Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Tuesday, 5 February 2013

Google Pagerank Update 2013

> Whats Up Guys...

Haa, rasanya ramai yang sedia maklum pasal Google Pagerank Update 2013 yang pertama untuk tahun ni...selalunya setahun 3-4 kali Google akan kemaskini pagerank ni...bagi sesetengah blogger, ada yang tidak menghiraukan sangat tentang Google pagerank ni...PR0 ke...PR1 ke...tak hairan langsung...

Google Pagerank 2013
Google Pagerank Update 2013

Huhh, sama la macam aq...sekarang ni tak hairan pun pasal pagerank ni...lagipun aq kan baru saja bertukar ke domain dot com awal Januari 2013...tak mungkin la pagerank boleh naik cepat kan...sebab tu aq tak hairan sangat kan...tunggu Google update pagerank kali kedua la dalam pertengahan tahun 2013 ni...mungkin baru naik dari PR0 ke PR1...mungkin? 

Tapi...tangan aq gatal sangat nak check PR kan...saja la nak check...tak harap sangat pun PR tu berubah...tapi...

Pagerank Checker

What ? Baru sebulan lebih guna domain dot com dari PR0 naik ke PR1...biar betik ? PR yang paling tinggi pernah aq dapat adalah PR2 sebelum guna domain dulu...lepas tu maintain...tak naik tak turun...HAHA...nak naik PR3 memang mimpi la dulu...ke laut...ahakkss...memang banyak lagi yang aq kena belajar pasal SEO, pagerank, bina backlink, meta content ni semua...huhu...nak check pagerank korang...check saja kat PAGERANK CHECKER...

Haa, kat bawah ni adalah Jadual Ramalan Google Pagerank Update Untuk Tahun 2013...ianya mungkin tepat dan mungkin tak...hee

First PR Update : 28 Januari 2013 - 6 Februari 2013
Second PR Update : 27 Jun - 7 Julai 2013
Third PR Update : 29 September - 4 Oktober 2013
Fourth PR Update : 24 Disember - 29 Disember 2013

#P.S - Google selalunya akan Update Pagerank selepas tempoh berselang 3-4 bulan...


NOTA SKYTECH :
Serius...memang tak boleh tinggalkan terlalu lama sangat la blog ni...baru 2 hari tak update...ni pun da terasa lemau habis bila nak menaip entri ni...HAHA...(,^^)

**Terima kasih kerana membaca entri Google Pagerank Update 2013

Tuesday, 8 January 2013

Cara Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2013/2014

> Whats Up Guys...


Sebelum Mengemukakan Permohonan


  • Pastikan anda telah mempunyai nombor Unik ID [ SLIP BSN ]
  • Pastikan anda membaca setiap arahan yang tertera pada Borang Permohonan.[ MANUAL PENGGUNA ]
  • Sila kenalpasti Kategori Anda


Semasa Mengemukakan Permohonan

  • Pastikan anda mengisi semua maklumat yang betul dan tepat di dalam borang permohonan anda.
  • Pastikan anda mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*).
  • Anda WAJIB memasukkan SALAH SATU MAKLUMAT bagi ruangan yang bertanda (**)
  • Pastikan anda membuat semakan dengan teliti borang permohonan anda
  • Pastikan anda menekan butang (Sah & Hantar) bagi menghantar borang permohonan.
  • Pastikan anda mencetak borang permohonan anda sebagai bukti permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem.



Selepas Mengemukakan Permohonan

  • Pastikan anda membuat semakan semula Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN bagi memastikan anda telah BERJAYA mengemukakan permohonan.
  • KEMASKINI Borang Permohonan jika perlu.
  • Sekiranya anda masih belum mencetak borang permohonan, Pastikan anda mencetak Borang Permohonan anda dilaman SEMAKAN sebagai bukti Permohonan.


    Sumber : upu.mohe.gov.my

    #Permohonan bermula daripada 7 JANUARI 2013 sehingga 15 APRIL 2013...


    NOTA SKYTECH :

    Haa...kepada mereka yang sedang memohon dan akan memohon untuk kemasukan ke IPTA bagi sesi akademik 2013/2014...selamat memohon dan semoga berjaya ! hee...

    **Terima kasih kerana membaca entri Cara Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2013/2014

    Thursday, 16 February 2012

    Bukan Sekadar Keyword

    > Happy Thursday...

    " Want to SEARCH something ? "


    Bila sebut pasal keyword...memang tak dapat dinafikan lagi, boleh dikatakan setiap hari mesti akan check keywords yang masuk ke blog...setakat ni belum dapat lagi la keyword yang pelik dan aneh...semua hanya keyword biasa je...

