Tuesday 31 December 2013

BoBoiBoy Musim Ketiga : BoBoiBoy Dan Trio Kebenaran

> Whats Up Guys...

Haa, rasanya sampai sekarang ni semua peminat tegar animasi Boboiboy yang telah mencetuskan fenomena baru sejak musim pertama ianya ditayangkan di TV3 ni masih ingat lagi kan kesemua watak superhero iaitu BoBoiBoy, Yaya, Ying, Gopal, Fang dan Ochobot terbitan Animonsta Studios ni ? Rasanya ramai yang sudah menunggu lama bila agaknya Boboiboy musim baru akan mula ditayangkan di TV3...YES ! Akhirnya, masa yang ditunggu iaitu siri animasi popular Boboiboy akan kembali untuk musim terbaru pada awal Januari 2014 nanti...BoBoiBoy Musim Ketiga : BoBoiBoy Dan Trio Kebenaran...


Haa, masih ingat lagi dalam episod terakhir BoBoiBoy Musim Kedua dulu ? Robot tempur Ejo Jo telah memusnahkan robot tempur si Adudu iaitu Probe dan Ejo Jo telah menculik Ochobot dan rakan-rakan Boboiboy yang lain...walaupun bagaimanapun, robot tempur si Ejo Jo telahpun dapat dikalahkan oleh Boboiboy dan Fang...

Boboiboy Musim Ketiga : BoBoiBoy Kuasa Tiga

Haa, dalam episod akhir Boboiboy musim kedua tiba-tiba ceritanya tergantung apabila si Ejo Jo membuat keputusan untuk berlawan sendiri dengan Boboiboy...apakah kesudahannya nanti ? Dapatkah Probe dibaikpulih semula ? Apa akan terjadi kepada Adudu setelah kehilangan Probe ? Adakah Adudu akan bergabung dengan Boboiboy untuk mengalahkan Ejo Jo ataupun sebaliknya...

Dapatkah Boboiboy mengalahkan Ejo Jo yang mempunyai kelengkapan serba canggih tu ? Apakah agaknya kelainan yang akan ditampilkan dalam BoBoiBoy Musim Ketiga : Boboiboy Dan Trio Kebenaran kali ni...dan apa yang menjadi persoalan utamanya sekarang...siapakah Trio Kebenaran tu agaknya ya ? 

Boboiboy Musim Ketiga : Boboiboy Dan Trio Kebenaran
Nantikan kemunculan Boboiboy Musim Ketiga bermula 5 Januari 2014

Wahhh...rasa macam makin menarik pula BoBoiBoy musim ketiga ni...mungkinkah Boboiboy musim ketiga ni akan mendapat sambutan sepertimana BoBoiBoy musim pertama dan kedua dulu...kita tunggu dan lihat...yeaahh...BoBoiBoy ! HAHA...

>> Kredit Gambar : BoBoiBoy FB Fanpage


NOTA SKYTECH :

BoBoiBoy kembali lagi...lepas ni habis la blog ni kena cop blog BoBoiBoy lagi macam dulu dek penangan keyword BoBoiBoy je...sejak dulu lagi aku da memang obses dengan siri animasi BoBoiBoy ni...nak buat macam mana kan...sekarang ni da nak masuk musim ketiga pula kan...kena la updated ! HAHA

**Terima kasih kerana membaca entri BoBoiBoy Musim Ketiga : BoBoiBoy Dan Trio Kebenaran

Sunday 29 December 2013

Film Review - The Secret Life Of Walter Mitty

> Whats Up Guys...

The Secret Life Of Walter Mitty...Haa, bila da tertengok trailer movie ni sebelum layan movie 47 Ronin minggu lepas...makin teruja pula nak tunggu movie ni mula ditayangkan di pawagam...hari pertama tayangan lagi aku da terjah pawagam...oppss, terpromosi movie 47 Ronin la pula...HAHA...haa, da tengok ke movie tu ? Layan beb...sangat tragis...ok, kali ni nak review movie The Secret Life Of Walter Mitty pula...sebab lama da rasanya aku tak tulis review movie kat blog sejak movie Thor : The Dark World awal bulan lepas...jom layan review kali ni...hee

Film Review - The Secret Life Of Walter Mitty
The Secret Life Of Walter Mitty

Synopsis : Walter Mitty is an employee at Life magazine who frequently daydreams of fantastic adventures...Photojournalist Sean O'Connell has sent a special photograph that he says captures the "Quintessence" of Life magazine and that it should be used for the cover of the magazine's final issue...Mitty works in the negative assets department, and has never lost a photo in his sixteen years of work at Life magazine, but negative 25 is missing...Using the other negatives as clues Mitty decides to go in search of Sean O'Connell and find the missing negative...


