Showing posts with label Visit Malaysia 2014. Show all posts
Showing posts with label Visit Malaysia 2014. Show all posts

Tuesday, 24 December 2013

100 Doraemon Secret Gadgets EXPO Di VIVA Home Shopping Mall

> Whats Up Guys...

100 Doraemon Secret Gadgets EXPO Di VIVA Home Shopping Mall...Haa, seperti yang kita semua tahu tahun 2013 sudah hampir ke penghujungnya...tidak lama lagi akan tiba pula tahun 2014...dan tahun depan merupakan Tahun Melawat Malaysia 2014...haa, apa kaitannya Expo 100 Doraemon dengan Tahun Melawat Malaysia 2014 ? 

Haa, sudah semestinya la ianya ada kaitan antara satu sama lain...sebabnya expo tersebut disokong penuh Malaysia Truly Asia dan Visit Malaysia 2014...dan ianya merupakan EXPO 100 Doraemon Secret Gadgets Pertama di Asia Tenggara dan mungkin akan menarik pelawat yang ramai pada tahun depan untuk berkunjung ke expo tersebut...haa, mana la tahu kan ? Sudah pergi ke belum ke EXPO tu ? hee

100 Doraemon Secret Gadgets EXPO Di VIVA Home Shopping Mall
100 Doraemon Secret Gadgets EXPO Di VIVA Home Shopping Mall

Haa, mungkin ada yang sudah tahu dan mungkin ada juga yang belum tahu mengenai 100 Doraemon Secret Gadgets EXPO yang telah diadakan bertempat di VIVA Home Shopping Mall, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur bermula 14 Disember 2013 sehingga 23 Mac 2014...

100 Doraemon Secret Gadgets EXPO

"Apa yang menariknya di 100 Doraemon Secret Gadgets EXPO ni ? "

Haa, memang tidak dinafikan lagi bahawa kartun Doraemon ni memang mempunyai ramai pengikut tidak kira peringkat umur di seluruh Malaysia...sebabnya sejak expo tersebut dibuka kepada umum bermula 14 Disember 2013 yang lepas dan aku juga tidak lepaskan peluang untuk ke expo tersebut pada minggu pertama lagi...fuhhhhh...serius, memang expo tersebut sesak teruk dengan pengunjung...maklumlah kan, masih dalam cuti persekolahan kan...dan pada masa itulah para ibu bapa mengambil peluang untuk membawa anak-anak mereka berkunjung ke sana...


100 Doraemon Secret Gadgets EXPO (2)

Terdapat lebih daripada 100 patung Doraemon dengan "Secret Gadgets" yang berbeza dipamerkan dalam expo tersebut...memang terasa kepuasannya bila dapat capture kesemua patung Doraemon dalam tu walaupun terpaksa menunggu lama untuk capture setiap satu patung Doraemon tu...tak mungkin la kan aku akan upload beratus gambar untuk muatkan dalam entri ni kan...mungkin akan upload kat FB aku la kot...HAHA...

I am Gian
I am Gian !

Haa, selain daripada itu...patung Nobita, Sizuka, Sinyu dan Gian juga turut dipamerkan...haa, nak rasa suasana bandar tempat Doraemon dan Nobita tinggal ? Bagi peminat kartun Doraemon karya Fujiko F. Fujiyo ni memang tidak harus melepaskan peluang untuk berkunjung ke 100 Doraemon Secret Gadgets EXPO ni...jangan lupa pula untuk dapatkan pelbagai cenderamata yang dijual di sana...EKSKLUSIF..tak akan dapat di mana-mana cenderamata macam tu, hanya di 100 Doraemon Secret Gadgets EXPO Di VIVA Home Shopping Mall...

100 Doraemon Mug

Harga tiket hanya berharga RM25 dan RM15 (Kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke atas)...boleh rujuk SINI untuk pembelian secara online ataupun boleh juga didapati di 100 stesen BHPetrol terpilih...ataupun boleh terus beli di kaunter tiket 100 Doraemon Secret Gadgets EXPO di VIVA Home Shopping Mall :

Level 2 Floor,
VIVA Home Shopping Mall,
85, Jalan Loke Yew,
55200 Kuala Lumpur.


NOTA SKYTECH :

Bila berkunjung ke expo tersebut memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi...kenapa aku berkata begitu ? Disebabkan tidak ingin terlepas mengambil gambar walaupun satu patung Doraemon di expo tersebut...aku terpaksa menunggu hampir 10 minit di perhentian pertama semata-mata untuk capture gambar patung Doraemon dan Mesin Masa tu...HAHA 

**Terima kasih kerana membaca entri 100 Doraemon Secret Gadgets EXPO Di VIVA Home Shopping Mall

Friday, 22 November 2013

Pengalaman Snorkeling Di Pulau Manukan, Sabah #VMY2014

> Whats Up Guys...

Pengalaman Snorkeling Di Pulau Manukan, Sabah #VMY2014...Haa, belum pernah pergi ke Sabah ? Tidak tahu mana tempat yang menarik di sekitar Sabah ? Teringin lihat pemandangan yang cantik di pulau sekitar Sabah ? Aktiviti snorkeling dan sukan air ? Boleh lawat ke laman web Sabah Tourism untuk mendapatkan lebih info tentang tempat menarik yang boleh dilawati di Sabah sekiranya bercadang untuk berkunjung ke Sabah nanti...

