membaca entri TEXAS CHICKEN Taman Seri Gombak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Alexa Rank Ezadskytech.com