Wednesday 31 August 2011

Wordless Wednesday #13




NOTA KECIL :

Kreatif Google ni...Salam Kemerdekaan ke-54...MerdekaRaya ! (^^,)

**Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday #13

Ragam Berhari Raya : Katakan Tidak Pada...

RAYA PERTAMA #2

Huuhh..dari pagi tadi asyik makan...makan...dan makan..sampai la ke malam...raya pertama biasanya mesti kebanyakannya akan hidangkan lauk yang sama...nasi impit..kuah kacang..rendang..lemang...makan benda sama la dari pagi sampai ke malam hee...

Katakan 'TIDAK' pada lemang...haha...

...lemang lagi...erk...serius...lemang ni cepat muak..setakat makan pagi raya tu boleh la...da masuk raya kedua da kurang la...nak rasa sikit boleh la...

"Huhh...tak boleh jadi ni...dari pagi tadi asyik makan juadah yang sama je..."

Haa...petang tadi juga aq cari nasi biasa lepas tu makan dengan rendang...baru puas...sate je aq belum jumpa untuk juadah hari raya ni...sebab aq pon belum keluar beraya mana-mana hari ni...lepak rumah nenek aq je dari pagi sampai malam...memang tak jumpa la sate tu...haha...


NOTA KECIL :

Sunyi betul dunia blog ni hari raya pertama ni...baru nak ajak beri duit raya ni..(^^,)

**Terima kasih kerana membaca entri Ragam Berhari Raya : Katakan Tidak Pada...

Tuesday 30 August 2011

Ragam Berhari Raya


RAYA PERTAMA #1

Haa..macam raya korang hari ni..? best..?

fuhh...kejap je rasanya hari da beransur petang...nak buka blog pagi tadi macam tak sopan pula sebab ramai saudara mara datang berkunjung...hee...da puas makan rendang ayam,nasi impit dengan kuah kacang..dengan lemangnya lagi...fuhhh...memang kenyang la...lepas tu sambung lagi makan kuih raya lagi..


Haa...lepas da kenyang tu memang syok la lena kat sofa ni...memang selesa la..haha...nak pergi beraya ke mana pon belum ada plan lagi ni...balik kampung pon mungkin esok...raya pertama ni beraya di KL dulu sebab rumah nenek aq pon dekat je..bawah rumah aq...hehe...


...sambung beraya petang nanti...layan blog kejap...taip entri dulu...dan lepas tu rehatkan mata...sambil bermimpi...dapat duit raya...RM..RM...haha...


"cehhh..tak sedar diri yang dia tu da besar..nak duit raya lagi...huhu..."


NOTA KECIL :

Haa...jom kumpul duit raya...tak kisah la nak cakap apa..haha...

**Terima kasih kerana membaca entri Ragam Berhari Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri !


Salam Lebaran..

Di sini..aq Izzat Nazmi Saiful Bahri pemilik Skytech Belog ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada semua blogger dan pengunjung yang pernah datang ke blog ni..andai kata selama empat bulan lebih aq menulis dalam blog ni ada yang mengguris hati dan perasaan..terkasar bahasa semasa komen di entri rakan blogger sekalian...aq ingin memohon seribu kemaafan...zero zero..(^^,)

Aq hanya manusia biasa..tak pernah terlepas dari kesilapan...walaupun hanya di dunia blog..tapi aq rasa macam da lama kenal dengan rakan blogger semua..semoga perkenalan di dunia blog ni berkekalan sampai bila-bila...pemilik Skytech Belog ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir Batin...


NOTA KECIL :

Jom kita buat kunjungan blog ke blog...hee...

**Terima kasih kerana membaca entri Selamat Hari Raya Aidilfitri !

Monday 29 August 2011

Selamat Berbuka Puasa 29 Ramadhan


"SELAMAT BERBUKA PUASA 29 Ramadhan"



NOTA KECIL :

Bulan Ramadhan da hampir meninggalkan kita...semoga dapat bertemu lagi di tahun hadapan...

**Terima kasih kerana membaca entri Selamat Berbuka Puasa 29 Ramadhan

Mari Bersahur



Hari ni mungkin da masuk hari terakhir kita bersahur dalam bulan Ramadhan...bila teringat balik hari pertama bangun sahur...fuhh..bukan main liat lagi nak bangun...paling kerap aq guna taktik "5 minit lagi..." tapi tak bangun juga...10-15 minit lepas tu baru bangun...haha...

