Friday, 22 November 2013

Pengalaman Snorkeling Di Pulau Manukan, Sabah #VMY2014

> Whats Up Guys...

Pengalaman Snorkeling Di Pulau Manukan, Sabah #VMY2014...Haa, belum pernah pergi ke Sabah ? Tidak tahu mana tempat yang menarik di sekitar Sabah ? Teringin lihat pemandangan yang cantik di pulau sekitar Sabah ? Aktiviti snorkeling dan sukan air ? Boleh lawat ke laman web Sabah Tourism untuk mendapatkan lebih info tentang tempat menarik yang boleh dilawati di Sabah sekiranya bercadang untuk berkunjung ke Sabah nanti...

Visit Malaysia 2014 - Jom Ke Sabah #VMY2014
Visit Malaysia 2014 - Jom Ke Sabah #VMY2014

It's time for vacation ! Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014...apa kata kita promosikan tempat percutian menarik yang patut dikunjungi di sekitar Malaysia...masih banyak lagi tempat yang belum diteroka...buat apa nak pergi bercuti di luar negara...heee...siapa kata di Malaysia ini tiada tempat yang menarik untuk dilawati...apa tunggu lagi ? Jom Cuti-Cuti Malaysia #VMY2014...

Percutian ke Sabah pasti tidak akan lengkap jikalau tidak pergi ke gugusan pulau yang cantik di sekitar negeri Sabah...jika anda bercadang untuk ke Kota Kinabalu dan teringin untuk lakukan aktiviti snorkeling ataupun island hopping...Pastikan anda berkunjung ke Tunku Abdul Rahman Marine Park yang hanya mengambil masa di antara 10-20 minit sahaja daripada Kota Kinabalu jika menggunakan perkhidmatan bot laju di Jesselton Point...

Visit Malaysia 2014 - Jesselton Point
Jesselton Point, Kota Kinabalu - Sabah
Jeti Jesselton Point

Tunku Abdul Rahman Marine Park terdiri daripada 5 buah pulau yang sangat cantik iaitu Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sulug, Pulau Sapi dan Pulau Gaya...dan ianya berkeluasan 4,929 hektar dimana 2/3 daripadanya adalah lautan...mempunyai pantai yang cantik dan bersih yang penuh dengan terumbu karang dan pelbagai jenis ikan...pasti ianya suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan jika berkunjung ke sini...pemandangan dan suasananya umpama berada di Maldives...hee

Visit Malaysia 2014 - Pulau Manukan, Sabah
Selamat datang ke Pulau Manukan, Sabah

Terdapat beberapa lokasi yang best untuk aktiviti snorkeling antaranya di Pulau Sapi dan Pulau Manukan, Sabah...tetapi bagi untuk beginner dan keluarga yang mempunyai anak kecil, Pulau Manukan sangat sesuai untuk aktiviti snorkeling...untuk masuk ke Tunku Abdul Rahman Park ini, anda akan dikenakan bayaran sekali masuk sahaja...contohnya anda ambil pakej untuk island hopping di semua pulau di Tunku Abdul Rahman Marine Park ini, anda cuma dikenakan bayaran di pulau pertama sahaja...kemasukan ke pulau seterusnya adalah percuma...

Visit Malaysia 2014 - Yuran Konservasi Tunku Abdul Rahman Park
Visit Malaysia 2014 - Tunku Abdul Rahman Park

Pengalaman Snorkeling Di Pulau Manukan, Sabah sememangnya best...satu pengalaman yang menarik bahkan sampai sekarang ini memang tidak boleh dilupakan...di persisiran pantai sahaja sudah boleh nampak ikan berenang...tetapi "Jangan sesekali memberi ikan makan kerana boleh menyebabkan ketidakseimbangan biologi hidupan laut"...katanya...hee

Ikan-ikan Di Taman Tunku Abdul Rahman
Ikan jerung pun ada ?

