Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

Wednesday, 28 January 2015

Avenged Sevenfold Kembali Gegar Surf Beach Sunway Lagoon Buat Kali Kedua

> What's Up Guys...

Haa, walaupun sudah beberapa hari konsert Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2015 yang berlangsung di Surf Beach Sunway Lagoon berlalu...tapi masih terasa macam baru semalam saja aku tengok Avenged Sevenfold buat persembahan "LIVE" depan mata ni...malam tu dikatakan fans A7X yang membanjiri Surf Beach Sunway Lagoon tidaklah seramai ketika kali pertama Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2012 | 29 April 2012 dulu...dan kali ni hanya lebih kurang 6k saja yang hadir...haa, tu Harian Metro yang kata la...bukan aku...huhu...mungkin disebabkan tiket hanya dihadkan untuk 6k penonton saja la tu...ataupun ada sebab lain lagi ? Entah la...huhu

Avenged Sevenfold Kembali Gegar Surf Beach Sunway Lagoon 2015
Avenged Sevenfold LIVE In KL 2015 | 23 Januari 2015

Hmm, setelah hampir 3 tahun menunggu sejak kali terakhir mereka datang ke Malaysia pada 29 April 2012 yang lalu, akhirnya mereka kembali semula ke Malaysia untuk tunaikan janji mereka dulu...Avenged Sevenfold Kembali Gegar Surf Beach Sunway Lagoon Buat Kali Kedua ! Tiada opening act macam konsert Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2012 sebelum ni...tepat jam 9.05 pm, petikan gitar Synyster Gates (lead guitar), Zacky Vengeance (rhythm guitar) dan Johnny Christ (bass guitar) serta ketukan dram padu daripada Arin Ilejay (drum) dan lontaran vokal bertenaga M. Shadows (vocalist) untuk lagu pembukaan "Shepherd Of Fire" yang dipetik daripada album keenam Avenged Sevenfold mula menghangatkan suasana malam tu...

Avenged Sevenfold LIVE In Kuala Lumpur 2015

Huhh, dalam masa lebih kurang 2 jam 15 minit...satu demi satu lagu popular daripada album Avenged Sevenfold dipersembahkan secara LIVE pada malam tu di Surf Beach Sunway Lagoon...antaranya adalah seperti Critical AcclaimWelcome To The FamilyHail To The KingBeast and The Harlot, Buried AliveSeize The DayNightmareChapter FourAlmost EasyAfterlifeThis Means WarAcid RainUnholy ConfessionsBat Country dan lagu yang terakhir adalah A Little Piece Of Heaven...

Setlist Lagu Avenged Sevenfold LIVE In KL 2015
Setlist Lagu Avenged Sevenfold LIVE In KL 2015

Seize The Day - Avenged Sevenfold LIVE In Kuala Lumpur 2015


Ketika konsert Avenged Sevenfold LIVE In Kuala Lumpur 2012 yang lalu, ada juga beberapa lagu popular mereka yang tidak dipersembahkan semasa konsert...di antaranya adalah lagu Almost Easy dan Seize The Day...tapi kali ni, kedua-dua lagu tersebut dimasukkan dalam setlist lagu untuk konsert malam tu...YEAHH ! Akhirnya dapat juga dengar LIVE dua lagu tu...persembahan drummer baru Avenged Sevenfold iaitu Arin Ilejay memang sangat mengagumkan penonton yang hadir...cara dia bermain drum memang style habis...kali ni lagi gempak Arin main drum daripada masa pertama kali Avenged Sevenfold datang ke Malaysia dulu...sekali tengok macam style The Rev (deceased-2009) main drum pun ada...spinning stick...

Avenged Sevenfold Kembali Gegar Surf Beach Sunway Lagoon 2015
Avenged Sevenfold LIVE In KL 2015 | 23 Januari 2015

Saat yang paling dinantikan oleh semua fans A7X jika mereka mengadakan tour di seluruh dunia, mesti la nak dengar "LIVE" petikan gitar solo Synyster Gates...dan semasa konsert Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2015 hari tu...hampir 10 minit juga la Syn Gates 'menggoreng' gitarnya...masa pertama kali datang Malaysia dulu macam kejap sangat petikan gitar solonya...kali ni lama sikit...haa, dan kali ni baru nampak muka Syn senyum sikit...kalau tak dulu, masa kali pertama datang Malaysia...main gitar pun muka macam senyum terpaksa...muka kelat...kenapa pun aku tak tahu...HAHA...