Haa..ni satu lagi...sebelum tidur bukan main lagi set alarm kat fon...cari bunyi alarm yang paling kuat sekali...set pukul 4.20 pagi..tapi sedarnya tak juga...ish..ish..ish...masa awal bersahur dulu je liat nak bangun...da masuk pertengahan puasa da OK da...bangun je macam zombi kelaparan...(^^,)

Erk...dari tadi aq menaip tak sedar da jam pukul 4.42 pagi...nak bersahur ni...nasi goreng fresh dari kuali ni..hee..


NOTA KECIL :

Jom bersahur...selamat menjamu selera...salam 29 Ramadhan...

**Terima kasih kerana membaca entri Mari Bersahur

Sunday 28 August 2011

Mood Raya Vs Mood Blogging



Serius...malam ni memang terasa sunyi betul dunia blog..mungkin ramai blogger yang da pulang ke kampung halaman agaknya...raya makin dekat kan..? mood raya tengah menguasai fikiran sekarang ni...hee..walaupun macam kekeringan idea je malam ni..aq tetap menaip entri...haha...

Mungkin selepas seminggu raya..dunia blog ni akan kembali meriah seperti sebelumnya..yela..semua sibuk dengan persiapan nak sambut Aidilfitri yang akan tiba tak lama lagi..ni nak buat..tu nak buat..memang tak sempat la nak layan blog macam selalu tu kan...

Mood Raya Vs Mood Blogging

Masa ni nak rehatkan jari tu..."Seminggu Tanpa Blog"...macam best pulak tagline ni...lepas raya ni..mesti penuh entri pasal rumah terbuka...kuih raya...duit raya...semua pasal raya la..lama tak buka blog kan..lepaskan rindu la taip entri sebanyak yang mungkin...balas balik seminggu tak buka blog masa raya..hee..

Ada ke blogger yang akan buka blog di pagi Syawal nanti..? Nak jugak tahu kan...mana la tahu kan ada je blogger yang layan blog masa raya nanti..hee..


NOTA KECIL :

Dalam mood malas menaip pon jadi satu entri..haha...

**Terima kasih kerana membaca entri Mood Raya Vs Mood Blogging

Saturday 27 August 2011

Fobia Dengan Bazaar Ramadhan



Bazaar Ramadhan...sekarang ni aq macam da fobia bila dengan nama bazaar ni...erk..semua ni gara-gara aq keracunan makanan la sejak hari khamis lepas...nasib baik la tak sampai masuk hospital kan..da nak raya ni boleh buat hal pulak...heee..

Haa..yang peliknya..aq sorang je yang kena..memang da sah la ni sebab pulut udang yang aq beli kat bazaar tu sebab aq sorang je yang makan...haa..ambik kau...kan da kena..tu yang terpaksa MC hari Khamis tu...haha...

Memang masa makan pulut udang tu aq dapat kesan satu daripada empat pulut udang tu macam kurang masak...ahhh..aq telan je..bukannya peduli apa da...huuhh..macam mana orang yang mungkin senasib dengan aq tu...

Sepatutnya para peniaga kat bazaar ni mengutamakan kualiti...bukannya hanya nak dapat keuntungan je semata-mata...baru la rezeki yang diperoleh tu berkat...takkan nak jual makanan yang kurang berkualiti dan boleh memudaratkan orang ramai...

Kalau aq sorang je yang kena takpe la..jangan sampai ada yang alami nasib yang sama dengan aq..huuhh..


NOTA KECIL :

Kempen : Jom Beri Duit Raya..[KLIK SINI]...huhu...

**Terima kasih kerana membaca entri Fobia Dengan Bazaar Ramadhan

Kempen : Jom Beri Duit Raya


Apa tujuan kempen ini?

Tujuan aku dah jelas dan nyata, kita akan bagi duit raya kepada orang. HOHO

"Bro, gua tak ada duit nak bagi kat orang. Gua sendiri pokai."

Relax dulu bro, meh aku nak bagitahu sikit camne caranya. Jangan gelabah, atau kau memang nak mengelak? #sarcasm

Kempen ini mudah sahaja, ianya berlaku bermula sekarang, sehingga tamat bulan Syawal. Lama tu, sebulan tau. HAHA

Bagaimana?

Mudah sahaja. Korang cuma perlu ikhlaskan diri untuk klik iklan di setiap blog yang korang lawati, hehe.

