Showing posts with label Denaihati Network. Show all posts
Showing posts with label Denaihati Network. Show all posts

Friday, 12 May 2017

Sepetang Bersama Blogger 2017 Mungkin Edisi Terakhir ?

> What's Up Guys...

Sepetang Bersama Blogger 2017 Mungkin Edisi Terakhir ? | Haa, biar betul ni ? Err, takkanlah #SBB2017 kali ni merupakan edisi yang terakhir ? Hmm, dalam tak sedar...masa berlalu begitu pantas sekali...masih teringat lagi bila kali pertama menyertai event #SBB2013 di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya yang pada masa itu sudahpun masuk edisi kedua sebab terlambat tahu tentang kewujudan event Sepetang Bersama Blogger ni...dan pada tahun seterusnya pun aku tak lepaskan peluang untuk menyertai #SBB2014 di Saloma Bistro, Kuala Lumpur...

Bila dah seronok jumpa rakan blogger yang selama ni hanya berhubung di alam maya...event macam ni la yang patut ramai blogger sertai untuk luaskan lagi networking...selain menimba ilmu baru, boleh juga tambah kenalan...keterujaan nak sertai event #SBB2015 yang lepas di Kompleks Sukan Lasak Putrajaya, Taman Cabaran, Presint 5, Putrajaya tak kesampaian sebab bila tiba harinya event...aku boleh demam pula...tak boleh nak buat apa...terpaksa redha saja la pada masa tu tak dapat nak sertai #SBB2015 walaupun dah daftar...HAHA

Sepetang Bersama Blogger 2017 Mungkin Edisi Terakhir ?
Sepetang Bersama Blogger 2017

Haa, disebabkan aku pergi event #SBB2016 la aku dapat peluang menjejakkan kaki buat kali pertama ke Perth, Australia pada tahun lepas...terima kasih Uncle Zuan sebab ajak aku...kalau tak mungkin takkan dapat merasa pergi ke sana...HAHA

Sepetang Bersama Blogger 2017 Mungkin Edisi Terakhir ?

Sejak pertama kali event Sepetang Bersama Blogger ni mula dianjurkan pada tahun 2012, sudah berapa kalikah anda semua pernah menyertainya ? Sekali ? Dua kali ? Tiga kali ? Empat kali ? Lima kali ? Ataupun masih belum pernah lagi menyertainya dan #SBB2017 ni baru kali yang pertama ? Bila terdengar desas-desus cerita yang #SBB2017 ni mungkin edisi yang terakhir...gulpppp...

Tiba-tiba rasa macam ralat pula sebab kali ni punya event Sepetang Bersama Blogger 2017 memang aku tak dapat nak join sekali sebab ada hal lain di hari yang sama event ni berlangsung...hmm, kalau betul la kali ni adalah edisi yang terakhir...tidakkk !! Adehhh...tiada rezeki nak menyertai #SBB2017 ni...haa, siapa yang masih belum daftar lagi,bolehlah daftar di >> sbb.my


NOTA SKYTECH :

Hmm, rasanya sejak daripada dua tahun lepas lagi aku dah dengar cerita ni...tapi event Sepetang Bersama Blogger masih lagi diteruskan sehingga tahun ni...adakah benar kali ni memang betul-betul yang terakhir ? Mungkin team Denaihati Network ada komitmen lain yang lebih besar pula selepas ni...kita tak tahu kan ? Doakan yang terbaik saja ! hehe

**Terima kasih kerana membaca entri Sepetang Bersama Blogger 2017 Mungkin Edisi Terakhir ?

Monday, 17 March 2014

Benarkah Buku Denaihati Begitu Istimewa ?

> Whats Up Guys...

Benarkah Buku Denaihati Begitu Istimewa ? Haa, bagi blogger yang telah hadirkan diri ke Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 pada minggu lepas, pasti korang akan mendapat sebuah buku edisi khas terbitan Denaihati...haa, sudah habis baca ke belum buku tu ? Ataupun ianya masih lagi belum terusik dalam goodies bag yang korang dapat masa event tu ? Hee...