Semasa sampai di jeti Pulau Manukan, satu benda yang menarik perhatian aku...carta ikan-ikan yang terdapat di Tunku Abdul Rahman Park...terdapat banyak juga spesis ikan yang mendiami di sekitar Tunku Abdul Rahman Marine Park ini...ada terdapat lebih kurang 28 spesies ikan pelagik dan lebih daripada 30 spesies ikan karang...ikan jerung pun ada ? Mujurlah la aku tak jumpa...kalau terjumpa barulah dikatakan Pengamalan Menarik Snorkeling Di Pulau Manukan, Sabah...HAHA...terdapat banyak juga batu karang yang unik dan pelik semasa snorkeling di Pulau Manukan ini...

Visit Malaysia 2014 - Kecantikan Pulau Manukan, Sabah
Di persisiran pantai pun boleh nampak ikan berenang tetapi tidak pasti ikan apa...HAHA

Ikan di Jeti Pulau Manukan
Ikan berenang kegembiraan menyambut tetamu di jeti Pulau Manukan

Perairan sekitar Pulau Manukan sangat tenang...snorkeling daripada pagi sampai ke petang pun mungkin tidak akan puas...pemandangan yang cukup mempersonakan...airnya yang sangat jernih...pantai yang bersih dan persisiran pantai yang panjang dan sangat sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti riadah yang lain selain daripada snorkeling...contohnya seperti parasailing, banana boat, flyfish, seawalking, jet ski dan scuba diving...


NOTA SKYTECH :

Jom Cuti-Cuti Malaysia #VMY2014...segala-galanya ada di Malaysia...Truly Asia ! Visit Malaysia 2014...hee


**Terima kasih kerana membaca entri Pengalaman Snorkeling Di Pulau Manukan, Sabah #VMY2014

17 comments:

  1. mmg ada perancangan nk ke sabah next year... boleh la review kat sini nnt sblm nk pergi tu.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Pernah sampai ke Pulau Gaya sahaja masa pergi ke Sabah sebelum ini.

    ReplyDelete
  3. assalam..
    yaa manukan ni kire pulau wajib pegi laa kalo travel KK.. bukan jauh sgt pon +/-15 min jer kan..
    kalo tak silap di situ gak ada 'underwater skooter riding' dari 1 pulau ke 1 pulau, tp tak pasti laa ada lg tak..
    satu perkara yg sya perasan, pekerja speed bot diorg tu kdg tak faham bahasa melayu, bila kita tanya sesuatu dia blur².. kata org sana tu semua filipino tak faham sgt ckp kita, org pulau gaya.. diorg ni laa agaknye yg org kita kecoh org asing ramai di sabah.. apa pon diorg cari rezeki atas air..

    sya pon, insyllh next week sampai lagi..

    ReplyDelete
  4. actually saya tak pandai berenang jadi takut nak snorkling...tempat memang best...walaupun tak pernah sampai ....tengok gambar pun jadilah...

    ReplyDelete
  5. aaa... kan dah kata pulau manukan. hihihi..

    meh sini bagi adiah! hahaha

    rindu ye negeri di bawah bayu ni...

    ReplyDelete
  6. bestnyaa...g sabah last year tp xsmpt gi pulau uhuhuhu

    jalan2 kk, kundasang je :)

    ReplyDelete
  7. Memang sabah ada pulau yang cantik untuk scuba mahupun snorkelling ... uuuii sonok tengok ikan tu

    ReplyDelete
  8. duta tourism malaysia ke ni? haha. aku plan nak pergi mabul next year. haha

    ReplyDelete
  9. Jadi pengen liburan ke malaysia deh, semoga saja suatu saat kesampaian, hehe..