Aku tahu kebanyakkan (baca : mostly) daripada kita semua ni memang malas gila nak klik iklan kat blog orang. Tapi nak orang datang klik iklan kat blog kita kan? #rollingeyes

Jadi, apa salahnya di bulan raya ini, setahun sekali kita rajinkan diri untuk klik iklan setiap blog yang kita lawati. Tahun ini kita beraya sebagai blogger, jadi mesti kena ada duit raya kan. Walaupun setiap klik itu cuma bernilai beberapa sen, tapi jikalau dikumpulkan dalam masa sebulan, insyaAllah boleh dapat lebih dari RM 2 setiap seorang. Kan? #sengih

Itu sahaja, mudah dan senang je kan?

Camne nak join kempen ni bro?

Mudah jugak, korang cuma perlu copy paste entri ini, dan backlink kepada blog yang berkenaan. Contoh,

Aku nampak entri ni di blog Sergeant Keroro, aku copy dan backlink kepada Sergeant Keroro

Bila korang dah join kempen ini,  tanamkan sifat amanah dan jujur serta ikhlas dalam diri. Ikhlas memberi duit raya kepada orang lain, tanpa menyatakan korang dah klik iklan si polan sekalian.

Itu sahaja rasanya, aku tak paksa korang. Korang join dengan kehendak korang sendiri. #senyum

Selamat berkempen!

NOTA KECIL :

hee...macam syok je kempen ni... (^^,)

**Terima kasih kerana membaca entri Kempen : Jom Beri Duit Raya

Friday 26 August 2011

Mengira Detik..


"Yeahh..It's Friday!"


Haa..bagi yang masih lagi bekerja hari ni termasuk aq..teruskan bekerja..jangan diperhatikan je jam dekat lappy tu...memang terasa lambat je masa bergerak nanti...mood nak kerja hari ni pun mesti da berkurangan bila menjelang petang ni sebab dalam fikiran hanya fikir nak balik rumah...hee..

"Balik kampung..ohh..ohh...balik kampung..hati girang.."

Petang ni mungkin ramai yang da mula balik ke kampung halaman masing-masing..ada yang ke utara..selatan..ke pantai timur..yang gerak awal pagi tadi pun mungkin ada..sebab da minta cuti awal...jalan pun mesti da sesak bermula hari ni sebab semua berpusu-pusu nak balik kampung awal kan..nak rasa suasana berbuka di kampung macam mana kan..

Haa...pandu kereta tu jangan melebihi kelajuan...musim perayaan ni banyak speed trap..nanti lepas raya banyak pulak surat saman sampai kat rumah...hee...biar lambat asal selamat...ingatlah orang yang tersayang...terselit iklan kejap...hee..

Aq masih kena masuk kerja lagi petang ni..tinggal beberapa jam je lagi ni..sabar..huuhh...kalau hari ni la aq MC kan best..tapi aq ambil MC semalam..terawal pulak MC...bukan sengaja nak MC..ada kisahnya..hee..sekarang pukul 3.05 pm..fuuhh...lama lagi nak pukul 5.30 pm...

...tik..tok..tik..tok...kira berapa detik lagi..haha..


NOTA KECIL :

...tunggu..kejap lagi aq PUNCH card...hee..

**Terima kasih kerana membaca entri Mengira Detik..

Thursday 25 August 2011

Spontaneous Thursday #5


"Rasanya boleh dapat lagi ke tahun ni..? haha.."


NOTA KECIL :

Haa..layak lagi ke aq nak dapat ni sampul siap berisi RM ni...? hehe..

**Terima kasih kerana membaca entri Spontaneous Thursday #5

Selamat Berbuka Puasa


"SELAMAT BERBUKA PUASA"



**Terima kasih kerana membaca entri Selamat Berbuka Puasa

Spontaneous Thursday #4


"Sabar..sabar..sehari je lagi..esok hari terakhir..lepas tu cuti raya.."



NOTA KECIL :

Haa...tahun ni kita sambut Merdeka Raya...(^^,)

**Terima kasih kerana membaca entri Spontaneous Thursday #4

Haa..Betul La Tekaan Tu..


Haa...pagi tadi aq ada post satu entri WW kan..? Masih ingat lagi tak..ke da lupa..?
Dalam entri tu aq ada buat satu game main teka lagu ni...[SINI]

Nak tahu ke lagu apa yang PSIKO aq awal pagi tadi...haa..mana yang da teka dengan betul tu tahniah la...aq takde sediakan hadiah..saje nak buat game antara blogger ni..hee...