    Keyword yang tu tiada ke...? Haa...tu apa...? NO..NO...Ops...tak mungkin la kan !!? Blog ni masih suci dan bersih lagi OK...percayalah...HAHA... 

    Haa...antara keywords yang muncul hari ni :


    Erm...keyword yang pertama tu rasanya mungkin ada berkaitan dengan entri Jangan Baca Sahaja...Jom Bertindak ! ni rasanya...patut la macam pernah buat saja entri pasal tu...sebab dalam entri tu saja yang ada pasal gotong-royong dan pasal mencegah nyamuk Aedes ni...ada jugak yang mencari keyword ni rupanya...

    Siapa yang cari keyword ni mesti nak test line internet kan ? Sejak kebelakangan ni line internet memang agak lembap sikit...ke hanya di kawasan tertentu saja line internet ni yang bermasalah...ataupun masalah server...haa...entri Jom Tengok Kelajuan Internet Anda ni mungkin boleh membantu...

    Grade D...sebelum ni grade C+...patut la internet makin lembap

    Permohonan masuk ke IPTA...? Rasanya ada entri pasal tu...Cara Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2012/2013...harap dapat membantu la...kepada calon yang memohon tu...masih belum terlambat lagi...masih ada masa lagi untuk memohon...tarikh tutup permohonan ada lebih kurang sebulan lebih lagi...sempat lagi...bagi yang momohon, semoga berjaya...

    NOTA SKYTECH :

    Dalam beberapa hari ni, kelembapan internet memang berada di tahap yang tersangat la kritikal...kalau la dapat guna line UniFi...kan best...mesti tenang saja hati nak online setiap hari...kan ? HAHA...

    **Terima kasih kerana membaca entri Bukan Sekadar Keyword

    Monday, 9 January 2012

    Cara Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2012/2013


    Sebelum Mengemukakan Permohonan




    Semasa Mengemukakan Permohonan

    • Pastikan anda mengisi semua maklumat yang betul dan tepat di dalam borang permohonan anda.
    • Pastikan anda mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*).
    • Anda WAJIB memasukkan SALAH SATU MAKLUMAT bagi ruangan yang bertanda (**)
    • Pastikan anda membuat semakan dengan teliti borang permohonan anda
    • Pastikan anda menekan butang (Sah & Hantar) bagi menghantar borang permohonan.
    • Pastikan anda mencetak borang permohonan anda sebagai bukti permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem.



    Selepas Mengemukakan Permohonan

    • Pastikan anda membuat semakan semula Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN bagi memastikan anda telah BERJAYA mengemukakan permohonan.
    • KEMASKINI Borang Permohonan jika perlu.
    • Sekiranya anda masih belum mencetak borang permohonan, Pastikan anda mencetak Borang Permohonan anda dilaman SEMAKAN sebagai bukti Permohonan.


      Sumber : upu.mohe.gov.my

      #Permohonan bermula 9 Januari 2012 sehingga 2 April 2012...


      NOTA KECIL :

      Haa...kepada yang sedang memohon dan akan memohon...selamat memohon dan semoga berjaya ! hee...

      **Terima kasih kerana membaca entri Cara Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2012/2013

      Monday, 17 October 2011

      Dikenakan Caj?

      Haa...dunia sekarang ni memang susah nak jumpa benda free kan...ada ke benda free lagi sekarang ni...sedangkan kalau kita order air kosong kat kedai mamak pun akan dicaj 30 sen sekarang ni...haa...betul tak..? 

      Tapi kalau ada kedai yang tak caj air kosong tu memang best la kan...boleh je nak order sampai 2-3 kali..kan da dapat jimat kan situ kalau sesekali makan kat kedai....tapi memang susah nak jumpa kedai yang macam tu kan sekarang ni...semuanya akan dicaj walaupun 30 sen...hee...

      Haa...tapi yang aq buat aq hairan..bila tengok gambar ni...aq terkedu kejap...semua nak dikenakan caj ni...kalau kentut pun kena bayar ke..? HAHA...

      Sumber : SINI


      NOTA KECIL :

      Haa..kat dalam dunia ni mana ada benda free kan...? heee~

      **Terima kasih kerana membaca entri Dikenakan Caj?

      Wednesday, 29 June 2011

      .5 Manfaat Buah Epal.


      ,Salam... dan selamat pagi semua...