Synyster Gates - Avenged Sevenfold LIVE In KL 2015
Synyster Gates - Avenged Sevenfold LIVE In KL 2015

Zacky Vengeance tetap maintain macho main gitar dengan tangan kirinya...jadi back up vocals pun relaks saja sambil main gitar...memang nampak style habis bila main gitar dengan tangan kiri ni...kalau Syn dan Zacky ni duel guitar lagi terbaik...memang sudah menjadi trademark dalam lagu Avenged Sevenfold...boleh dikatakan hampir ke semua lagu ada part Syn Gates dan Zacky V ni duel guitar...huhu

Zacky Vengeance - Avenged Sevenfold LIVE In KL 2015
Zacky Vengeance - Avenged Sevenfold LIVE In KL 2015


Haa, lagu So Far Away...lagu yang memang diharapkan akan dimasukkan ke dalam setlist lagu untuk konsert Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur 2015 kali ni...tapi...hmm, hampa...ingatkan lagu So Far Away ada la malam tu...huhu...setelah hampir 2 jam 15 minit konsert berlangsung, hampir 15 buah lagu telah dipersembahkan dan dalam segmen encore pula...lagu A Little Piece Of Heaven yang dipetik daripada album keempat iaitu album Avenged Sevenfold (2007) menjadi penutup konsert malam tu...tapi apa yang kurang best malam tu, sound system macam ada masalah sikit...tak tahu nak salahkan siapa...sound engineer ataupun organiser yang tak beri cukup masa untuk sound engineer band Avenged Sevenfold untuk setup sound system untuk konsert malam tu...tapi Avenged Sevenfold tetap meneruskan persembahan hingga ke akhir...tu memang terbaik la...

Avenged Sevenfold LIVE In KL 2015
Avenged Sevenfold LIVE In KL 2015

NOTA SKYTECH :

Haa, dengar kata album terbaru mereka...iaitu album ketujuh Avenged Sevenfold dalam proses pembikinan selepas selesainya tour pada akhir bulan ni dan ianya dijangka akan keluar pada tahun 2016 nanti...adakah akan ada lagi konsert Avenged Sevenfold Live In Kuala Lumpur selepas ni ? Entahlah...huhu...

**Terima kasih kerana membaca entri Avenged Sevenfold Kembali Gegar Surf Beach Sunway Lagoon Buat Kali Kedua

Tuesday, 9 April 2013

WeChat Party 2013

> Whats Up Guys...

Haa, pernah dengar pasal WeChat sebelum ni tak ? WeChat ni merupakan satu aplikasi terbaru bagi pengguna iPhone, Android, Windows Phone, Blackberry dan Nokia (Symbian) yang boleh dimuat turun secara PERCUMA untuk kita berhubung dengan sesiapa saja tak kira tempat dan masa...dan yang paling penting sekali mesti la kena ada line internet, pelan data ataupun Wi-Fi...


Beberapa hari yang lepas iaitu pada 2 April 2013 yang lepas aq telah dijemput bersama beberapa rakan blogger yang lain untuk menghadiri WeChat Party 2013 di Neverland, Kuala Lumpur...Jom layan betapa meriahnya event WeChat ni...hee...


Rasanya mungkin aq banyak terlepas moment yang menarik masa event ni berlangsung hari tu disebabkan aq tiba terlewat sedikit kat event tu...tapi yang penting tetap hadir sebab da dijemput...perkara pertama bila da sampai tu cari port blogger yang join event ni melepak...dan masa sampai tu Awi Rafael tengah perform...layan je la...

Selain daripada tu, pelbagai game dan lucky draw telah diadakan...dan yang paling bertuah tu bila ada yang dapat iPad percuma...perghhh ! Ada juga dalam kalangan blogger yang memenagi hadiah lucky draw tu...memang bertuah la...aq ? Memang tak dapat la...hee...tapi memang tersangat meriah la event ni...