Haa..jawapan yang paling spesifik...paling tepat adalah Lagu Raya...memang psiko betul awal pagi masa aq nak bersiap pergi kerja radio putarkan koleksi lagu raya ni...tunggu la aq cuti nanti...nak putar lagu raya dari pagi sampai malam pon aq tak kisah..sebab dalam mood cuti...hee...

Tahniah ! Korang memang pandai la main game teka lagu ni...hee...




NOTA KECIL :

Pagi nanti tunggu la..mesti ada lagi lagu raya kat radio...heee..

**Terima kasih kerana membaca entri Haa..Betul La Tekaan Tu..

Wednesday 24 August 2011

Wordless Wednesday #12




NOTA KECIL :

Keroro ajak share desktop background [SINI]...jom la share..lebih kurang Keroro punya je..haha...

**Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday #12

Aku Anak Malaysia Merdeka

Aku Anak Malaysia Merdeka!

KLIK Jalur Gemilang untuk sertai contest

Salam ~

Aku Anak Malaysia Merdeka..Contest SEO anjuran Dezaman Cottage bersempena Hari Kemerdekaan ke-54 yang bertemakan "1 Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera".Rasanya tak salah nak cuba kan contest SEO ni sebab aku telah ditag oleh [sutera kasih] dan Bro Ahmad..Oleh kerana syaratnya pon tidak berapa sukar..aku bersedia sahut cabaran Aku Anak Malaysia Merdeka..!

Aku bersyukur...aku berbangga kerana Aku Anak Malaysia..dilahirkan kan di sini..dibesarkan di sini..Malaysia tanah tumpah darahku..Oleh itu, janganlah kita sia-sia peluang yang telah diberikan hidup selepas merdeka dan dilahirkan di zaman yang serba moden dan canggih ni...

"Ya..Aku Anak Malaysia Merdeka..."

Bersyukurlah dengan segala nikmat dan kesenangan yang telah kita kecapi selama 54 tahun ni..

Tanggal 31 Ogos 1957..Tarikh paling penting dalam sejarah negara kita..tarikh yang patut dingati selamanya..jasa perjuangan tokoh kemerdekaan untuk mempertahankan Tanah Melayu suatu ketika dahulu dan berusaha untuk mencapai kemerdekaan patut kita kenang sampai bila-bila wahai Anak Malaysia Merdeka...

Apa maksud merdeka?

"Hari Merdeka kita cuti cikgu.."


Jangan sampai satu masa nanti generasi Anak Malaysia Merdeka akan datang akan terus melupakan sejarah..buta sejarah...dan tidak mengerti apa tu makna kemerdekaan yang sebenar...ramai Anak Malaysia Merdeka zaman sekarang ni menganggap Merdeka tu sebagai satu tiket untuk mereka bebas melakukan apa sahaja...tak fikir halal dan haram da...apa yang ada dalam minda mereka tu..."Kebebasan..."

"Kalau nak melentur buluh, biarlah dari rebungnya"

Kita tak mungkin kita akan merasa apa yang Anak Malaysia Merdeka rasai sekarang ni jika tidak kerana jasa dan pengorbanan orang terdahulu...Jangan biarkan peristiwa terdahulu berulang kembali..bersama kita kekalkan kemerdekaan ni sampai bila-bila..jangan sampai suatu nanti kita dijajah semula...


Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !


Jom lah kita sama-sama kibarkan Jalur Gemilang...Aku Anak Merdeka...Aku Anak Merdeka..

Aku nak tag 5 blogger dalam contest SEO anjuran Dezaman Cottage ni :

NasZ
H.J


NOTA KECIL :

Berjiwa patriotik...tengah semangat ni..hee...

**Terima kasih kerana membaca entri Aku Anak Malaysia Merdeka

Wordless Wednesday #11 - Fenomena Baru


NOTA KECIL :

Haa..nak doodle percuma..? jiran aq tengah buat Doodle Giveaway tu...hee..KLIK SINI... (^^,)

**Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday #11 - Fenomena Baru

Wordless Wednesday #10 - Lagu Psiko



NOTA KECIL :

Lagu kat radio awal pagi ni memang PSIKO aq la...lagu pe..? teka la..haha..