Benarkah Buku Denaihati Begitu Istimewa ?

Sejujurnya, memang aku sangat tertarik dengan kulit buku Denaihati ni bila tengok buat pertama kalinya dan keterujaan ingin membaca buku ni semakin bertambah...jika korang seorang blogger, pasti korang nak tahu rahsia kejayaan, kisah suka dan duka Denaihati sepanjang mengendalikan blog Denaihati.com...antara pencapaian blog Denaihati adalah  : 

  • Top 10 blog Malaysia mengikut ranking Alexa
  • MSMW Best Of Best Blog 2012
  • MSMW Most Creative Blog 2013
  • MyNic Best Personal Blog 2013
  • MSMW Best Micro Blog 2014

Benarkah Buku Denaihati Begitu Istimewa ?

Huh, memang tersangatlah rugi kalau korang masih belum habis membacanya lagi...sebab...pertama sekali, buku ni bukan hanya sekadar hiasan dan bukannya buku biasa yang diletakkan dalam goodies bag yang korang dapat semasa event Sepetang Bersama Blogger 2014 hari tu...kedua, perkongsian ilmu dan kisah dalam buku Denaihati sangat menarik yang memuatkan pelbagai kisah, tips blogging, pengalaman hidup dan pelbagai kisah lagi yang dimuatkan dalam buku yang setebal 210 muka surat ni...

Hidup Untuk Memberi
Hidup Untuk Memberi

"Hidup Untuk Memberi"...tagline yang sememangnya tidak asing lagi dalam dunia blogging Malaysia, Indonesia dan Brunei...haa, apa yang menariknya di dalam buku tersebut adalah perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat termasuklah pelbagai informasi mengenai dunia blogging, santapan minda, catatan kembara team Denaihati, kisah keluarga, perihal agama dan banyak lagi...

Catatan kisah kembara dunia team Denaihati ke negara seperti Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand, Kemboja, Hong Kong, Macau, China, Arab Saudi, Qatar, UAE, Jordan, Palestine, German, Austria, Republik Czech, Italy, England, Perancis dan New Zealand...memang sangat menarik bila baca semua kisah kembara dunia Denaihati...banyak gambar yang menarik dikongsikan di dalam buku ni...memang santai saja bila membaca semua kisahnya...maklumlah, aku ni belum pernah lagi menjejakkan kaki di negara orang ni...tu yang overexcited lebih tu...haa, untuk membaca kisah penuh kembara Denaihati bolehlah terus ke blog kembara Denai.my...

Tips Menulis Entri Blog Denaihati

"Berusaha untuk tidak menulis kerana terlalu mengejar SEO tetapi cuba pastikan 
setiap penulisan mengikut aturan SEO - Kujie2.com "


Ya ! Serius, aku memang setuju sangat dengan pendapat Kak Jie ni...haa, beberapa tips SEO sudah didedahkan...cuma tinggal untuk dipraktikkan saja lagi...pada pendapat aku la kan, setiap blogger tu memang perlu tahu apa itu SEO...haa, itulah antara tips yang menarik yang aku baca dalam buku ni...selepas ni, memang kena hadamkan betul-betul kesemua 11 tips yang diberikan tu...ada beberapa tips tu memang sudah lama aku praktikkan...memang berhasil...apa yang penting kena berani gagal...bukan gagal sekali terus gagal selamanya...nak tahu apa lagi yang best dan menarik dalam buku ni...serius, korang kena baca buku ni...takkan rugi...sebab banyak ilmu di dalamnya pasal dunia blogging ni...

Berani Gagal

Sememangnya blogger yang telah menghadirkan diri di event Sepetang Bersama Blogger 2014 hari itu tersangatlah beruntung sebab dapat buku ni secara PERCUMA...tetapi ilmu dan input di dalam buku ni sangat berharga yang tidak boleh didapati di mana-mana...