      ,Nah... aq belanja breakfast sebiji epal... heee ~

      ,Haa... entri ni pasal pe pulak ni... hee.. pasal epal pulak... aq memang menggemari buah yang bernama epal ni tapi epal hijau kurang sikit la.. haha... dalam entri ni aq nak selitkan kebaikan epal ni... nah... tengok je... tak boleh makan.... (^^,)




      - - .5 Manfaat Buah Epal Untuk Kesihatan. - -


      ,Mengandungi Nutrien Yang Penting

      ,Selain sedap dan rangup.. buah epal adalah salah satu buah yang popular yang mengandungi senarai nutrien penting yang mengagumkan dan diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang normal dan segala nutrisi tambahan.

      ,Rendah Kalori

      ,Tahukah anda 100 gram hirisan buah-buahan segar menyediakan hanya 50 kalori.. ia tidak mengandungi lemak tepu ataupun kolestrol tetapi kaya dengan serat yang membantu menghalang penyerapan kolestrol LDL (Low-density lipoprotein) makanan di dalam usus...

      ,Mengandungi Antioksida Semulajadi


      ,Buah-buahan seperti epal mengandungi kuantiti vitamin C dan beta karotena yang baik...Vitamin C adalah antioksida semulajadi yang kuat.... Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C dapat membantu tubuh membina pertahanan terhadap agen jangkitan...

      ,Sumber Vitamin B-kompleks

      ,Selain itu... buah epal adalah sumber vitamin B-kompleks yang baik seperti riboflavin, thiamin dan pyridoxine (vitamin B-6)... vitamin ini membantu sebagai ko-faktor untuk enzim dan metabolisma serta pelbagai lagi fungsi sintetik dalam badan kita....

      ,Mengandungi Sejumlah Kecil Mineral

      ,Epal juga mengandungi sejumlah kecil mineral seperti fosforus, kalium dan juga kalsium... kalium adalah satu komponen yang penting dalam sel dan cecair dalam badan untuk membantu mengawal kadar jantung dan tekanan darah.... 




      NOTA KECIL :

      ,Terasa nak makan epal pulak sekarang ni... ada sape nak belanja aq...?? heee ~

      **Terima kasih kerana membaca entri .5 Manfaat Buah Epal.

      Saturday, 25 June 2011

      .Lamborghini Gallardo Terkecil Di Dunia.

      ,Salam pagi Sabtu..

      ,Haa...  pagi-pagi lagi aq da berangan nak beli sebiji Lamborghini Gallardo... tapi tengok tajuk macam tak masuk akal pon ada kan... heee.. ada ke Lamborghini Gallardo terkecil di dunia... dimensi Lamborghini Gallardo ni 10.5 inci panjang, 4.5 inci lebar dan 3 inci tinggi... erk.. nak tengok macam mana rupa Lamborghini Gallardo sekecil tu... haa, tengok ni... tuu... gambar yang kat bawah tu...







      ,Ish... LEGO rupanya... patut la kecik je spesifikasi Lamborghini Gallardo ni... Lamborghini Gallardo LP560-4 merupakan salah satu set LEGO yang paling disukai... Rekaan model Lamborghini Gallardo yang berskala 1:17 sangat terperinci dan menyerupai ciri-ciri sebenar kereta Lamborghini Gallardo dengan pintu pembukaan dan penutup enjin yang mampu memberikan keseronokan kepada si pembeli.. 



      ,Dimensi model kereta Lamborghini Gallardo yang saiznya 10.5 inci panjang, 4.5 inci lebar dan 3 inci tinggi ini mengandungi 741 keping model yang berskala 1:17 dan termasuk tahap Lamborghini sebenar untuk kelihatan lebih realistik...



      NOTA KECIL :

      ,Kalau macam ni... mampu la aq beli Lamborghini Gallardo sebijik... nak beli yang betul-betul punya tak mampu... dapat model LEGO pon jadi la... heee ~


      **Terima kasih kerana membaca entri .Lamborghini Gallardo Terkecil Di Dunia.

      Tuesday, 21 June 2011

      .5 Istana Terbesar Di Dunia.


      ,Salam..

      ,Selamat pagi..awal betul aq bangun hari ni... heee ~ haa, ada sesuatu aq nak kongsi pagi ni... malam tadi terjumpa info ni tapi tak sempat nak publish...tahu tak korang, salah satu istana yang terbesar di dunia berjiran dengan negara kita... Istana Nurul Iman di Brunei telah mencipta rekod dunia sebagai "World Largest Palace In The World"... woahhh !!

      ,Kota Larangan di Beijing, China pon jatuh di tangga yang kedua.... diikuti dengan Royale Palace of Madrid di tangga yang ketiga... haa, cuba tengok ni... 