**Terima kasih kerana membaca entri Wordless Wednesday #10 - Lagu Psiko

Segmen : Ucapan Selamat Hari Raya



Skytech Belog ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakan blogger yang mengenali tuan empunya blog ni..sentiasa menyokong blog ni dan blogger yang lain...jangan lupa singgah blog ni pagi Syawal nanti..hee..

Ni entri segmen...nak join segmen Bro Ahmad..KLIK SINI...


NOTA KECIL :

Mood raya da datang da awal pagi...huhh..

**Terima kasih kerana membaca entri Segmen : Ucapan Selamat Hari Raya

Ragam Sebelum Tidur #2

Pagi ni rasanya nak 

makan apa la ye agaknya..? Nak makan

macam da tak lalu da bila sahur..

dulu la..bangun nanti baru

nak sahur apa pagi nanti..hee...

NOTA KECIL :

Selamat malam..dan selamat bersahur nanti..hee~

**Terima kasih kerana membaca entri Ragam Sebelum Tidur #2

Tuesday 23 August 2011

Selamat Berbuka..Puasa


Puas betul kalau dapat berbuka dengan air cincau ni...huuhh..

"SELAMAT BERBUKA PUASA 23 RAMADHAN"


NOTA KECIL :

Haa..kat sini berbuka jam 7.25...sempat lagi nak blogjogging ni...hee..

**Terima kasih kerana membaca entri Selamat Berbuka..Puasa

Selamat Pagi 23 Ramadhan


SELAMAT PAGI..

Huhh...terasa segar pagi ni bila bangun awal...harap segar macam ni sampai ke petang nanti la...hari ni rasanya macam terbangun awal pulak...huhu...

...hari ni da masuk 23 Ramadhan 1432H...kurang seminggu je lagi bulan Ramadhan akan pergi meninggalkan kita...rasa macam cepat betul masa berlalu...

"Bila la nak cuti ni...nak buat kerja pon mood da asyik ingat raya je?"


Haa..yang masih bekerja lagi tu..kalau ada kerja yang masih tertangguh dan masih belum disiapkan tu...kena la siapkan sebelum cuti raya nanti...jangan dalam fikiran tu asyik fikir nak raya je..sabar..sabar...sempat lagi nak siapkan semua persiapan raya tu...

Aq nasihatkan jangan la buka radio bila ada kat pejabat...radio sekarang ni makin rancak putarkan lagu raya...nanti tak terbuat pulak kerja tu sebab terlalu feeling nak raya...


NOTA KECIL :

Huuhh..awal pagi lagi aq da dengar lagu raya..macam mana nak pergi kerja ni..haha...

**Terima kasih kerana membaca entri Selamat Pagi 23 Ramadhan

Kenangan Bersama Kad Raya


Nak join KLIK header "INVASION" PLAN

Sebelum aq melabuhkan tirai malam ni..aq nak join segmen Sergeant Keroro ni dulu...boleh la berkongsi kenangan bersama kad raya yang semakin hilang ditelan arus teknologi ni..memang aq akui..penggunaan kad raya sekarang ni da makin berkurangan tapi bagi aq masih relevan lagi nak hantar kad raya ni...

Dulu masa zaman sekolah selalu jugak dapat kad raya dari member-member...selalunya dapat kad raya yang ada kartun dan dialog ni la...kad raya macam tu memang famous la dulu..tapi buat aq terkilan sikit..aq tak ingat aq letak mana semua kad raya tu...haha...

Tak dapat la nak tunjuk kan koleksi kad raya aq kan...tapi...tahun ni...dapat kad raya dari blogger la...duit raya tak bagi sekali ke..? hee..

Terima kasih Tea

Terima kasih Hira


Hee..dapat kad raya dalam blog pon ada...haaa...ni kad raya daripada jiran aq..Miss Gumi...


Masa dulu aq rajin la beli kad raya...ada sekali tu aq beli kad raya...tapi tak tahu nak pos kat sape sebab aq lupa nak mintak alamat rumah...masa tu aq mana la ada FB ni semua...aq simpan je la kad raya tu...haha...sengal betul..

Kad raya...sekarang ni kalau dapat 1-2 kad raya pon da kira OK da..ada juga kenangan aq nak simpan nanti...huuhh..mana la aq letak semua kad raya aq yang dulu tu ye...?


NOTA KECIL :

Haa...ada yang nak bagi kad raya tak kat Skytech? 1,2..3..Lariii.....hee...

**Terima kasih kerana membaca entri Kenangan Bersama Kad Raya

Monday 22 August 2011

Syakirul Aizat...Siapa Tu?


