Tuesday 26 May 2015

Keunikan Menu Fusion U-Cafe Wangsa Walk

> What's Up Guys...

Haa, bila sebut saja nama U-Cafe Wangsa Walk...sebenarnya, ianya bukanlah kali pertama aku mendengar nama cafe tersebut...cuma sebelum ini masih belum berkesempatan lagi nak singgah walaupun selalu juga pergi ke Wangsa Walk Mall ni...lokasinya memang sangat strategik sebab ianya berdekatan dengan pusat membeli-belah dan bila tengok secara luarannya...hmm, memang nampak santai tempat ni...memang sesuai untuk melepak bersama keluarga dan rakan-rakan di hujung minggu...

U-Cafe Wangsa Walk
U-Cafe Wangsa Walk

Promosi Nasi Kukus Rempah Chicken RM3 di U-Cafe Wangsa Walk

Bermula 25 Mei 2015, menu Nasi Kukus Rempah Chicken...atau nama lainnya Nasi Kukus Ayam Berempah mula diperkenalkan di U-Cafe Wangsa Walk dengan hanya berharga RM3 pada jam 12.00 PM hingga 2.00 PM...mana nak dapat harga semurah itu di area KL sekarang ni kan ? 

Nasi Kukus Rempah Chicken RM3
Nasi Kukus Rempah Chicken RM3

Keunikan Menu Fusion U-Cafe Wangsa Walk

Haa, bila tengok menu yang ada di U-Cafe Wangsa Walk ni...memang akan jadi rambang mata nak pilih menu apa...huh, dan kali ini baru berkesempatan untuk merasai sendiri keunikan menu fusion U-Cafe Wangsa Walk ni bersama rakan blogger yang lain yang menjadi pilihan ramai dan top seller...check it out !

Combo Platter U-Cafe Wangsa Walk
Combo Platter

Combo Platter - Salah satu menu appetizer yang memang wajib kena order kalau singgah ke sini...gabungan Vietnamese mini spring roll, potato wedges, french fries, popcorn chicken dan fish fillet...cicah ketiga-tiga pencicah sekaligus...terbaik ! 

Seafood Platter U-Cafe Wangsa Walk
Seafood Platter

Seafood Platter - Menu appetizer berasaskan makanan laut ni pun patut dicuba...menggabungkan tempura shrimp, deep fried calamari, salmon dan mashed potatoes...penggemar seafood mesti akan suka menu ni...hehe

Italian Carbonara With Egg Yolk U-Cafe Wangsa Walk
Italian Carbonara With Egg Yolk

Italian Beef Carbonara With Egg Yolk - Antara menu kesukaan aku untuk kali ini...kuning telur di tengah spaghetti yang 'mahal' tu...memang puas hati bila dapat makan...satu portion kalau diikutkan memang tak cukup bagi aku ni...peminat spaghetti la kata kan...HAHA !

Spaghetti Aglio-Olio With Sea Scallop U-Cafe Wangsa Walk
Spaghetti Aglio-Olio With Sea Scallop

Spaghetti Aglio-Olio With Sea Scallop - Walaupun baru pertama kali aku merasa scallop ni...sedap juga rupanya scallop ni...fuhhh, terus jatuh cinta...memang kena cuba spaghetti aglio-olio ni...

Deconstructed Caesar Salad U-Cafe Wangsa Walk
Deconstructed Caesar Salad

Deconstructed Caesar Salad - Haa, menu ni memang sangat sesuai bagi mereka yang tengah berdiet...tapi kebanyakan menu di U-Cafe Wangsa Walk ni memang mengecurkan air liur...boleh ke tahan makan salad saja ? hehe

Signature Combo Mixed Grilled U-Cafe Wangsa Walk
Signature Combo Mixed Grilled

Signature Combo Mixed Grilled - Gabungan chicken chop, lamb chop, beef bacon dan mashed potatoes...memang mengenyangkan kalau order menu ni sebab ianya cukup lengkap...makan panas-panas...fuhh, memang sedap !

