Friday, 9 January 2015

Pelayaran Islamik Bukan Sekadar Percutian

Pelayaran Islamik Bukan Sekadar Percutian...Adakah anda mahu merasai satu pelayaran yang membawa anda ke sebuah resort bertaraf dunia eksklusif terapung di laut dan di dalamnya dipenuhi dengan aktiviti yang tidak pernah terlintas dalam fikiran anda selama ini di atas sebuah kapal persiaran mewah SuperStar Libra

Pelayaran Islamik Bukan Sekadar Percutian
Pelayaran Islamik Bukan Sekadar Percutian

Sejak siri Pelayaran Islamik 1.0 : Pelayaran U.K.E. bersama penceramah bebas terkenal tanah air, Ustaz Kazim Elias pada 24 - 27 Ogos 2014 yang lalu dengan berlayar ke tiga destinasi iaitu Penang, Langkawi dan Phuket mendapat sambutan yang amat luar biasa, siri Pelayaran Islamik 2.0 : Pelayaran U.K.E. yang bakal berlayar pada 25 - 28 Januari 2015 juga telah SOLD OUT !

Pelayaran Islamik Bukan Sekadar Percutian 

Pelayaran Islamik Bukan Sekadar Percutian...dan yang paling penting sekali, ianya bukan sekadar pelayaran mewah yang biasa di atas kapal persiaran Star Cruise tetapi ianya merupakan satu pelayaran yang penuh bermakna yang diselitkan dengan ilmu bermanfaat yang dikendalikan beberapa orang tokoh ilmuwan dan penceramah terkenal tanah air yang kini sudah masuk siri ke 3.0 dan siri 4.0 yang dianjurkan Intratama Travel Consultant & Tours (M) Sdn. Bhd (ITCT)...dan dengar khabarnya, ITCT sudahpun ada perancangan untuk meneruskan siri Pelayaran Islamik 5.0 pada masa hadapan...

Pelayaran Islamik 1.0

Sepanjang pelayaran 4 hari 3 malam tersebut, antara slot perkongsian ilmu agama yang menarik yang turut disediakan dalam aturcara program untuk para peserta yang akan disampaikan oleh beberapa orang tokoh ilmuwan dan para penceramah adalah seperti :

  • Cara Mengetahui Kedudukan Kiblat
  • Mempelajari Solat Jama' & Qasar
  • Qiyamulail
  • Zikir & Selawat
  • Soal Jawab Bersama Ustaz
  • Program Ziarah
  • Makan Malam Kesyukuran

Pelayaran Islamik 1.0

Selain daripada itu, anda juga akan dibawa untuk melawat sekolah pondok serta masjid di Phuket dan Krabi...boleh dikatakan ke semua program yang diaturkan sepanjang pelayaran tersebut memang amat bermakna sekali..."Once in a life time..." sebab bukan sekadar bercuti, tapi dalam masa yang sama...dapat juga sedikit sebanyak menimba ilmu yang bermanfaat kan...tak gitu ?

Haa, adakah anda berminat untuk mengikuti pelayaran ini untuk dijadikan sebagai hadiah kepada pasangan, hadiah istimewa kepada kedua ibu bapa, hadiah ulang tahun perkahwinan ataupun sebagai hadiah korporat ? Haa, bolehlah memilih sama ada berminat untuk mengikuti siri Pelayaran Islamik 3.0 ataupun Pelayaran Islamik 4.0...

Pelayaran Islamik 3.0 : Penang - Phuket - Krabi

Pelayaran Islamik 3.0
Pelayaran Islamik 3.0 : Penang - Phuket - Krabi (1-4 Februari 2015)

  • Pelayaran Islamik 3.0 : Penang - Phuket - Krabi
  • Tarikh : 1 - 4 Februari 2015
  • Penceramah : Ustaz Badlishah , Sheikh Abdelaziz Ghonim, Dato' Hassan Mahmud, Dato' Dr. Hj. Fadzilah Kamsah dan Imam Muda Miril
  • Aktiviti sepanjang Pelayaran Islamik 3.0 [KLIK SINI]

Pelayaran Islamik 4.0 : Penang - Phuket - Krabi

Pelayaran Islamik 4.0
Pelayaran Islamik 4.0 : Penang - Phuket - Krabi (8-11 Mac 2015)

  • Pelayaran Islamik 4.0 : Penang - Phuket - Krabi
  • Tarikh : 8 - 11 Mac 2015
  • Penceramah : Ustaz Syed Norhisyam, Ustaz Haslin Bollywood, Prof. Muhaya dan Imam Muda Asyraf
  • Aktiviti sepanjang Pelayaran Islamik 4.0 [KLIK SINI]
Pelayaran Islamik 1.0
Pemandangan Matahari Terbenam Ketika di Atas Kapal Persiaran Star Cruise

Untuk sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran ataupun cara pembayaran sekiranya anda berminat untuk menyertai Pelayaran Islamik 3.0 ataupun Pelayaran Islamik 4.0, anda bolehlah mendapatkan maklumat yang lebih lanjut seperti yang tertera di bawah :

Sekretariat Pelayaran Islamik
No.2.08, Jalan Prima SG 1,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.

No. Tel : +603-61850010
Fax : +603-61899010
Facebook : PelayaranIslamik
Emel : info@pelayaranislamik.com


NOTA SKYTECH :

Jika berminat untuk mengikuti Pelayaran Islamik Bukan Sekadar Percutian, boleh juga berbuat demikian dengan mendaftar secara online


**Terima kasih kerana membaca entri Pelayaran Islamik Bukan Sekadar Percutian

8 comments:

  1. Pelayaran sambil beribdah, bagus, Alhamdulillah !

    ReplyDelete
  2. Zaman sekarang macam-macam boleh buat untuk menarik peserta untuk mengikuti program berkaitan hal ehwal agama terutama agama Islam.

    ReplyDelete
  3. bagus kan program sebegini.. ada peluang nak join juga sekali.. :)

    ReplyDelete
  4. Memang sangat disarankan untuk mereka yang berminat untuk rasai pengalaman bercuti atas kapal.
    Mamang best.

    ReplyDelete
  5. Wahhhh,semakin banyak ye program-program keagamaan di atas kapal mewah ni.

    Tapi yang dapat join pun dah tentulah golongan-golongan mewah juga.

    ReplyDelete
  6. Nak pergi jugak dengan famili sume, masuk dalam vision board

    ReplyDelete
  7. Saya baru balek pelayaran 2.0...sungguh best...terasa duduk di hotel terapung sambil dengar ceramah ustaz kazim...dapat jumpa rakan baru dari malaysia singpura thailand brunai ..solat open air...terasa sungguh tenang...dapat lihat keindahan ciptaan Allah

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di Ezad Skytech [dot] com...teruskan memberi sokongan dan tinggalkan komen di entri...kalau LIKE bolehlah klik G+ pada entri ni...

-EzadSkytech-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com