Haa...ada yang search keywords syakirul aizat kat blog aq ni..? rasanya da salah orang ni...dan setahu aq la...serius...aq memang tak kenal pemilik nama tu..ada sape yang kenal tak..? aq cuba la search dekat google tadi nama tu...yang jumpa cuma akaun FB dengan Twitter je..hee..

...keywords yang lain tu memang aq ada dalam entri-entri aq yang lepas...kejap ye..aq nak buat post mortem entri lama aq....huhu...

  • semangat baru - mungkin keywords ni dari entri ni..
  • bunga api hari raya - haa...ni mesti dari segmen freaky..Segmen Mercun Dan Bunga Api..
  • mercun thunderclap - keywords ni pon dari Segmen Mercun Dan Bunga Api ni...haha...
  • selamat berbuka puasa - aq banyak buat entri yang gunakan keywords ni kat sanasini...
  • zacky vengeance 6661 - haa..keywords ni da semestinya dari sini..

NOTA KECIL :

Haa..aq da buat post mortem kat entri lama aq..tak jumpa pulak keyword tu...huiisshh...misteri betul keywords ni...haha...

**Terima kasih kerana membaca entri Syakirul Aizat...Siapa Tu?

Jom Serang Blog! #5


Haa...tak habis lagi promote ke aq ni...? haha...aq nak sambung lagi promote blog ni hari ni..Boleh tak? Dalam entri ni kan aq ada bagitahu pasal ni...KLIK SINI...haa..sekarang ni sesi promote blog bermula! 






NOTA KECIL :

Selamat menyerang blog...hee...jom serannnggg lagi ! (^^,)

**Terima kasih kerana membaca entri Jom Serang Blog! #5

Monday Blues..Datang Lagi #1



NOTA KECIL :

Monday Blues datang lagi..haha..

**Terima kasih kerana membaca entri Monday Blues..Datang Lagi #1

Mood Raya Sudah Datang



SELAMAT PAGI..

...hari ni da masuk hari ke-22 Ramadhan...kejap je nak berakhir da bulan Ramadhan ni..minggu ni pon mungkin minggu terakhir bekerja sebelum cuti raya nanti bermula Sabtu ni...yang duduk di perantauan pon mesti da mula balik ke kampung halaman masing-masing minggu ni...hee (^^,)

haa...bagi yang bekerja tu ada yang da minta cuti awal hari Jumaat ni ke..? Mesti ada punya...nak buat persiapan raya kan...lebih kurang seminggu je lagi kan...pagi-pagi lagi aq da dengar lagu raya kat radio ni...ishh..awal pagi macam ni aq da masuk mood raya la pulak...haha...

pagi Isnin ni kalau nak bangun pagi mesti agak liat sebab semalam cuti kan...kalau hari ni nak cuti boleh..? hee..

..kalau nak bangun pon kena ada 3 alarm keliling bantal...hee..tapi aq tak pernah lagi macam tu...alarm fon da cukup buat aq tersedar dari mimpi indah...haha...boleh bayangkan la alarm fon aq tu kuat mana kan...

"SELAMAT BERPUASA 22 RAMADHAN"


NOTA KECIL :

Habiskan dulu minggu ni...relaks..hari minggu ni baru start nak shopping...haha...

**Terima kasih kerana membaca entri Mood Raya Sudah Datang

Minta Maaf..Akan Segera Kembali


Huuhh...semalam aq memang kurang update entri...nak update entri pon idea tak nak singgah kat aq...macam mana aq nak update kan..? Kalau mood tengah best..update 3-4 entri pon takde hal kan...semalam pon aq cuma buka blog dan jejak balas mana yang sempat je...=_=

Haa..kalau hari Ahad memang mood ke laut la kan...hee...ada yang tak sempat aq nak jejak balas tu aq minta maaf ye...mungkin nanti aq akan cuba terjah balik blog korang ye...tunggu ye..aku akan segera kembali secepat mungkin...

Sekarang ni aq hanya mampu ucap "SELAMAT MALAM"...dan selamat bersahur pagi nanti...


NOTA KECIL :

Bila baca entri kat blog ni tadi...aq rasa macam nak pengsan...hahah...nak baca KLIK SINI...