" Apa yang kurang agaknya mengenai Buku Denaihati ? "

Sebenarnya, tiada apa sangatlah pasal kekurangan buku Denaihati ni...cuma ianya tiada isi kandungan dan muka surat saja...hee...kalau ada isi kandungan mungkin lebih baik...senang nak cari topik yang kita nak baca...lagi satu, memang ada perasan kesalahan ejaan tapi tidak banyak la...mungkin kali pertama, boleh diperbaiki lagi untuk masa akan datang...haa, tu cuma pendapat aku saja la...no hard feeling OK...memang terbaiklah Team Denaihati, bertungkus-lumus menyediakan buku ni...saiz yang kecil tetapi ilmu di dalamnya memang power...hee


NOTA SKYTECH :

Bagi sesiapa yang teringin untuk mendapatkan buku Denaihati ni...haa, korang boleh la terus ke http://kedai.denaihati.my dengan harga RM39...stok terhad tu...haa, baik korang cepat bertindak sebelum terlambat...hee


P.S - Kalau aku dedahkan semua apa yang menarik dalam buku Denaihati ni, 
tak syok la bagi sesiapa yang belum habis membacanya lagi kan...hee...

**Terima kasih kerana membaca entri Benarkah Buku Denaihati Begitu Istimewa ?

Tuesday, 11 March 2014

Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 Lebih Meriah Tetapi...

> Whats Up Guys...

Majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2014 telah pun berlalu dan kali ini memang ternyata ianya lebih meriah daripada tahun yang sebelumnya...dan tahun merupakan tahun yang kedua aku sertai event #SBB ni...serius meriah, tak tipu punya...haa, kenapa aku kata event ni lebih meriah daripada tahun sebelumnya ? Kenapa agaknya ?

Haa, dan yang lebih menariknya lagi...ianya telah disertai lebih daripada 340 blogger seluruh Malaysia termasuklah beberapa orang blogger daripada negara seberang, Indonesia dan merupakan perhimpunan blogger terbesar di Malaysia tahun ini buat masa sekarang ini...fuyoooo ! Betul ke ?

Kisah Sepetang Bersama Blogger 2014

Haa, majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 kali ini telah diadakan di Saloma Bistro & Theatre Restaurant, Jalan Ampang Kuala Lumpur...huh, kalau ikutkan hati nak saja tegur semua blogger di event #SBB2014 ni...tapi...biarlah aku seorang saja tahu kenapa...hee

Perjumpaan Mega Blogger Asia Tenggara
Perjumpaan Mega Blogger Asia Tenggara

Haa, tapi itulah sebenarnya itulah tujuan event sebegini diadakan...untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim antara blogger yang selama ini hanya bertemu di alam maya saja selain dapat membina rangkaian yang lebih luas lagi dengan bertukar-tukar idea dan pendapat...bukannya tulis blog syok sendiri...haa, lagi satu...sangat rugi kalau tak bawa name card kalau join event besar macam ni...

"Aku bawa kad pun tak habis...segan punya pasal nak bagi kad...
separuh saja la luak...HAHA"

Sepetang Bersama Blogger dan Yeos 2014
Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Selain daripada itu, perkongsian ilmu dan tips blogging daripada panel blogger yang dijemput khas oleh team Denaihati seperti Ben Ashaari, Redmummy, Zarul Husin, Shafie Bustan dan Hazman Fadzil yang boleh dikatakan pakar dalam niche blog masing-masing...berkongsi tips dan input yang berguna kepada semua...sudah pasti kesemua tips yang dikongsikan oleh mereka akan membakar lagi semangat blogger untuk teruskan berblogging dan membina jenama blog dan seterusnya menghasilkan blog yang berkualiti...

