Tuesday 11 March 2014

Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 Lebih Meriah Tetapi...

> Whats Up Guys...

Majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2014 telah pun berlalu dan kali ini memang ternyata ianya lebih meriah daripada tahun yang sebelumnya...dan tahun merupakan tahun yang kedua aku sertai event #SBB ni...serius meriah, tak tipu punya...haa, kenapa aku kata event ni lebih meriah daripada tahun sebelumnya ? Kenapa agaknya ?

Haa, dan yang lebih menariknya lagi...ianya telah disertai lebih daripada 340 blogger seluruh Malaysia termasuklah beberapa orang blogger daripada negara seberang, Indonesia dan merupakan perhimpunan blogger terbesar di Malaysia tahun ini buat masa sekarang ini...fuyoooo ! Betul ke ?

Kisah Sepetang Bersama Blogger 2014

Haa, majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 kali ini telah diadakan di Saloma Bistro & Theatre Restaurant, Jalan Ampang Kuala Lumpur...huh, kalau ikutkan hati nak saja tegur semua blogger di event #SBB2014 ni...tapi...biarlah aku seorang saja tahu kenapa...hee

Perjumpaan Mega Blogger Asia Tenggara
Perjumpaan Mega Blogger Asia Tenggara

Haa, tapi itulah sebenarnya itulah tujuan event sebegini diadakan...untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim antara blogger yang selama ini hanya bertemu di alam maya saja selain dapat membina rangkaian yang lebih luas lagi dengan bertukar-tukar idea dan pendapat...bukannya tulis blog syok sendiri...haa, lagi satu...sangat rugi kalau tak bawa name card kalau join event besar macam ni...

"Aku bawa kad pun tak habis...segan punya pasal nak bagi kad...
separuh saja la luak...HAHA"

Sepetang Bersama Blogger dan Yeos 2014
Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Selain daripada itu, perkongsian ilmu dan tips blogging daripada panel blogger yang dijemput khas oleh team Denaihati seperti Ben Ashaari, Redmummy, Zarul Husin, Shafie Bustan dan Hazman Fadzil yang boleh dikatakan pakar dalam niche blog masing-masing...berkongsi tips dan input yang berguna kepada semua...sudah pasti kesemua tips yang dikongsikan oleh mereka akan membakar lagi semangat blogger untuk teruskan berblogging dan membina jenama blog dan seterusnya menghasilkan blog yang berkualiti...

Panel Blogger di Sepetang Bersama Blogger 2014

"iPhone 5S, iPhone 5C, iPad Mini...wahhh !! "

Kalau sertai event #SBB ni...acara yang paling dinantikan pastinya acara cabutan bertuah...hadiah cabutan bertuah kali ni memang SUPERBB la...iPhone 5S, iPhone 5C, iPad Mini dan banyak lagi...tapi yang pastinya 3 gadget tu yang paling dinantikan rasanya...dan yang buat hati jadi sebak apabila Yeop Mazri yang datang dari jauh dengan menaiki KTM daripada Perak semata-mata untuk sertai event #SBB2014 memenagi iPhone 5C atas usahanya yang tidak segan memberikan kad bloggernya kepada blogger yang dia jumpa di event hari tu walaupun baru kali pertama berjumpa...serius, aku memang tabik kat dia...dan dia layak untuk memenangi hadiah tu...

Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 Lebih Meriah tetapi...sebenarnya aku kecewa la sikit sebab kali ni nama aku tak naik langsung untuk acara cabutan bertuah...HAHA...tahun lepas ada la juga nama naik untuk cabutan bertuah ni...hee...tiada rezeki...mungkin lain kali agaknya...siapa tahu kan...tidak mengapa la...fokus aku pun bukan hanya untuk cabutan bertuah ini...tetapi input daripada event ini yang paling utama...

Sepetang Bersama Blogger 2014
Sepetang Bersama Blogger 2014

Sekalung tahniah buat team Denaihati Network atas usaha yang keras selama berminggu-minggu untuk pastikan majlis ini berjaya ! Event #SBB2014 tahun ini lebih tersusun dan teratur...harap untuk event blogger yang akan datang...akan lebih best lagi dan boleh ditambahbaik...Sepetang Bersama Blogger dan Yeos 2014 Terbaik !!

**Terima kasih kerana membaca entri Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 Lebih Meriah Tetapi...

39 comments:

  1. ada jumpa ngan bro time event tu tapi tak menegur lak.. huu

    ReplyDelete
  2. @farzli : tu la bro...mungkin ada rezeki boleh jumpa lagi next event blogger macam ni...:D

    ReplyDelete
  3. InshaAllah kita jumpa next event, kalau ada rezeki.

    Segan nak tegur bro. :D

    ReplyDelete
  4. hoho..seronoklah korang. hoho..

    ReplyDelete
  5. @titan : bukan selalu dapat join event blogger macam ni...memang tak boleh lepaskan peluang..hoho

    ReplyDelete
  6. @HASRUL HASSAN : sy segan pula nak tegur HH masa event tu...mungkin lain kali akan beranikan diri nak tegur HH kalau jumpa lagi dalam event..:D

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.... ada je rezeki aku jumpa ko kan....btw nanti citerlah pasal laptop baru tu ? dah beli ke belum yea...

    ReplyDelete
  8. @hazmanfadzil : tu la kan abg man...macam selalu je jumpa pula...hee...

    P.S - laptop? Da beli da...nanti kot sy citer dalam entri...hee

    ReplyDelete
  9. kalau cabutan bertuah memang lebih kepada tuah..usaha peringkat minimum..apa-apapun terbaik untuk semuanya!