Visit Malaysia 2014 - Jom Ke Sabah #VMY2014
Visit Malaysia 2014 - Jom Ke Sabah #VMY2014

It's time for vacation ! Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014...apa kata kita promosikan tempat percutian menarik yang patut dikunjungi di sekitar Malaysia...masih banyak lagi tempat yang belum diteroka...buat apa nak pergi bercuti di luar negara...heee...siapa kata di Malaysia ini tiada tempat yang menarik untuk dilawati...apa tunggu lagi ? Jom Cuti-Cuti Malaysia #VMY2014...

Percutian ke Sabah pasti tidak akan lengkap jikalau tidak pergi ke gugusan pulau yang cantik di sekitar negeri Sabah...jika anda bercadang untuk ke Kota Kinabalu dan teringin untuk lakukan aktiviti snorkeling ataupun island hopping...Pastikan anda berkunjung ke Tunku Abdul Rahman Marine Park yang hanya mengambil masa di antara 10-20 minit sahaja daripada Kota Kinabalu jika menggunakan perkhidmatan bot laju di Jesselton Point...

Visit Malaysia 2014 - Jesselton Point
Jesselton Point, Kota Kinabalu - Sabah
Jeti Jesselton Point

Tunku Abdul Rahman Marine Park terdiri daripada 5 buah pulau yang sangat cantik iaitu Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sulug, Pulau Sapi dan Pulau Gaya...dan ianya berkeluasan 4,929 hektar dimana 2/3 daripadanya adalah lautan...mempunyai pantai yang cantik dan bersih yang penuh dengan terumbu karang dan pelbagai jenis ikan...pasti ianya suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan jika berkunjung ke sini...pemandangan dan suasananya umpama berada di Maldives...hee

Visit Malaysia 2014 - Pulau Manukan, Sabah
Selamat datang ke Pulau Manukan, Sabah

Terdapat beberapa lokasi yang best untuk aktiviti snorkeling antaranya di Pulau Sapi dan Pulau Manukan, Sabah...tetapi bagi untuk beginner dan keluarga yang mempunyai anak kecil, Pulau Manukan sangat sesuai untuk aktiviti snorkeling...untuk masuk ke Tunku Abdul Rahman Park ini, anda akan dikenakan bayaran sekali masuk sahaja...contohnya anda ambil pakej untuk island hopping di semua pulau di Tunku Abdul Rahman Marine Park ini, anda cuma dikenakan bayaran di pulau pertama sahaja...kemasukan ke pulau seterusnya adalah percuma...

Visit Malaysia 2014 - Yuran Konservasi Tunku Abdul Rahman Park
Visit Malaysia 2014 - Tunku Abdul Rahman Park

Pengalaman Snorkeling Di Pulau Manukan, Sabah sememangnya best...satu pengalaman yang menarik bahkan sampai sekarang ini memang tidak boleh dilupakan...di persisiran pantai sahaja sudah boleh nampak ikan berenang...tetapi "Jangan sesekali memberi ikan makan kerana boleh menyebabkan ketidakseimbangan biologi hidupan laut"...katanya...hee

Ikan-ikan Di Taman Tunku Abdul Rahman
Ikan jerung pun ada ?

Semasa sampai di jeti Pulau Manukan, satu benda yang menarik perhatian aku...carta ikan-ikan yang terdapat di Tunku Abdul Rahman Park...terdapat banyak juga spesis ikan yang mendiami di sekitar Tunku Abdul Rahman Marine Park ini...ada terdapat lebih kurang 28 spesies ikan pelagik dan lebih daripada 30 spesies ikan karang...ikan jerung pun ada ? Mujurlah la aku tak jumpa...kalau terjumpa barulah dikatakan Pengamalan Menarik Snorkeling Di Pulau Manukan, Sabah...HAHA...terdapat banyak juga batu karang yang unik dan pelik semasa snorkeling di Pulau Manukan ini...

Visit Malaysia 2014 - Kecantikan Pulau Manukan, Sabah
Di persisiran pantai pun boleh nampak ikan berenang tetapi tidak pasti ikan apa...HAHA

Ikan di Jeti Pulau Manukan
Ikan berenang kegembiraan menyambut tetamu di jeti Pulau Manukan

Perairan sekitar Pulau Manukan sangat tenang...snorkeling daripada pagi sampai ke petang pun mungkin tidak akan puas...pemandangan yang cukup mempersonakan...airnya yang sangat jernih...pantai yang bersih dan persisiran pantai yang panjang dan sangat sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti riadah yang lain selain daripada snorkeling...contohnya seperti parasailing, banana boat, flyfish, seawalking, jet ski dan scuba diving...


NOTA SKYTECH :

Jom Cuti-Cuti Malaysia #VMY2014...segala-galanya ada di Malaysia...Truly Asia ! Visit Malaysia 2014...hee

**Terima kasih kerana membaca entri Pengalaman Snorkeling Di Pulau Manukan, Sabah #VMY2014

Wednesday, 20 November 2013

Wordless Wednesday - Keindahan Pulau : Visit Malaysia 2014 #VMY2014

> Whats Up Guys...

Keindahan Pulau : Visit Malaysia 2014 #VMY2014
Keindahan Pulau di Malaysia : Visit Malaysia 2014 #VMY2014

NOTA SKYTECH :

Di mana agaknya lokasi pulau ni ? hee

**Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday - Keindahan Pulau : Visit Malaysia 2014 #VMY2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Alexa Rank Ezadskytech.com