Panel Blogger di Sepetang Bersama Blogger 2014

"iPhone 5S, iPhone 5C, iPad Mini...wahhh !! "

Kalau sertai event #SBB ni...acara yang paling dinantikan pastinya acara cabutan bertuah...hadiah cabutan bertuah kali ni memang SUPERBB la...iPhone 5S, iPhone 5C, iPad Mini dan banyak lagi...tapi yang pastinya 3 gadget tu yang paling dinantikan rasanya...dan yang buat hati jadi sebak apabila Yeop Mazri yang datang dari jauh dengan menaiki KTM daripada Perak semata-mata untuk sertai event #SBB2014 memenagi iPhone 5C atas usahanya yang tidak segan memberikan kad bloggernya kepada blogger yang dia jumpa di event hari tu walaupun baru kali pertama berjumpa...serius, aku memang tabik kat dia...dan dia layak untuk memenangi hadiah tu...

Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 Lebih Meriah tetapi...sebenarnya aku kecewa la sikit sebab kali ni nama aku tak naik langsung untuk acara cabutan bertuah...HAHA...tahun lepas ada la juga nama naik untuk cabutan bertuah ni...hee...tiada rezeki...mungkin lain kali agaknya...siapa tahu kan...tidak mengapa la...fokus aku pun bukan hanya untuk cabutan bertuah ini...tetapi input daripada event ini yang paling utama...

Sepetang Bersama Blogger 2014
Sepetang Bersama Blogger 2014

Sekalung tahniah buat team Denaihati Network atas usaha yang keras selama berminggu-minggu untuk pastikan majlis ini berjaya ! Event #SBB2014 tahun ini lebih tersusun dan teratur...harap untuk event blogger yang akan datang...akan lebih best lagi dan boleh ditambahbaik...Sepetang Bersama Blogger dan Yeos 2014 Terbaik !!

**Terima kasih kerana membaca entri Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 Lebih Meriah Tetapi...

Tuesday, 4 February 2014

Jom Meriahkan Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

> Whats Up Guys...

Akhirnya event Sepetang Bersama Blogger 2014 kembali lagi buat tahun ketiga berturut-turut sejak ianya mula diadakan sejak tahun 2012 lagi dan kali ini ianya mungkin akan lebih kebaboom dan meriah lagi kerana telah mendapat tajaan daripada Yeo's Malaysia untuk event #SBB2014 #SBBYEOS2014 kali ini...kali ni merupakan kali kedua aku join event SBB ni sejak SBB2013...tahun pertama macam mana entah aku boleh terlepas nak joined...huhu

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014 pada kali ini akan diadakan di lokasi yang agak strategik di tengah kota raya Kuala Lumpur...sangat dekat dengan pengangkutan awam seperti monorel Bukit Nanas, LRT KLCC dan bas...cuma perlu berjalan kaki untuk beberapa minit saja untuk ke Saloma Bistro, Jalan Ampang...jangan lupa pula untuk save tarikh pada 8 Mac 2014 dan masanya sekali di dalam smartphone korang...event #SBB2014 bermula jam 10.00 am sehingga 5.30 pm...pastikan jangan tersalah tarikh dan jangan pula terlewat...sampai saja sana event da habis...menyesal tak sudah nanti...hee

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014 di Saloma Bistro

Haa, apa lagi yang menariknya tentang event Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014 kali ni agaknya ya ? Event #SBB2014 kali ini akan membariskan panel-panel blogger terkenal tanahair untuk berkongsi kisah dan pengalaman mereka dalam dunia blogging iaitu Ben Ashaari, Red Mummy, Shafie Bustan dan Zarul Husin...

Lucky Draw Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Hadiah lucky draw katanya memang mantap kali ni...ada iPhone 5S, iPad Mini, Garmin Navigation System dan banyak lagi...WOW ! Dengan hanya bayaran serendah RM20 untuk seorang, korang berpeluang untuk ambil bahagian dalam lucky draw ni...tak nak ke ? Makan dan minum pun disponsor daripada pagi sampai petang...dengar ada kambing golek dan cendol...perghh...

Haa, apa korang tunggu lagi...? Jom la segera mendaftarkan diri untuk join event terbesar blogger Asia Tenggara #SBB2014 ni sebelum pendaftarannya ditutup jika telah cukup kuotanya nanti...buat masa sekarang ni, pendaftaran memang amat memberangsangkan sejak pendaftaran untuk event #SBB2014 ni mula dibuka...jom daftar sebelum terlambat ! Mujurlah la aku sudah mendaftar awal...hee

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Nak daftar ? KLIK untuk mendaftar dengan segera dan hadiah lucky draw tu mungkin akan menjadi hak milik korang...haa, siapa tahu kan ? 