Haa, sebelum layan review movie The Secret Life Of Walter Mitty ni...apa kata jom layan trailer movie ni dulu..."Stop dreaming...start living"...hee



#MyReview "The Secret Life Of Walter Mitty"

  • Filem The Secret Life Of Water Mitty (2013) bergenre adventure, fantasi dan komedi-drama arahan dan lakonan Ben Stiller (Walter Mitty),  Kristen Wiig (Cheryl Melhoff), Shirley McLaine (Edna Mitty), Adam Scott (Ted Hendricks), Sean Penn (Sean O'Connell) dan Patton Oswalt (Todd Maher) dan ianya merupakan filem kedua yang diadaptasi daripada cerita pendek James Thurber (1939) dengan menggunakan tajuk filem yang sama pada tahun 1947...
  • Pada awal cerita lagi da boleh buat korang gelak ? Sebab apa ?  Kena tengok sendiri la...masih wujud ke orang macam ni...imaginasi tinggi tahap KLCC...tak sangka Ben Stiller boleh bawa watak macam ni...muka serius tapi boleh buat orang gelak...HAHA
  • Bergaduh dan bertumbuk sampai terbang keluar daripada bangunan...da macam tengok movie Hancock pula rasanya...HAHA
Walter Mitty dan Cheryl Melhoff

  • Sepanjang 16 tahun bekerja di LIFE...Mitty tidak pernah kehilangan walau sekeping gambar yang diterimanya...tetapi masalah mula timbul apabila negatif ke 25 yang dihantar Sean O'Connell hilang dalam simpanan Negative Assets Department...dan bosnya, Ted Hendricks tidak tahu akan hal itu dan Mitty merahsiakannya dan bertekad untuk mencari negatif ke 25 itu yang dikatakan sangat "Quintessence" dan patut digunakan untuk muka depan jilid terakhir majalah LIFE...apakah tindakan Mitty yang seterusnya ?
  • Selain daripada beberapa negatif yang diterima daripada Sean O'Connell yang mungkin adalah petunjuk...Mitty juga menerima satu wallet daripada Sean...haa, ada kaitan ke wallet tu dengan negatif ke 25 yang hilang tu ?
The Secret Life Of Walter Mitty

  • Akhirnya Mitty menemui sesuatu pada gambar apabila negatif yang dihantar Sean O'Connell tu bila negatif tersebut diproses...dan tanpa berfikir panjang...Mitty terus ambil penerbangan ke Greenland...tapi belum dapat berjumpa dengan Sean...dan dapat petunjuk lain...dan terus ke Iceland...tapi...masih belum berjumpa dengan Sean...
  • Scene Mitty nak sebut beberapa perkataan dalam bahasa asing tu memang kelakar...maklumlah...ada tempat dan kawasan yang tak faham Bahasa Inggeris langsung...HAHA...
Mitty
Boleh teka tak siapa yang call Mitty masa ni ? HAHA

  • Dapatkah Mitty berjumpa dengan Sean O'Connell yang sentiasa merantau dan tidak berada di sesuatu tempat tu buat masa yang lama berikutan kerjayanya sebagai jurugambar profesional ? 
  • Haa, di manakah sebenarnya negatif ke 25 tu berada dan apa yang istimewanya tentang negatif ke 25 tu agaknya ?

