Haa, walaupun sudah beberapa hari konsert Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2015 yang berlangsung di Surf Beach Sunway Lagoon berlalu...tapi masih terasa macam baru semalam saja aku tengok Avenged Sevenfold buat persembahan "LIVE" depan mata ni...malam tu dikatakan fans A7X yang membanjiri Surf Beach Sunway Lagoon tidaklah seramai ketika kali pertama Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2012 | 29 April 2012 dulu...dan kali ni hanya lebih kurang 6k saja yang hadir...haa, tu Harian Metro yang kata la...bukan aku...huhu...mungkin disebabkan tiket hanya dihadkan untuk 6k penonton saja la tu...ataupun ada sebab lain lagi ? Entah la...huhu
Avenged Sevenfold LIVE In KL 2015 | 23 Januari 2015 |
Hmm, setelah hampir 3 tahun menunggu sejak kali terakhir mereka datang ke Malaysia pada 29 April 2012 yang lalu, akhirnya mereka kembali semula ke Malaysia untuk tunaikan janji mereka dulu...Avenged Sevenfold Kembali Gegar Surf Beach Sunway Lagoon Buat Kali Kedua ! Tiada opening act macam konsert Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2012 sebelum ni...tepat jam 9.05 pm, petikan gitar Synyster Gates (lead guitar), Zacky Vengeance (rhythm guitar) dan Johnny Christ (bass guitar) serta ketukan dram padu daripada Arin Ilejay (drum) dan lontaran vokal bertenaga M. Shadows (vocalist) untuk lagu pembukaan "Shepherd Of Fire" yang dipetik daripada album keenam Avenged Sevenfold mula menghangatkan suasana malam tu...
Avenged Sevenfold LIVE In Kuala Lumpur 2015
Huhh, dalam masa lebih kurang 2 jam 15 minit...satu demi satu lagu popular daripada album Avenged Sevenfold dipersembahkan secara LIVE pada malam tu di Surf Beach Sunway Lagoon...antaranya adalah seperti Critical Acclaim, Welcome To The Family, Hail To The King, Beast and The Harlot, Buried Alive, Seize The Day, Nightmare, Chapter Four, Almost Easy, Afterlife, This Means War, Acid Rain, Unholy Confessions, Bat Country dan lagu yang terakhir adalah A Little Piece Of Heaven...
Setlist Lagu Avenged Sevenfold LIVE In KL 2015 |
Seize The Day - Avenged Sevenfold LIVE In Kuala Lumpur 2015
Ketika konsert Avenged Sevenfold LIVE In Kuala Lumpur 2012 yang lalu, ada juga beberapa lagu popular mereka yang tidak dipersembahkan semasa konsert...di antaranya adalah lagu Almost Easy dan Seize The Day...tapi kali ni, kedua-dua lagu tersebut dimasukkan dalam setlist lagu untuk konsert malam tu...YEAHH ! Akhirnya dapat juga dengar LIVE dua lagu tu...persembahan drummer baru Avenged Sevenfold iaitu Arin Ilejay memang sangat mengagumkan penonton yang hadir...cara dia bermain drum memang style habis...kali ni lagi gempak Arin main drum daripada masa pertama kali Avenged Sevenfold datang ke Malaysia dulu...sekali tengok macam style The Rev (deceased-2009) main drum pun ada...spinning stick...
Avenged Sevenfold LIVE In KL 2015 | 23 Januari 2015 |
Saat yang paling dinantikan oleh semua fans A7X jika mereka mengadakan tour di seluruh dunia, mesti la nak dengar "LIVE" petikan gitar solo Synyster Gates...dan semasa konsert Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2015 hari tu...hampir 10 minit juga la Syn Gates 'menggoreng' gitarnya...masa pertama kali datang Malaysia dulu macam kejap sangat petikan gitar solonya...kali ni lama sikit...haa, dan kali ni baru nampak muka Syn senyum sikit...kalau tak dulu, masa kali pertama datang Malaysia...main gitar pun muka macam senyum terpaksa...muka kelat...kenapa pun aku tak tahu...HAHA...
Synyster Gates - Avenged Sevenfold LIVE In KL 2015 |
Zacky Vengeance tetap maintain macho main gitar dengan tangan kirinya...jadi back up vocals pun relaks saja sambil main gitar...memang nampak style habis bila main gitar dengan tangan kiri ni...kalau Syn dan Zacky ni duel guitar lagi terbaik...memang sudah menjadi trademark dalam lagu Avenged Sevenfold...boleh dikatakan hampir ke semua lagu ada part Syn Gates dan Zacky V ni duel guitar...huhu
Zacky Vengeance - Avenged Sevenfold LIVE In KL 2015 |
Haa, lagu So Far Away...lagu yang memang diharapkan akan dimasukkan ke dalam setlist lagu untuk konsert Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2015 kali ni...tapi...hmm, hampa...ingatkan lagu So Far Away ada la malam tu...huhu...setelah hampir 2 jam 15 minit konsert berlangsung, hampir 15 buah lagu telah dipersembahkan dan dalam segmen encore pula...lagu A Little Piece Of Heaven yang dipetik daripada album keempat iaitu album Avenged Sevenfold (2007) menjadi penutup konsert malam tu...tapi apa yang kurang best malam tu, sound system macam ada masalah sikit...tak tahu nak salahkan siapa...sound engineer ataupun organiser yang tak beri cukup masa untuk sound engineer band Avenged Sevenfold untuk setup sound system untuk konsert malam tu...tapi Avenged Sevenfold tetap meneruskan persembahan hingga ke akhir...tu memang terbaik la...
Avenged Sevenfold LIVE In KL 2015 |
NOTA SKYTECH :
Haa, dengar kata album terbaru mereka...iaitu album ketujuh Avenged Sevenfold dalam proses pembikinan selepas selesainya tour pada akhir bulan ni dan ianya dijangka akan keluar pada tahun 2016 nanti...adakah akan ada lagi konsert Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur selepas ni ? Entahlah...huhu...
ramai peminat grup band ini dimanapun beraksi
ReplyDeletefuh nmpak teruja bro dgn konsert ni..suatu kelebihan dekat2 dgn KL ni..slalu la dpt pergi..bro xlyn konsert kpop ke..haha
ReplyDeletesuka betul ezad g tengok concert ye.... hee...
ReplyDeletebila la plak nak jumpa matt shadows
ReplyDelete