100 Doraemon Secret Gadgets EXPO Di VIVA Home Shopping Mall...Haa, seperti yang kita semua tahu tahun 2013 sudah hampir ke penghujungnya...tidak lama lagi akan tiba pula tahun 2014...dan tahun depan merupakan Tahun Melawat Malaysia 2014...haa, apa kaitannya Expo 100 Doraemon dengan Tahun Melawat Malaysia 2014 ?
Haa, sudah semestinya la ianya ada kaitan antara satu sama lain...sebabnya expo tersebut disokong penuh Malaysia Truly Asia dan Visit Malaysia 2014...dan ianya merupakan EXPO 100 Doraemon Secret Gadgets Pertama di Asia Tenggara dan mungkin akan menarik pelawat yang ramai pada tahun depan untuk berkunjung ke expo tersebut...haa, mana la tahu kan ? Sudah pergi ke belum ke EXPO tu ? hee
100 Doraemon Secret Gadgets EXPO Di VIVA Home Shopping Mall |
Haa, mungkin ada yang sudah tahu dan mungkin ada juga yang belum tahu mengenai 100 Doraemon Secret Gadgets EXPO yang telah diadakan bertempat di VIVA Home Shopping Mall, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur bermula 14 Disember 2013 sehingga 23 Mac 2014...
"Apa yang menariknya di 100 Doraemon Secret Gadgets EXPO ni ? "
Haa, memang tidak dinafikan lagi bahawa kartun Doraemon ni memang mempunyai ramai pengikut tidak kira peringkat umur di seluruh Malaysia...sebabnya sejak expo tersebut dibuka kepada umum bermula 14 Disember 2013 yang lepas dan aku juga tidak lepaskan peluang untuk ke expo tersebut pada minggu pertama lagi...fuhhhhh...serius, memang expo tersebut sesak teruk dengan pengunjung...maklumlah kan, masih dalam cuti persekolahan kan...dan pada masa itulah para ibu bapa mengambil peluang untuk membawa anak-anak mereka berkunjung ke sana...
Terdapat lebih daripada 100 patung Doraemon dengan "Secret Gadgets" yang berbeza dipamerkan dalam expo tersebut...memang terasa kepuasannya bila dapat capture kesemua patung Doraemon dalam tu walaupun terpaksa menunggu lama untuk capture setiap satu patung Doraemon tu...tak mungkin la kan aku akan upload beratus gambar untuk muatkan dalam entri ni kan...mungkin akan upload kat FB aku la kot...HAHA...
I am Gian ! |
Haa, selain daripada itu...patung Nobita, Sizuka, Sinyu dan Gian juga turut dipamerkan...haa, nak rasa suasana bandar tempat Doraemon dan Nobita tinggal ? Bagi peminat kartun Doraemon karya Fujiko F. Fujiyo ni memang tidak harus melepaskan peluang untuk berkunjung ke 100 Doraemon Secret Gadgets EXPO ni...jangan lupa pula untuk dapatkan pelbagai cenderamata yang dijual di sana...EKSKLUSIF..tak akan dapat di mana-mana cenderamata macam tu, hanya di 100 Doraemon Secret Gadgets EXPO Di VIVA Home Shopping Mall...
Harga tiket hanya berharga RM25 dan RM15 (Kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke atas)...boleh rujuk SINI untuk pembelian secara online ataupun boleh juga didapati di 100 stesen BHPetrol terpilih...ataupun boleh terus beli di kaunter tiket 100 Doraemon Secret Gadgets EXPO di VIVA Home Shopping Mall :
Level 2 Floor,
VIVA Home Shopping Mall,
85, Jalan Loke Yew,
55200 Kuala Lumpur.
NOTA SKYTECH :
Bila berkunjung ke expo tersebut memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi...kenapa aku berkata begitu ? Disebabkan tidak ingin terlepas mengambil gambar walaupun satu patung Doraemon di expo tersebut...aku terpaksa menunggu hampir 10 minit di perhentian pertama semata-mata untuk capture gambar patung Doraemon dan Mesin Masa tu...HAHA
Boleh walk in terus ker?
ReplyDeleteWah best2 kena pergi. Cepat update entri gambar kat expo..
ReplyDelete@akubiomed : boleh bro...kaunter tiket ada dibuka kat VIVA home shopping mall tu... :)
ReplyDelete@Marou Apple Hijau : layan juga pergi expo macam ni...2-3 jam jugak aq bertapak kat dalam tu...gambar beratus2 bro..perlukan masa nak upload..haha
ReplyDeleteHaha..dora dora la... fav MB ni...doraemon... time sekolah mmg x.miss....
ReplyDeleteDoraemon je? Hello Kitty takde? Heheh.
ReplyDeleteaku nak beli PINTU AJAIB Doraemon la
ReplyDelete@Melastik Bintang : haha..tu la pasal kan MB..sejak dari kecik memang layan Doraemon ni..malah sekarang pun masih layan lagi..haha
ReplyDelete@Nabiha Zaidi : hello kitty kat johor la...sini doraemon je..hee
ReplyDelete@Rosmadi Shakri : haha..kalau betul ada PINTU KE MANA SAHAJA doraemon tu..sy dulu beli bro..jimat nak pergi mana2..haha
ReplyDeleteFeveret dari kecil samapi sekarang Doraemon
ReplyDeletebunyi macam padat dengan orang. Dekat je dengan rumah saya ni. Tapi kesempatan takde lagi
ReplyDelete@Bahrain : siapa la yg tak minatkan Doraemon ni kan...mesti ramai yg suka tengok kartun Doraemon ni...
ReplyDelete@Macikz Konah : memang padat dengan pengunjung ekspo ni...semua tak nak lepaskan peluang untuk masuk dan rasa sendiri suasana dalam ekspo ni..:)
ReplyDelete