    ReplyDelete
  10. Pulau Manukan memang terbaik untuk snorkeling

    ReplyDelete
  11. cantiknya pemandangan kat situuu~~

    teringin nak snorkling tapi takut. sbb tak reti berenang. hehee :D

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum..
    Maaf jika msg menganggu blog ini, Tujuan sy hanya la untuk memudahkan sesiapa sahaja bila dtg ke Sabah nanti..sy memberi perhikdmatan taxi MPV dn Van persiaran dgn harga yg berpatutan, jika Ada sebarang pertanyaan sila hubungi sy..
    Roslan (0168392919)
    SUHAZRINAH ENTERPRISE SDN. BHD,
    Taxi limousine (Toyota Innova)
    Sy Akan bt yg terbaik percutian anda bila ke Sabah..
    www.taxisabah.com
    Terimakasih..

    ReplyDelete
  13. Airnya sangat jernih ya, dan pulaunya sangat Indah, tempat wisata yang bagus :)

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum..
    kami akan MeRealisasikan percutian anda bila berkunjung ke sabah,
    BORNEO KINABALU TOUR & TRANSPORT SDN. BHD

    PAKEJ 3HARI 2MALAM

    01/ Hari Pertama (OVERNIGHT KUNDASANG)
    1000 : Jemput di Lapangan Terbang KKIA Terminal 1/2
    1030 : Melawat Rumah Terbalik (up side Down House) Tamparuli.
    1130 : Melawat Pekan Nabalu
    1230 : Melawat Ladang Lembu (Mini New Zealand).
    1400 : Makan Tengah hari di Kundasang.
    1600 : Check in Hotel/Homestay/Chalet (Kundasang)
    1900 : Hantar untuk Makan Malam pekan kundasang.
    *Tour Tamat*

    02/Hari Kedua (TOUR KUNDASANG & RANAU)
    0900 : Jemput dari Hotel/Homestay/Chalet
    1000 : Melawat Ikan Spa.
    1130 : Melawat Hot Spring, Canopy Walk & Air Terjun.
    1600 : Melawat Jambatan Tamparuli.
    1700 : Melawat Yayasan Sabah.
    1730 : Melawat Masjid Bandaraya Kota kinabalu.
    1800 : Melawat Signal Hills.
    1830 : Melawat pasar kraftangan (Pilipino Market).
    2000 : Check in Apartment Marina Kota kinabalu.
    *Tour Tamat*

    03/ Hari Ketiga (SAPI, MANUKAN ISLAND & AIPORT TRANSFER)
    0830 : Check Out dari Apartment Marina ke Jeti Jesselton Point.
    0900 : Menaiki bot ke pulau Sapi (aktiviti pantai & snorkelling).
    1200 : Makan tengah Hari BBQ yang disediakan.
    1245 : Menaiki bot ke pulau Manukan (aktiviti pantai & Snorkelling)
    1500 : Menaiki Bot ke jeti Jesselton Point.
    1530 : Jemput dari jeti Jesselton Point & Melawat Tanjung aru Beach.
    1700 : Transfer ke Airport KKIA T1/2
    *Tour Tamat*

    Pakej ini Termasuk :
    1). Pengangkutan Selama 3Hari 2Malam
    Van Pelancongan @ Taxi Limousine
    Pemandu
    Minyak
    Muatan Maksimum 10 Dewasa
    2). Penginapan Homestay Kundasang & Marina Apartment Kota Kinabalu
    May Homestay Kundasang (1Night)
    Marina Apartment Kota kinablu (1Night)
    3). Tiket-Tiket Masuk tempat lawatan
    Rumah Terbalik (up side down house)
    Ladang Lembu
    Hot Spring
    Ikan Spa
    4). Pulau Sapi & Manukan
    Tiket pulau Sapi
    Tiket pulau Manukan
    Insurance
    Bot
    Jaket Keselamatan
    Maks Snorkelling
    Makan Tengah Hari BBQ di Pulau Sapi.
    Untuk keterangan pakej lebih lanjut bole berhubung,
    En Roslan 0168392919 (whatsapp)
    Email : borneoukinabalutour@gmail.com

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di Ezad Skytech [dot] com...teruskan memberi sokongan dan tinggalkan komen di entri...kalau LIKE bolehlah klik G+ pada entri ni...

-EzadSkytech-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com