Friday 29 March 2013

Film Review : G.I Joe : Retaliation

> Whats Up Guys...

Haa, akhirnya hari yang ditunggu tiba jugak akhirnya...sekarang ni bila ada movie yang best mesti kena terjah hari pertama tayangan...baru syok...HAHA...movie Olympus Has Fallen da layan...kalau belum lagi, baik pergi terjah sekarang lepas tu marathon layan G.I Joe : Retaliation pulak...confirm feeling habis punya la...macam yang dijanjikan minggu lepas...da layan movie mesti ada review...hee...

G.I Joe : Retaliation

> Sinopsis "G.I Joe : Retaliation"

Zartan, who is still impersonating the President of the United States, frames the G.I. Joe as traitors to the United States. Storm Shadow and Firefly initiate a prison breakout to free Cobra Commander, who plans to eliminate the world's nuclear weapons so that COBRA can dominate the world with its Zeus space-based weapon. 

Roadblock, Lady Jaye, Flint, Snake Eyes, and Jinx team up with General Joseph Colton, the "original" G.I. Joe, to initiate a "retaliation" campaign, to overthrow Cobra Commander and stop him from implementing his plan....can G.I Joe stop Cobra Commander ? To be continued....

"Retaliation..."



#MyReview "G.I Joe : Retaliation" :

  • G.I Joe : Retaliation, sebuah filem sci-fi action yang diarahkan oleh Jon M. Chu dan dibarisi ramai pelakon yang hebat seperti Bruce Willis (General Joseph Colton), Dwayne Johnson (Roadblock), Channing Tatum (Duke), D.J Cotrona (Flint), Lee Byung-hun (Storm Shadow), Adrianne Palicki (Lady Jaye), Ray Park (Snake Eyes), Jonathan Pryce (President of USA), Ray Stevenson (Firefly), Arnold Vosloo (Zartan), Elodie Yung (Jinx) dan Luke Bracey (Cobra Commander)
  • Plot dan jalan cerita yang quite ok la dari mula sampai akhir tapi Duke iaitu watak hero filem sebelum ni mati terlalu awal semasa mereka diserang...dan dari situ la bermulanya "Retaliation"...

  • Setelah kematian Duke, Roadblock mengetuai G.I Joe yang terselamat dari serangan Firefly iaitu Flint dan Lady Jaye untuk mencari General Joseph Colton lakonan Bruce Willis...watak Joe sememangnya sengal...muka serius pun boleh buat lawak lagi...HAHA...
  • Lady Jaye dapat kesan President of USA bukan presiden yang sebenar setelah Lady Jaye menyusup masuk ke dalam satu majlis untuk mendapatkan DNA Presiden palsu tersebut...di mana presiden yang sebenar disorokkan...?

  • Scene Snake Eyes dan Jinx bawa lari Storm Shadow kat atas gunung tu memang stylo...dari dulu lagi aq memang minat gila watak Snake Eyes ni...tapi kenapa identiti Snake Eyes ni masih rahsia...huhu
  • Storm Shadow sebenarnya telah dikhianati oleh seseorang dan akibatnya dia yang dituduh membunuh Mahaguru...siapa pulak yang telah mengkhianati Storm Shadow masa kecil dulu ? Haa, teka la...HAHA...
  • Storm Shadow bergabung dengan G.I Joe kerana dia tahu apa rancangan Cobra...boleh dipercayai ke Storm Shadow ni ?

  • Tak sangka penuh dengan senjata rupanya dalam rumah General Joe ni...dalam sofa, kabinet dapur...laci...dan semua G.I Joe terkejut besar...kalau meletup bom tu tak ke hancur berkecai rumah tu...HAHA...
  • 8 satelit dibawah Projek Zeus yang telah diprogramkan dengan peluru berpandu bersedia untuk menghancurkan Bumi ? Satu dari satelit tersebut telah pun diaktifkan dan telah menhancurkan Kota London...dapatkah G.I Joe menghalang Cobra Commander untuk menghentikan kesemua satelit tersebut ? 

Rating : 9/10 (Serius...movie ni memang patut ditonton bagi sesiapa yang da tengok G.I Joe : The Rise of Cobra dulu...layan 3D best kot kalau movie action macam ni...hee...)


P.S - Sesekali layan movie dalam 3D ni best jugak...HAHA...
last tengok movie 3D masa movie The Amazing Spiderman dulu...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Film Review : G.I Joe : Retaliation

Wednesday 27 March 2013

Wordless Wednesday #69 | MCR In Memories

> Whats Up Guys...