NOTA SKYTECH :

Serius rugi kalau tak join...tak kisah korang blogger baru atau lama...ada peluang untuk sertai event macam ni...join saja...hee...kalau join event macam ni la baru dapat luaskan NETWORKING...tak kan nak komen di alam maya saja...sesekali kena la jumpa face to face kan...? Hee...

**Terima kasih kerana membaca entri Jom Meriahkan Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Tuesday, 29 January 2013

Kisah Sepetang Bersama Blogger 2013

> Whats Up Guys...

Haa, first sekali rasa macam nak tampar diri sendiri sebab terasa macam mimpi je bila berpeluang untuk hadirkan diri ke majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 anjuran denaihati.com di Hotel Singgahsana, PJ pada Sabtu yang lepas...first time dapat join event macam ni...kemeriahannya memang terasa sebab ramai blogger yang join event kali ni...event #SBB ni da masuk tahun kedua dianjurkan rupanya...


Haa, event #SBB2013 kali ni diserikan lagi dengan slot mini forum yang menampilkan beberapa orang Top Blogger seperti kak Kujie2.com, Beautifulnara, Yuyu Zulaikha, Amanz.my...banyak jugak ilmu yang telah dikongsikan oleh mereka ni...part lawak pun ada...oppss...setiap dua minit setengah refresh blog sebab nak tengok UV...alaa, biasa la tu...awal-awal buat blog siapa yang tak pernah buat macam tu kan...hee...

Memang smart view kat belakang ni...hee...

Huhh, ramai jugak la blogger yang belum pernah jumpa akhirnya bertemu di event #SBB2013 ni...macam BoniKacak...ehh, Boni da pernah jumpa da sebelum ni...erkkk...HAHA...siapa ye...tengah dok refresh kejap...haa, baru den ingat...dapat la jumpa dengan bro KiD, bro hazmanfadzil, Azri JohanBudak Nakal, kak Sha, Puanbee dan ramai lagi la...penat dok refresh ni...HAHA...

Bro Zarul mencari mangsa untuk diajak naik ke pentas...hee...

Selain itu, yang paling best SBB2013 ni menyediakan hadiah yang cukup wow seperti iPhone 5, iPad mini, gold bar, pakej percutian dan macam-macam lagi la...memang bertuah blogger yang dapat hadiah cabutan bertuah malam tu...hee...aq pun dapat hadiah cabutan bertuah malam tu...

Hadiah apa agaknya tu...? HAHA

Haa, kalau lambat sikit nama aq naik malam tu mesti da dapat iPad mini ataupun goldbar...hee...tapi yang ada kat SBB2013 saja tahu aq dapat hadiah apa...jangan ada yang pecahkan rahsia ni sudah...HAHA...terima kasih kepada penaja yang menaja semua hadiah #SBB2013 hari tu...

Event berakhir agak lewat sikit daripada masa yang telah ditetapkan...walau apa pun event hari tu berjalan lancar...harap ada la lagi #SBB2014 tahun hadapan...confirm nak join lagi...hee...bila event da berakhir...semua blogger dok berpakat bergambar...buat kenangan katanya...hee...tamat sudah Kisah Sepetang Bersama Blogger 2013...

Bro Zarul kata dia tak cam aq...
sebab kat blog lain, kat luar lain...
tinggi macam KLCC...tinggi sangat tu bro...hee...

-THE END-


NOTA SKYTECH :

Rasa macam baru semalam je join event SBB2013 ni...padahal da 3 hari pun berlalu...tu yang lambat nak update pasal ni...bila buka blog blogger yang hadir event ni...da lama mereka update...ishh...HAHA...

**Terima kasih kerana membaca entri Kisah Sepetang Bersama Blogger 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Alexa Rank Ezadskytech.com