Sunday 3 November 2013

Film Review - Thor : The Dark World

> Whats Up Guys...

Thor : The Dark World...Haa, seminggu sebelum movie ni mula ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia lagi sudah terasa bahangnya...dan aku sememangnya peminat tegar movie superhero Marvel's ni memang kena terjah pawagam la di hari pertama tayangan...tak dapat pula layan premier screening untuk movie ni tapi tak sangka boleh dapat tiket free screening semasa nak beli tiket ni kat MBO Brem Mall, Kepong...rezeki terpijak...haa, bila da dapat tiket percuma...layankan saja la...terima kasih MBO...hee...jom la layan dulu review movie Thor : The Dark World yang sememangnya tengah mengganas di pawagam di seluruh Malaysia...

Thor : The Dark World
Marvel's Thor :The Dark World

Synopsis : Marvel’s "Thor: The Dark World" continues the big-screen adventures of Thor, the Mighty Avenger, as he battles to save Earth and all the Nine Realms from a shadowy enemy that predates the universe itself. In the aftermath of Marvel’s "Thor" and "Marvel’s The Avengers," Thor fights to restore order across the cosmos...but an ancient race led by the vengeful Malekith returns to plunge the universe back into darkness. Faced with an enemy that even Odin and Asgard cannot withstand, Thor must embark on his most perilous and personal journey yet, one that will reunite him with Jane Foster and force him to sacrifice everything to save us all.

Haa, sebelum layan review Thor : The Dark World ni...apa kata layan trailer dulu...hee



#MyReview "Thor : The Dark World"

  • Filem bergenre aksi dan sci-fi dan merupakan filem kedua Marvel's Thor kesinambungan daripada filem Thor yang ditayangkan di pawagam pada tahun 2011 dan bersambung daripada filem The Avengers yang ditayangkan pada tahun 2012
  • Filem kedua Thor ni masih dibarisi dengan pelakon yang sama seperti Chris Hemsworth (Thor), Natalie Portman (Jane Foster), Tom Hiddleston (Loki), Anthony Hopskin (Odin), Idris Elba (Heimdall), Ray Stevenson (Volstagg), Tadanobu Asano (Hogun), Jaimie Alexander (Lady Sif), Rene Russo (Frigga), Stellan Skarsgard (Dr. Eric Selvig), Kat Dennings (Darcy Lewis) dan ditambah dengan watak baru Christopher Eccleston (Malekith) dan Adewale Akinnuoye-Agbaje (Algrim)
  • Pada awal cerita, kenapa Malekith mahukan Aether tu dan kenapa tentera Asgard diketuai Bor, bapa Odin berusaha untuk menghalang Malekith untuk mendapatkan Aether tu ?
  • Masih ingat lagi kenapa Loki ditangkap dalam movie The Avengers dulu ?
Loki
  • Watak dan karektor Loki dalam movie Thor kali ni bertambah sengal...muka serius tapi pandai buat lawak slapstik...HAHA...korang kena tengok sendiri la...serius, aku suka dengan watak Loki kali ni dalam movie ni...
  • Semasa Jane Foster berada di sebuah kilang terbiar, dia tertarik masuk ke dalam satu vorteks yang fungsinya seperti teleport dan muncul di tempat lain dan sesuatu telah diserap masuk ke dalam tubuh Jane Foster...dan pada masa yang sama Heimdall tak dapat nampak Jane Foster berada di mana dan menyebabkan Thor turun ke Bumi (Midgard) untuk mencari Jane...apakah sebenarnya yang terjadi ?
Thor
  • Selepas Jane Foster ditemui semula di Bumi, Thor menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan Jane Foster dan membawanya pulang ke Asgard...kenapa agaknya ?
Thor and Jane Foster
  • Malekith dan Algrim serta tenteranya telah menyerang Asgard...mereka mencari siapa sebenarnya di Asgard dan kenapa Frigga, ibu Thor dibunuh oleh Malekith ?
  • Kenapa tiba-tiba Captain America boleh muncul pula dalam movie Thor : The Dark World ni ?
  • Thor meminta bantuan Loki untuk melarikan diri daripada Asgard ? Adakah Loki boleh dipercayai dan dapatkah Thor mempertahankan Sembilan Alam daripada ianya dimusnahkan oleh Malekith ?
Thor and Loki
  • Plot dan jalan cerita yang dikatakan menarik tapi pada permulaannya mungkin agak slow sikit tapi keseluruhannya memang best...penuh dengan aksi, humour dan kesan CGI yang superb
  • Thor : The Dark World ni filem aksi superhero ke ataupun filem komedi ? LOL...HAHA
  • Tunggu sehingga habis kredit dan jangan keluar awal sebab masih ada scene yang perlu korang tengok di akhir movie ni...mungkinkah akan ada sambungannya lagi nanti ? "One done, five to go"

Rating : 4.5 out of 5 (Memang berbaloi tunggu filem ni keluar kat pawagam...SUPERB ! Tak sabar pula nak layan movie keluaran Marvel's seterusnya iaitu Captain America : The Winter Soldier, April 2014 dan The Avengers 2, May 2015)

Thor Free Screening

Terima kasih MBO sebab bagi tiket free tengok 
movie Thor : The Dark World ni...terbaik !

**Terima kasih kerana membaca entri Film Review - Thor : The Dark World

14 comments:

  1. ok harini gak aku tengok..!!!!

    hehe part humor tu, aku pernah baca script writer sendiri tulis yang filem hero harini kena ada lawak lawak, klu tak mesti hambar sesebuah filem tu..haha ni mesti terikut ikut dengan trend ironman yang juga bawah marvel.

    ReplyDelete
  2. @Muhammad Syazwan Norhalik : haha...thor the dark world ni memang berbeza dengan movie thor yang pertama dulu...aq macam tak percaya aq tengok movie thor...terbaik la Loki..hee

    ReplyDelete
  3. lama dah jugak aku tak tengok wayang nih.. hehehehee

    ReplyDelete
  4. Ni yang mebuak-buak nak tgk ni..hahaha

    ReplyDelete
  5. @Bahrain : kalau pengikut filem Marvel's...Thor ni memang kena tengok...:D

    ReplyDelete
  6. Nampak filem baru Thor mantap.

    ReplyDelete
  7. AMbe dah pegi tgk tadi. Puas hati sgt ngan citer dia. Loki pun agak lain wataknya...lebih kelakar brbanding dulu punya movie. Cuma yg membuatkan kita akan tunggu next sambungan ialah...rupa-rupanya ayah mereka yg mati...bukan Loki.

    ReplyDelete
  8. @akubiomed : memang puas hati tengok movie Thor kali ni..:D

    ReplyDelete
  9. @zool : kena tengok bro kalau belum lagi..:D

    ReplyDelete
  10. @Mohd Ridzwan Abdullah : watak Loki memang berbeza...rasanya ramai yang suka watak Loki dalam movie kali ni...tu la, ingatkan Loki da mati...

    Loki cuma menyamar jadi Odin...Odin tak mati lagi rasanya...biasa la tu...memang akan tertunggu sambungannya nanti...

    ReplyDelete
  11. haishhh asik review filem je.. Queen 1 pun x p tgk tau.. haishhhh

    ReplyDelete
  12. untgla dpt tgk tket free..
    tgk rating yg ko kasi, x sbr lak aku nk tgk..hihi

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di Ezad Skytech [dot] com...teruskan memberi sokongan dan tinggalkan komen di entri...kalau LIKE bolehlah klik G+ pada entri ni...

-EzadSkytech-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com