MCR In Memories



NOTA SKYTECH :

Walaupun berita perpecahan band My Chemical Romance da hampir seminggu berlalu sejak 22 Mac 2013...aq macam masih tak percaya tentang berita perpecahan MCR tu...rasanya macam bermimpi saje...terkedu...terkilan...terkejut...8 tahun da kenal MCR sejak tahun 2005...tiada angin, tiada ribut...tetiba berpecah selepas 12 tahun...kenapa ? Aihhh....


P.S - Layan lagu MCR saje sejak beberapa hari ni...pedih rasanya wooo...
sampai nak menaip pun menggigil da tangan ni...huhu...

**Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday #69 | MCR In Memories

Friday 22 March 2013

Film Review : Olympus Has Fallen

> Whats Up Guys...

Haa, rasanya macam da lama sangat tak buat review movie ni...kali terakhir review pun movie FLIGHT sebulan yang lepas...bukannya apa...bila kita expect terlalu tinggi yang movie tu best tapi bila da tengok...spoiled...tak segempak mana pun...pelakon da gempak...tapi ceritanya...malas nak cakap la movie apa kan...hee...nak buat review pun rasa macam tak berbaloi...

Sebelum tunggu movie G.I Joe : Retaliation keluar kat pawagam minggu depan...rasa macam nak layan satu movie ni...sepatutnya mula ditayangkan 22 Mac tapi sebab aq rasa tak sabar...berusaha cari jugak pawagam yang tayangkan awal movie ni...HAHA...dan aq da dapat rasakan dari awal lagi movie ni macam best saje...kali ni aq rasa movie Olympus Has Fallen ni memang da buat aq tak senang duduk kat dalam pawagam...best ke ? Layan review dulu sebelum putuskan nak tengok ke tak...hee...

Olympus Has Fallen

> Sinopsis "Olympus Has Fallen"


Former U.S. Army Ranger Mike Banning is now a Secret Service agent assigned to Presidential Detail. After a tragic accident, he is demoted and assigned to desk duty. When the White House (Secret Service Code: "Olympus") is captured by a terrorist mastermind from North Korean and the President is held hostage, Banning finds himself trapped within the building. 

As the national security team scrambles to respond, they are forced to rely on Banning's inside knowledge to help retake the White House, save the President, and avert an even bigger disaster. Can Mike Banning save the President ? To be continued.........

"Olympus Has Fallen..."



#MyReview "Olympus Has Fallen" :

  • Sebuah filem action-thriller yang diarahkan oleh Antoine Fuqua yang mengisahkan tentang serangan pengganas ke atas "Olympus" iaitu White House yang telah mengorbankan ramai nyawa pasukan keselamatan dan orang ramai lakonan Gerard Butler (Mike Banning), Aaron Eckhart (President Benjamin Asher), Morgan Freeman (Speaker Allan Trumbull), Angela Bassett (Lynne Jacobs), Dylan McDermott (Dave Forbes), Rick Yune (Kang Yeonsak)
  • Plot dan jalan penceritaannya daripada mula sehingga akhir memang best...tak bosan sangat...nak lelap sesaat pun tak boleh rasanya...aq yang tengok pun rasa berdebar ni...tapi movie ni rasanya tak sesuai untuk bawah 18...macam ganas sangat je...scene tembak menembak sana sini tu...heee
  • Siapa Mike Banning ni sebenarnya ? Dia merupakan salah seorang Secret Service agen yang menjaga keselamatan Presiden Asher sekeluarga...disebabkan satu insiden yang membabitkan satu kemalangan ketika dalam perjalanan ke satu majlis amal dan menyebabkan kematian isteri Presiden Ben Asher...Mike telah dipersalahkan dan dipindahkan ke bahagian pejabat...

Olympus under attack !!

  • Semasa satu perjumpaan Presiden Asher dengan Perdana Menteri Korea Selatan...Olympus telah diserang oleh pengganas dari Korea Utara dari arah udara dan darat...kenapa White House menjadi sasaran mereka ?
  • Hanya mengambil masa 13 minit sahaja "Olympus" sudah pun ditawan oleh pengganas...Presiden dan beberapa orangnya telah dijadikan tebusan...dan pasukan tentera sampai 15 minit selepas serangan tersebut....memang EPIC...ramai yang da terkorban baru nak sampai...huhu...

  • Siapakah sebenarnya Kang Yeonsak ni ? Kenapa dia sangat berdendam dengan Amerika Syarikat dan menggunakan mereka yang terlatih untuk lakukan misi menyerang White House...dan Kang telah memaksa mereka yang menyimpan code untuk mengaktifkan nuklear yang mampu musnahkan banyak nyawa di seluruh dunia...
  • Kang takut dengan kehadiran Mike Banning...nak tahu kenapa ? Kalau nak tahu kena la layan movie ni...serius...memang gila la watak Mike Banning ni...sangat cekap hapuskan one by one pengganas dalam White House tu walaupun berseorangan...muka selamba je...HAHA...
  • Mampukah Mike Banning menghapuskan semua pengganas yang menyerang "Olympus" sekaligus nyahaktifkan code yang telah diaktifkan oleh Kang tu ?