      - - 5 Istana Terbesar Di Dunia - -


      Istana Nurul Iman - Bandar Seri Begawan, Brunei
      (Istana Terbesar Di Dunia)
      Keluasan : 2,152,782 kaki persegi (200,000 m2)

      Forbidden City - Beijing, China
      Keluasan : 1,614,600 kaki persegi (150,001 m2)


      Royale Palace of Madrid - Madrid, Sepanyol
      Keluasan : 1,453,122 kaki persegi (134,999 m2)



      Buckingham Palace - London, Britain
      Keluasan :  828,818 kaki persegi (77,000 m2)

      The Palace of Versailles - Versailles, Perancis
      Keluasan : 721,206 kaki persegi (67,002 m2)

      **Terima kasih kerana membaca entri .5 Istana Terbesar Di Dunia.

      Tuesday, 17 May 2011

      Pelik Tapi Unik...

      PELIK......... tapi UNIK....

      Aq memang tertarik dengan idea dan konsep yang diketengahkan bagi rekaan produk yang aq nak tunjukkan kat bawah...

      Memang la sekali pandang nampak macam pelik tapi itulah yang membuatkan sesebuah produk itu kelihatan unik...  



      SHARE YOUR PANT USB Device

      Designer :
       
      Alessandro Martorelli


      Clock and Chess Set
      Designer : Huang Zi



      Synapse Bike
      Designer :
      Sylvain Gerber


      First Aid 2.0
      Designer :
      Cold Wall Studio



      Nota Kecil :

      Walaupun cuma konsep... mana tahu suatu hari nanti produk tersebut akan dipasarkan akan datang...

      Idea yang tidak masuk akal la yang kadang-kadang menjadikan sesebuah produk itu diminati ramai.... siapa sokong... heee! 


      **Terima kasih kerana membaca entri Pelik Tapi Unik...

      Monday, 9 May 2011

      Makanan Segera...Mengundang Pelbagai Masalah Kesihatan...

      MAKANAN SEGERA...sememangnya menjadi pilihan rakyat Malaysia terutama bagi yang enggan membebankan diri dengan perkara yang rumit dan leceh seperti memasak sebab bagi mereka makanan segera itu mudah, mengenyangkan serta enak dinikmati kerana tidak perlu bersusah-payah untuk memasak... Hanya pilih sahaja tempat di mana dan membuat pesanan... MUDAH... mudah dapat penyakit... 

      Ayam goreng... mmmm... memang sedap untuk dimakan...
      tapi buang dahulu lemaknya jika hendak menikmatinya...

      Pengambilan satu hidangan makanan segera sudah cukup untuk membekalkan kalori, sodium dan lemak untuk tempuh sehari dan beberapa hari selepas itu. Jika seseorang itu mengambil makanan segera secara kerap, ini boleh menyebabkan berlakunya bermacam-macam masalah kesihatan. Pengambilan sodium dan garam berlebihan dalam hidangan seharian boleh menyebabkan punca penyakit kardiovaskular...Orang dewasa sepatutnya mengehadkan pengambilan 1500 miligram (mg) sodium setiap hari dan jangan sesekali melebihi 2300 miligram (mg)... BAHAYA...!!

      Para ibu moden zaman sekarang ini sering membeli makanan segera untuk anak-anak mereka kerana ianya mudah didapati dan digemari oleh anak-anak mereka.. Pengambilan makanan segera secara kerap boleh menyebabkan kekurangan mikronutrien antaranya iodin, vitamin A, zink, zat besi dalam kalangan kanak-kanak... Namun, apa yang berlaku sekarang ini.. ibu bapa sering menyalahkan pihak kantin sekolah kerana menjualkan makanan yang tidak sihat... contohnya, seperti penjualan nasi lemak... Katanya... anak-anak mereka menjadi lembap sebab makan makanan yang dijual di kantin sekolah.... 

      SALAH SIAPA SEBENARNYA...?? 

      Jika mahu salahkan pihak kantin tidak boleh juga... sepatutnya semua ni perlukan pemantauan ibu bapa di rumah... pastikan apa yang anak-anak anda makan adalah makanan yang berkhasiat dan mempunyai zat... ni jangan la nak salahkan pihak lain kalau da berlaku perkara macam ni... berfikir la secara rasional... bukannya secara emosional... peace !! 

      **Terima kasih kerana membaca entri Makanan Segera...Mengundang Pelbagai Masalah Kesihatan...
      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

      Alexa Rank Ezadskytech.com