Sticky Grilled Premium Lamb Rack U-Cafe Wangsa Walk
Sticky Grilled Premium Lamb Rack

Sticky Grilled Premium Lamb Rack - Peminat tegar kambing memang kena cuba la menu lamb rack ni...nampak simple tapi sedap !

Flying Fish Rice With Soy Sauce U-Cafe Wangsa Walk
Flying Fish Rice With Soy Sauce

Flying Fish Rice With Soy Sauce - Kalau kurang menggemari western food...boleh la cuba menu ni pula...nasi dan kicap...dimakan dengan ikan 'terbang' garing...memang puas makan ikan sebesar ni bila waktu lunch !

Combo Egg Yolk Butter Chicken & Season Vegetable In Yam Basket Rice U-Cafe Wangsa Wa
Combo Egg Yolk Butter Chicken & Season Vegetable In Yam Basket Rice

Combo Egg Yolk Butter Chicken & Season Vegetable In Yam Basket Rice - Salah satu lagi menu kegemaran aku iaitu egg yolk butter chicken...serius memang sedap ! Pertama kali merasa yam basket rice...bagi aku la kan, agak muak juga kalau nak habiskan seorang yam basket rice tu...kalau kongsi OK...hehe

Bangkok Jazz Crab Meat Fried Rice In Lotus Leaf U-Cafe Wangsa Walk
Bangkok Jazz Crab Meat Fried Rice In Lotus Leaf

Bangkok Jazz Crab Meat Fried Rice In Lotus Leaf - Bila buka saja lotus leaf tu...memang harum semerbak baunya naik...memang unik...lain dari yang lain nasi goreng ni !

Thai Style Pan Grilled Chicken Chop Rice With Green Curry U-Cafe Wangsa Walk
Thai Style Pan Grilled Chicken Chop Rice With Green Curry

Thai Style Pan Grilled Chicken Chop Rice With Green Curry - Green curry ni memang nampak mengancam...cuma kurang pedas...kalau pedas sikit lagi...mesti kick ! hehe

Assam Laksa With Sardine Fish U-Cafe Wangsa Walk
Assam Laksa With Sardine Fish

Assam Laksa With Sardine Fish - Memang pekat betul kuahnya tu...dan ianya merupakan kali pertama rasanya aku makan assam laksa ikan sardin...boleh tahan juga rasanya...huhu

Penang Curry Laksa U-Cafe Wangsa Walk
Penang Curry Laksa

Penang Curry Laksa - Haa, memang nampak sedap kan ? Peminat curry laksa boleh cuba menu ni nanti di U-Cafe Wangsa Walk jika berkunjung ke sana...

Blogger Gathering di U-Cafe Wangsa Walk
Blogger Gathering di U-Cafe Wangsa Walk

Burrrppp...Alhamdulillah...rasanya hampir 20 menu yang telahpun dicuba di U-Cafe Wangsa Walk ni dengan rakan blogger yang lain...memang amat berpuas hatilah dengan makanan yang ada kat sini...servis pun OK ! Pasti akan datang lagi lain kali...haa, sebelum aku terlupa...pihak U-Cafe juga menyediakan khidmat untuk mengendalikan sebarang majlis mengikut tema yang tertentu...dan jika berminat, bolehlah terus menghubungi person in charge U-Cafe di talian +6019-3133668 (Rachel) untuk reservations & inquiry ataupun boleh terus ke alamat yang tertera di bawah untuk maklumat lebih lanjut :
U-Cafe Wangsa Walk
GL-06 Wangsa Walk, Wangsa Avenue,
No. 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur, Malaysia.