Mike Banning

Rating : 8.5/10 (Serius...movie ni lagi best dari movie Snitch lakonan The Rock tu...memang terbaik kot movie ni ! Tak rugi nak tontonya di pawagam)


P.S - Lepas ni movie G.I Joe : Retaliation pulak menyusul...perghh...
Haa, da tak sabar da ni...HAHA...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Film Review : Olympus Has Fallen

Wednesday 20 March 2013

CPUV Berganda Dari Nuffnang

> What Up Guys...

Haa, akhirnya muncul jugak untuk bulan Mac ni...CPUV berganda dari Nuffnang...bukan satu atau dua...tapi tiga sekaligus...fuhhh, dan ianya merupakan CPUV ketiga, keempat dan kelima untuk tahun 2013 ni...aq pun terkejut sebenarnya...sebelum ni mana pernah dapat CPUV berganda macam ni...hee...terima kasih Kleenex - Share the Softness, British Council UK March dan DiGi Internet IFA...

CPUV Berganda Dari Nuffnang

Sebenarnya dua tiga hari lepas memang aq jarang buka check bahagian earnings ni...sebab aq tahu CPUV memang susah nak melekat...bila aq tak check ada saje CPUV yang melekat...hee...hairan...haa, sekarang sekali 4 CPUV tengah running...jangan jadi metered cepat sangat sudah la...hahaa...

Terima kasih Nuffnang...dan lepas ni tengah berkira pulak bila agaknya nak tekan butang cashout tu...Nuffnang tak merajuk dengan aq da...HAHA...trafik pun nak kena maintainkan la lepas ni walaupun jarang update blog...lagi tinggi CTR, lagi tinggi la CTR Bonus dan peluang nak tekan cashout pun makin cepat...heee...


NOTA SKYTECH :

Ada satu Blogbuster Campaigns kat Nuffnang yang tak sempat aq nak buat sebab baru perasan deadline nak berkempen tu berakhir pada 19 Mac 2013...lama tak check akaun Nuffnang...macam tu la jadinya...kan da melepas...HAHA...


**Terima kasih kerana membaca entri CPUV Berganda Dari Nuffnang

Monday 18 March 2013

Kerja Gila Di Hujung Minggu

> Whats Up Guys...

How's your weekend ? Bila time weekend ni rasanya macam kejap sangat masa berlalu...dua hari cuti pun macam tak terasa sangat...bila sedar bangun pagi tup tup da hari Isnin...tapi bila weekdays...perghh...terasa panjang masa tu nak sampai weekend balik...HAHA...

Hujung minggu kali ni rasanya yang paling epic...terperap kat rumah sebab tak tahu nak pergi ke mana...movie kat pawagam minggu lepas memang tiada yang memberangsangkan minat aq untuk menontonnya...tapi semalam...benda yang tak pernah aq buat selama ni...tiba-tiba terfikir nak buat kerja gila di hujung minggu...nak shopping hanya 10 minit je...kat KLCC...lepas tu balik...muahahaha...

Haa, macam dekat je aq nak buat macam tu ? HAHA...Memang dekat pun...naik LRT lebih kurang 14 minit...da sampai KLCC...masuk KLCC pukul 8.29 pm...habis shopping pukul 8.38 pm da keluar...naik LRT terus balik...macam takde motif je...tapi dapat jugak la spend masa di hujung minggu kan...HAHA...

R stand for what ?

Cer citer...ada yang pernah buat kerja segila ni tak ? HAHA...


NOTA SKYTECH :

Harap minggu ni aq takde la sibuk sangat macam minggu lepas...ada lagi citer ni...tapi next entri la...HAHA...no Monday Blues today...hiarrrghh ! Happy weekdays guys...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Kerja Gila Di Hujung Minggu

Wednesday 13 March 2013

Wordless Wednesday #68 | Katakan TIDAK Pada SPAM

> Whats Up Guys...

Katakan TIDAK Pada SPAM !!

NOTA SKYTECH :

Perghhh...1 juta Pound Sterling tu...siapa nak ? HAHA...penat rasanya setiap hari bersihkan SPAM macam ni...baik hati sangat nak "sedekahkan" duit kat orang ramai...apa pun tak boleh...


P.S - Entri tengah bersusun ni...tapi masih belum ditaip la...
Entah dari mana nak mula pun tak tahu...HAHA...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday #68 | Katakan TIDAK Pada SPAM

Sunday 10 March 2013

Rezeki Awal Bulan Mac

> Whats Up Guys...

