Monday, 9 May 2011

Makanan Segera...Mengundang Pelbagai Masalah Kesihatan...

MAKANAN SEGERA...sememangnya menjadi pilihan rakyat Malaysia terutama bagi yang enggan membebankan diri dengan perkara yang rumit dan leceh seperti memasak sebab bagi mereka makanan segera itu mudah, mengenyangkan serta enak dinikmati kerana tidak perlu bersusah-payah untuk memasak... Hanya pilih sahaja tempat di mana dan membuat pesanan... MUDAH... mudah dapat penyakit... 

Ayam goreng... mmmm... memang sedap untuk dimakan...
tapi buang dahulu lemaknya jika hendak menikmatinya...

Pengambilan satu hidangan makanan segera sudah cukup untuk membekalkan kalori, sodium dan lemak untuk tempuh sehari dan beberapa hari selepas itu. Jika seseorang itu mengambil makanan segera secara kerap, ini boleh menyebabkan berlakunya bermacam-macam masalah kesihatan. Pengambilan sodium dan garam berlebihan dalam hidangan seharian boleh menyebabkan punca penyakit kardiovaskular...Orang dewasa sepatutnya mengehadkan pengambilan 1500 miligram (mg) sodium setiap hari dan jangan sesekali melebihi 2300 miligram (mg)... BAHAYA...!!

Para ibu moden zaman sekarang ini sering membeli makanan segera untuk anak-anak mereka kerana ianya mudah didapati dan digemari oleh anak-anak mereka.. Pengambilan makanan segera secara kerap boleh menyebabkan kekurangan mikronutrien antaranya iodin, vitamin A, zink, zat besi dalam kalangan kanak-kanak... Namun, apa yang berlaku sekarang ini.. ibu bapa sering menyalahkan pihak kantin sekolah kerana menjualkan makanan yang tidak sihat... contohnya, seperti penjualan nasi lemak... Katanya... anak-anak mereka menjadi lembap sebab makan makanan yang dijual di kantin sekolah.... 

SALAH SIAPA SEBENARNYA...?? 

Jika mahu salahkan pihak kantin tidak boleh juga... sepatutnya semua ni perlukan pemantauan ibu bapa di rumah... pastikan apa yang anak-anak anda makan adalah makanan yang berkhasiat dan mempunyai zat... ni jangan la nak salahkan pihak lain kalau da berlaku perkara macam ni... berfikir la secara rasional... bukannya secara emosional... peace !! 

**Terima kasih kerana membaca entri Makanan Segera...Mengundang Pelbagai Masalah Kesihatan...

4 comments:

  1. yg segera tue la fyna suke...



    jom singgah n follow belog fyna.
    http://inibelogfyna.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. @fyna
    boleh makan... tp jgn selalu... hee..

    salam perkenalan....^_^

    ReplyDelete
  3. dan mudah habis duit.
    singgah,datang dari blog abg ben =))

    TAK SALAH KALAU BALAS KUNJUNGAN KAN?

    personal blog :
    http://expire-date.blogspot.com/

    blogshop :
    http://old-stuffresale.blogspot.com/

    THANK YOU !!!

    ReplyDelete
  4. @FAZLINA AZIZ
    heee.... betul tu.... makanan pon nak segera... duit pon dengan segera la abis....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di Ezad Skytech [dot] com...teruskan memberi sokongan dan tinggalkan komen di entri...kalau LIKE bolehlah klik G+ pada entri ni...

-EzadSkytech-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com