No. Tel : 03-41319686
Facebook : U-Cafe


NOTA SKYTECH :

Terima kasih bro JMR sebab sudi invite untuk food review kali ni di U-Cafe Wangsa Walk...harap lepas ni dapatlah berkumpul lagi macam ni di masa akan datang ! hehe...
                                                                                          
**Terima kasih kerana membaca entri Keunikan Menu Fusion U-Cafe Wangsa Walk

Wednesday 20 May 2015

Sepetang Bersama Blogger 2015 dan Yeo's Kembali Lagi

> What's Up Guys...

Akhirnya, setelah lebih daripada setahun menunggu sejak Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014...Sepetang Bersama Blogger 2015 kembali lagi buat kali keempat berturut-turut sejak ianya mula dianjurkan oleh Denaihati Network sejak daripada tahun 2012 lagi...dan #SBB2015 #SBBYEOS2015 kali ini pasti akan lebih meriah lagi daripada tahun sebelumnya...tak percaya ? Haa, kita tunggu ! hehe...

Sepetang Bersama Blogger 2015 dan Yeo's di Taman Cabaran, Presint 5, Putrajaya

Credit Picture : Google.com

Sepetang Bersama Blogger 2015 dan Yeo's pada kali ini akan akan ada kelainan sikit kerana ianya akan diadakan di Kompleks Sukan Lasak Putrajaya, Taman Cabaran, Presint 5, Putrajaya pada 13 Jun 2015...hmm, ada apa kat sana agaknya ? Pada event #SBB2015 kali ini, ianya akan bermula awal sikit daripada tahun sebelumnya iaitu bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.30 petang...kenapa agaknya ? Dengar kata akan ada aktiviti Treasure Hunt yang melibatkan semua peserta yang hadir semasa #SBB2015 nanti di sesi pagi dan Blogger Sharing Session pada sesi petang...haa, pastikan datang awal dan jangan terlewat pula nanti...hehe

Sepetang Bersama Blogger 2015 dan Yeo's Kembali Lagi

Hadiah dan Cabutan Bertuah Sepetang Bersama Blogger 2015 dan Yeo's

Haa, dengar kata lagi...hadiah lucky draw untuk mereka bertuah semasa Sepetang Bersama Blogger 2015 dan Yeo's kali ni memang lagi gempak ! Berpeluang untuk mendapat hadiah wang tunai berjumlah RM5000 untuk peserta yang memenangi aktiviti Treasure Hunt...selain daripada itu, ada juga hadiah lagi seperti iPhone 6, Samsung Galaxy Note Edge, GoPro Hero 4 dan pelbagai lagi hadiah yang menarik menanti mereka yang menyertai #SBB2015 #SBBYEOS2015 kali ini...WOW ! Terima kasih para penaja untuk hadiah lucky draw yang hebat ni ! Siapalah yang bertuah agaknya nanti ye ? hehe

Dengan hanya bayaran serendah RM30 seorang untuk mendaftar SBB2015...secara automatik anda boleh ambil bahagian dalam lucky draw ni...haihh, tak nak ke ? Haa, tunggu apa lagi ? Jomlah segera mendaftarkan diri untuk sertai #SBB2015 ni sebelum terlambat ! Mujurlah aku sudah mendaftar awal...kalau terlepas...rugi...hehe

Jom Daftar Sepetang Bersama Blogger 2015 dan Yeo's

Nak daftar ? KLIK untuk mendaftar segera dan kalau ada rezeki...hadiah lucky draw tu mungkin akan menjadi milik anda...haa, siapa tahu kan..."Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu"...hehe

 
NOTA SKYTECH : 

Huh, memang agak lama tak update entri kat sini...haa, bila internet buat hal...memang tak boleh nak buat apa la...tapi disebabkan #SBB2015...entah kenapa tiba-tiba saja aku macam dapat wake up call untuk update entri...mujurlah sekarang da OK...boleh la mula update blog semula...I'M BACK !! hehe
 
P.S - Jumpa di sana !!

**Terima kasih kerana membaca entri Sepetang Bersama Blogger 2015 dan Yeo's Kembali Lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com