**Terima kasih kerana membaca entri Minta Maaf..Akan Segera Kembali

Sunday 21 August 2011

"Kau Telah Kecewakan Aku"

Selamat pagi ~

Salam pagi Ahad...biasanya kalau hujung minggu macam ni...mesti masih ada yang tengah zzzz lagi awal pagi macam ni...hee...tapi aq awal pagi ni da depan lappy..sibuk dok menghadap blog...haha...sebab malam tadi tak sempat nak lepak lama-lama dengan blog sebab...

...ada yang tak senang tengok aq online blog ni...update entri...blogwalking...aq pon tak tahu la entah kenapa dengki sangat dengan aq ni...asyik nak sabotaj aq je sejak kebelakangan ni...memang psiko la kau ni..ishh...takkan sebab kau aq nak berhenti blogging...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

"Lagi sekali kau telah kecewakan aku...router oh! router.."



Eh...tu bukan Cik Anon yang serang...dialog rekaan aq sendiri...haha...malam tadi memang kacau mood aq nak berblogwalking la...router kat rumah aq ni boleh buat hal pulak malam tadi...nasib baik pagi ni da OK..boleh la update entri ni...heee...


NOTA KECIL :

Haha..bagus jugak router ni buat hal...boleh la zzzz awal sikit malam tadi..hee...

**Terima kasih kerana membaca entri "Kau Telah Kecewakan Aku"

Jom Serang Blog! #4

Haa...aq nak sambung lagi promote blog ni..Boleh tak? haha..sape tak suka kena promote kan..kalau aq kena promote..boleh terkedu sekejap tau..hee..Dalam entri ni kan aq ada bagitahu pasal ni...KLIK SINI...hee..da ingat tak? haa..sekarang ni sesi promote blog bermula! 





NOTA KECIL :

hee...nak tanya ni..ada yang tak suka kena promote ke..? jangan dilayan soalan aq bila tengah malam ni..haha... (^^,)


**Terima kasih kerana membaca entri Jom Serang Blog! #4

Saturday 20 August 2011

Movie HBO Dwi Bahasa


Huuhh..malam minggu macam ni takde rancangan best pon kat TV...aq pon dari tadi asyik tukar siaran je...TV3...TV2..Astro Ria..semua aq tekan la..kalau aq senaraikan ni mahu penuh entri ni..haha...nak layan blog pon mood macam ke laut je hari ni...huhu...


"Wahhh..movie kat HBO dalam BM la.."

Haha...best jugak kalau layan movie kat HBO sekarang ni..2012 dalam BM..macam pelik pon ada kan..? layankan je la...sebenarnya da lama da aq perasan...


Tengah layan movie 2012 dalam BM...huhuh...

Kalau tak silap aq la,cuma hari minggu je movie ni boleh ditonton dalam dwi bahasa...Bahasa Malaysia boleh..English pon boleh...hee..tu pon movie pukul 10 malam ke atas la...haaa...jom tengok movie sambil layan blog...(^^,)


NOTA KECIL :

Layan movie dalam BM pon OK jugak kan...asyik layan BI je..huhu~

**Terima kasih kerana membaca entri Movie HBO Dwi Bahasa

Selamat Berbuka Puasa 20 Ramadhan

"SELAMAT BERBUKA PUASA"



Da masuk hari ke-20 Ramadhan baru la dapat merasa makan bubur lambuk..hee..


NOTA KECIL :

Haa..berbuka puasa pe hari ni..? hee..

**Terima kasih kerana membaca entri Selamat Berbuka Puasa 20 Ramadhan

SEGMEN : BLOG GUA BERAT TAK?

Haa...sebelum menunggu untuk update entri baru...idea pon belum datang lagi ni...nak join dulu segmen Ini Kisah Tia...nak join KLIK banner di bawah ni... (^^,)



NOTA KECIL :

Skytech BELOG ni berat tak..? Komen la seikhlas yang boleh ye..kalau berat ke..ringan ke..tulis je kat ruangan komen tu...hee...

**Terima kasih kerana membaca entri SEGMEN : BLOG GUA BERAT TAK?

Jom Serang Blog! #3


Haa...pagi Sabtu ni aq nak sambung lagi promote blog..Boleh tak? haha..Dalam entri ni kan aq ada bagitahu pasal ni...KLIK SINI...hee..da ingat tak? haa..sekarang ni sesi promote blog bermula! 






NOTA KECIL :

Hari ni Sabtu kan..? Nak sambung blogdreaming balik ni..hee..


**Terima kasih kerana membaca entri Jom Serang Blog! #3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com