Rating : 4 out of 5

P.S - Layan juga bila tengok movie The Secret Life Of Walter Mitty ni...ada je part humour yang boleh buat kita gelak...durasi 114 minit tu terasa macam terlalu kejap je bila layan movie bergenre macam ni...serius, macam tak puas...siapa setuju ? HAHA

**Terima kasih kerana membaca entri Film Review - The Secret Life Of Walter Mitty

Tuesday 24 December 2013

100 Doraemon Secret Gadgets EXPO Di VIVA Home Shopping Mall

> Whats Up Guys...

100 Doraemon Secret Gadgets EXPO Di VIVA Home Shopping Mall...Haa, seperti yang kita semua tahu tahun 2013 sudah hampir ke penghujungnya...tidak lama lagi akan tiba pula tahun 2014...dan tahun depan merupakan Tahun Melawat Malaysia 2014...haa, apa kaitannya Expo 100 Doraemon dengan Tahun Melawat Malaysia 2014 ? 

Haa, sudah semestinya la ianya ada kaitan antara satu sama lain...sebabnya expo tersebut disokong penuh Malaysia Truly Asia dan Visit Malaysia 2014...dan ianya merupakan EXPO 100 Doraemon Secret Gadgets Pertama di Asia Tenggara dan mungkin akan menarik pelawat yang ramai pada tahun depan untuk berkunjung ke expo tersebut...haa, mana la tahu kan ? Sudah pergi ke belum ke EXPO tu ? hee

100 Doraemon Secret Gadgets EXPO Di VIVA Home Shopping Mall
100 Doraemon Secret Gadgets EXPO Di VIVA Home Shopping Mall

Haa, mungkin ada yang sudah tahu dan mungkin ada juga yang belum tahu mengenai 100 Doraemon Secret Gadgets EXPO yang telah diadakan bertempat di VIVA Home Shopping Mall, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur bermula 14 Disember 2013 sehingga 23 Mac 2014...

100 Doraemon Secret Gadgets EXPO

"Apa yang menariknya di 100 Doraemon Secret Gadgets EXPO ni ? "

Haa, memang tidak dinafikan lagi bahawa kartun Doraemon ni memang mempunyai ramai pengikut tidak kira peringkat umur di seluruh Malaysia...sebabnya sejak expo tersebut dibuka kepada umum bermula 14 Disember 2013 yang lepas dan aku juga tidak lepaskan peluang untuk ke expo tersebut pada minggu pertama lagi...fuhhhhh...serius, memang expo tersebut sesak teruk dengan pengunjung...maklumlah kan, masih dalam cuti persekolahan kan...dan pada masa itulah para ibu bapa mengambil peluang untuk membawa anak-anak mereka berkunjung ke sana...


100 Doraemon Secret Gadgets EXPO (2)

Terdapat lebih daripada 100 patung Doraemon dengan "Secret Gadgets" yang berbeza dipamerkan dalam expo tersebut...memang terasa kepuasannya bila dapat capture kesemua patung Doraemon dalam tu walaupun terpaksa menunggu lama untuk capture setiap satu patung Doraemon tu...tak mungkin la kan aku akan upload beratus gambar untuk muatkan dalam entri ni kan...mungkin akan upload kat FB aku la kot...HAHA...

I am Gian
I am Gian !

Haa, selain daripada itu...patung Nobita, Sizuka, Sinyu dan Gian juga turut dipamerkan...haa, nak rasa suasana bandar tempat Doraemon dan Nobita tinggal ? Bagi peminat kartun Doraemon karya Fujiko F. Fujiyo ni memang tidak harus melepaskan peluang untuk berkunjung ke 100 Doraemon Secret Gadgets EXPO ni...jangan lupa pula untuk dapatkan pelbagai cenderamata yang dijual di sana...EKSKLUSIF..tak akan dapat di mana-mana cenderamata macam tu, hanya di 100 Doraemon Secret Gadgets EXPO Di VIVA Home Shopping Mall...

100 Doraemon Mug

Harga tiket hanya berharga RM25 dan RM15 (Kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke atas)...boleh rujuk SINI untuk pembelian secara online ataupun boleh juga didapati di 100 stesen BHPetrol terpilih...ataupun boleh terus beli di kaunter tiket 100 Doraemon Secret Gadgets EXPO di VIVA Home Shopping Mall :

Level 2 Floor,
VIVA Home Shopping Mall,
85, Jalan Loke Yew,
55200 Kuala Lumpur.


