Haa, bila sebut saja nama U-Cafe Wangsa Walk...sebenarnya, ianya bukanlah kali pertama aku mendengar nama cafe tersebut...cuma sebelum ini masih belum berkesempatan lagi nak singgah walaupun selalu juga pergi ke Wangsa Walk Mall ni...lokasinya memang sangat strategik sebab ianya berdekatan dengan pusat membeli-belah dan bila tengok secara luarannya...hmm, memang nampak santai tempat ni...memang sesuai untuk melepak bersama keluarga dan rakan-rakan di hujung minggu...
U-Cafe Wangsa Walk |
Promosi Nasi Kukus Rempah Chicken RM3 di U-Cafe Wangsa Walk
Bermula 25 Mei 2015, menu Nasi Kukus Rempah Chicken...atau nama lainnya Nasi Kukus Ayam Berempah mula diperkenalkan di U-Cafe Wangsa Walk dengan hanya berharga RM3 pada jam 12.00 PM hingga 2.00 PM...mana nak dapat harga semurah itu di area KL sekarang ni kan ?
Nasi Kukus Rempah Chicken RM3 |
Keunikan Menu Fusion U-Cafe Wangsa Walk
Haa, bila tengok menu yang ada di U-Cafe Wangsa Walk ni...memang akan jadi rambang mata nak pilih menu apa...huh, dan kali ini baru berkesempatan untuk merasai sendiri keunikan menu fusion U-Cafe Wangsa Walk ni bersama rakan blogger yang lain yang menjadi pilihan ramai dan top seller...check it out !
Combo Platter |
Combo Platter - Salah satu menu appetizer yang memang wajib kena order kalau singgah ke sini...gabungan Vietnamese mini spring roll, potato wedges, french fries, popcorn chicken dan fish fillet...cicah ketiga-tiga pencicah sekaligus...terbaik !
Seafood Platter |
Seafood Platter - Menu appetizer berasaskan makanan laut ni pun patut dicuba...menggabungkan tempura shrimp, deep fried calamari, salmon dan mashed potatoes...penggemar seafood mesti akan suka menu ni...hehe
Italian Carbonara With Egg Yolk |
Italian Beef Carbonara With Egg Yolk - Antara menu kesukaan aku untuk kali ini...kuning telur di tengah spaghetti yang 'mahal' tu...memang puas hati bila dapat makan...satu portion kalau diikutkan memang tak cukup bagi aku ni...peminat spaghetti la kata kan...HAHA !
Spaghetti Aglio-Olio With Sea Scallop |
Spaghetti Aglio-Olio With Sea Scallop - Walaupun baru pertama kali aku merasa scallop ni...sedap juga rupanya scallop ni...fuhhh, terus jatuh cinta...memang kena cuba spaghetti aglio-olio ni...
Deconstructed Caesar Salad |
Deconstructed Caesar Salad - Haa, menu ni memang sangat sesuai bagi mereka yang tengah berdiet...tapi kebanyakan menu di U-Cafe Wangsa Walk ni memang mengecurkan air liur...boleh ke tahan makan salad saja ? hehe
Signature Combo Mixed Grilled |
Signature Combo Mixed Grilled - Gabungan chicken chop, lamb chop, beef bacon dan mashed potatoes...memang mengenyangkan kalau order menu ni sebab ianya cukup lengkap...makan panas-panas...fuhh, memang sedap !
Sticky Grilled Premium Lamb Rack |
Sticky Grilled Premium Lamb Rack - Peminat tegar kambing memang kena cuba la menu lamb rack ni...nampak simple tapi sedap !
Flying Fish Rice With Soy Sauce |
Flying Fish Rice With Soy Sauce - Kalau kurang menggemari western food...boleh la cuba menu ni pula...nasi dan kicap...dimakan dengan ikan 'terbang' garing...memang puas makan ikan sebesar ni bila waktu lunch !
Combo Egg Yolk Butter Chicken & Season Vegetable In Yam Basket Rice |
Combo Egg Yolk Butter Chicken & Season Vegetable In Yam Basket Rice - Salah satu lagi menu kegemaran aku iaitu egg yolk butter chicken...serius memang sedap ! Pertama kali merasa yam basket rice...bagi aku la kan, agak muak juga kalau nak habiskan seorang yam basket rice tu...kalau kongsi OK...hehe
Bangkok Jazz Crab Meat Fried Rice In Lotus Leaf |
Bangkok Jazz Crab Meat Fried Rice In Lotus Leaf - Bila buka saja lotus leaf tu...memang harum semerbak baunya naik...memang unik...lain dari yang lain nasi goreng ni !
Thai Style Pan Grilled Chicken Chop Rice With Green Curry |
Thai Style Pan Grilled Chicken Chop Rice With Green Curry - Green curry ni memang nampak mengancam...cuma kurang pedas...kalau pedas sikit lagi...mesti kick ! hehe
Assam Laksa With Sardine Fish |
Assam Laksa With Sardine Fish - Memang pekat betul kuahnya tu...dan ianya merupakan kali pertama rasanya aku makan assam laksa ikan sardin...boleh tahan juga rasanya...huhu
Penang Curry Laksa |
Penang Curry Laksa - Haa, memang nampak sedap kan ? Peminat curry laksa boleh cuba menu ni nanti di U-Cafe Wangsa Walk jika berkunjung ke sana...
Blogger Gathering di U-Cafe Wangsa Walk |
Burrrppp...Alhamdulillah...rasanya hampir 20 menu yang telahpun dicuba di U-Cafe Wangsa Walk ni dengan rakan blogger yang lain...memang amat berpuas hatilah dengan makanan yang ada kat sini...servis pun OK ! Pasti akan datang lagi lain kali...haa, sebelum aku terlupa...pihak U-Cafe juga menyediakan khidmat untuk mengendalikan sebarang majlis mengikut tema yang tertentu...dan jika berminat, bolehlah terus menghubungi person in charge U-Cafe di talian +6019-3133668 (Rachel) untuk reservations & inquiry ataupun boleh terus ke alamat yang tertera di bawah untuk maklumat lebih lanjut :
U-Cafe Wangsa Walk
GL-06 Wangsa Walk, Wangsa Avenue,
No. 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur, Malaysia.
No. Tel : 03-41319686
Facebook : U-Cafe
perghh memang terbaik. terliur tengok makanan. hehe
ReplyDeletemasa aku menaip entri ni pun habis terliur...tengah lapar pula masa menaip tu...HAHA
DeletePaling suka carbonara tu. Best sgt :D
ReplyDeletemase belajar kat utm dulu selalu sngat pergi wangsa walk. selalu jugak pergi u-cafe. sedap + harga pun boleh tahan. tak mahal mane. hehe.
ReplyDeletelamanyaaa tak pergi wangsa walk :(
pergh..teringat balik keenakan ayam butter tu..
ReplyDeleteramai dok promote.. berdram dram perut aku skrng ni
ReplyDeletebyk gak menunya tu..cambest.
ReplyDeletedah berabad budak ni tak update
ReplyDeleteMemang banyak betul pilihan makanan kat sini.... tapi nasi kukus tu memang murah betul laaa
ReplyDeleteEh, murah sangat dah tu. O.O
ReplyDeleteHi thanks for posting thhis
ReplyDelete