Sunday 1 February 2015

Nikmati Kenny's Cherish Meal Dan Berpeluang Memenangi Mazda 2

> What's Up Guys...

Bagi yang masih belum tahu lagi, sejak pertengahan bulan Januari 2015 yang lalu lagi Kenny Rogers Roasters Malaysia telah memperkenalkan beberapa item baru dalam menu promosi terbaru mereka iaitu Kenny's Cherish Meal sempena kedatangan Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi...dan antara menu promosi yang telah diperkenalkan oleh KRR Malaysia pada kali ini dalam menu #KennysCherishMeal adalah seperti Souperior Rice Casserole, Souperior Spaghetti Casserole, Golden Treasure Platter dan Soupreme Treasure Platter...

Kenny's Cherish Meal
Kenny's Cherish Meal

Kenny's Cherish Meal - Souperior Rice Casserole

Haa, dalam menu promosi Kenny's Cherish Meal untuk kali ini semuanya adalah berasaskan ayam...terdapat 4 variasi menu yang boleh dipilih dan salah satunya adalah Souperior Rice Casserole...iaitu gabungan Spicy Golden Rice yang dihidangkan bersama KRR Signature Black Pepper Chicken Chop yang digril sehingga warna keperangan dan dilengkapi dengan satu set Mushroom Chicken Soup...

Keenakan dan kepedasan sederhana Spicy Golden Rice menambahkan lagi kesedapannya dan ditambah pula dengan kelembutan isi ayam KRR Signature Black Pepper Chicken Chop...satu kombinasi yang menarik...memang menu yang patut dicuba !

Kenny's Cherish Meal - Souperior Rice Casserole
Kenny's Cherish Meal - Souperior Rice Casserole

Kenny's Cherish Meal - Souperior Spaghetti Casserole

Haa, korang tengah diet ? Dan tak makan nasi ? Teringin nak makan spaghetti tapi tetap nak merasa KRR Signature Black Pepper Chicken Chop ? Relaks, tak perlu risau...selain daripada menu Souperior Rice Casserole yang menghidangkan Spicy Golden Rice bersama KRR Signature Black Pepper Chicken Chop dan juga Mushroom Chicken Soup, korang bolehlah juga pilih menu Souperior Spaghetti Casserole...apa yang membezakan kedua-kedua menu tersebut hanyalah pada menu nasi dan spaghetti...no big deal lah ! hehe

Kenny's Cherish Meal - Souperior Spaghetti Casserole
Kenny's Cherish Meal - Souperior Spaghetti Casserole

Kenny's Cherish Meal - Golden Treasure Platter

Golden Treasure Platter...satu lagi menu yang menarik untuk dicuba...dalam dua menu yang sebelum ni, KRR Signature Black Pepper Chicken Chop tidak disertakan dengan sos black pepper kan ? Tapi dalam menu Golden Treasure Platter ni, KRR Signature Black Pepper Chicken Chop dilimpahi dengan sos black pepper...dihidangkan bersama Spicy Golden Ricecoleslaw serta sayuran segar...

Menu yang sangat sihat kan ? Sebab semua hidangan KRR tidak digoreng menggunakan minyak sebaliknya ia "grilled" ataupun "baked"...haa, terbaik tak ? hehe...Spicy Golden Rice pun bukannya digoreng...tapi ianya digaul dengan bahan istimewa...tapi rasanya memang tak jauh beza dengan nasi yang biasanya digoreng...haa, itulah kelebihan menu di Kenny Rogers Roasters...sentiasa cuba untuk menghidangkan menu yang terbaik dan sihat buat semua pelanggannya...hehe

Kenny's Cherish Meal - Golden Treasure Platter
Kenny's Cherish Meal - Golden Treasure Platter

Kenny's Cherish Meal - Soupreme Treasure Platter

Haa, tidak berapa gemar makan sayur tapi tetap mahu merasa KRR Signature Black Pepper Chicken Chop bersama sos black pepper ? Bolehlah pesan menu Soupreme Treasure Platter sebagai menu pilihan korang...menu yang sama seperti Golden Treasure Platter tapi cuma yang berbeza hanyalah pada menu side dish...kerana dalam menu ini, ianya dihidangkan bersama Mushroom Chicken Soup...