NOTA SKYTECH :

Bila berkunjung ke expo tersebut memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi...kenapa aku berkata begitu ? Disebabkan tidak ingin terlepas mengambil gambar walaupun satu patung Doraemon di expo tersebut...aku terpaksa menunggu hampir 10 minit di perhentian pertama semata-mata untuk capture gambar patung Doraemon dan Mesin Masa tu...HAHA 

**Terima kasih kerana membaca entri 100 Doraemon Secret Gadgets EXPO Di VIVA Home Shopping Mall

Wednesday 18 December 2013

WW - 100 Doraemon Secret Gadgets Expo

> Whats Up Guys...

100 Doraemon Secret Gadgets Expo
WW - 100 Doraemon Secret Gadgets Expo

**Terima kasih kerana membaca entri WW - 100 Doraemon Secret Gadgets Expo

Tuesday 17 December 2013

Ada Apa Dekat Ho Chi Minh City ?

> Whats Up Guys...

Ada Apa Dekat Ho Chi Minh City ? Bila buka blog ni cerita pasal Ho Chi Minh...bila buka blog tu pun pasal tu juga...aihhh, bukannya apa...sebenarnya beberapa hari lepas office aku ada buat Family Trip 2013 ke Ho Chi Minh City...dan part yang paling bestnya...aku tak join sekali dalam trip tu...HAHA...tu la, baru sekarang nak menyesal...huhu

Sejak daripada awal lagi memang aku da buat keputusan tak dapat nak join rasanya bila da confirmkan office family trip nak ke Ho Chi Minh City...sebab aku tertanya "Ada apa dekat Ho Chi Minh City ?" Apa yang aku tahu, kat sana kalau nak shopping memang best la...tapi sorry la...aku tak minat nak shopping sana sini...HAHA...orang teringin nak ke sana...aku pula tak nak pergi...heee

Ada Apa Dekat Ho Chi Minh City ?

Tapi bila da terbuka blog post kat blog Deqnoor ni...adehhh, terasa macam best la pula kat Ho Chi Minh City ni...daripada situ la kita nak kenal budaya, masyarakat dan tempat di negara orang kan...tapi tak mengapa la...mungkin kalau ada rezeki lain nanti...dapatkan la jejakkan kaki ke sana...ye tak ? Hee...


NOTA SKYTECH :

Bila peluang depan mata dilepaskan...nak menyesal pun tak guna da...hee...

**Terima kasih kerana membaca entri Ada Apa Dekat Ho Chi Minh City ?

Friday 13 December 2013

KFC Meal For Two Dan Ole-Ole GITEX Dubai

> Whats Up Guys...

KFC Meal For Two Dan Ole-Ole GITEX Dubai...YESS ! Dapat voucher percuma lagi...tambah pula dapat ole-ole GITEX, Dubai...haa, sebelum ni pernah juga cuba Tebus Voucher Percuma Dengan CellAds...disebabkan aku tak menggunakan top up, semua point yang aku dapat memang digunakan untuk tebus voucher KFC, PizzaHut...boleh la jimat sikit bab makan kan kalau teringin nak makan...kan ? Huhu

KFC Meal For Two Dan Ole-Ole GITEX Dubai


Haa, point pun masih banyak lagi ni...nak tebus apa pula lepas ni...HAHA...haa, sebenarnya voucher KFC Meal For Two ni da selamat digunakan pun...Ayam Goreng OR/Spicy 2 ketul, Nugget 6 ketul, Coleslaw (R), Mashed Potatoes (R), 2 Soft Drink...hanya RM16.90...ok la tu kan...kalau ikut harga asal mesti lagi mahal daripada tu kan...hee...macam nak tebus lagi saja...baik tebus sebelum promosi ni tamat ! hee


Memang ak rugi join program CellAds ni...terima sms dapat point...terima call pun dapat point...fuhh...serius, memang sungguh mudah nak dapatkan point...lagi banyak dapat point, lagi cepat la boleh tebus voucher...hee...semuanya percuma dengan CellAds...sekarang ni siapa nak bagi PERCUMA kan...ada peluang...rebut saja ! hee


NOTA SKYTECH :

Siapa yang akan join Himpunan Penulis Blog Terbesar Di Malaysia pada 14 Disember 2013 ni di MIECC, MINES Sabtu ni...belum daftar ? Jom daftar di blogrrr.my...