Picture credit to : www.yanayassin.com

WeChat ni mungkin masih baru lagi di Malaysia tapi memang mendapat respon yang positif daripada para pengguna aplikasi ni kerana dengan aplikasi WeChat ni kita boleh Voice Chat, Video Call dan Group Chat...selain itu, boleh juga berkongsi gambar dan macam-macam lagi la...dan ianya PERCUMA ok...yess !! PERCUMA...download saja...buat masa ni aq belum lagi tahap pengguna tegar WeChat ni...mungkin satu hari nanti agaknya...Jom WeChat !!

Jangan lupa add duta WeChat Malaysia ni...hee


"THE NEW WAY TO CONNECT..."

Untuk info lebih lanjut, boleh la klik ke : 



P.S - Jom WeChat !! The New Way To Connect...ID WeChat : ezadskytech


**Terima kasih kerana membaca entri WeChat Party 2013

Sunday, 7 April 2013

ABPBH2012 : Terima Kasih Zarul UMBRELLA

> Whats Up Guys...

Bila tiba hujung minggu ni aq lebih gemar bersantai dan melepak kat rumah sebab esoknya da mula kerja kan...habiskan sisa cuti yang ada...HAHA...tapi hujung minggu kali ni lain sikit sebab awal pagi lagi aq da terjah Stadium Putra Bukit Jalil lagi sebab...


Haa...nak pergi ambil VIP Pass ABPBH2012 ni dekat sana sebab semalam dapat mesej dari THE SINGING BLOGGER, ingatkan pasal apa...rupanya bro Zarul Umbrella nak invite ke event ni...haa, selama ni hanya layan ABPBH kat TV saje...kali ni dapat tengok LIVE...hee...

Masa pergi pagi tadi masih belum ramai pengunjung lagi...mungkin da petang baru ramai kot...oleh kerana pagi tadi phone aq belum fully charged untuk malam ni...dan faktor ketiadaan powerbank...terpaksa la balik rumah dulu...mujurlah dekat...hee...


NOTA SKYTECH :

Terima kasih bro Zarul Umbrella untuk tiket tu...rasanya ada beberapa orang blogger yang pergi event ni...siapa agaknya...tunggu la mereka update kat blog nanti...hee...


P.S - Selamat berhujung minggu...holaaa...! (,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri ABPBH2012 : Terima Kasih Zarul UMBRELLA

Sunday, 15 April 2012

Jom Ke PIKOM PC Fair 2012

> What's Up Guys...

Haa...setiap kali ada PIKOM PC Fair ni memang aku takkan lepaskan peluang untuk pergi ke sana...kalau event tu berlangsung contohnya 3 hari la kan...hari pertama tu aku cuma akan datang ke sana untuk buat survey apa yang menarik kat situ dan hari kedua atau ketiga tu baru la pergi ke event tu semula...mana la tahu hari terakhir tu boleh dapat lagi murah ke kan...HAHA...tapi...


Macam mana aku boleh terlepas update tarikh event ni...dan hari ni pun da masuk hari terakhir PIKOM PC Fair 2012 ni di 3 lokasi berbeza dari 13-15 April 2012 iaitu di Kuala Lumpur Convention Centre (Kuala Lumpur), Persada Johor International Convention Centre (Johor Bahru) dan Village Mall (Sungai Petani)...

PIKOM PC Fair 2012 !

Huhh...kali terakhir aku pergi PIKOM PC Fair ni kalau tak silap tahun lepas rasanya...tu pun aku hanya beli wireless mouse dan ink printer saja...HAHA...dan selalunya memang aku akan terjah PC Fair ni kat Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) saja sebab dekat dan terlalu banyak pilihan sampai aku jadi rambang mata nak survey dari satu booth ke booth yang lain...LOL...

Event PIKOM PC Fair 2012 yang seterusnya akan berlangsung di :

#Sumber : www.pikom.my

"Jom Ke PIKOM PC Fair 2012"

NOTA SKYTECH :

Haa...kalau teringin nak beli something kat PC Fair ni pastikan korang survey semua tempat dulu OK...tak semua gajet yang dijual kat sana murah dan kena pandai bandingkan harga jugak...hee...


P.S - Da lama tak turun event ni...tapi kalau sempat mungkin akan turun PC Fair 
hari ni kat KLCC...kalau tak sempat...mungkin lain kali la...
Happy weekend guys...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Jom Ke PIKOM PC Fair 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Alexa Rank Ezadskytech.com