Showing posts with label Review Buku. Show all posts
Showing posts with label Review Buku. Show all posts

Monday, 17 March 2014

Benarkah Buku Denaihati Begitu Istimewa ?

> Whats Up Guys...

Benarkah Buku Denaihati Begitu Istimewa ? Haa, bagi blogger yang telah hadirkan diri ke Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 pada minggu lepas, pasti korang akan mendapat sebuah buku edisi khas terbitan Denaihati...haa, sudah habis baca ke belum buku tu ? Ataupun ianya masih lagi belum terusik dalam goodies bag yang korang dapat masa event tu ? Hee...

Benarkah Buku Denaihati Begitu Istimewa ?

Sejujurnya, memang aku sangat tertarik dengan kulit buku Denaihati ni bila tengok buat pertama kalinya dan keterujaan ingin membaca buku ni semakin bertambah...jika korang seorang blogger, pasti korang nak tahu rahsia kejayaan, kisah suka dan duka Denaihati sepanjang mengendalikan blog Denaihati.com...antara pencapaian blog Denaihati adalah  : 

  • Top 10 blog Malaysia mengikut ranking Alexa
  • MSMW Best Of Best Blog 2012
  • MSMW Most Creative Blog 2013
  • MyNic Best Personal Blog 2013
  • MSMW Best Micro Blog 2014

Benarkah Buku Denaihati Begitu Istimewa ?

Huh, memang tersangatlah rugi kalau korang masih belum habis membacanya lagi...sebab...pertama sekali, buku ni bukan hanya sekadar hiasan dan bukannya buku biasa yang diletakkan dalam goodies bag yang korang dapat semasa event Sepetang Bersama Blogger 2014 hari tu...kedua, perkongsian ilmu dan kisah dalam buku Denaihati sangat menarik yang memuatkan pelbagai kisah, tips blogging, pengalaman hidup dan pelbagai kisah lagi yang dimuatkan dalam buku yang setebal 210 muka surat ni...

Hidup Untuk Memberi
Hidup Untuk Memberi

"Hidup Untuk Memberi"...tagline yang sememangnya tidak asing lagi dalam dunia blogging Malaysia, Indonesia dan Brunei...haa, apa yang menariknya di dalam buku tersebut adalah perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat termasuklah pelbagai informasi mengenai dunia blogging, santapan minda, catatan kembara team Denaihati, kisah keluarga, perihal agama dan banyak lagi...

Catatan kisah kembara dunia team Denaihati ke negara seperti Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand, Kemboja, Hong Kong, Macau, China, Arab Saudi, Qatar, UAE, Jordan, Palestine, German, Austria, Republik Czech, Italy, England, Perancis dan New Zealand...memang sangat menarik bila baca semua kisah kembara dunia Denaihati...banyak gambar yang menarik dikongsikan di dalam buku ni...memang santai saja bila membaca semua kisahnya...maklumlah, aku ni belum pernah lagi menjejakkan kaki di negara orang ni...tu yang overexcited lebih tu...haa, untuk membaca kisah penuh kembara Denaihati bolehlah terus ke blog kembara Denai.my...

Tips Menulis Entri Blog Denaihati

"Berusaha untuk tidak menulis kerana terlalu mengejar SEO tetapi cuba pastikan 
setiap penulisan mengikut aturan SEO - Kujie2.com "


Ya ! Serius, aku memang setuju sangat dengan pendapat Kak Jie ni...haa, beberapa tips SEO sudah didedahkan...cuma tinggal untuk dipraktikkan saja lagi...pada pendapat aku la kan, setiap blogger tu memang perlu tahu apa itu SEO...haa, itulah antara tips yang menarik yang aku baca dalam buku ni...selepas ni, memang kena hadamkan betul-betul kesemua 11 tips yang diberikan tu...ada beberapa tips tu memang sudah lama aku praktikkan...memang berhasil...apa yang penting kena berani gagal...bukan gagal sekali terus gagal selamanya...nak tahu apa lagi yang best dan menarik dalam buku ni...serius, korang kena baca buku ni...takkan rugi...sebab banyak ilmu di dalamnya pasal dunia blogging ni...

Berani Gagal

Sememangnya blogger yang telah menghadirkan diri di event Sepetang Bersama Blogger 2014 hari itu tersangatlah beruntung sebab dapat buku ni secara PERCUMA...tetapi ilmu dan input di dalam buku ni sangat berharga yang tidak boleh didapati di mana-mana...

" Apa yang kurang agaknya mengenai Buku Denaihati ? "

Sebenarnya, tiada apa sangatlah pasal kekurangan buku Denaihati ni...cuma ianya tiada isi kandungan dan muka surat saja...hee...kalau ada isi kandungan mungkin lebih baik...senang nak cari topik yang kita nak baca...lagi satu, memang ada perasan kesalahan ejaan tapi tidak banyak la...mungkin kali pertama, boleh diperbaiki lagi untuk masa akan datang...haa, tu cuma pendapat aku saja la...no hard feeling OK...memang terbaiklah Team Denaihati, bertungkus-lumus menyediakan buku ni...saiz yang kecil tetapi ilmu di dalamnya memang power...hee


NOTA SKYTECH :

Bagi sesiapa yang teringin untuk mendapatkan buku Denaihati ni...haa, korang boleh la terus ke http://kedai.denaihati.my dengan harga RM39...stok terhad tu...haa, baik korang cepat bertindak sebelum terlambat...hee


P.S - Kalau aku dedahkan semua apa yang menarik dalam buku Denaihati ni, 
tak syok la bagi sesiapa yang belum habis membacanya lagi kan...hee...

**Terima kasih kerana membaca entri Benarkah Buku Denaihati Begitu Istimewa ?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Alexa Rank Ezadskytech.com