**Terima kasih kerana membaca entri KFC Meal For Two Dan Ole-Ole GITEX Dubai

Sunday 8 December 2013

Pagerank Blog Naik Ke Turun ?

> Whats Up Guys...

Pagerank Blog Naik Ke Turun ? Haa, sejak semalam lagi sebenarnya da kecoh pasal Google Pagerank Update kali terakhir untuk tahun 2013 ni...awal pula Google kemaskini pagerank kali ini...diramalkan akhir bulan Disember 2013...haa, ada blogger yang kisah ke pasal naik atau turun pagerank blog ni ? hee...

Google Pagerank Update

Haa, sebenarnya belum sampai setahun pun lagi aku guna domain dot com ni...awal tahun depan baru la cukup setahun...hee...jadi, memang tak harap sangat pun PR blog naik daripada PR1 bila pihak Google update pagerank kali ni...tapi tangan ni gatal saja nak check pagerank naik ataupun turun...ataupun masih maintain dengan PR1...tapi...

Ezadskytech.com Pagerank Update

What ? Pagerank blog boleh pula naik daripada PR1 ke PR2...biar betul ni ? Berkali-kali aku check takut tersalah key-in URL blog...sebelum ni memang PR2 saja la paling tinggi pernah aku dapat masa belum guna domain dot com dulu...lagi satu kena selalu buka webmaster tools untuk check ada broken links ke tak...memang bermasalah kalau ada banyak sangat broken links yang tidak dibaiki...backlink juga agak penting...kalau dapat backlink daripade blog PR lebih tinggi daripada blog kita lagi la bagus...hee...

Haa, korang da check ke ? Boleh check di Pagerank Checker...Pagerank blog naik ke turun ? 

Tahniah buat blog yang telah meningkat naik pagerank blognya...buat yang masih maintain pagerank dan mungkin ada yang turun pagerank blognya...chaiyok2...tahun depan masih ada lagi...setahun Google akan update pagerank web ni beberapa kali kot...hee


NOTA SKYTECH :

Target untuk 2014 nak dapatkan PR3 pula...tapi memang banyak lagi nak kena usaha ni...lagi beberapa hari saja pun nak masuk tahun 2014...(^^,)

**Terima kasih kerana membaca entri Pagerank Blog Naik Ke Turun ?

Monday 2 December 2013

Pengomen Tegar Ezadskytech.com November 2013

> Whats Up Guys...

Pengomen Tegar Ezadskytech.com November 2013...huh, tak sangka bulan November tahun ni berlalu dengan begitu cepat sekali...da masuk bulan Disember...haa, yela kan...seminggu blog tak berupdate langsung...HAHA...tak sangka pula entri Pengalaman Snorkeling di Pulau Manukan tu boleh mencecah hampir 1k pageviews bila seminggu tinggalkan...ada sambungannya lagi tu tapi tak tahu bila aku dapat siapkannya...HAHA...

Haa, bila da hampir masuk penghujung tahun ni, makin berkurang pula entri blog...dan aku tak tahu kenapa ? HAHA...bila nak menaip entri asyik tekan BACKSPACE saja...bila nak siapnya kan...huhu...walaupun tak banyak entri yang sempat dipublish bulan lepas tapi masih ada lagi yang setia tinggalkan komen...terima kasih...hee

Pengomen Tegar Ezadskytech.com November 2013

Top 5 : Pengomen Tegar Ezadskytech.com November 2013
  1. Queen Teratai
  2. akubiomed
  3. Chot
  4. KiD
  5. Hazman aka species1980

NOTA SKYTECH :

Harap bulan Disember ni dapat la luangkan lebih masa sikit untuk berblogging macam dulu...terasa macam ada yang tak kena pula bila da lama tak buka blog ni...pernah rasa macam tu tak ? hee


**Terima kasih kerana membaca entri Pengomen Tegar Ezadskytech.com November 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com