Alhamdulillah, bulan lepas dapat Rezeki Awal Bulan Februari...dan bulan ni pun masih berpeluang untuk dapat lagi tapi hanya top 3 sebab daripada awal lagi aq da agak persaingannya tentu akan menjadi semakin sengit...dan bulan lepas aq rasa macam kekurangan masa untuk diluangkan untuk aktiviti blog...tu yang kurang menyerang tu bulan lepas...HAHA...

Hanya mampu top 3...tak terdaya nak top 1...huhu...


Haa, Rezeki Awal Bulan Mac lagi...siapa nak bagi kan RM free kan...terima kasih KiD...hee...saja bagi chance..."ceh...cehh...cehh...padahal malas nak online" HAHA...bulan Mac ni pun masih diteruskan lagi cabaran Top Commentator ni...sesiapa pun boleh menang asalkan sanggup "berperang" sampai akhir bulan...hee...haa, ada berani ? 


NOTA SKYTECH :

Bulan Mac ni harap boleh bertahan sampai ke akhirnya...HAHA...virus "malas" tu makin menjadi bila da lama tak update...

**Terima kasih kerana membaca entri Rezeki Awal Bulan Mac

Wednesday 6 March 2013

Wordless Wednesday #67 | Burrp

> Whats Up Guys...

Burrp...oppss...HAHA


NOTA SKYTECH :

Tak sangka ramai jugak yang menerjah entri TEXAS CHICKEN hari tu dan popular di Blogr.my untuk kategori Burrp ! minggu ni...Jom ke Texas ! hee...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday #67 | Burrp

Monday 4 March 2013

TEXAS CHICKEN Taman Seri Gombak

> Whats Up Guys...

Huh, lama betul rasanya aq berehat daripada dunia blog ni ye...haa, dan bila da sihat sikit ni mula la tekak ni gatal nak makan itu ini...satu hari tu, aq dapat tahu yang TEXAS CHICKEN Taman Seri Gombak da mula dibuka bermula 1 Mac 2013 yang lepas...dua hari lepas tu aq terus la pergi serbu, bila sampai je...perghhh...memang penuh la tingkat atas dan bawah...memang nak kena beratur panjang ni...


Bila satu restoran da penuh...memang takde pilihan lain selain take away...haa, banyak jugak pilihan menu yang boleh dipilih...disebabkan sekadar nak mencuba...setakat order mana yang nampak macam sedap je la...hee...

Tex Sampler Combo & Mexicana Burger

Haa, saja nak cuba Set Tex Sampler Combo tu sebab ada Original Chicken, Tender, Wing, Biscuits, Coleslaw, Mash Potatoes dan minuman ringan...fuhh, da kata nak cuba...mesti la kena cuba setiap satu menu yang ada kan...HAHA...bagi aq rasanya boleh tahan la tapi Mash Potatoes, Biscuits, Coleslaw dan Original Chicken tu memang sedap...tender dan wing tu mungkin kurang kena dengan tekak aq kot...huhu...

Mexicana Burger...memang patut dicuba...huhu

Haa, menu dessert TEXAS CHICKEN ni pun boleh tahan...so, aq pun ter"ORDER" la Ice Cream Float, Sundae Chocolate & Strawberry dan yang paling menarik...Chocolate Volcano...ni baru try namanya...an..an..an...HAHA...serius, Chocolate Volcano dia memang best la...tak sempat nak snap pic da habis...haha...

Chocolate Volcano dia memang perghhh....

Feeling pulak bila dapat Ice Cream FLoat ni...hee..

Haa, lagi satu...TEXAS CHICKEN ni menyediakan perkhidmatan refill air self-service...kalau order dan makan kat situ...dan jika ada order set minuman sekali...dia akan bagi cup saje...lepas tu boleh pilih nak isi air apa kat mesin air tu...refill la sampai muntah...kalau la float pun boleh refill...mesti best...haha...


Huh, nama TEXAS CHICKEN mungkin baru la kat Malaysia ni...sekarang ni baru ada dua cawangan dalam Malaysia ni...1st branch di AEON Bukit Tinggi yang mula beroperasi pada 31 Januari 2013 dan 2nd branch di Taman Seri Gombak yang memulakan operasi awal Mac 2013...3rd branch kat mana pulak agaknya...huhu...


TEXAS CHICKEN Taman Seri Gombak
No.1 Jalan SG 1/3, Seri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor

Business hours : 9.00am to 12.00am (Sunday to Friday)
              

> FB Fanpage : TexasChickenMalaysia


NOTA SKYTECH :

Rasanya macam nak serang TEXAS CHICKEN lagi la pulak...penangan Chocolate Volcano dan Mexicana Burger...kini TEXAS hanya beberapa minit dari rumah...tak perlu naik flight...HAHA...

**Terima kasih kerana membaca entri TEXAS CHICKEN Taman Seri Gombak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com