Kenny's Cherish Meal - Soupreme Treasure Platter
Kenny's Cherish Meal - Soupreme Treasure Platter

Kenny's Cherish Meal - Tropical Paradise & Chocorange Marble Muffin

Selain daripada 4 variasi menu promosi Kenny's Cherish Meal, restoran Kenny Rogers Roasters Malaysia juga telah memperkenalkan minuman Tropical Paradise dan Chocorange Marble Muffin sempena Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi...jika berkunjung ke restoran KRR ni...memang tak lengkap rasanya kalau tak mencuba home-made muffin KRR...dan sekarang ni ada perisa baru yang diperkenalkan KRR...gabungan perisa oren dan coklat...ianya mungkin ada untuk masa terhad saja...tak nak cuba sendiri ke ? hehe

Kenny's Cherish Meal - Tropical Paradise & Chocorange Marble Muffin
Kenny's Cherish Meal - Tropical Paradise & Chocorange Marble Muffin

Haa, nak tahu rasanya macam mana ? Apa lagi...jomlah terjah restoran KRR sekarang ! Promosi Kenny's Cherish Meal ni pun masih panjang lagi ni...katanya sehingga penghujung bulan Mac 2015...sempat lagi kan ? hehe

Less fat...less salt...less calories...

Kenny's Cherish Meal
Kenny's Cherish Meal

ROASTERS Frenzy - Peluang Memenangi Mazda 2

Sempena meraikan pembukaan restoran Kenny Rogers Roasters Malaysia yang ke-100 di IOI Mall Putrajaya, KRR Malaysia telah melancarkan satu contest ROASTERS Frenzy yang mungkin membolehkan korang semua memiliki sebuah kereta Mazda 2...Mazda 2 OK ! Selain itu, banyak juga hadiah lain yang cukup hebat dan menarik untuk dimenangi...boleh terjah ke SINI untuk maklumat lebih lanjut mengenai contest ROASTERS Frenzy...contest bermula daripada 24 Disember 2014 sehingga 31 Mac 2015...

ROASTERS Frenzy
ROASTERS Frenzy

Download ROASTERS Frenzy   >> Google Play
                                                    >> App Store (Coming Soon)


NOTA SKYTECH : 

Untuk lebih info mengenai promosi terbaru di KRR Malaysia, jom kita terjah Laman Web Kenny Rogers Malaysia dan LIKE FB >> Kenny Rogers Roasters Malaysia

**Terima kasih kerana membaca entri Nikmati Kenny's Cherish Meal Dan Berpeluang Memenangi Mazda 2

8 comments:

  1. boleh p try ni...
    nmpk sedap ja...

    ReplyDelete
  2. okey2..aku mengaku nmpk mcm best jer..

    ReplyDelete
  3. dah lama akak tak singgah sini..Bloglist hilang sebenarnya..ni dah masuk kan balik..ingat2 lupa je mana blog yang dah hilang..

    komen luar topik lak..hehe..sorry//:)

    ReplyDelete
  4. nampak berselera pula tengok spaghetti dia tue

    ReplyDelete
  5. cambest je souperior spaghetti nih. boleh try terjah bulan ni. :D

    ReplyDelete
  6. alang2 pegi makan boleh masuk contest sekali.hihi

    ReplyDelete
  7. mazda 2 yg baru ni cantik kan... sambil makan, sambil boleh menang kereta.. terbaik!

    ReplyDelete
  8. muffin dia tu sedappppppppppppppppp!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di Ezad Skytech [dot] com...teruskan memberi sokongan dan tinggalkan komen di entri...kalau LIKE bolehlah klik G+ pada entri ni...

-EzadSkytech-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com