    ReplyDelete
  10. Hai tuan blog! sebab kat #sbb2014 tak sempat tegur. maka saya tegur disini:)

    ReplyDelete
  11. macam ralat pulak tak dapat join korang di SBB2014 sabtu lepas.., insyaAllah di lain kali sy cuba cari peluang bersama anda .

    ReplyDelete
  12. malu le tuu agaknya. tu yg segan nak kasi kad. hihii

    tak pe, mungkin lain tahun leh dapat grand prize untuk cabutan bertuah kan. hehee

    ReplyDelete
  13. ak nk gak join event mcm ny.. tp apakan daya ak terdampar di Sabah..hehe

    ReplyDelete
  14. bella pun 1st time pergi. so ramai sgt yg x kenal =) hope next year ade lg. da jadi follower blog ni . ehee

    ReplyDelete
  15. Mengeluh...sebab tak dapat nak join...

    ReplyDelete
  16. @kakiblog : kalau sudah tertulis rezeki untuk memang cabutan bertuah tu..memang tak ke mana kan...:D

    ReplyDelete
  17. @nik : tu la...ramai sangat...tu yang tak sempat nak bertegur sapa masa #SBB hari tu..hee

    ReplyDelete
  18. @PakcikLie PCL : takpe PCL...kalau lepas ni ada lagi event macam ni, boleh la join kalau ada masa..:D

    ReplyDelete
  19. @ct kektus : haa, segan kot...ramai blogger2 hebat kat sana yang hadir #SBB2014 tu...hee

    ada rezeki ada la...InsyaAllah :D

    ReplyDelete
  20. @Rahmad Bah : blogger yang datang bukan sekitar KL je bro...seluruh pelusuk Malaysia turun KL semata2 untuk join SBB...tu yang aq kagum dengan mereka ni...its ok bro, lain kali kalau ada lagi...boleh la join sekali...hee :D

    ReplyDelete
  21. @bella luna : sy masa 1st join SBB ni bermula tahun lepas pun memang tak kenal siapa pun...kenal kat alam maya je la..redah je...hee

    Tapi bila da jumpa kat SBB tahun lepas...Alhamdulillah, sampai sekarang masih contact lagi dan selalu juga berjumpa dengan blogger2 ni...hee

    ReplyDelete
  22. @JunAina : takpe kak...maybe boleh join next event blogger...:D

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum ezad...seronoknya dpt bertemu secara live dgn teman2 alam maya ni...nampak meriah majlis tu...:)

    ReplyDelete
  24. TAHUN DEPAN MESTI LAGI BEST..KAN??

    ReplyDelete
  25. terima kasih bro dengan entri ini dan hadirkan diri, mudahan semua kita dapat manfaatnya dari majlis ni. insyaAllah mungkin ada rezeki dimajlis akan datang.

    ReplyDelete
  26. @Mas Zull : waalaikumussalam mama...memang terasa kemeriahaannya event ni...peluang macam memang tak harus dilepaskan...bukannya selalu boleh berjumpa dengan blogger secara beramai2 macam ni...terima kasih buat team Denaihati kerana menganjurkan event #SBB ni..:D

    ReplyDelete
  27. @diana : Amin...harap setiap kali ia dianjurkan..makin bertambah best dan makin ramai yang akan sertainya..:D

    ReplyDelete
  28. @Denaihati : Sekadar entri terima kasih buat team Denaihati yang bertungkus-lumus selama berminggu2 bagi memastikan event #SBB2014 ni berjalan lancar...

    Amin...InsyaAllah..kalau ada rezeki di next event..Alhamdulillah :D

    ReplyDelete
  29. satu majlis yang memang bermanfaat :)

    http://www.suterablogger.com

    ReplyDelete
  30. @Bean Moreno : yup...betul tu bro...harap dapat diteruskan anjurkan program macam ni lagi..:D

    ReplyDelete
  31. Kawe yg dtg first time pun rasa puas hati... well done team Denaihati Network

    ReplyDelete
  32. @Ismail N : semoga event SBB ni akan diteruskan lagi dan makin bertambah baik dan lebih meriah dengan kehadiran blogger yang lagi ramai...InsyaAllah...:)

    ReplyDelete
  33. Salam... gua pun tak luak nak habiskan kad yang di bawa. Rasa segan pun ada, walhal sebelum datang... semua nak jumpa dan bergambar, tapi sampai di sana lain pula cerita. Apapun terima kasih bertukar kad dengan lu... semoga berjumpa lagi di tahun-tahun akan datang jika SBB 2014 diadakan lagi.

    ReplyDelete
  34. @kamil salleh : tu la kan bro...sy target nak habiskan satu kotak tapi tak habis pun...hee...segan punya pasal...

    InsyaAllah, ada rezeki kita jumpa lagi bro di event lain..:D

    ReplyDelete
  35. seronok sgt2 shida xbkesempatan nk pergi ritu huhuu..cuma wakilkn org jer..

    ReplyDelete
  36. @Shida Radzuan : tak tahu pula shida hantar wakil masa SBB hari tu...

    ReplyDelete
  37. Majlis yang sangat menarik untuk para bloggers

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di Ezad Skytech [dot] com...teruskan memberi sokongan dan tinggalkan komen di entri...kalau LIKE bolehlah klik G+ pada entri ni...

-EzadSkytech-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Setia Mac 2018

Alexa Rank Ezadskytech.com